Tumgik
#caringthroughreading
readingmuslimah · 5 years
Photo
Tumblr media
Repost from @safar3ad: #SBYH menjemput pembaca untuk bertenang dari kesibukan hidup dan memperhalusi semula satu persatu langkah bagaimana kita telah manfaatkan rezeki ilmu dan progres kebijaksanaan yang di kurniakan kepada kita sejak kita lahir lagi. . . Tuan Hasrizal juga mengajak pembaca untuk undur satu langkah kebelakang, melihat kitaran kehidupan dari kacamata insan biasa; yang tiada pangkat, perbezaan darjat, budaya dan fahaman. Sungguh, tugas dakwah dan menuntut ilmu itu secara semulajadinya terpikul di bahu kita semua–yang sihat akalnya. . . Cuma, yang menjadi masalah adalah cara kita menyantuni ilmu-ilmu itu "at the right place, time, person and environment". . . Yang menjadi masalah adalah apabila kita memakai topeng kuasa dan pangkat sesuka hati sehingga tidak sedar kita telah menyakiti jiwa insan-insan yang sedang di uji. . . Terdapat kupasan isu-isu tular yang popular di medsos dalam kebanyakan contoh situasi berfikir di dalam naskhah ini. Tuan Hasrizal telah berjaya mensenikan isu-isu tersebut dengan analogi-analogi yang mudah untuk pembaca fahami: . . i) dari sudut apa kita dapat manfaatkan berita itu. ii) apa yang kita perlu tambah baik dan belajar untuk jadikan ia sebagai pelajaran dan penambahbaikan. iii) bersederhana dalam mengolah sesuatu isu; tidak melatah, tidak juga sehingga tertinggal keretapi . . #SBYH yang di olah dari kitab Thaqafah Al-Da'iyyah karangan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ini benar-benar menepati menu pilihan pembaca yang mahukan idea-idea segar tetapi konservatif dan moden pada masa yang sama. Kata mudahnya SEDERHANA. . . "Kaya dengan rasa, perisa, fakta dan data"– Ustaz Luqman Makhtar . . "Rare (jarang tetapi berharga)"–Dr.Alizi Alias . . Terima kasih untuk naskhah yang berani ini Tuan @iamhasrizal dan tahniah @imanpublication kerana mengeluarkan sebuah lagi karya yang berkualiti. . . #safaread #caringthroughreading #MalaysiaMembaca #readingmuslimahmy https://www.instagram.com/p/B8Vf0Wknkvl/?igshid=lnpwvf4hrpof
0 notes