#hubungandenganManusia
Explore tagged Tumblr posts
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
sinonim
video2 Fattabiouni dan Rabi'ul Awwal ada sinonimiti bukan?
dalam melahir rindu pada perilaku Baginda SAW.
dalam mengenal budi Baginda Nabi SAW...
Salam Maulud.
10 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
ibu tak perlu risau sesat
menuntun tangan ibu di pasar adalah gambaran di hari tua nanti bersama si dia...
masa itu, dosa-dosa akan tergugur sambil pahala mengalir dari celahan jari-jemari...
0 notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
dimana syifa'?
Laptop dihadap tegar. Syaamil Al-Quran pegun di sisi kanan. Radio bergebang pong pang pong pang isu mahasiswa. Kelajuan kipas pada tahap tiga. Botol Woods Cough Syrup masih terbuka. Bekas penutup lutsinar kini bergilir-gilir direguk semut. Kepala aku berdenyut-denyut. Semua otot, sendi dan tenaga untuk mobilisasi anggota fisik longlai tidak bermaya. Fil mengintai dari balik pintu loker jingga.
“kau menangis?”
“tak…” balasku pendek.
Titisan jernih terus melurah hangat ke permukaan pipi. Empangan bibir meretak memberi laluan kepada arus tangis mengalir ke hamparan tunas penamsil rasa.
Ahh, penipuan tadi rasanya payau-payau masin juga.
5 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
mari aku ajar kira-kira
satu semester ada 14 minggu, bermakna ada 28 kelas yang tempoh total contact hournya ialah 56 jam. tadi, peperiksaan akhir subjek ini ditangguh hampir sejam. kau mencarut memaki dengan kata-kata kebencian.
mari aku ajar kira-kira.
kau rasa berbaloi melihat ganjaran baik 56 jam yang kau habiskan selama ini dipadam cuma disebabkan penangguhan sejam di hujung semester? heh.
rugi je kau belajar "Ethics & Fiqh for everyday life". rugi sungguh...
3 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
argghhh!
suwey jenis apakah pagi ini...
kesemua peluang one-to-one dgn keeper semua tak masuk...
ha ha...
_____
futsal. 8.20am. 20111223
28 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
kesal...
sebenarnya, aku sangat kesal apabila kau mengaitkan "implementasi Hudud" dengan "ekstrimism"
Adik Wikipedia kata
Extremism is any ideology or political act far outside the perceived political center of a society; or otherwise claimed to violate common moral standards.
aku harap kau tak maksudkan apa yang kau lafazkan.
sebab aku tahu kau tak mungkin menolak amanah pengKhalifahan manusia bukan?
kita cuma manusia.
1 note · View note
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
potong...
Ahad.
8.30am
Lazer FC 4-1 Kapoww FC
1.30pm
"kau ada dimana? kapan mau siapin presentasi kita? aku mampir aja ke bilik kau ya" (sms dari teman Indo)
Aku baru nak berehat. potong betul...
1 note · View note
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Video
youtube
Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.
0 notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
[FiQ] Nigeria mai
Imam dari Nigeria ada cakap :
"if you believe that the fastest growing nation in the world is Muslim, you're wrong. In fact, they are the people who left Islam, people who left Christianity, people who left Judaism to live the their life based on their own thinking, based on their own logic and decision, they are indeed the people of the fastest growing nation in the world. the people who deviate from believing in God"
friday's sermon @ SHAS Mosque. 20111209.
6 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
pelan terbaek Isnin
8am-9.40am : Friendly match; Lazer FC vs Zubir Kazan FC
10am-11.40am : Friendly match; Lazer FC vs Cakar Ayam FC
sepanjang petang : tidur.
habis satu hari.
haha
6 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
bersederhanalah
Berkata Imam Bukhari: Sa`id bin Abi Maryam bercerita kepada kami: Muhammad bin Ja`far memberitahu kami: Humayd bin Abi Humayd Tawil (yang tinggi) memberitahu kami bahawa beliau mendengar Anas bin Malik radiyallahu `anhu berkata: “Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanyakan tentang ibadah Nabi saw. Apa mereka diberitahu mereka bagaikan menganggapnya sedikit. Lantaran itu mereka berkata: “Di manakah kita berbanding Nabi saw sedangkan telah diampunkan untuk baginda dosa-dosa terdahulu dan terkemudiannya”. Berkata salah seorang mereka: “Adapun saya pasti akan mengerjakan solat sepenuh waktu malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya akan berpuasa setahun penuh tanpa berbuka”. Berkata lagi seorang lagi: “Saya pula akan mengasingkan diri daripada wanita-wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya”. Baginda saw lalu datang menemui mereka lantas bertanya: “Kamukah yang berkata demikian-demikian? Adapun saya demi Allah merupakan orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur dan saya mengahwini wanita-wanita. Oleh itu sesiapa yang bencikan sunnahku maka dia bukan di kalanganku.”[1]
Sunnah Nabi ini menggambarkan kesederhanaan dalam beribadah. Sikap berlebih-lebihan dalam beribadah ditolak kerana di satu peringkat ia boleh membawa kepada kebosanan.  Kebosanan itu nanti menjadi pendorong untuk amalan tersebut ditinggalkan secara total. Kebosanan ini akan berlaku kerana ia bercanggah dengan fitrah jiwa dan kemampuan fizikal manusia itu sendiri.
“Sebaik-baik amalan ialah yang berkekalan dilakukan oleh pelakunya meskipun sedikit.”[2]
______
[1] Hadis riwayat Bukhari, no 4675
[2] Syarh Ibn Battal, juz 13, hlm. 153.
______
subuh
10 Muharram 1433h
Musolla Uthman
14 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
Bila catat wallpost perkara yang baik, tidak semestinya kita juga baik...tapi setidaknya, kita tidak bercakap perkara yang tidak baik. Bila catat wallpost guna hadis dan ayat Quran, tidak semestinya kita Ustaz atau Ustazah... tapi setidaknya, kita tidak bercakap berlandaskan sandaran yang tidak baik. Bila catat wallpost tentang kesalahan dan perkara mungkar, tidak semestinya kita maksum dan tidak melakukan dosa...tapi, setidaknya, kita tidak lupa mengingatkan sahabat dan diri kita..
-quote dari teman @Nasr City, Cairo-
5 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
gadis semasa
setiap jam dua hari isnin dan rabu, akan aku paku mata pada jendela kaca lutsinar, tunggu dia lintas lalu. setiap jam dua hari isnin dan rabu, biasa aku sampai kelas orang pertama; tunggu dia lintas lalu. tanpa tahu nama, tanpa pernah bicara; tanpa gerak pertama. cuma berbalas senyuman, antara pria di balik kaca, dengan gadis di jalanan. sila percaya bahawasanya, crush itu dusta yang tak kekal lama. get real!
11 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
Gadoh #3 [akhir]
bersambung dari Gadoh #2
Aku perhati dari sisi dan biarkan adik Haq kemaskan barang jualan. Bukannya aku memeluk tubuh biarkan Jeb sesuka hati mengherdik.
Tapi ini petua orang lama, api takkan terpadam dengan api. Ubat amuk orang bersenjata adalah berlari selamatkan diri.
Azan Maghrib berkumandang bila Jeb beredar. Al, anak Haq, junior aku di asrama dulu baru tiba di gerai. Aku ceritakan apa yang berlaku dan tolong dia susun semula barang jualan mereka. Kemudian kami berbuka bersama-sama.
Al sakit hati dengan dirinya sendiri sebab tak saksi kejadian tadi. dia tanya semua orang di situ untuk buat background check tentang Jeb. Jeb takdelah besar mana, cuma kepala dia putus fius. Pantang nak bertumbuk tanpa tahu sekuat mana oponen dia.
Hin chillax sekali sambil caci maki Jeb. Baik tak payah jadi jantan kalau nak berniaga macam ni katanya. Aku masih dilemma. Tersentak dengan apa yang berlaku.
Segala khabar angin tentang huduhnya perangai bangsa aku berniaga jadi reality depan mata hari itu. Hanya sebab gerai Jeb yang mula-mula jual mercun kat situ, dia tak bagi muka pada orang lain. Walhal, semua prosedur dalam buku selesai tanpa masalah. Yang jadi masalah ialah ego antara peniaga.
Ya, memang Jeb orang pertama jual mercun di kawasan tu tanpa gangguan pihak berkuasa. Haq orang baru, baru nak try market jual propolis madu dengan mercun sebagai produk sampingan. Harga di gerai Haq memang berbeza ketara dengan Jeb.
Itu pasal lah Jeb panas.
Sama juga kesnya dengan gerai jiran sebelah yang lebihkan barang jualannya ke tengah laluan orang ramai sehingga menutupi gerai kuih bos. Bila dah slowtalk pon cannot go, bos adukan pada pegawai Majlis.
Tapi, pegawai pula tak mahu laksana kuasa dengan alasan malu dengan peniaga. Katanya kita sudah lama kenal dan berniaga bersama. Geram betul masa tu. Apa guna kuasa kalau tak laksana? Apa guna kuasa kalau salah guna?
Oh ya, mana taknya, semua produk minuman buah-buahan dalam tin yang dijual di setiap gerai dibekal oleh pegawai tu. Hurmm, masing-masing jaga perut sendiri. Apa yang tak boleh dibolehkan, apa yang mengikut law, didiamkan.
Pegawai tu pon, tak kurang melayunya dari aku. Malam tu aku pulang dengan gaji dan dilemma. Apa karenah bangsa aku berniaga sebegini rupa, minda kelas ketiga.
Esok harinya, aku tak pergi kerja. Berhenti dan cuti beraya.
10 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Video
youtube
Slot 1: Bedah Filem - Ketika Cinta Bertasbih by Habiburrahman el Shirazy Seminar Penulisan Putra Putri Nusantara (SerumpuN) mempersembahkan kegiatan penulisan karya sastera, sekaligus membedah karya fenomena di dua-negara (Indonesia-Malaysia), anjuran bersama Student Representative Council(SRC) dan Forum Tarbiyah (FOTAR) UIAM dengan tema: "MELANGITKAN KARYA MEMBUMIKAN CINTA"
full playlist - link
3 notes · View notes
faaizzdzul-blog-blog · 13 years ago
Text
peluh - (bukan entri tak senonoh)
Berlari pagi hari sudah jadi rutin paling kurang 3 kali seminggu. Aku jadi suka beriadah pagi hari sebab tak panas macam petang. Perasaannya, permandangannya dan hawanya berbeza.
Peluh pagi hari segar, ia kering sendiri saat matahari meninggi. Tak perlu kipaskan, tak perlu lapkan. Peluh petang hari pula meletihkan. Kalau dibiar ia tak kering, melekit, menidakselerakan.
Di trek, ada orang berlari laju. Ada yang perlahan. Ada yang berpeluh banyak. Ada yang berpeluh sedikit.
Ada kenalan aku yang berpeluh banyak walaupun aktiviti yang dilakukannya ringan. Jadi, dia kenalanku yang paling hafal kisah mukjizat Rasulullah yang keluarkan air dari celah jari.
Lantas samakan dengan dia. Padahal air dicelahan jarinya cuma peluh. Tak matang, sangat tak matang. Bila perolokkan sirah.
Zaman dulu-dulu, zaman-zaman pergi sekolah dengan baju putih dinila bertompok-tompok diganding dengan seluar carrot cut.
Ada juga kenalan yang pernah ragu anggap aku tak berlari dalam satu acara sebab peluh yang tak kelihatan pada pakaian aku. Walhal aku tiba awal di garisan penamat sebelum dia.
Aku sendiri tak tahu kenapa badan aku tak produktif berpeluh. Sejujurnya aku tak faham mekanisma perembesan oleh organ paling besar manusia; kulit.
Lain orang, lain metabolik, lain kadar rembesan.
Atau boleh jadi ada faktor lain yang corakkan mekanisma dengan rona berbeza.
Mungkin kurang minum air, mungkin liang peluh disumbat kolestrol, mungkin juga dinginnya hawa.
    Cumanya, ada satu fikiran yang mengganggu aku.
Kalau Allah mahu simbolikkan;
Larian itu sebagai usaha beribadah menuju ketaatan,
peluh itu dilihat sebagai ganjaran yang dicatit Atid, atau dilihat sebagai toksin dosa yang menggugur ke bumi,
kandungan air reflek pada kurangnya ilmu,
kolestrol umpama riak yang merusak ibadah,
bayu dingin imej keadaan umat sekeliling?
  aku
perlu kuatkan larian, tambah bekalan air, amal diet buang kolestrol jahat, menyumbang pada umat, dan berpeluh dengan sihat.
Sihat, sesihat sihatnya.
9 notes · View notes