#cara keluarkan duit asb anak
Explore tagged Tumblr posts
Text
MyASNB: Panduan Melabur, Tukar dan Pindahan ASB Online
MyASNB: Panduan Melabur, Tukar dan Pindahan ASB Online
MyASNB: Panduan Melabur, Tukar dan Pindahan ASB Online. Apa Panduan Melabur, Tukar dan Pindahan ASB Online?
Panduan Melabur, Tukar dan Pindahan ASB Online dengan MyASNB ni sebenarnya senang je. Pada zaman serba canggih ni, banyak cara dan kemudahan di hujung jari untuk memudahkan urusan anda. Dalam entri kali ini Lebih Info berkongsi MyASNB: Panduan Melabur, Tukar dan Pindahan ASB Online
MyASNB…
View On WordPress
#cara keluarkan duit asb anak#cara keluarkan duit asb melalui maybank2u#cara keluarkan duit asb secara online#keluarkan duit asb maybank2u#pengeluaran asb melalui atm maybank
0 notes
Link
Ada masalah nak simpan duit? Hakikat ni, korang kena belajar telan. Selagi korang tak belajar kumpul duit, selagi tu harapan korang nak beli rumah tipis. Nak tak nak, memang kena kumpul. Sebab tu penting untuk orang muda bina tabiat ni seawal mungkin. Nah, baca perkongsian Tuan Haziq Syazane yang penuh manfaat ni. Elok sangat untuk orang muda hadam dan amalkan. Korang belum baca siri pertama sebelum ni? Klik sini sekarang untuk baca. Dah baca yang tu, baru sedap baca part 2. Hehe. #8: Bajet – Halang anda daripada berbelanja tak ingat dunia Bila dah rekod segala transaksi dan dah tahu objektif semua, tiba masa beralih pula kepada buat bajet korang. Sebaik je dah berjaya imbangkan pendapatan dengan matlamat simpanan dan perbelanjaan, setkan satu bajet supaya korang tau berapa banyak duit yang korang gunakan setiap bulan. Bajet ni penting. Sebab benda ni boleh bantu halang kita berbelanja macam orang hilang pedoman. Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja setiap bulan, dan cucuk rapat bajet yang korang dah buat tu. Sebagai contoh: “Saya hanya akan belanjakan RM30 sebulan untuk wayang, coklat, kopi, atau lain-lain setiap bulan.” Buat sekali bajet tahunan. Tulis semua benda yang korang nak beli, atau segala aktiviti yang guna duit seperti melancong dan sebagainya. #9: Berhenti swipe sana-sini ikut suka hati Elakkan guna metod bayaran lain selain daripada tunai. Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Manusia lebih senang berbelanja bila tak nampak duit dekat depan mata. Kenapa? Sebab korang tak rasa duit tu berkurang secara fizikal. Cuba gunakan tunai. Korang sendiri boleh rasa duit tu berkurang. Paling tak pun, korang mesti akan rasa menyesal tak sudah bila sedar terbelanja banyak sangat. Ada kad kredit, tapi tak nak tergoda dan dinoda? Selit satu kertas dekat dalam dompet sebagai reminder supaya beringat dulu sebelum terkena. Kad kredit tak semestinya jahat. Kalau tau guna dengan cara yang betul, boleh je pakai. Kalau korang pengguna yang bertanggungjawab, bayar cantik je, korang boleh dapat banyak manfaat. Cuma, kena ingat. Kad kredit ni sumber duit buat si peminjam. Jadi, macam-macam la tawaran yang mereka akan lambakkan kat korang supaya guna. Tak salah nak guna. Tapi beringat-ingat sebelum terkena. #10: Tempat simpan “harta karun”? Cuba letakkan duit dalam balang mengikut bajet bulanan yang korang dah tetapkan. Bahagikan ikut kegunaan seperti belanja kereta (duit minyak, tol, atau lain-lain), untuk makan minum, dan lain-lain. Setiap kali nak guna duit, tarik daripada salah satu balang tu mengikut kategori perbelanjaan korang. Tau tak apa yang tak best? Korang akan nampak jelas duit dalam balang tu cepat je habis. Dan sebab ni jugak, korang akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit. Korang juga boleh jadikan balang sebagai tempat simpan “harta karun.” Contohnya, setiap kali ada RM5 dalam wallet, simpan dalam balang RM5. Buat juga balang RM10, RM20, dan RM50. Nak buat balang untuk simpan not RM100? Lagi bagus! #11: Mana yang bagi kadar dividen yang tinggi? Rasanya, mesti ada yang dah dapat tangkap poin ni. Korang hanya perlu cari pelaburan berisiko rendah yang bagi kadar dividen yang tinggi. Buat kajian dan bandingkan. Pilih mana yang sesuai dan terbaik untuk korang gandakan simpanan yang ada tu. Contoh yang korang boleh gunakan seperti Tabung Haji, ASB, dan lain-lain lagi. Satu lagi, Bank Rakyat. #12: Pasak mindset “belanja diri sendiri dulu” Simpanan harus korang jadikan satu keutamaan. So, jangan kata korang simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Korang tipu diri sendiri kalau cakap macam tu. Mungkin ada yang simpan. Tapi yang paling ramai, mesti langsung tak sempat simpan walaupun seciput. Setiap kali masuk gaji, korang simpan siap-siap paling kurang 10%. Korang boleh je buat auto deposit dan simpan duit secara automatik. #13: Rumah yang besar, bermula dengan sekecil bata Mungkin korang tak yakin dengan diri sendiri untuk kumpul banyak duit. Nak jadi jutawan tu, macam satu perkara yang mustahil pada pandangan korang. Korang tak payah risau pasal tu pun. Janji korang terus buat. Bayangkan, sikit demi sikit korang kumpul. Mula-mula memang la nampak sikit. Tapi dari yang sikit tu boleh jadi banyak. Lagi bagus kalau korang jadikan tabiat menabung ni sebagai hobi korang. Nanti korang sendiri jugak yang rasa seronok bila tengok duit dah berlambak dalam bank akaun. Tapi jangan pulak kedekut sampai tak nak bersedekah. Kan sedekah tu pembuka pintu rezeki kita. Agama Islam pun dah terangkan kelebihan bersedekah secara terperinci, kan? #14: Kereta anda ada insuran. Untuk diri anda, ada ke? Bila dah ada banyak simpanan nanti, kita perlu ada paling kurang 1 (satu) kad perubatan. Ini supaya kalau berlaku sesuatu, kita tak payah keluarkan simpanan yang ada tu untuk belanja hospital. Contohnya, korang patah kaki sebab main bola sepak. Biasanya, kos pembedahan akan telan belanja sekitar RM20,000. Agak-agak korang, senang tak nak kumpul RM20,000 dalam masa yang singkat? Sebab tu saya wajibkan korang ambil kad perlindungan Takaful. Hanya bayar lebih kurang RM80 hingga RM100 je setiap bulan. Antara sebab ramai orang muflis adalah terpaksa tanggung bil rawatan hospital. Sebab tak tau nak buat apa, ramai yang pilih personal loan sebagai jalan keluar mudah (yang akan makan diri). #15: Wajib ada – Satu nasihat cliché yang semua orang tahu Setiap kali korang dapat duit, simpan terus. Dapat duit raya, simpan. Dapat duit gaji, simpan. Dapat bonus, simpan lagi. Faham, kan? Korang takkan ada masalah untuk simpan duit selagi kekalkan tabiat ni sentiasa. Dan korang juga akan bagi kesan yang baik dekat orang sekeliling korang. Korang rasa, anak-anak korang selalu belajar daripada siapa? Tak suka hati korang kalau tengok anak-anak pandai menyimpan duit bila dah besar nanti? Nak lentur buluh, mulakan dari rebungnya. Lupakan impian ni selagi diri korang sendiri tak mula. — Korang boleh menyimpan dengan banyak. Tok percaya korang boleh buat. Cuma, korang la yang kena mulakan tindakan. Selagi korang tak buat, selagi tu susah nak capai impian korang untuk beli rumah pertama. Apa-apa pun, jangan mudah putus asa dan teruskan usaha. HEROKITA.com | Digital Talents On Demand Source link
0 notes
Text
CARA MUDAH SIMPAN EMAS MODAL KECIL SECARA TETAP
Cara Mudah Simpan Emas Modal Kecil Secara Tetap
Cara mudah simpan emas modal kecil secara tetap setiap bulan dengan teknik beli emas arahan tetap bulanan bank untuk kumpul emas untuk jana harta kekayaan.
Cara berkesan jana kekayaan adalah dengan menabung atau disiplin menyimpan secara berterusan untuk menambah aset harta. Kekayaan bukannya kerana banyaknya harta yang dimiliki tetapi kekayaan sebenar adalah apabila memiliki simpanan dan bebas hutang. Kekayaan sejati adalah kebahagian iaitu apabila kehidupan tiada masalah dalam kehidupan atau bebas kewangan. Jadi untuk menjadikan hidup bahagia, hendakkan bebas kewangan dengan memiliki aset dana kecemasan. Tiada guna, banyak harta tapi juga banyak hutang, lebih baik memiliki sedikit harta, sedikit hutang dan memiliki tabung dana kecemasan. Pengalaman saya sendiri sebelum simpan emas dahulu, walau kerja bertahun-tahun tapi tiada simpanan kerana wang susah disimpan disebabkan lumrah tabiat manusia “wang untuk dibelanjakan, emas untuk disimpan”. Dahulu, sebelum menyimpan emas saya tiada simpanan kecemasan, tabung pendidikan atau tiada simpanan asas minima 3 bulan gaji. Tapi sejak mula menyimpan emas, saya mula memiliki dana kecemasan dan jumlah simpanan emas makin lama makin bertambah hasil dari paksa diri disiplin menabung emas sedikit demi sedikit. Walaupun tiada wang tunai dan hanya memiliki simpanan emas, namun memiliki emas bermaksub memiliki wang kerana emas mudah dicairkan dengan memajak atau menjual seluruh dunia. Emas mempunyai aura emas yang disayangi untuk dijual menyebabkan simpanan emas tidak bocor, malah akan semakin bertambah. Itu satu sebab kenapa ramai penyimpan emas tidak menyimpan duit tunai tetapi terus menukar sebahagian wang tunai kepada emas. Berbeza sekali jika simpan wang kertas, mesti otak terus fikir untuk berbelanja dan amat mudah berbelanja hinggalah dompet kering tanpa sedar dan menyebabkan tiada simpanan dana kecemasan minima 3 bulan gaji.
Emas Fizikal Dari Akaun Simpanan GAP Public Gold Bagaimana cara mudah simpan emas modal kecil sebagai aset harta? Kaedah simpanan emas yang termudah, termurah dan patuh syariah adalah melalui akaun simpanan akaun emas fizikal GAP. GAP adalah singkatan kepada Gold Accumulation Program (Program Kumpul Emas). Program GAP adalah kaedah simpanan emas modal kecil yang diperkenalkan oleh Public Gold sejak tahun 2015 dengan modal permulaan RM100 iaitu membeli emas lebih kurang 0.5g mengikut harga emas semasa yang telus, termurah dan patuh syariah. Maklumat lanjut tentang kelebihan program GAP klik KELEBIHAN SIMPANAN EMAS GAP PUBLIC GOLD. Kaedah simpan emas yang terbaik melalui akaun simpanan emas GAP untuk bina kekayaan adalah melalui Standing Instruction (SI) iaitu arahan tetap bulanan beli emas melalui akaun simpanan bank. Arahan tetap bulanan beli emas membolehkan simpanan emas setiap bulan untuk mengumpul emas. GAP Standing Instruction akan memudahkan simpan emas dengan konsisten setiap bulan. Program Arahan Tetap Bulanan GAP adalah sama seperti arahan tetap dari akaun gaji untuk simpan ke Tabung Haji atau ASB. Arahan Tetap Bulanan GAP pula adalah simpanan akaun emas GAP yang boleh ditukarkan kepada pelbagai emas fizikal dan boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa sahaja. Program Arahan Tetap bulanan beli emas GAP pastinya amat mudah, murah, patuh syariah, jimat masa, jimat kos pengangkutan, mengelak kebocoran wang dan pelaburan terbaik. KEMPEN ARAHAN TETAP BULANAN BELI EMAS GAP
Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold GAP Monthly Standing Instruction Campaign atau Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold adalah arahan tetap bulanan beli emas GAP melalui auto debit bank setiap bulan. Arahan belian emas GAP bulanan boleh dibuat secara online melalui perbankan online atau dengan mengunjungi bank. Arahan tetap bayaran setiap bulan boleh dilakukan sendiri dengan mudah dengan menetapkan nilai RM/bulan untuk transfer dari akaun bank sendiri ke akaun bank Public Gold, tetapkan tarikh pemindahan wang ke akaun bank Public Gold dan tetapkan tempoh bulanan yang dikehendaki. Minimum belian emas GAP ialah RM100 dan jika ditetapkan tarikh 25hb untuk pemotongan, maka setiap 25 hb wang dari akaun bank akan di'transfer' dari akaun bank sendiri ke akaun bank Public Gold setiap bulan. Maka, belian emas RM100 akan ditukar kepada nilai harga emas GAP semasa Public Gold. SYARAT PENYERTAAN KEMPEN ARAHAN TETAP BULANAN GAP Minimum belian untuk kempen arahan tetap ini ialah RM100 Setiap RM100/sebulan layak dapat 1 cabutan bertuah. Jika menyimpan emas RM300/bulan, maksudnya berpeluang menang 3 cabutan bertuah sebulan Pemenang hadiah emas cabutan bertuah akan dihubungi dan boleh diambil di mana-mana cawangan Public Gold berdekatan dengan syarat tidak melebihi 3 bulan dari tarikh pengumuman. KELEBIHAN KEMPEN ARAHAN TETAP BELI EMAS GAP Dapat kumpul harta modal kecil untuk pelaburan, dana kecemasan, pelindung kejatuhan wang dan elak kebocoran wang. Peluang menang emas berjumlah RM30k Peluang menang cabutan bertuah umrah. Peluang memenangi cabutan bertuah emas 0.5gram (RM150) atau 5gram(RM1100) jongkong emas setiap bulan. Cabutan bertuah di adakan secara “live” setiap bulan melalui facebook live atau seminar dan pemenang akan dihubungi. TIPS BELI EMAS ARAHAN TETAP BULANAN GAP Tips beli emas Kempen Arahan Tetap Bulanan GAP ialah dengan menetapkan tarikh arahan tetap bulanan pada akhir bulan kerana dari pengalaman pelaburan emas lebih 9 tahun, kebiasaannya harga emas rendah pada akhir bulan kerana urusniaga dunia kurang aktif pada akhir bulan. KELEBIHAN SIMPANAN EMAS GAP TETAP SETIAP BULAN Menjimatkan masa kerana tidak perlu memasukkan duit ke akaun Public Gold secara bulanan kerana ia akan 'auto transfer'. Menjimatkan kos kerana tidak perlu ke cawangan Public Gold atau kedai emas untuk membeli emas. Menguntungkan kerana mengumpul emas dan mengeluarkan emas fizikal yang besar yang rendah spread. Mendisiplin diri menabung serta berjimat cermat untuk mengumpul harta dan dana bekalan kecemasan. Mengelak kebocoran wang dengan menabung setiap bulan untuk bina kekayaan dan dana bekalan kecemasan. Pelaburan terbaik kerana masa kini harga emas di paras rendah yang amat sesuai mengumpul emas. Selamat dunia akhirat kerana simpanan emas GAP patuh syariah dan emas selamat dalam simpanan tanpa kejatuhan nilai seperti pepatah “Nilai simpanan emas makin lama makin bertambah sedangkan nilai simpanan wang makin lama makin menurun” CARA BELI EMAS GAP MELALUI ARAHAN TETAP SETIAP BULAN Cara beli emas GAP melalui arahan tetap bulanan dan seterusnya menyertai kempen GAP Monthly Standing Instruction Campaign untuk memenangi cabutan bertuah emas setiap bulan : 1.Bukan Ahli Public Gold yang belum pernah beli emas Public Gold atau belum punya kod pg ahli perlu beli emas minima RM100 terus jadi ahli Public Gold dengan KLIK PANDUAN BELI EMAS GAP PUBLIC GOLD atau klik whatsapp 0199185593 2.Sudah Ahli Public Gold yang telah punya Kod PG ahli boleh mula buat arahan tetap bulanan GAP dengan mudah secara online yang hanya mengambil masa 2 minit seperti panduan di bawah : A) Arahan Tetap Bulanan Maybank2u Bagi pemilik akaun perbankan online maybank2u boleh buat arahan tetap bulanan (Monthly Standing Instruction) dengan mudah melalui komputer atau telefon bimbit yang hanya mengambil masa 2 minit seperti berikut :
Cara Mudah Beli Emas Tetap Bulanan i). Login akaun Maybank2u dengan memasukkan username dan password maybank2u ii). Pada menu sebelah atas klik PAY & TRANSFER iii). Pilih butang TRANSFER dan transfer to pilih Other Accounts (Maybank and other banks) dan klik Maybank
Arahan Tetap Bulanan Maybank2u iv). Tuliskan nombor akaun bank Maybank untuk Public Gold Marketing Sdn Bhd bernombor : 5571-3923-8048 atau 5071-3410-4563. Jumlah pemindahan atau transfer amount tuliskan jumlah wang mahu beli emas setiap bulan seperti RM200 dan sebagainya dengan minima belian emas GAP ialah RM100. Klik pada Set Recurring untuk pilihan tempoh auto debit. Tempoh auto debit, effective date boleh di setkan ikut kemahuan seperti tarikh permulaan (start) autodebit boleh tarikh dikehendaki hingga akhir (end). Set tempoh auto debit untuk tempoh 12 bulan untuk menyertai kempen GAP Monthly Standing Instruction Campaign Public Gold. Akhir sekali tuliskan kod PG ahli anda di ruang Recepient’s Reference dan seterusnya klik TRANSFER. v). Seterusnya ambil gambar/printscreen atau upload resit yang ACCEPTED sebagai bukti pembelian emas arahan tetap dan resit di hantar ke whatsapp staf public gold berdekatan atau kepada saya 019-9185593 untuk diproses. Resit bukti pembeian emas Arahan Tetap bulanan (Monthly Standing Instruction) hanya perlu di hantar sekali di permulaan untuk diproses pembelian dan penyertaan Kempen Arahan Tetap Bulanan Beli Emas GAP Public Gold. B) Arahan Tetap Bulanan Cimb clicks atau bank lain. Pengguna perbankan online lain boleh juga membuat arahan tetap bulanan dengan cara yang sama seperti Arahan Tetap Bulanan Maybank2u. Contoh bagi pemegang akaun cimb click perlu pilih scheduled Transfer seperti rajah di bawah.
Arahan Tetap Bulanan Cimbclicks Bagi ahli Public Gold yang tiada perbankan online, boleh juga melakukan arahan tetap bulanan dengan mengunjungi kaunter bank. Arahan tetap bulanan beli emas GAP Public Gold adalah cara terbaik mengumpul tabungan emas setiap bulan secara otomatik. Pembelian emas dengan arahan tetap setiap bulan pastinya akan menambah aset harta tanpa disedari untuk pelaburan masa depan, dana pendidikan anak, dana bekalan kecemasan dan mengelak kebocoran wang. Bertindak segera melakukan arahan tetap bulanan pembelian emas gap sebagai pelindung kejatuhan wang akibat kenaikkan harga barang. Kenaikkan harga barang menyebabkan kos hidup meningkat kerana nilai wang jatuh mendadak, jadi tindakan terbaik adalah dengan menyimpan emas. Read the full article
#akaunsimpananemasGAP#arahantetapbulanan#arahantetapbulananbeliemas#beliemasGAPPublicGold#carabeliemasgap#carabeliemasmodalkecil#caraberkesanjanakekayaan#carabinakekayaan#carakumpulemas#caramudah#caramudahsimpanemas#GAPMonthlyStandingInstructionCampaign#kaedahsimpananemas#kaedahsimpananemasmodalkecil#kelebihankempenarahantetapbulanangap#kelebihansimpananemas#KempenArahanTetapBulananGAP#maybank2u#monthlystandinginstruction#standinginstruction#teknikbeliemas#Teknikpelaburanemas#tipsbeliemas
0 notes
Text
Hokaloh News Updated: “Habis Belajar Terus Tanggung Hutang”, Ini Perlu Dilakukan Dari Awal Demi Masa Depan Anak - Berita Terkini
https://hokaloh.news/berita-semasa/habis-belajar-terus-tanggung-hutang-ini-perlu-dilakukan-dari-awal-demi-masa-depan-anak-berita-terkini/
Kos pengajian dijangka terus meningkat dari tahun ketahun berikutan beberapa faktor seperti inflasi dan usaha pihak universiti sendiri untuk menambah baik kursus yang ditawarkan.
Dengan unjuran inflasi tahunan sekitar 4 peratus, kursus yang mengenakan kos RM30,000 tahun ini, mungkin meningkat kepada RM44,000 dalam masa 10 tahun akan datang.
Berdasarkan kepada peluang kemasukan ke IPTA yang semakin terhad, ibu bapa hari ini sepatutnya perlu lebih bersedia dengan sumber kewangan untuk membiayai pendidikan pengajian tinggi anak-anak mereka.
Dengan adanya sumber kewangan seperti tabung pendidikan, ibu bapa dapat membantu mengurangkan beban anak-anak apabila mereka melanjutkan pengajian kelak.
Sebagi ibu bapa pastinya kita tidak mahu anak-anak memulakan kehidupan dengan beban hutang sedangkan mereka belum lagi mempunyai sumber pendapatan.
Ia sama seperti kita membeli rumah, tetapi sumber kewangan untuk membiayai rumah berkenaan pun kita belum pasti, namun apabila masanya tiba, ia perlu dilunaskan juga.
Tahukah anda kos meminjam sebenarnya lebih mahal daripada melabur?
Katakan anak anda memerlukan RM40,000 untuk kos undang-undang yang bakal diambilnya di sebuah IPTS.
Beban pinjaman pendidikan
Tahukah anda, dengan pinjaman RM40,000 yang mengenakan faedah 1% setahun, anak anda perlu membayar kira-kira RM350 setiap bulan sekiranya dia ingin melangsaikan hutang berkenaan dalam tempoh 10 tahun apabila bekerja kelak.
Ini bermakna jika anak anda mula membayar pinjaman pada usia 23 tahun, dia akan berusia 33 tahun apabila selesai membayar pinjaman berkenaan.
Katakan anak anda menerima gaji RM3,000 sebulan, dia perlu mengenepikan 11 peratus daripada gajinya untuk membayar hutang pendidikan sahaja.
Ini pastinya memberi kesan kepada usaha anak anda untuk membeli aset dan melabur untuk masa depannya.
Jadi sebaiknya ibu bapa memilih melabur untuk membina tabung pendidikan anak-anak mereka..
Melabur Lebih Baik
Bagaimana pula senarionya jika anda, sebagai ibu bapa memilih untuk melabur, katakan dalam ASB sejak dia lahir untuk membina tabung pendidikan anak-anak anda.
Salah satu kelebihan ASB ialah anda boleh melabur walau tidak bergaji besar kerana anda boleh melabur serendah RM10 sahaja.
Jangan memandang rendah kuasa RM10, RM20 atau RM30 yang di laburkan tanpa jemu setiap bulan kerana wang berkenaan berpotensi untuk berganda selagi ia dilabur dan tidak dikeluarkan sehingga tempoh yang ditetapkan.
Katakan anda melabur RM20 setiap bulan selama 18 tahun, dengan andaian pulangan purata tahunan ialah 7 peratus sepanjang tempoh itu, jumlah terkumpul ialah kira-kira RM8,000.
Bukankah jumlah itu cukup untuk membayar yuran pendaftaran, pakaian baharu, kos pengangkutan, keperluan peribadi dan pelbagai kos lain yang berkaitan yang diperlukan anak anda untuk memulakan kehidupan baharu sebagai pelajar?
Jika tidak membiayai semua kos pengajian, mempunyai sumber kewangan untuk membantu anak-anak belajar dengan selesa juga sudah cukup baik.
Bagaimana pula jika jumlah pelaburan yang anda lakukan ialah RM100 setiap bulan? Jumlah terkumpul ialah kira-kira kira-kira RM43,000 yang pastinya cukup untuk membiayai yuran pengajian anak anda di IPTA dalam kursus seperti akaun dan kejuruteraan.
Anda hanya perlu melabur RM100 setiap bulan selama 18 tahun sedangkan anak anda perlu membayar RM350 sebulan selama 10 tahun untuk melunaskan hutangnya.
Kelebihan melabur
Melabur memberi lebih fleksibiliti kepada pelabur kerana kita tidak terikat dengan sebarang ketetapan berbanding meminjam yang mana jumlah ansuran bulanan dan tempoh pembiayaan telah ditetapkan oleh penyedia pinjaman.
Jadi ibu bapa boleh melabur setakat mampu untuk membina tabung pendidikan anak-anak mereka.
Ini bermakna anda boleh melabur RM20 atau RM50 atau RM200 setiap bulan, bergantung kepada kemampuan anda. Cuma perlu diingat, lebih banyak jumlah yang dilaburkan, lebih besarlah tabungan anda.
Destinasi pelaburan
Oleh kerana anda mempunyai tempoh yang agak panjang untuk membina tabung pendidikan, anda perlu mencari destinasi pelaburan berisiko rendah tetapi mampu memberi pulangan kompetitif seperti ASB.
Apabila anda melabur dalam ASB, anda tidak perlu bimbang kehilangan modal kerana ia berharga tetap, malah anda juga tidak dikenakan cukai untuk dividen yang diterima.
Dengan rekod pulangan kompetitif sekitar 8 peratus ketika ini, melabur dalam ASB pastinya akan membantu anda membina tabung pendidikan yang besar untuk anak-anak anda.
Oleh kerana anda boleh mula melabur seawal usia kelahiran simanja, anda mempunyai tempoh yang panjang untuk melabur, yang memberikan anda lebih fleksibili dalam jumlah yang ingin dilaburkan
Cara melabur untuk membina tabungan kukuh
i. Melabur setiap bulan secara konsisten. Modal pelaburan dan dividen yang diterima pula jangan dikeluarkan sehinggalah matlamat anda tercapai. Contohnya hanya keluarkan wang yang dilaburkan apabila sudah tiba masanya untuk anak anda melanjutkan pengajian.
ii. Jumlah pelaburan setiap bulan perlu mengikut kemampuan supaya anda tidak mengeluarkan semula wang yang telah dilaburkan itu pada akhir bulan. Katakan anda mampu RM50, tetapkan untuk melabur RM50 sahaja. Tambah jumlah itu setiap tahun seiring dengan peningkatan pendapatan. Jika wang sering keluar masuk, ia tidak akan menjana pulangan yang diharapkan.
iii. Jika telah sampai masanya untuk menggunakan wang pelaburan berkenaan, keluarkan hanya jumlah yang diperlukan sahaja dan teruskan melabur untuk memastikan wang pelaburan anda terus berkembang.
iv. Berdisiplin dan meletakkan komitmen tinggi untuk melabur dan mengamalkan sikap ‘labur dahulu baru belanja’ untuk memastikan anda melabur setiap bulan. Labur dulu baru belanja bermakna anda melabur sebaik menerima gaji, sebelum membayar hutang dan membeli barangan keperluan.
v. Gunakan kemudahan pelaburan yang disediakan. Sebagai contoh, ASNB menyediakan portal myASNB untuk pelaburan secara dalam talian. Jumlah pelaburan minimum ialah RM100 dan transaksi adalah percuma.
Ambil peluang untuk melaburkan duit raya anak anda dalam ASB sempena kempen Labur Ria Raya yang sedang berlangsung ketika ini sehingga 31 Ogos 2018. Ada peluang untuk menang duit raya bernilai RM150,000 yang dikongsikan ASNB. Maklumat lanjut di FB Amanah Saham Nasional Berhad.
Berkaitan
قالب وردپرس
#BeritaSemasa #Anak #Hutang
0 notes
Text
“Habis Belajar Terus Tanggung Hutang”, Ini Perlu Dilakukan Dari Awal Demi Masa Depan Anak - Berita Terkini