Tumgik
#changinglivesthroughreading
readingmuslimah · 4 years
Photo
Tumblr media
Masa forum bual bicara tentang book influencer tahun lepas di PBAKL, kak RM ada bagitahu apa antara sebab kak RM tubuhkan group ni. Jadi antara jawapan kak RM ialah, kak RM nak orang yang membaca ni, bukan manfaatnya bukan setakat terhenti kepada pembaca, tetapi juga untuk orang lain . . Apa maksudnya tu? Maksudnya walaupun orang lain tak membaca sesuatu buku tu, tapi dia tetap dapat manfaat dari buku tu bila kita (yang membaca ni) kongsikan di laman sosial. Jadi win-win situation kan? Kita dapat pahala sebab sebarkan benda baik, dan orang lain dapat ilmu dari kita. Kalau orang tu buat baik lepas baca apa yang kita kongsi, makin bertambah pahala kita. Kan? . . Sebab tu, penting untuk kita pilih buku yang baik-baik dan penting untuk kita berkongsi yang baik-baik yang kita dapat dari buku yang kita baca. ❤️ Zaman sekarang mudah sangat nak kongsi kebaikan. Boleh snap gambar mukasurat yang kita nak kongsi tu di whatsApp story, ig story, fb status, tweet di Twitter, dan lain-lain social media. Berkongsi dengan kawan meja sebelah pun apa salahnya. Jadi borak-borak buku dengan kawan 😄 . . Kalau ada kesempatan sikit, boleh buat perkongsian tentang buku yang kita baca tu, guna ayat sendiri. Cerita apa yang kita dapat dari buku tu, bagaimana penulis mempengaruhi kita untuk jadi lebih baik, dan apa saja manfaat yang kita rasa ia bagus untuk dikongsi bersama . . So bermula hari ni, kalau korang ada baca buku apa-apa, jom share input-input menarik dari buku tu di ig story korang. Tag kak RM sekali, nanti kak RM repost di story. Supaya lebih ramai dapat baca. Best kan bila kongsi-kongsi ilmu ni? 🤗 . . #kakRMshare #readingMuslimahMY #bookClub #muslimahBookClub #books #reading #read #bookish #changingLivesThroughReading (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/B72mKeTHEeV/?igshid=1jasby2ko5xgs
0 notes