Tumgik
#jawatan kosong majlis sukan negara
kapkunkap12 · 3 years
Text
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara Malaysia
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara Malaysia
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara Malaysia | Kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan anda diminta untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut. Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara Malaysia Penjaga Jentera Elektrik Pembantu Pentadbiran WardenPenjaga Jentera…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
jeerie · 7 years
Text
BERITA PILIHAN HARI INI
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam 1Malaysia. 21 Mei 2017 - Ahad 24 Syaaban 1438 Hijrah (Ramadhan 06 Hari Lagi) ➡ NASIONAL 1. KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah, umat Islam perlu bersatu hati dan berpegang teguh kepada pedoman Ilahi dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan serta ikutan sepanjang hayat. 2. KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Jumaat ini bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah. 3. KUALA LUMPUR: Qari dari Iran, Hamed Alizadeh Marghzari Gholamhassan dan qariah Malaysia, Normalina Alias diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-59. 4. BAYAN LEPAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihati peniaga supaya tidak menaikkan dengan melampau harga biskut raya menjelang musim perayaan. 5. TUMPAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM100 juta untuk kos tugasan mencari dan menyelamat di perairan negara bagi tempoh 10 tahun. 6. KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan melayan mana-mana syarikat insurans yang ingin menaikkan kadar premium kenderaan tanpa mengemukakan justifikasi kenaikan kepada Bank Negara Malaysia (BNM). 7. PADANG RENGAS: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama tahun ini adalah sesuatu yang positif dan harus dibanggakan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. 8. JOHOR BAHRU: Halangan bukan dagangan yang dinyatakan negara Kesatuan Eropah (EU) terhadap kualiti minyak sawit dihasilkan negara ini adalah 'helah' bagi memastikan pengeluar minyak sayuran mereka tidak terjejas. 9. PASIR GUDANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bukan tugas atau tanggungjawab pihaknya untuk menjalankan semakan status kewarganegaraan membabitkan calon yang bertanding pada pilihan raya. ➡ POLITIK 1. TAPAH : Seramai 33,173 penerima sudah menerima pelbagai bantuan dan inisiatif disalurkan Biro Kebajikan UMNO bersempena program 'UMNO Bantu Rakyat' yang sudah bergerak ke tiga negeri, setakat hari ini. 2. IPOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pemuda Barisan Nasional (BN) menjaga tiga perkara iaitu silaturrahim, keserasian dan ketepikan perbedaan dalam merampas dan mengekalkan kerusi pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. 3. SHAH ALAM: Perbahasan usul Kongres Tahunan Angkatan Muda Kebangsaan (AMK) ke-12 hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman (IDCC), di sini kosong. 4. SHAH ALAM: Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mendengar desakan daripada perwakilan supaya EXCO PAS di Selangor melepaskan jawatan mereka. 5. SHAH ALAM: Rakyat masih meragui kemampuan pakatan pembangkang untuk mentadbir negara disebabkan kegagalan parti mengurus perbezaan secara matang, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad. ➡ EKONOMI 1. KUALA LUMPUR: Ringgit dijangkakan kekal kukuh sekitar 4.30 kepada dolar AS minggu depan, didorong kesan limpahan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 2. KOTA BHARU: SME Corp menyerahkan geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) berjumlah RM1.1 juta kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kelantan. 3. KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka didagangkan tinggi minggu depan susulan sentimen yang lebih baik hasil pemulihan sederhana pasaran global dan harga-harga komoditi yang membantu melegakan ketidaktentuan dalam kalangan pelabur. ➡ AGAMA 1.  Dari Fadhalah bin Ubaid : Rasulullah saw pernah mendengar seorang lelaki sedang berdoa dalam solatnya, dia tidak memuliakan Allah dan tidak membaca selawat atas Nabi saw. Maka Rasulullah saw bersabda, “Orang ini tergesa-gesa.” Lalu Nabi saw memanggilnya dan dan bersabda kepadanya dan juga kepada lainnya. (Sabda Nabi saw) : “Apabila salah seorang di antara kalian mengerjakan solat, hendaklah memulainya dengan mengagungkan Tuhannya dan menyanjung-Nya. Setelah itu bacalah selawat atas Nabi saw, kemudian berdoa setelah itu sesuai dengan doa yang dikehendakinya.” ➡ LUAR NEGARA 1. TEHRAN: Presiden Hassan Rouhani mencatatkan kejayaan membanggakan pada pilihan raya Iran hari ini, apabila pengundi menyokong usahanya membina hubungan dengan negara luar dan memulihkan kelembapan ekonomi. 2. RIYADH: Arab Saudi akan membuka pusat digital untuk memantau aktiviti Daesh dan kumpulan militan lain, kata pegawai kanan hari ini, ketika Presiden Donald Trump memulakan lawatan ke negara itu. 3. SHANGHAI: Gempa bumi berukuran enam magnitud dengan kedalaman 540 kilometer melanda kepulauan tengah Filipina hari ini, lapor Pusat Rangkaian Gempa China (CENC). ➡ SUKAN 1. SHAH ALAM: Pemain tengah kebangsaan, Baddrol Bakhtiar meledak dua gol bagi membantu Kedah menjuarai Piala FA selepas menewaskan Pahang, 3-2 pada aksi final di Stadium Shah Alam sebentar tadi. 2. IPOH: Malaysia bangkit pada 15 minit terakhir untuk menundukkan Sri Lanka 22-9, di Padang Ipoh, di sini, petang tadi, bagi mengekalkan kejuaraan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen 1 2017. 3. LONDON: Pemegang rekod penjaring hatrik terpantas dalam sejarah bola sepak, Tommy Ross meninggal dunia pada usia 71 tahun, umum kelab yang pernah dikendalikannya pada era 1990-an, Tain St Duthus, awal pagi tadi. Cybit Media
0 notes
kapkunkap12 · 6 years
Text
Jawatan kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan terkini
Jawatan kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan terkini
Jawatan kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan terkini | Bagi mereka yang sedang mencari jawatan kosong terkini yang ditawarkan di Majlis Perbandaran Teluk Intan anda diperlawa untuk segera membuat permohonan dan Keutamaan diberikan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak sahaja.
Jawatan kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan terkini
Penolong Pegawai Penguatkuasa KP32
Penolong Pegawai Kesihatan…
View On WordPress
0 notes
kapkunkap12 · 6 years
Text
Jawatan kosong Majlis Daerah Tampin
Jawatan kosong Majlis Daerah Tampin
Jawatan kosong Majlis Daerah Tampin | Pihak Majlis Daerah Tampin mempelawa kepada calon-calon bumiputera,warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat terutamanya rakyat kelahiran negeri sembilan untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut:-
Jawatan kosong Majlis Daerah Tampin
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
Pembantu…
View On WordPress
0 notes
kapkunkap12 · 7 years
Text
Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis
Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis
Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis | Kepada seluruh warganegara malaysia yang berminat untuk berkerja didalam sektor awam terutamanya rakyat negeri  Pahang anda diperlawa untuk membuat permohonan segera bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Majlis Daerah Lipis, Berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan:-
Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis
Pembantu Tadbir (Kewangan ) Gred W19
Pe…
View On WordPress
0 notes
kapkunkap12 · 7 years
Text
Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negara Malaysia
Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negara Malaysia
Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negara Malaysia | Pihak majlis sukan negara malaysia mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut:-
Jawatan kosong terkini di Majlis Sukan Negara Malaysia
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENGANGKUTAN) GRED N29
WARDEN ASRAMA GRED N19
PEMBANTU…
View On WordPress
0 notes