#bersampin
Explore tagged Tumblr posts
Text
See. Aku tak seberani mereka yg berani. Aku takut aku tak boleh terima kenyataan klau.... anything can happen. I overthink and I wanna cry. It's hurt you know. I just can see you from far. But every time, I see your smile my heart like boom! But that smile is not for me.
You are so smart with your outfit. Berbaju melaju songkak dan bersampin. Bila lagi aku boleh tengak dy pakai mcm ni. Btw, the colour of our outfit is almost same.
Congrats for your achievement, a.
0 notes
Photo
Cikgu kirimkan gambar anak2 kelas 1 Imam Abu Hanifah arini. Anak-anak lengkap berbaju melayu dan bersampin. Sebelum ni Nawfal bgtau kain sampin abang senior tolong pakaikan. Harini Nawfal bgtau dah pandai pakai sendiri. Hehehe sikit2 anak ibu dah pandai berdikari. Tersentuh hati ibu tau. Tetiba air mata mengalir. Kikiki 😂 Terima kasih Allah atas segala nikmat rezeki yg engkau berikan terhadap kami, keluarga dan orang-orang yang kami sayangi aamiin 🤲🏻 https://www.instagram.com/p/B783YvhgqwT/?igshid=1hh6fk0l7hu9r
0 notes
Photo
Assalamualaikum wbt. . . Dukacita dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra (ayahanda Sultan Kelantan) telah mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan. . . Jenazah Al-Marhum DYMM Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan kali terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan. . . Etika Berpakaian Bagi Kerabat:- . - Baju Melayu Putih - Bersampin Putih - Songkok Hitam beralas kain putih diatas - Baju Kurung Putih (Bagi Perempuan) . . Etika Berpakaian Bagi Orang Awam:- . - Baju Melayu Hitam - Bersampin Hitam - Bersongkok Hitam beralas kain putih diatas - Baju Kurung Hitam (Bagi Perempuan) . . Al-Fatihah https://www.instagram.com/p/B28IRawHC3w/?igshid=1w3u4l7mwxsek
0 notes
Photo
‘Baju Melayu Bersampin dan Motor’ Sekumpulan Mat Motor Tunjuk Skill Atas Jalan,Ini Respon Pan4s Dari Netizen http://bit.ly/2F2Ragl Banyak Lagi Yang Viral di http://bit.ly/2TEFZ2h
0 notes
Photo
salam syawal tiga semua~aku pun tak tahu apa aku buat. smh 🤦🏼♂️ tak sekarang dah penat bersampin, cukup lah tiga hari struggle. ehek!
0 notes
Photo
Tak kisah raya apa, abam akan tetap bersongkok bersampin sampai ke malam. (at Kg AA Tin Tambahan,Sungkai)
1 note
·
View note
Text
Kenapa gomen PH mesti dipertahankan...
Kenapa gomen PH mesti dipertahankan....
Kita harus berlaku jujur. Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai adalah sukar bagi Pakatan Harapan. Pun begitu, adalah penting bagi kita rakyat Malaysia untuk mempertahankan Kerajaan Harapan daripada dihancurkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan isu perkauman sebagai senjata, untuk memecahbelahkan masyarakat. Pembangkang, iaitu gabungan PAS-UMNO, langsung tidak ada idea serius untuk rakyat, melainkan bercakap berulang-ulang dengan modal kebimbangan agama dan perkauman melampau. Mereka tidak berminat untuk bersaing dengan kerajaan dari sudut dasar-dasar awam. Contohnya, Belanjawan 2020 telah menunjukkan bahawa ia bukan sahaja akan merangsang ekonomi, bahkan mencipta peluang pekerjaan dan memperbaiki kelangsungan hidup rakyat. Namun, gabungan PAS-UMNO tidak mempunyai pemikiran dasar dan polisi. Belanjawan Alternatif pun mereka tidak mampu buat. Tiada sebarang usaha daripada pihak mereka untuk membahaskan dasar awam secara rasional. Gabungan politik berasaskan kaum ini, yang turut disokong MCA dan MIC, sedang mempergunakan kaum dan agama sebagai senjata politik untuk menentang kerajaan. Dalam kalangan orang Melayu, gabungan PAS-UMNO terus menyebarkan dakyah kononnya DAP, terutamanya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, mengawal dan menundukkan kerajaan. Di pihak bukan-Melayu pula, MCA dan MIC menjalankan propaganda kononnya DAP dikawal oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengutamakan kepentingan Melayu berbanding yang lain.
Biar saya perbetulkan fakta. Itu semua adalah pembohongan semata-mata. Bagaimana mungkin ia benar sedangkan kedua-dua pembohongan itu saling berlawanan sama sendiri. Ini tidak masuk akal. Sekiranya rakyat Malaysia menelan bulat-bulat tipu daya ini, bersedialah untuk menyaksikan kembalinya pemerintahan Najib Razak pada pertengahan penggal. Pakatan Harapan mungkin sahaja menjadi kerajaan setengah penggal; atau sebaliknya mentadbir selama sekurang-kurangnya dua penggal sekiranya ia berjaya bertahan di tengah-tengah usaha memecahkan gabungan melalui mobilisasi perkauman. Apa yang kita perlukan sekarang ialah pembangkang yang bertanggungjawab, demi kebaikan negara. Malaysia memerlukan pembangkang yang mampu mencabar dan bersaing dengan kerajaan dalam hal dasar dan polisi awam, bukannya pembangkang yang mempermainkan isu perkauman dengan menyebarkan berita palsu atau khabar-khabar sekerat tanpa konteks, hanya untuk menghakis kredibiliti dan keabsahan kerajaan. Mana-mana parti yang mahu mentadbir Malaysia mestilah mendapat sokongan semua kaum. Kita mesti ada rasa saling hormat menghormati antara semua kaum.
Pakatan Harapan tidak akan jadi sebuah parti yang lebih Melayu berbanding UMNO, lebih Islam daripada PAS, atau lebih Cina daripada MCA, lebih India daripada MIC. Pakatan Harapan juga adalah parti untuk semua kawan-kawan dan rakan kongsi setara kita di Sabah dan Sarawak. Ini sebabnya kenapa Pakatan Harapan adalah induk politik sebenar untuk seluruh rakyat Malaysia yang percaya kepada kuasa kesederhanaan, ke-Malaysia-an dan jalan tengah. Keutamaan kita ialah kesejahteraan setiap rakyat. Kita peduli tentang usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik, gaji yang lebih baik dan peluang perniagaan yang lebih baik, pendidikan berkualiti yang lebih baik dan masa depan yang lebih baik untuk semua. Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai akan menjadi suatu medan pertempuran yang sukar buat Pakatan Harapan. Namun pilihannya ialah antara sebuah Malaysia yang lebih baik, atau politik berasaskan kebencian. Kita semua mesti membuat keputusan yang berani, demi seluruh rakyat Malaysia.- Liew Chin Tong
Bajet Alternatif...
Zaman Pakatan Rakyat.. Pakatan Harapan.. Menjelang Belanjawan dibentangkan.. masa tu panggil Bajet.. Anwar akan ketuai perbincangan bagi merangka Belanjawan Alternatif dikalangan parti dalam Pakatan... Dan masa tu watak seperti rafizi akan mula membincangkan, membawa isu melibatkan tadbir urus, Laporan kewangan dan skandal kewangan melibatkan agensi dan Kementerian demi kepentingan rakyat ke Parlimen.. Skandal 1MDB dulu awalnya didedahkan di Parlimen oleh Ds Anwar pada 2011 di Parlimen.. Selain Anwar, Rafizi antara watak yang memainkan peranan penting mendedahkan Skandal NFC, FELDA,Tabung Haji.. Dah hari terbukti semua yang dibangkitkan itu benar benar berlaku.. Sebelum PRU 14, bagi Pemimpin PAS, semua skandal ni depa berpuas hati..
Tapi Malangnya Pembangkang Hari ini, Bila ditanya Belanjawan Alternatif depa takda.. Nak kata bangkitkan Skandal kewangan pun takda, Lepas tu berkumpul ramai ramai buat sidang media hari belanjawan sembang pasal LTTE..takda kena mengena langsung.. Tuan Ibrahim lagi teruk, Di parlimen dia dedahkan 2-3 kali dia ulang dengar Anwar sebut barua,bukan Maruah.. Agaknya sebelum Belanjawan Apa yang depa Bincang ? Rupanya sebelum ke Parlimen.. Depa berbincang sesama depa, Nak pakai baju warna apa, depa pun ramai ramai Pakai Baju Melayu putih, bersampin pergi ke Parlimen. dah macam orang nak pergi kenduri Kahwin.. dah mcm geng Boria sungai pinang.. Rasa aku Belanjawan tahun depan, Mesti depa Ramai ramai Pakai tema Jubah dan Serban, tak pun pakai Keris ngan Tanjak Melayu..- Ipohmali
Malaysia’s Sultan Muhammad V ‘did not abandon’ Russian beauty queen wife Oksana Voevodina...
Malaysia’s Sultan Muhammad V has denied claims by his ex-wife, Russian beauty queen Oksana Voevodina, that he abandoned her and did not offer help towards the end of her difficult pregnancy when she was in need of cash. The clarifications, made by the Kelantan Sultan’s Singapore-based lawyer Koh Tien Hua, came after the news website MailOnline ran a report on Monday in which Oksana claimed she had pawned her £203,000 (US$250,000) wedding ring to cover medical bills when she was “at risk of losing the baby”. “I won’t say the price I sold it for, but it was three times less than its cost,” she told MailOnline, the website of UK-based tabloid Daily Mail. “I used this money to cover my medical bills in Switzerland as I was at risk of losing the baby.” These points were all disputed in a letter to the MailOnline on Wednesday, seen by the South China Morning Post. Koh, of Eversheds Harry Elias, said Muhammad, the hereditary monarch of the state of Kelantan, “did not abandon” his wife, and that she had “left on her own accord to return to Russia”. “[His Royal Highness] made a proposal through us to Oksana in May 2019 to June 2019 that would have settled [with] Oksana a significant and generous sum of money,” wrote Koh. “Oskana, with her then lawyer, declined to accept the proposal and instead, informed [us] that a UK tabloid was prepared to pay her handsomely for her story.”
The letter also disputed the MailOnline report, which alleged Muhammad had “splashed out several million dollars on yachts and nightclubs”, and that the Malaysian royalty spent £50 million a year. “This is untrue and false,” said the lawyer’s statement. “Oksana was also gifted a Porsche Cayenne and jewellery including a Jacob Arabo ring and items by the jeweller Cartier,” it added. The couple first made headlines for their lavish private ceremony in Moscow last year as the sultan was then Malaysia’s Yang di Pertuan Agong – the title held by the ceremonial head of state which is rotated among the nine Malay sultans every five years. The 49-year-old later stunned the country by abdicating in January just two years into this term, offering no reason for the unprecedented decision. Commentators suggested his abdication was prompted by opposition within royal circles to his marriage to Oksana, a foreigner nearly 23 years his junior. In June, Osksana revealed the couple had had their first child, named Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra, in an Instagram post which she dated as May 21. The photograph of the boy’s feet was accompanied with a caption by Oksana: “I am grateful to Allah and my husband for our son. Now there are three of us.”
But in a sharp turn of events, the Malaysian newspaper The New Straits Times reported in July that the couple had filed for divorce in May after the birth of their son. The newspaper cited a source verifying an image of the divorce certificate circulating online. The certificate states the divorce was undertaken through the mechanism under Muslim law known as “triple talaq”, whereby men can divorce their wives by saying the word talaq (‘divorce’ in Arabic), three times. Triple talaq is considered the most severe form of divorce under Islamic jurisprudence because the couple cannot reunite unless the woman weds another man, consummates the marriage, and then divorces him. In an October 3 post on Instagram, the Russian beauty queen spoke about the interview she had with MailOnline. “I haven’t seen my husband since last December. He is hiding from me and our son and unfortunately he is the one who is making the public scandal,” she wrote. “I would like to apologise for his behaviour … I hope he will think about his reputation and stop all this fighting. Faris, you are a father and you are a royal. Please, think of what you do.” - scmp (This article appeared in the South China Morning Post)
Bersedia semua yg menerima duit 1MDB... Masih kau ingat...
+
BANGANG WALAUN...
Cina dapat 100 juta bising.Yang bayar hutang Najib 2.7 billion walaun senyap sepi...
Takda pun MP UMNOPAS meraung marah Kjaan PH guna duit rkyt
RM2.7b (2020) bayar hutang 1MDB yg dirembat Bossku, Jho Low.
cheers.
Sumber asal: Kenapa gomen PH mesti dipertahankan... Baca selebihnya di Kenapa gomen PH mesti dipertahankan...
0 notes
Photo
👶 Romper Baju Melayu Bersampin 👶 Pakai sekali untuk test sahaja . Sebab nak jual : beli sebelum Raya, muat. Time Raya dh tak muat . Harga : RM37 Material : cotton memeri Untuk 3-6 bulan Ukuran :- Bahu : 8 inci Dada : 9 inci Lengan : 8.2 inci Labuh : 9.5 inci . Takde COD By post only Nak order atau ada soalan, sila tekan link WhatsApp di bio . #hcprelovedbrandnew #bajumelayubabymurah #bajumelayuromper #romper #romperbaby #romperbajumelayu #romperbajumelayubersampin #romperbayimurah #romperbayi #romperbajuraya #romperbersampin #bajurayababy #bajuprelovedbaby #romperpreloved #prelovedromperbayi #prelovedromper #bajuromper https://www.instagram.com/p/Bq4RJMSlq1V/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1gda6qkz2q48x
#hcprelovedbrandnew#bajumelayubabymurah#bajumelayuromper#romper#romperbaby#romperbajumelayu#romperbajumelayubersampin#romperbayimurah#romperbayi#romperbajuraya#romperbersampin#bajurayababy#bajuprelovedbaby#romperpreloved#prelovedromperbayi#prelovedromper#bajuromper
0 notes
Text
Hokaloh News Updated: Jamal kata Pakatan Harapan menang tipu - Berita Terkini
https://hokaloh.news/politik/jamal-kata-pakatan-harapan-menang-tipu-berita-terkini/
Sungai Besar, 30 Jun — Datuk Seri Jamal Md Yunos “muncul” dalam mesyuarat perwakilan Umno di bangunan bahagian itu hari ini.
Beliau yang diburu polis, tampil berbaju Melayu biru, bersampin dan bersongkok hitam, beliau muncul dalam rakaman video yang dipapar di dua layar di dewan mesyuarat itu.
Menurut laporan BH Online, ucapan Jamal yang dirakam lebih lima minit pada 23 Jun lalu, beliau mendakwa kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum (PRU) adalah “tipu belaka”.
“Mana janji mereka mahu turunkan minyak RM1.50 serta tol di seluruh negara diberi percuma?” katanya.
“Mereka berjanji kononnya harga barang keperluan akan diturunkan jika menang sehingga rakyat terpengaruh dan memilih PH pada PRU-14 lalu.”
Jamal yang tewas sebagai calon ketua Pemuda Umno Malaysia, pernah muncul di layar dalam mesyuarat Umno bahagian minggu lalu.
Beliau yang diburu sejak bulan lepas, Jamal menyifatkan Aidilfitri tahun ini sebagai “pahit”, termaasuk belum berhari raya dengan ibu dan keluarganya.
“Sehingga hari ini, saya belum pulang ke rumah kerana masih diburu,” katanya, yang menganggap tindakannya sebagai asam garam perjuangan.
KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB?
KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman?
DIKEMASKINI: Menteri Umno dipanggil SPRM kes guna wang yayasan bayar kad kredit miliknya dan isteri
KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?
KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga?
DIKEMASKINI: Kerajaan akan jual semua barang kemas, beg dirampas dari Najib – Guan Eng
KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya
KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB
Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share
قالب وردپرس
#Politik #1Mdb #Aidilfitri #Bahagian #Barang #BarangKemas #Beg #Bunuh #Dendam #Harapan #Hari #Ibu #Jamal #Kemas #Kerajaan #Laporan #Malaysia #Muka #Najib #Negara #Nilai #Pilihan #Rakaman #Rakyat #Rampasan #Raya #Rumah #Wang #Zahid
#1mdb#aidilfitri#bahagian#barang#barang kemas#beg#bunuh#dendam#harapan#hari#ibu#jamal#kemas#kerajaan#laporan#malaysia#muka#najib#negara#nilai#pilihan#rakaman#rakyat#rampasan#raya#rumah#wang#zahid#Politik
0 notes
Photo
Etika berpakaian Lelaki ketika konvokesyen: Bersongkok Baju melayu lengkap bersampin Kasut hitam Jubah konvokesyen Etika berpakaian wanita ketika konvokesyen: Baju kurung/ jubah/ dress labuh Shawl yang disediakan oleh ust Shah Kasut hitam bertumit Jubah konvokesyen
0 notes
Text
Sekolah Quran Malaysia dirasmikan di Gaza
Sekolah Quran Malaysia dirasmikan di Gaza
GAZA, 27 Muharram 1439H, Selasa – Aman Palestin Berhad sekali lagi telah mengharumkan nama negara apabila telah berjaya menubuhkan Sekolah Al-Quran Malaysia di tengah-tengah bandar Gaza.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam dan disaksikan pimpinan Kementerian Pendidikan Palestin dan wakil pertubuhan-pertubuhan masyarakat setempat.
Sekolah atau maahad tahfiz untuk anak-anak Gaza ini diusahakan oleh Aman Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia, dengan kerjasama pertubuhan Darul Quran Wa Sunnah, sebuah pertubuhan tempatan yang memfokuskan pembangunan masyarakat menerusi Al-Quran.
Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam dalam ucapannya berkata, Aman Palestin komited membantu rakyat Palestin khususnya di Gaza menerusi pelbagai projek pembangunan untuk masyarakat.
“Pelbagai projek telah dan sedang kita usahakan. Selain sekolah tahfiz ini, kita juga telah membina semula Masjid Al-Qassam di Khan Younis dan Masjid Imam Syafie di Hayy Zaitun. Kami juga merancang membina dan memperbaiki hospital-hospital yang amat diperlukan ketika ini,” katanya.
Pengetua sekolah, Syeikh Abdul Rahim al-Ajiz berkata, objektif penubuhan sekolah in adalah bagi mewujudkan generasi Al-Quran yang mampu mengislah masyarakat.
“Ada empat aspek penekanan kita. Pertama, mendidik pelajar ke arah akhlak mulia, kedua mendidik pelajar menjadi pelajar berilmu menggunakan alat bantuan pengajaran yang moden, ketiga melatih kepemimpinan pelajar dan keempat mendidik pelajar berperanan sebagai pengislah masyarakat berpandukan Al-Quran,” katanya.
Pelbagai persembahan dihidangkan untuk hadirin antaranya bacaan doa dan nasyid yang dipersembahkan oleh anak-anak Gaza berpakaian baju Melayu bersampin.
Majlis ini juga mendapat liputan meluas daripada media tempatan antaranya Al Aqsa Channel yang membuat liputan berita dan siaran secara langsung.
The post Sekolah Quran Malaysia dirasmikan di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sekolah Quran Malaysia dirasmikan di Gaza via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/10/sekolah-quran-malaysia-dirasmikan-di.html
0 notes
Photo
Salam Jumaat .. Amboii.. Encem nya.. Nak pegi mana tu ayahh, siap bersampin bagai. . 😍😘😘 (at ILHAM DI Engineering)
0 notes
Text
MENGENANG DUA TAHUN PEMERGIAN MURABBI UMMAH, BELAHAN JIWA DI HATI KAMI
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor GENAP dua tahun pemergian maestro dakwah, siasah dan tarbiah negara ini, dialah kejora yang hadir dalam harakatul ummah di tanah watan ini. Tanggal 12 haribulan Februari, umat Islam bukan sahaja memperingati kesyahidan Hasan al-Banna, namun mereka akan terus memperingati seorang lagi sosok besar perjuangan Islam. Tokoh tanah Jawi yang namanya begitu besar melangkaui benua dan lautan. Penulis terkesima melihat laporan kematiannya di dada akhbar Algeria sewaktu berpeluang melawat tanah "sejuta syuhada" itu. Visual pemakaman almarhum dengan lautan manusia itu tersebar ke seluruh buana, diikuti kisah magis bagaimana lelaki renta ini menakluki hati manusia termasuk yang non muslim. Sesepuh perjuangan ini meninggalkan kita dengan seribu kenangan indah, dirinya menjadi kenangan kolektif kita semua, anak segala bangsa. Aku mengenang kembali dua tahun yang lampau pada tanggal 12 Februari, seakan masa berdetak begitu pantas, memecut semahunya. Seakan petir menyambar relung hati apabila mesej kepulangan abadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat aku terima saat sedang berforum memperingati as-syahid Hasan al-Banna di Masjid al-Azim Pandan Indah. 12 Februari 1949, umat Islam kehilangan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan 12 Februari 2015, dunia Islam kehilangan pula Mursyidul Am Pas. Air mata mula bergenang dan aku menamatkan forum malam itu tanpa ada sesi soal jawab, terasa jasad longlai dan kehilangan patah-patah kata. Terpanar! Aku mula merasakan kehadiran Ayah Ziz dalam hidupku pada tahun 1986, apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu memberikan kuliah subuh di Masjid Rusila sempena Muktamar Pas Pusat. Sejujurnya aku tertidur culas semasa kuliah subuh berlangsung, suara perlahan yang penuh mutiara ilmu itu tak mampu dicicip oleh aku dan teman-teman remaja berseluar jeans lusuh dan berbaju T. Kami mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun tersebut. Pada malam itu hujan turun ketika kami melabuhkan badan di perkarangan masjid Rusila, kami berlari masuk menyambung dengkuran dalam masjid dan menyambung tidur lagi semasa kuliah subuh berlangsung. Aku merenung kembali nostalgia ini dengan dada sebak dan air jernih mengalir dipelupuk mata, merasa beruntung kerana jamaah ini dipandu oleh ulama dan tidak meminggirkan kami anak-anak remaja yang jahil. Pada tahun 1990 pula bersama teman-teman yang mengambil peperiksaan STPM, kami bertakbir kegembiraan di perkarangan Pejabat Daerah Marang, bukan sahaja meraikan kemenangan Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang, juga kerana keberhasilan PAS menawan kembali Kelantan melalui pemuafakatn politik APU. Nama Tuan Guru Nik Aziz mulai diratib oleh rakyat negara ini apabila menjadi Menteri Besar Kelantan, dengan penampilan sederhana alumni Deoband dan al-Azhar ini mula mendapat sorotan lensa dan menjadi tajuk utama berita. Sosok ini menjadi fenomena politik dan dakwah tanah air, ribuan manusia menghadiri kuliah dan ceramahnya di mana sahaja beliau hadir. Paling menarik, kejayaan almarhum melintasi garisan politik kepartian, sosok dan aura sebagai negarawan mengiringi pelbagai ilmu yang beliau miliki. Tuan Guru Nik Aziz semenjak usia mudanya sehinggalah sebelum beliau di masukkan ke wad ICU berhempas-pulas berjuang untuk mewajahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat negara ini yang telah jauh meninggalkan agama akibat penjajahan dan juga pengisian kemerdekaan oleh parti pemerintah yang tidak meletakkan Islam sebagai agama sistem hidup. Tuan Guru seorang tokoh yang tidak berhenti untuk mendidik dan men’tarjih’ masyarakat untuk menjadi subur jiwa dengan haruman ketaqwaan. Hujan, panas, kekangan masa serta kepenatan diri tidak menjadi alasan untuk beliau berhenti mengajar dan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Beliau telah menjadi milik masyarakat dan negara bahkan menjadi simbol kepada rakyat tertindas di negara ini. Semenjak dilantik sebagai MB beliau kekal mendiami rumah kampungnya yang serba sederhana yang dijirani dengan masjid dan Sekolah Agama Darul Anuar yang didirikan oleh Almarhum orang tuanya sendiri. Segak bergaya dengan lilitan serban, bersampin dan berbaju melayu dan beliau juga memulangkan elaun rumah sebanyak RM3,000 kepada perbendaharaan negeri. Tidak ada jurang di antara beliau dengan rakyat pelbagai peringkat, datanglah seusai subuh setiap hari Jumaat, Tuan Guru melayan tetamu yang datang dari seluruh negara. Rumah dan masjidnya menjadi produk pelancongan bagi negeri Kelantan. Kuliah Subuh pagi Jumaat mempunyai tarikan yang besar kepada anak-anak tempatan dan pelancong luar Kelantan. Hidupnya tidak dikelilingi oleh pengawal peribadi seperti pemimpin lain di Malaysia, tiada skuad motor atau ‘out rider’ mengiringi beliau ke hulu ke hilir. Jika hari lebaran tiba, berkunjunglah ke Pulau Melaka dan santaplah apa yang ada sekadarnya.Tuan Guru tidak membazirkan duit rakyat untuk jamuan raya rumah MB, elaun keraian MB juga diserahkan kepada perbendaharaan negeri, bahkan gajinya dipotong sebanyak 45 peratus untuk rakyat dan parti yang didokongnya. Seperti kata seorang sahabat, bahawa sosok ini akan muncul sekali dalam seabad malah permata kepada PAS yang ingin menterjemahkan konsep ‘good governance’. Bayangan Umar Abdul Aziz memerintah (99H-101H) kini dan telah muncul di Kelantan. Tuan Guru mengingatkan kita kepada akhirat dalam arus pemodenan yang sarat dengan perlumbaan untuk meraih kemewahan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah sosok yang wajar diteladani oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam di negara ini. Beliau berjaya menunjukkan kepada rakyat negara ini dan juga dunia bagaimana untuk mengaplikasi ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya. Keupayaan ini sangat terserlah sehingga banyak ditiru olek kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri BN yang lain. Beliau mempunyai kekuatan spiritual yang ampuh bagi menghadapi serangan liar musuh dengan tidak mengabaikan amalan-amalan sunat bagi melestarikan amalan fardhu, tutur patahnya di saat tenang mahupun saat cemas semuanya dikaitkan dengan nas yang kukuh. Figura ini sering pula menjadi bidikan media milik BN dengan memutar belit kenyataan supaya sosok mulia ini dilihat angkuh, bodoh dan menjadi liabiliti kepada PAS, namun semua serangan ini akan dan telah menjadi ‘boomerang’ yang membahang batang tengkuk diri mereka kembali. Almarhum Tuan Guru yang telah menikmati saat-saat gemilang dalam kehidupan. Beliau telah diangkat menjadi ikon kepada seluruh masyarakat. Beliau bukan sahaja milik kepada ahli-ahli PAS namun juga rakyat biasa yang tidak menyertai mana-mana parti politik juga sangat senang apabila berbicara tentang beliau. Umno sendiri mengakui bahawa agak sukar untuk mereka merampas kembali Kelantan ketika Tuan Guru masih berkuasa, sebagai mana yang kita lihat dalam PRU12, kempen ’pade doh 18 tahun’ yang dilancarkan oleh pemuda Umno Malaysia dilihat tidak berhemah sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan yang masih setia bersama Tuan Guru selepas 18 tahun memerintah Kelantan. Abad 20 telah menyaksikan ramai tokoh- tokoh Islam dengan kerencaman bakat dan kepakaran, Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Dr M. Natsir, Yussuf Qaradhawi, Dr Mustapha as-Sibaie, Abul Ali Hassan an-Nadwi, Ahmad Yassin, serta ribuan tokoh lain yang menulis sejarah dengan tinta emas. Namun, Tuan Guru bukan sekadar ideologue kepada gerakan Islam malah pentadbir yang berkesan, satu ruang yang jarang dikecapi oleh tokoh-tokoh besar gerakan Islam yang lain. Tidak kurang pula tokoh gerakan Islam yang berada di singgahsana kekuasaan akhirnya terkumpul dengan imej kejabatan dan kebobrokan. Almarhum Tuan Guru dalam tempoh lima penggal mentadbir Kelantan telah berinteraksi dengan khalayak yang pelbagai, Beliau tidak pernah berhenti untuk mendidik masyarakat Kelantan dan juga luar Kelantan. Pemikirannya sentiasa dikaji dan diperdebatkan. Tidak kurang pula kenyataannya dipolemikkan seperti isu ‘tuhan samseng’, ‘bekerjasama dengan syaitan’ dan pelbagai isu lain yang telah dipolitikkan dengan cara berlebihan oleh media. Tuan Guru dalam membuka ruang perdebatan telah memungkinkan rakyat dihidangkan dengan Islam yang sebenar, terlalu banyak isu yang berakhir dengan ramuan kesempurnaan di sebelah Tuan Guru dan juga PAS serta negeri Kelantan. Tokoh murabbi ummah ini meninggalkan kita dengan seribu kebaktian dan menjadi cermin keteladanan di jalan dakwah, tarbiah dan siasah. Maestro dakwah ini menjadi arca yang memantulkan cahaya pembias sehingga mengharumkan gerakan Islam ini, pemergiannya ke negeri abadi untuk selamanya telah ditangisi jutaan manusia, melepasi sempadan geografi dan politik. Ratusan ribu menyolatkan jenazah almarhum serta menyempurnakan pemakaman insan yang bukan hanya milik PAS tetapi ummah seluruhnya. Bersemadilah dengan penuh bahagia wahai sang murabbi dan kami akan terus menyambung perjuangan membentengi agama Allah ini sehingga Deenullah ini tegak di tanah leluhur ini. Petang ini kami, anggota "food flotilla for Myanmar" akan berhimpun di dek kapten (yang bertukar menjadi madrasah tamrin), akan mengenang kembali seorang tokoh besar gerakan Islam yang berjasa besar mencerahkan akal ummah. Sebahagian akan mengadakan tahlil dan mendoakan almarhum Tuan Guru, juga majlis khatam al Quran kali kedua diatas kapal misi yang sedang berada di Laut Benggal ini. Damailah sang murabbi, kami tetap akan mendoakanmu berehat di alam abadi
0 notes
Photo
Throwback raya 2013 At Kelantan Darul Naim. Bersama anak buah @sufi_hana . #throwback2013 #raya2013 #MadeInKelantan #KualaKrai #KotaBharu #Machang #Bersongkok #BerbajuMelayu #Bersampin #AbeKelate #AbangSegakSentiasa
#bersampin#throwback2013#raya2013#abekelate#kotabharu#bersongkok#abangsegaksentiasa#berbajumelayu#kualakrai#madeinkelantan#machang
0 notes
Text
Jamal kata Pakatan Harapan menang tipu - Berita Terkini
Sungai Besar, 30 Jun — Datuk Seri Jamal Md Yunos “muncul” dalam mesyuarat perwakilan Umno di bangunan bahagian itu hari ini.
Beliau yang diburu polis, tampil berbaju Melayu biru, bersampin dan bersongkok hitam, beliau muncul dalam rakaman video yang dipapar di dua layar di dewan mesyuarat itu.
Menurut laporan BH Online, ucapan Jamal yang dirakam lebih lima minit pada 23 Jun lalu, beliau mendakwa kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum (PRU) adalah “tipu belaka”.
“Mana janji mereka mahu turunkan minyak RM1.50 serta tol di seluruh negara diberi percuma?” katanya.
“Mereka berjanji kononnya harga barang keperluan akan diturunkan jika menang sehingga rakyat terpengaruh dan memilih PH pada PRU-14 lalu.”
Jamal yang tewas sebagai calon ketua Pemuda Umno Malaysia, pernah muncul di layar dalam mesyuarat Umno bahagian minggu lalu.
Beliau yang diburu sejak bulan lepas, Jamal menyifatkan Aidilfitri tahun ini sebagai “pahit”, termaasuk belum berhari raya dengan ibu dan keluarganya.
“Sehingga hari ini, saya belum pulang ke rumah kerana masih diburu,” katanya, yang menganggap tindakannya sebagai asam garam perjuangan.
KLIK BACA: Bagaimana jika sekali 2 Presiden Umno Najib dan Zahid baru dipilih didakwa kes 1MDB?
KLIK BACA: MO1 tersiksa menanti kes 1MDB, kes bunuh Altantuya dari berdepan hukuman?
DIKEMASKINI: Menteri Umno dipanggil SPRM kes guna wang yayasan bayar kad kredit miliknya dan isteri
KLIK BACA: Debat Presiden -Khairy kesal sokong 1MDB, sindir Zahid undi polis jatuh PRU14?
KLIK BACA: Kenyataan Najib salahkan polis dakwa nilai rampasan ditambah kerana dendam politik, serang keluarga?
DIKEMASKINI: Kerajaan akan jual semua barang kemas, beg dirampas dari Najib – Guan Eng
KLIK BACA: Muhyiddin: RM1 bilion jangan tunggu lama bawa ke muka pengadilan hakimi dan hukum seberat-beratnya
KLIK BACA: Wang dipinjam SRC dari dana pencen dibeku di Switzerland gara-gara 1MDB
Now You Know Dont Say Thank – Comment & Share
قالب وردپرس
#1mdb#aidilfitri#bahagian#barang#barang kemas#beg#bunuh#dendam#harapan#hari#ibu#jamal#kemas#kerajaan#laporan#malaysia#muka#najib#negara#nilai#pilihan#rakaman#rakyat#rampasan#raya#rumah#wang#zahid
0 notes