#indizzborneo
Explore tagged Tumblr posts
Text
Drasska
Dengan berpaksikan genre SKA, band ini ditubuhkan sekitar 2013 di Serian oleh Mad(founder) bersama-sama kazen serta kawan² seperjuangan yang suka bermain muzik. Band ini boleh dikatakan 'the only one ska band' yang aktif dan sering bermain gig/event d Kuching dan Serian. Pengaruh The Specials, Plague of Happiness serta Gerhana Ska Cinta ternyata tebal dalam band ini.Seperti band² yang lain, Drasska juga tidak terkecuali dari masalah pertukaran ahli namun perjuangan masih diteruskan oleh Mad yang juga merupakan teraju/gitaris utama band ini.
Latest line up :
Mad - 1st guitar/vocal
Budin - keyboardist
HafizChai - saxsafon
Along - bass
Ahmai - 2nd guitar/trumpet
Arel - drummer
Menurut Mad, asal usul nama Drasska adalah dari perkataan Drum, Bass, Gitar, kemudiannya ditambah SKA. Kini, Drasska bukanlah nama asing bagi peminat² local scene di Kuching mahupun Sarawak. Apa tidaknya, menjadi opening band untuk nama² besar seperti ACAB, Plague Of Happiness, Masdo benar² mengangkat nama Drasska. Ini adalah pencapaian tertinggi sepanjang penglibatan Drasska dalam arena local scene. Dengan pengalaman serta showmanship yang cukup bertenaga di atas pentas, kelibat Drasska sering ditunggu oleh peminat mereka. Lagu² seperti 'Depressed' dan 'Road to Jamaica' ciptaan Drasska sendiri sememangnya antara lagu wajib ketika beraksi di atas pentas.
Menurut Drasska, mereka bakal mengeluarkan EP yang mengandungi 5 buah lagu sendiri dalam tahun ini 2018. Nantikan update dari page Drasska. Ketika ditemuramah, Drasska ada menyatakan keinginan mereka utk beraksi di luar Kuching/Serian seperti Rocktober(Miri) dan Ska Festival(Kuala Lumpur).
How to contact Drasska ?
Indizz mengucapkan selamat maju jaya buat semua team Drasska di dalam arena scene indie/DIY tempatan.
2 notes
·
View notes
Text
Tahi Suci
TAHI SUCI merupakan sebuah band yang berpaksikan genre grindcore dan berasal dari bandar Bintulu, Sarawak. Band ini diasaskan oleh Pendekar Mustar pada tahun 2013. Pada asalnya ianya cuma sebuah projek solo dan dibuat secara suka-suka. Namun oleh kerana penerimaan yang positif di kalangan peminat muzik ekstrim tempatan, band yang pada mulanya bergerak secara solo kini membentuk menjadi sebuah band lengkap.
Line up terkini band ini dibarisi oleh beberapa anak muda iaitu Pendekar Mustar (vokalis), Young Arif (drummer), Azrul (gitaris) dan Fareez (bassist). Band ini telahpun meriliskan beberapa material seperti CD demo berjudul "Grinding Syiah Bastards" dan terkini EP "Saya Yang Enggan Menurut Perintah" yang telah dilancarkan pada 3 Mac lepas semasa gig Miri Extreme bertempat di Alice In Borneoland.
Kini band Tahi Suci semakin aktif menerima undangan ke pelbagai gig di sekitar Sarawak. Mengikut perancangan mereka, band ini juga berminat untuk beraksi di luar Sarawak seperti di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah jika diberi peluang.
Antara beberapa gig yang pernah mereka sertai ialah Burn The School Bus (Bintulu), Sarawak Metal Regime (Sibu), Pesta Kumpulan Gitar Rancak (Mukah) dan beberapa lagi yang tidak tercatat di dalam biografi mereka. Akan datang mereka akan menyertai festival mini Sarawak Metal Regime 2018 bahagian kedua, bertempat di Borneo 744, Kuching.
Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang band ini, sila lawati page Facebook mereka di:
Selamat maju jaya Tahi Suci. Majulah grindcore untuk negara! 🤘
0 notes
Text
Kugiran A Sazali
Dengan berkonsepkan "Alunan Pop Rojak Moden", 3 orang anak muda kelahiran Sri Aman ini telah menubuhkan sebuah kugiran yang diberi nama Kugiran A. Sazali (bersempena dengan nama ayah mereka). Lebih menarik, ketiga-tiga anak muda ini adalah adik-beradik kandung yang pada mulanya tidak pandai bermain sebarang alat muzik, namun dididik oleh ayah mereka sendiri sehingga berjaya.
Band yang ditubuhkan sekitar tahun 2009 ini dianggotai oleh Wan Purong (gitarist utama), Ejai (drum) dan Maman (bass,synth,vocal). Dalam tahun 2017, Kugiran A. Sazali ini telah mengeluarkan EP yang memuatkan beberapa buah lagu seperti:
- Ternyata
- Jiwa Ku Jiwa Muda
- Hilangkan
- Engkau Aku Atau Orang Luar
- Terbang Tinggi Ke Langit
Berkenaan dengan EP ini, keseluruhan proses pembuatan lagu ini dibuat secara DIY oleh mereka sendiri. Kalau tidak silap, EP mereka telahpun habis dijual. Namun masih boleh didapati melalui account Facebook mereka.
Inilah yang kita mahukan ! 👍🏻
Kugiran A. Sazali ini telah banyak mendapat undangan bermain gig di sekitar Sarawak dan telah membuat 'tour' di sekitar Semenanjung Malaysia. Terbaru, kugiran ini akan membuat persembahan di Pesta Benak yang akan berlangsung pada 11 Ogos nanti di tempat kelahiran mereka iaitu di Sri Aman, Sarawak.
Dalam sesi temubual dengan indizz yang lalu, kugiran ini menamakan band Wildhorse (Sarawak) , Foals dan Two Door Cinema Club sebagai inspirasi utama mereka.Anda pasti terpukau dengan aksi dan irama muzik yang diperjuangkan oleh Kugiran A. Sazali ini.
Goodluck Kugiran A Sazali. Kami di INDizz akan setia menyokong perjuangan muzik indie anak-anak tempatan Sarawak.
Hubungi mereka di facebook:
0 notes
Text
iNDiZZ
Music. Talent. Art.
Selamat datang ke blog indizz. Ikuti kami di facebook juga. Page yang memaparkan karya anak-anak seni Borneo.
0 notes
Text
Selamat Hari Kebangsaan
Indizz mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
0 notes
Text
Eternal Zine
Zine yang masih bergerak aktif di Sarawak. Diusahakan oleh saudara Olee atau nama penanya Ilud Hallud. Zine yang banyak mengetengahkan band-band yang bergerak secara DIY di Sarawak termasuk juga Sabah.
Usaha anak muda kelahiran Limbang ini sangat dialu-alukan oleh page Indizz kerana amat jarang kita temui penulis zine yang masih bergerak aktif di zaman sekarang.
Hubungi beliau di facebook untuk mendapatkan Eternal Zine. Tahniah dan salute buat beliau kerana tak pernah jemu menulis dan menjelajah beberapa band-band yang bergerak secara DIY di Malaysia.
Facebook Ilud Allud https://www.facebook.com/iludhallud
0 notes