#hjhsyarifahzainahbtsyedabdulmanaf
Explore tagged Tumblr posts
Photo
Rindu Mak.. Mggu ni tak dapat pergi "tengok" Mak.. Tapi sbb rindu,adik pakai je cincin Mak kasi ni mggu ni.. Arwah Mak mmg rajin beli brg kemas utk aku dri anak dara lagi.. Tapi cincin ni mmg aku personally mintak sbb aku suka..arwah mmg kasi je kalau bab barang kemas ni.. Jumpa mak mggu ni yea 💋 #AlFatihah #HjhSyarifahZainahBtSyedAbdulManaf
0 notes
Photo
2014 adalah tahun terakhir aku dpt bagi hadiah pada #Mak utk Hari Ibu.. . . Masih segar di ingatan.. #Mak kata kasut ni ketat sikit ..aku pun pergi ke Midvalley balik utk tukar size lain..sedangkan yg aku beli mmg size arwah #Mak..mungkin Allah nk duga kesabaran aku waktu tu..syukur aku masih sabar..tak sangka itu tahun terakhir aku beli hadiah utk #Mak .. Tahun ni,aku hanya dpt duduk kubur #Mak sambil mengaji dan menangis.. tiada lagi teman utk aku meluahkan perasaan.. tiada lagi kawan utk aku 'bergaduh' .. . . Allah ambil smua nya dlm sekelip mata..pada waktu yg xpernah aku doa... Tiada siapa dpt menggantikan #Mak ..#Mak tetap ibu terbaik yg sentiasa menjaga kebajikan anak2 walaupun #Mak sendiri susah😔 Adik doa semoga Allah menjadikan air mata #Mak yg mengalir dlu demi ktorg sebagai jalan utk #Mak ke Syurga.. #sentimental #value #Mak #HjhSyarifahZainahBtSyedAbdulManaf
0 notes
Photo
Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil. Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka. Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan. Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami. Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami. Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami. Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami. Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu. Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka. Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka. Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka. Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka. Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan. Ameen.. #AlFatihah #HjhSyarifahZainahBtSyedAbdulManaf #selamathariIbu #sayangMak (at Taman Raudhatul Sakinah Jln KL-Karak TBM)
0 notes
Photo
Alhamdullilah siap dah "rumah" #Mak mcm yg dijanjikan..Walaupun landscape yg aku mintak lain..mungkin ini yg terbaik dariNya.. Sampai je tadi #NurAdamDaniel trus cakap.. Opah..Opah..Opah.. Sayu hati😔 ..sekejap masa berlalu #AlFatihah #HjhSyarifahZainahBtSyedAbdulManaf -11.4.2015
0 notes
Photo
Rindu #Mak Takde sape dpt ganti #Mak Semoga #Mak tenang kat sana Insya"allah nanti "rumah" #Mak kat sni paling cantik adik jaga... Batu nisan #Mak adik dpt ukir guna nama yg sebenar .. #Mak jgn susah hati yea... . . Semoga Allah swt ampunkan dosa2 #Mak Semoga #Mak di tempatkan di kalangan mereka yg beriman dan mulia #AlFatihah #HjhSyarifahZainahBtSyedAbdulManaf . . Rumah #MakdanAbah pun da jadi milik kita..adik dan abg da uruskan smua... #Mak tak perlu susah hati lagi . . Adik rindu #Mak Dlu kalau adik sakit ,adik tak susah hati sbb #Mak ada utk tgkkan anak2 adik..tapi sekarang😔 #tiadagalangganti #hanyaAllahygtahu - 28.3.2015 (at Tanah Perkuburan Islam KL-KARAK)
0 notes
Photo
Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan kami.. #Alhamdullilah ..mmg rezeki #mak .. Allah makbulkan permintaan aku agar pejabat urusan di Kubur tadi buka supaya hajat kami utk naikkan batu kubur di laksanakan secepat mungkin..selalu sabtu ahad mmg tutup..ntah kno hari ni seorg pegawai masuk ke pejabat dgn alasan bosan duduk rumah..sbb tu dia dtg dan buka pejabat.. . . Mak pernah risau dlu ..mak kata : " Kalau Mak mati, tak tahu lah duit utk kubur Mak cukup ke tidak" Aku jawab dgn yakin "InsyaAllah ada bahagian Mak tu" . . Sayu hati bila di kenangkan balik😔 . . Bila kini mak tiada..duit yg aku simpankan lebih dari cukup utk buat batu utk kubur mak😔 . . Mak... Adik nak kasitahu Mak..adik dpt rezki lebih..tapi bahagian Mak adik tetap simpan😣 Adik nak kasitau Mak...adik bnyk menangis minggu ni sbb adik rindukan mak😣 . . Terima kasih Allah krn pertemukan aku dgn mak utk kali ke 2..walau hanya dalam mimpi 😔 #AlFatihah #HjhSyarifahZainahBtSyedAbdulManaf - 21.3.2015 (at Tanah Perkuburan Islam Lebuhraya Karak, Mukim Batu, KL.)
0 notes