Tumgik
#iphonephotosn
saifulnang · 7 years
Photo
Tumblr media
Tataplah wajah anak kita ketika dia tidur. Itulah wajah yang akan kita lihat ketika ia mati. Hanya bapa dan ibu tertentu sahaja diberikan pengalaman melihat anaknya pergi dahulu. Arman kelihatan seperti selesa dalam pelukan ibunya. Seperti dalam tidur yang sangat lena selepas 11 hari di bilik rawatan kritikal bertarung untuk hidup yang baik. Akhirnya Arman dapat hidup yang LEBIH BAIK di sana. Tunggu kami di sana #armansuperbaby #downsyndromebaby #iphonephotosn
1 note · View note
saifulnang · 7 years
Photo
Tumblr media
Beautiful boy. Painful. Miss him badly #iphonephotosn #downsyndromebaby #armansuperbaby
1 note · View note
saifulnang · 7 years
Photo
Tumblr media
Asmaaalhusna bersama anaknya Amsyar kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran pagi kelmarin di Wakaf Mek Zainab Kota Bharu Kelantan. Saya berpeluang melawat mereka sebentar tadi #iphonephotosn (at Kota Bharu)
0 notes
saifulnang · 7 years
Photo
Tumblr media
Perjalanan ini sangat sunyi. Hanya bunyi kesedihan sahaja mengiringi tubuh kecil yang sudah longlai tidak bernafas lagi. #armansuperbaby #downsyndromebaby #iphonephotosn
0 notes
saifulnang · 7 years
Photo
Tumblr media
Pelukan itu tidak berbalas lagi dengan suara manja kecilnya #armansuperbaby #downsyndromebaby #iphonephotosn
0 notes
saifulnang · 7 years
Photo
Tumblr media
Anak abah dari lahir sudah berjuang. Melawan telahan doktor meramal umur hanya 2 jam tetapi Arman lawan sampai 4 bulan setengah. Dalam abah kasihan dengan parut juang Arman, Abah bangga Arman lawan sampai ke nafas terakhir. Arman sudah jadi inspirasi kepada Abah untuk tidak mengalah dengan apa yang orang katakan. Arman belum pandai berkata semasa Arman pergi tapi Arman banyak mengajar Abah jadi kuat dalam juang. Anak Abah Superbaby #armansuperbaby #downsyndromebaby #iphonephotosn (at Hospital Serdang)
0 notes
saifulnang · 7 years
Photo
Tumblr media
Setiap kali azan solat Jumaat, abah sentiasa ingat itu ulangminggu Arman pergi tinggalkan abah dan mummy untuk menuju kepada Allah. Dan selepas Asar Jumaat ialah ulangminggu Abah hantar jasad Arman ke pintu jannah. Abah rindu lagi dengan Arman #armansuperbaby #iphonephotosn #downsyndromebaby
0 notes
saifulnang · 7 years
Photo
Tumblr media
Allah beri pinjam Arman 4 bulan walaupun doktor jangka Arman hanya boleh bertahan 1-2 jam selepas kelahiran. Rupanya Allah bagi 4 bulan untuk kami nampak keindahan syurga dari anak syurga yang dipinjamkan. Arman ialah memori paling indah kami sebagai ibu dan bapa. Tunggu kami di SANA ya anak #downsyndromebaby #armansuperbaby #iphonephotosn (at Hospital Serdang)
0 notes