#d food food resipy
Explore tagged Tumblr posts
Text
10 Peralatan Wajib Dimiliki Untuk Membuat Kuih dan Biskut Raya
Tutorial dan Knowledge Hokaloh News
10 Peralatan Wajib Dimiliki Untuk Membuat Kuih dan Biskut Raya
Disamping busana indah berwarna-warni dan hidangan ketupat rendang, Hari Raya wajib dimeriahkan dengan aneka kuih dan biskut raya. Tampilkan sedikit kelainan di Hari Raya ini dengan menyediakan kuih dan biskut raya anda sendiri. Miliki peralatan-peralatan ini untuk memudahkan tugas anda.
Pensonic 20L Electric Oven PEN-PEO2000
BELI DISINI
RM 125.00
Paling utama untuk menyediakan aneka kuih dan biskut, anda sudah tentu memerlukan sebuah oven. Peralatan ini memiliki ciri tetapan masa serta kawalan suhu di bahagian atas dan bawah oven. Pensonic Electric Oven juga berkapasiti 20 Liter, bersaiz sederhana serta memiliki harga yang mampu milik, sangat sesuai untuk projek kuih raya kecil-kecilan anda.
Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000
BELI DISINI
RM 299.90
Alat pembancuh juga penting untuk menyediakan aneka kuih dan biskut raya. Stand mixer Russell Taylors ini menggunakan motor berkuasa 1000w serta memiliki struktur yang kukuh dengan ciri getah dibahagian bawah untuk mengelakkan alat pembancuh tergelincir. Memiliki kapasiti untuk membancuh 1 Kilogram tepung dalam satu masa didalam mangkuk pembancuh berkapasiti 5.0 Liter, alat pembancuh ini pasti memudahkan anda menyediakan kuih dan biskut raya.
Aluminium Baking Tray
BELI DISINI
RM 36.00
Tidak lengkap peralatan membuat kuih raya jika anda tidak memiliki sebuah dulang pembakar. Dengan ukuran 400mm x 600mm x 20mm dan dihasilkan dari material Aluminium, dulang pembakar ini ringan dan mudah untuk diangkat. Saiz ukurannya yang besar juga mampu memuatkan banyak jumlah kuih. Bukan sahaja memudahkan kerja anda, dulang ini juga selamat untuk digunakan didalam oven dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
Non-Stick Rolling Pin Silicone Roller
BELI DISINI
RM 4.58
Pencanai atau Rolling Pin dengan ciri istimewa silikon serta pemegang kayu ini juga wajib dimiliki untuk melengkapi projek kuih raya anda. Material silikon memiliki ciri non-stick serta permukaan yang rata dan licin, membuatkan hasil kuih dan biskut bertambah cantik. Namun anda tidak perlu risau, silikon yang digunakan selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
Mini Digital Stainless Steel Weighting Scale 3kg/0.1g
BELI DISINI
RM 55.00
Resipi kuih raya yang anda mahu cuba sudah pasti menggunakan ukuran gram atau kilogram, jadi sudah tentu anda memerlukan sebuah alat penimbang. Alat penimbang digital ini memiliki kapasiti maksimum 3.0-kilogram dan dapat memberikan ukuran yang tepat. Ciri istimewa alat penimbang ini ialah ia menggunakan kuasa bateri selain memiliki ciri untuk tutup secara automatik apabila tidak digunakan.
Stainless Steel Measuring Spoon – 5pcs/set
BELI DISINI
RM 22.00
Seperti alat penimbang, sudu penyukat juga penting untuk proses penyediaan bahan-bahan kuih raya. Sudu penyukat ini dihasilkan dari material keluli tahan karat yang mampu untuk tahan lebih lama. Sudu penyukat ini juga sangat mudah digunakan kerana memiliki label sukatan dihujung sudu serta dijamin ketepatan sukatannya. Kini anda boleh mengikuti resipi aneka kuih dan biskut pilihan dengan mudah.
Stainless Steel Flower Leaf Biscuit
BELI DISINI
Dari RM 3.05
Aneka bentuk kuih dan biskut raya pasti menambat hati para tetamu di Hari Raya. Menampilkan beberapa jenis rekaan bunga, acuan kuih ini pasti menghasilkan kuih dan biskut yang menarik dan cantik. Material keluli tahan karat juga menjamin acuan kuih tahan dan dapat digunakan sehingga bertahun lama. Acuan ini juga mudah untuk dibersihkan dan disimpan.
Bakery Brush Cooking Tools
BELI DISINI
RM 7.99
Berus masakkan dengan hujung silikon ini pasti melengkapi peralatan membuat kuih dan biskut raya anda. Ia memiliki ciri tahan haba serta lembut dan mudah digunakan. Alatan ini bersaiz kecil dan mudah untuk disimpan. Selain untuk menyediakan kuih dan biskut, berus boleh juga digunakan untuk tujuan masakkan.
Blossomen Kitchen Transparent Food Storage Jars
BELI DISINI
Dari RM 2.02
Setelah bermacam aneka kuih dan biskut raya dihasilkan, anda pasti memerlukan balang untuk menyimpan kuih dan biskut. Balang penyimpan makanan ini boleh digunakan untuk menyimpan kuih dan biskut raya, agar kuih dan biskut kekal segar dan rangup. Ia juga boleh didapati dalam beberapa variasi warna menarik. Sesuai juga digunakan untuk menghidang kuih dan biskut kepada tetamu.
Doily Paper
BELI DISINI
Dari RM 2.90
Hiasi balang kuih dan biskut raya anda dengan kertas doily yang cantik. Sungguh menarik kuih dan biskut yang disusun rapi didalam balang, diselang-selikan dengan kertas doily. Tambah istimewa, kertas doily ini memiliki pelbagai warna menarik seperti merah, biru, ungu, hijau, merah jambu dan kuning. Pasti balang kuih dan biskut tampak lebih warna-warni dan meriah, menambat hati tetamu yang datang berkunjung di Hari Raya.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id)) return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_GB/sdk.js#xfbml=1&version=v2.10&appId=134445067133340"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));!function(f,b,e,v,n,t,s)if(f.fbq)return;n=f.fbq=function()n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments); if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0'; n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0]; s.parentNode.insertBefore(t,s)(window, document,'script', 'https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '742176569317772'); fbq('track', 'PageView');
0 notes
Text
Hokaloh News Updated: Cara-Cara Buat Roti John Ala Pasar Malam Tapi Secara Homemade. Mudah & Sedap! - NyumNyum Hokaloh News
https://hokaloh.news/resepi-masakan/cara-cara-buat-roti-john-ala-pasar-malam-tapi-secara-homemade-mudah-sedap-nyumnyum-hokaloh-news/
Roti John adalah antara street food popular di kalangan rakyat Malaysia. Bila bulan puasa, ia ibarat menu wajib ada di waktu berbuka. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!
RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Komen anda
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '200910193736118', cookie : true, xfbml : true, version : 'v2.8' ); FB.AppEvents.logPageView(); ;
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&appId=200910193736118&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); Artikel oleh Tukang Masak Hokaloh
قالب وردپرس
#ResipiMasakan #Ala #Berita #Buat #Buddy #CaraCara #Daging #Hokaloh #HokalohNews #Homemade #John #Malam #Malaysia #Mudah #News #NyumNyum #Pasar #PocketNews #Raja #Rakyat #Resipi #Roti #Sayur #Secara #Sedap #Tapi
#Ala#berita#Buat#buddy#CaraCara#daging#hokaloh#hokaloh news#Homemade#John#malam#malaysia#Mudah#news#NyumNyum#Pasar#pocket news#raja#rakyat#resipi#roti#sayur#Secara#sedap#Tapi#Resipi Masakan
0 notes
Text
Michael Ang Ajar Cara Untuk Masak Chinese Food, Teow Chew Steam & Steam Egg! Waa Nampak Menarik!
https://www.hokaloh.news/resipi/michael-ang-ajar-cara-untuk-masak-chinese-food-teow-chew-steam-steam-egg-waa-nampak-menarik/
Michael Ang Ajar Cara Untuk Masak Chinese Food, Teow Chew Steam & Steam Egg! Waa Nampak Menarik!
Resipi Hokaloh News
Michael Ang Ajar Cara Untuk Masak Chinese Food, Teow Chew Steam & Steam Egg! Waa Nampak Menarik!
Bagi peminat industri seni tempatan, nama Michael Ang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah mendapat pendidikan dalam bidang penyiaran di salah sebuah universiti di Australia, beliau memulakan karier dalam bidang pengarahan melalui penerbitan iklan komersial sekitar tahun 2000. Kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menerbitkan sebuah filem menggunakan duit poketnya sendiri dan filem pertamanya ialah Anak yang telah membelanjakan hampir RM1 juta.
Michael kemudian mendapat peluang dan terus diberi kepercayaan untuk menghasilkan beberapa buah drama bagi stesen televisyen berbayar. Antara drama hasil karya dan terbitan Michael Ang yang mendapat sambutan penonton ialah Suri Hati Mr Pilot, Dia Semanis Honey dan terbaru, Rahsia Hati Perempuan.
Pengarah dan penerbit ternama yang dikatakan peramah itu juga telah terlibat dalam bidang perniagaan baju Melayu baru-baru ini dimana beliau telah mengeluarkan koleksi baju Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas dengan tujuan untuk menarik perhatian masyarakat Cina menggayakan baju Melayu dalam perayaan atau majlis-majlis perkahwinan.
Tapi siapa sangka selain daripada kerjayanya di belakang tabir dalam industri seni tanah air, beliau juga sebenarnya pandai memasak! Terbaru Michael berkongsi cara-cara memasak masakan Cina, Teow Chew Steam Fish dan Steam Egg menerusi akaun Instagramnya. Nampak sangat menarik!
Jom kita lihat video langkah demi langkah yang diajarkan oleh Michael.
Resipi Teow Chew Steam Fish
Bahan-Bahan
Sayur masin*
Halia*
Cili padi* (dipotong kecil)
Cendawan (sudah direbus)*
Ikan bawal emas
Daun bawang*
Tomato*
Tahu putih*
Soya sos (1 ½ tbs)
Sour plum (4 biji)
Semua bahan bertanda * diletakkan mengikut citarasa masing-masing
Cara Penyediaan
Masukkan sayur masin, halia, cili padi, cendawan ke dalam satu bekas.
Masukkan ikan yang telah disumbat dengan halia dan daun bawang ke dalam bekas tersebut.
Taburkan semula sayur masin, cili padi, cendawan, tomato, tahu putih, halia ke atas ikan.
Masukkan sour plum lebih kurang 4 biji dan kemudian letakkan 1 ½ tbs soya sos.
Kukus selama lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada saiz ikan.
Siap dan sedia untuk dihidangkan!
INFO: Untuk menonton video langkah demi langkah Teow Chew Steam Fish, boleh pergi ke akaun Instagram Michael Ang
Resipi Steam Egg
Bahan-Bahan A
Bahan-Bahan B
1 ½ cawan air
½ tsp lada putih
½ tsp serbuk halia
½ serbuk bawang putih
Sedikit sesame oil
Bahan-Bahan C
Bahan-Bahan D (Soya Sos)
Cara Penyediaan
Pukul bahan A iaitu 4 biji telur dan letak ke tepi.
Dalam bekas yang berasingan, campurkan semua bahan B dan kacau sebati.
Campurkan bahan A dan B kemudian pukul hingga rata.
Tapis bahan yang dicampurkan itu ke dalam bekas yang telah diletakkan century egg.
Wrap dan kukus selama 15-20 minit.
Cara Penyediaan Sos
Campurkan semua bahan D dan gaul rata.
Cara penyediaan Steam Egg
Setelah telur siap dikukus, sediakan 1spf minyak yang telah dipanaskan dan curahkan ke atasnya, diikuti dengan sos soya.
Taburkan daun bawang yang telah dihiris halus.
Siap!
INFO: Sukatan telur dan air hendaklah tepat jika tidak resipi steam egg tidak akan menjadi
Ini pula hidangan-hidangan menarik lain yang disediakan oleh Michael. Boleh lah korang cuba nanti ya!
Chicken herbal soup with mushroom n abalone
Terliur melihat hidangan-hidangan hasil masakan Michael Ang ni. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah, malah cara penyediaannya sangat ringkas dan senang. Sedap sudah pasti! Selamat mencuba!
Sumber: IG Michael Ang
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '200910193736118', cookie : true, xfbml : true, version : 'v2.8' ); FB.AppEvents.logPageView(); ; (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
Text
Hokaloh News Updated: Cara-Cara Buat Roti John Ala Pasar Malam Tapi Secara Homemade. Mudah & Sedap! - NyumNyum Hokaloh News
https://hokaloh.news/resepi-masakan/cara-cara-buat-roti-john-ala-pasar-malam-tapi-secara-homemade-mudah-sedap-nyumnyum-hokaloh-news/
Roti John adalah antara street food popular di kalangan rakyat Malaysia. Bila bulan puasa, ia ibarat menu wajib ada di waktu berbuka. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!
RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Komen anda
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '200910193736118', cookie : true, xfbml : true, version : 'v2.8' ); FB.AppEvents.logPageView(); ;
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&appId=200910193736118&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); Artikel oleh Tukang Masak Hokaloh
قالب وردپرس
#ResipiMasakan #Ala #Berita #Buat #Buddy #CaraCara #Daging #Hokaloh #HokalohNews #Homemade #John #Malam #Malaysia #Mudah #News #NyumNyum #Pasar #PocketNews #Raja #Rakyat #Resipi #Roti #Sayur #Secara #Sedap #Tapi
#Ala#berita#Buat#buddy#CaraCara#daging#hokaloh#hokaloh news#Homemade#John#malam#malaysia#Mudah#news#NyumNyum#Pasar#pocket news#raja#rakyat#resipi#roti#sayur#Secara#sedap#Tapi#Resipi Masakan
0 notes
Text
Hokaloh News Updated: Sediakan Sup Tulang Ini Untuk ‘Boost’ Immuniti Si Kecil Ketika Melancong, Baru Seronok Berjalan! | Travel Hokaloh News
https://hokaloh.news/pelancongan/sediakan-sup-tulang-ini-untuk-boost-immuniti-si-kecil-ketika-melancong-baru-seronok-berjalan-travel-hokaloh-news/
Dah masuk musim cuti sekolah ini, mesti ramai ibubapa yang nak bawa anak pergi melancong kan? Tak terlepas juga anak-anak yang masih kecil dan belum bersekolah tu, mesti nak bawa berjalan-jalan juga. Namun, anak-anak kecil yang dibawa travel ini akan mudah terjangkit dengan penyakit di luar seperti deman dan selesema. Jadi, persediaan yang rapi perlu dilakukan supaya immuniti anak tetap kuat! Jom kita buat bone broth atau sup tulang ini untuk mereka.
www.thekitchenmagpie.com
Travel Tips! Preparing food for baby’s immunity.
Harini bertukang lebih dekat dapur, tiba-tiba terajin buat bone broth. actually lama dah tak buat sebab Aiza lebih suka tumis terus dari guna bone broth atau stocks kat rumah unless Aiza away untuk travel, dan negara yang akan pergi tu tak cerewet bawak makanan dari rumah, Aiza akan prepare untuk guna sepanjang travel, so just beli few bahan, campak2 dalam Beaba Babycook, dan siap!
inhabitat.com
Memandang kemungkinan besar tak lama lagi Adam Jibreel akan ter-travel lagi Januari ni, dan kemungkinan besar juga Winter area, maka mommy pun buat balik untuk di-frozen-kan.
Biasanya, bila Adam Jibreel nak travel, Aiza akan bagi immune-boosting meal dekat Adam which is actually similar to bone broth recipe ni just tak perlu peram lama dalam cooker, buat sup sahaja, siap tumis cinnamon, star anise dgn cloves, dan ginger. alah macam buat sup biasa? Yang penting sebaiknya ada Parsnip, Tulang-belulang dan isi ayam, bebawang, dan celery. Semua bahan ni mmg boosting immune. So, a week or 3 days at least nak jalan tu, bg Adam sup kebal imun, ecewah! HAHA! And kalau rajin, lepas balik pun bagi lagi. Bila pergi negara yg ada perubahan temperature ni, takut balik demam je, yelah dr panas ke sejuk, sejuk ke panas. so, bg lg. Kalau waktu travel pula, bawak bone broth frozen, campak la segala bahan steam then blend. Takde tumis-tumis. Mudah kan? Alang-alang, Aiza share resepi bone broth/chicken stock Aiza.
RESIPI BONE BROTH
www.facebook.com/aiza.undefined
•Tumiskan bebawang, celery dan leeks menggunakan olive oil sampai harum baunya. •Then, masukkan tulang dan isi-isi ayam juga. biarkan sat, tambahkan air banyak, biarkan sampai nampak ayam dah masak sikit. •Masukkan parsnip dan carrot pula, kacau-kacau, tambah air. •Biarkan dgn api kecil (kalau guna dapur gas) sehingga 6-7 jam. mereputlah ye tunggu? hihihi. •boleh juga guna slow cooker atau Noxxa lg cepat kan?
*Actually untuk bone broth/chicken stock lagi lamaaaa kita peram dia, lg pekatlah jadinya lg baik. kenapa lama? Sebab kita nak biarkan segala isi atau sumsum keluar. So, bolehlah cuba!
Sumber: Aiza D Underfined
#Pelancongan #Asuh #Berita #BoneBroth #Buddy #News #Percutian #Pocket #ResipiSihatBayi #Semasa #SIHAT #Terkini #TipsTravel
#Asuh#berita#bone broth#buddy#news#percutian#pocket#resipi sihat bayi#semasa#SIHAT#terkini#tips travel#Pelancongan
0 notes