#dekatjah
Explore tagged Tumblr posts
Photo

SARAPAN PAGI DI TAWANG, BACHOK: Nasi Dagang memang sinonim dengan orang Kelantan dan membeli nasi dagang adalah sedikit berisiko kerana jika anda membeli dgn penjual yang kurang mahir, anda mungkin tidak memahami kenapa orang Kelantan taksub dengan nasi dagang. Btw tahukah anda ada lagu khusus untuk nasi dagang ni? Macam national anthem untuk nasi dagang. Cuba Google kalau nak tahu. . Pagi tadi buat pertama kali saya ke Kedai Nasi Dagang Kak Za yang terletak di Tawang. Lokasinya adalah kira-kira 500 meter di sebelah kiri sebelum Cabang 3 Tawang (jika anda dari Kota Bharu menuju ke Balai Polis Tawang). Dibuka 7 hari seminggu dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Walau bagaimana pun saya nasihatkan anda datang selepas jam 8.00 pagi jika tidak mahu menunggu nasi dagang. Hanya 20 minit dari Kota Bharu. . Istimewanya nasi dagang di sini ialah saya rasa gulainya seimbang daripada segi rempah, manis dan masin. Nasi dagangnya juga tidak memuakkan, biasanya kalau nasi dagang saya jarang tambah kecuali nasinya tidak muak. Nasinya juga sebiji-sebiji menandakan tidak terlebih kukus dan kuantiti santan yang secukupnya. Kuantitinya kuah yang diberikan adalah secukupnya tidak banjir. Kombinasi yang saya sebutkan adalah sangat penting dalam hidangan nasi dagang yang sempurna. . Ada juga nasi putih tapi tadi tak ada pulak yang makan nasi putih jadi saya tak boleh nak ulas. Selain daripada itu terdapat juga beraneka pilihan kuih tradisional. . #Singapore #ScootAir #KelantanTourism #Come2Kelantan #DKHolidayPackage #Singapura #MajulahSingapura #DekatJah #DekatJer #AirAsia #Fireflyz #MalaysiaAirlines #MalindoAir #GastronomyTourism #NasiDagang #NasiDagangKelantan #DKRecommends #DKFoodDiary #Bachok #BandarPelancongan Islam (at Kak Za Nasi Dagang) https://www.instagram.com/p/BvmPAvrlwSf/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=18w9q00ki7emb
#singapore#scootair#kelantantourism#come2kelantan#dkholidaypackage#singapura#majulahsingapura#dekatjah#dekatjer#airasia#fireflyz#malaysiaairlines#malindoair#gastronomytourism#nasidagang#nasidagangkelantan#dkrecommends#dkfooddiary#bachok#bandarpelancongan
0 notes