#azrel ismail
Explore tagged Tumblr posts
knitdl · 6 years ago
Link
Yeni Türkçe altyazılı çevirisi yapılan Malezya dizisinin tanıtımı için tıklayın! :D
1 note · View note
hokalohnews · 6 years ago
Text
Azrel Ismail akui sukar kekalkan nama dalam bidang hiburan | Hiburan Hokaloh News
PELAKON Azrel Ismail mendedahkan dirinya tidak bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.
Menyifatkan dunia lakonan sebagai proses pembelajaran, Azrel mahu terus memperbaiki kualiti lakonannya.
“Sejujurnya, saya tak memilih tawaran yang diberikan. Apa yang penting, saya kena ikhlas bekerja. Bagi saya, berlakon perlukan keikhlasan.
“Semuanya saya anggap sebagai satu proses pembelajaran dan ia tak akan berhenti. Kadang-kadang, karya yang kita anggap ‘biasa-biasa’ boleh jadi ‘luar biasa’ apabila ditayangkan,” katanya.
Azrel ditemui usai majlis tayangan filem Pulang yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengakui sukar untuk mengekalkan nama dalam bidang hiburan, Azrel terus berusaha kuat dan menjaga disiplin agar bakatnya diterima.
“Nak masuk sukar, nak kekalkan pun sukar. Apa yang saya lakukan ialah menjaga disiplin. Saya pentingkan ketepatan masa dan saya akan terus berusaha kuat. 
“Saya mahu mengelakkan diri dari kontroversi kerana perkara itu tidak memberikan impak positif dalam jangka masa panjang,” katanya.
Dalam filem Pulang, Azrel bergandingan bersama Remy Ishak, Puteri Aishah, Erwin Dawson dan ramai lagi.
Teks: Kamaruddin Razal
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#Hiburan #Akui #AllInOne #ArtisMalaysia #Azrel #AzrelIsmail #Berita #Bidang #Buddy #Dalam #HIBURAN #Hokaloh #HokalohNews #Ismail #Kekalkan #Nama #News #Pelakon #PocketNews #Selebriti #Sukar
https://www.hokaloh.news/hiburan/azrel-ismail-akui-sukar-kekalkan-nama-dalam-bidang-hiburan-hiburan-hokaloh-news/
0 notes
noisilyfuriousbear · 6 years ago
Link
Pernah dikaitkan dengan Ruhainies suatu ketika dulu, Azrel Ismail akur tiada jodoh diantara mereka. Jelas Azrel, beliau terkilan namun tidak kecewa kerana...
The post Azrel Ismail Doa Ruhainies Bahagia, Akur Tiada Jodoh appeared first on ROTIKAYA.
0 notes
Photo
Tumblr media
Azrel Ismail Kecewa Ruhainies Pilih Lelaki Lain? https://ift.tt/2OLTnPi
0 notes
zulhuzaimymarzuki · 6 years ago
Video
instagram
#Repost @tv2_rtm (@get_repost) ・・・ #Citra - Ayah Erina tidak merestui hubungan anaknya dengan Haziq kerana merasakan kerjaya Haziq tidak mempunyai masa depan. Erina dipaksa bertunang dengan Rizal, satu hari ditakdirkan Erina terlibat dalam kemalangan dan mengalami masalah hilang ingatan atau ‘amnesia'! Ke mana hala hubungan cinta mereka? Nantikan #AmnesiaPelaminErina lakonan Azrel Ismail, Izara Aishah, Zul Huzaimy, Dato' Amin Khan dan Liza Othman, pukul 9.30 malam ini di TV2 | myklik.rtm.gov.my/live/tv2 | #RTMMobile https://www.instagram.com/p/BnsxvXzFdOr/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=16pzp9l7pgg71
0 notes
knitdl · 6 years ago
Photo
Tumblr media
Yeni Malezya Dizi Tanıtımı: https://ovadijo.blogspot.com/2019/06/cetera-hati-diya-2019-malezya-dizisi.html
0 notes
hokalohnews · 6 years ago
Text
Hokaloh News Updated: Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menonton Filem PULANG - Hiburan Hokaloh News
https://hokaloh.news/hiburan/yang-anda-patut-tahu-sebelum-menonton-filem-pulang-hiburan-hokaloh-news/
PULANG, filem epik arahan Kabir Bhatia dan terbitan Primeworks Studios , telah ditayangkan kepada para tetamu jemputan dan rakan media pada Malam Tayangan Perdana, hari ini yang bertempat di GSC, Pavilion Kuala Lumpur. PULANG – sebuah filem berskala besar dengan bajet RM6 juta adalah filem terbesar Primeworks Studios dan bakal menemui penonton di pawagam mulai 26 Julai 2018.
PULANG adalah sebuah kisah duka seorang lelaki dari Serkam (sebuah perkampungan nelayan di Melaka), yang berlayar ke serata dunia dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan, meninggalkan isteri dan anaknya yang tidak pernah berputus asa menunggu kepulangan suami dan ayah tercinta.
Filem yang memaparkan beberapa buah lokasi terkenal yang berbeza, termasuklah di Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England ini diilhamkan dari sebuah kisah benar yang merentasi 3 generasi keluarga. PULANG sebuah karya agung Kabir Bhatia yang dizahirkan dengan sinematografi & arahan seni yang sangat mengagumkan.
Penghasilan filem ini terutamanya untuk Kesan Khas Visual memakan masa hampir 2 tahun, namun ianya telah berjaya direalisasikan dengan visual imej janaan computer (CGI) yang berinovasi oleh Basecamp VFX dan geran daripada FINAS sebanyak RM2 juta. Filem ini juga membawa lebih 500 pelakon tambahan. Filem PULANG bukan hanya dari segi skala dan bajet tapi ianya juga merupakan filem Malaysia pertama yang mempamerkan sejarah kelasi di Malaysia.
Idea asal filem ini adalah untuk menceritakan kisah kelasi zaman Tanah Melayu mengelilingi dunia yang semakin hanyut ditelan zaman namun Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berharap agar filem PULANG dapat meraih perhatian dari seluruh negara serta luar negara.
Filem ini juga menampilkan barisan pelakon veteran yang hebat, yang perpengalaman, juga pelakon baru. Pemenang Pelakon Terbaik & Pelakon Pembantu Terbaik (Anugerah Skrin yang ke-15 dan ke-21) Remy Ishak sebagai Othman, Puteri Aishah sebagai Thom, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Che Puan Juliana Evans, Sherry Al Jeffry & ramai lagi. Para pelakon juga, turut menghadiri kelas lakonan dari Puan Fatimah Abu Bakar bagi menjiwai watak masing-masing.
Filem ini merupakan filem pertama Puteri Aishah ke layar lebar, sementara bagi Remy Ishak pula, ianya merupanya kali ketiga gandingan beliau dengan pengarah tersohor Kabir Bhatia yang sebelumnya pernah di bawah pengarahan sutradara itu dalam filem Nur Kasih The Movie (2011) dan Sembunyi: Amukan Azazil (2013).
Buat julung kalinya skor filem ini adalah sebuah karya daripada komposer and penerbit terkenal tanah air, Aubrey Suwito yang berasal dari Melaka. Lagu tema berjudul ‘Layarlah Kembali’ adalah sebuah karya agung Aubrey sendiri yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan ditulis oleh Ad Samad. Album runut bunyi filem PULANG telah dilancarkan semalam dan boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music Deezer, Joox & KKBox. Ia juga boleh dimuat turun di iTunes
Novel PULANG diterbitkan oleh Penerbitan KaryaSeni dan ditulis oleh Lily Haslina Nasir yang telah berada dipasaran sejak bulan Mei. Peminat dan pembaca yang membeli novel ini akan memperoleh kisah yang lebih mendalam tentang hubungan cinta Omar dan Thom. Novel PULANG boleh didapati di semua kedai buku berhampiran anda atau secara atas talian di www.lazada.com.my dan juga melalui aplikasi Karyaseni di Google Play dan App Store.
PULANG bakal berlayar untuk siaran di seluruh negara mulai 26 Julai 2018. Untuk maklumat terbaru mengenai PULANG, layari www.facebook.com/pulangthemovie.
MEMPERSEMBAHKAN DISEBALIK TABIR PULANG (1 JAM EKSKLUSIF) Disebalik tabir set PULANG membawa anda untuk mengembara bersama sebuah kisah epik yang dipendam selama 3 generasi keluarga yang diceritakan semula dengan menggunakan teknologi inovatif daripada CGI, sinematografi yang menakjubkan dan sebuah jalan cerita yang indah. Menampilkan sesi temuramah bersama pengarah, pengarah eksekutif tenaga kerja disebalik filem, barisan pelakon yang sarat dengan mesej dan gambar-gambar semasa sesi penggambaran yang tidak pernah disiarkan sebelum ini.
youtube
Di Sebalik Tabir PULANG menceritakan kisah tentang filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2018 ini.
PULANG, di pawagam 26 Julai 2018.
#PulangTheMovie
Komen via Facebook
Komen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/ms_MY/sdk.js#xfbml=1&appId=217043788325617&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); Artikel oleh Pemuda Penyebar Berita
قالب وردپرس
#Hiburan #AbuBakar #Air #Anda #Aplikasi #Apple #Ayah #Bajet #Berita #Buddy #Cinta #Digital #Dunia #England #Filem #Geran #Harapan #Hari #HIBURAN #Hokaloh #HokalohNews #Instagram #Jam #Julai #Juta #Kelas #Keluarga #Lelaki #Luar #Malaysia #Menonton #Negara #News #Patut #Pavilion #Pegawai #PocketNews #Pulang #Sebelum #Sejarah #Tahu #Tanah #Terbaik #Veteran #Yang
0 notes
posterfilem · 11 years ago
Text
Laki-Laki (2013)
Poster Laki-Laki (2013) baru terbit di http://posterfilem.com/laki-laki-2013/
0 notes
hokalohnews · 6 years ago
Text
Azrel Ismail akui sukar kekalkan nama dalam bidang hiburan | Hiburan Hokaloh News
PELAKON Azrel Ismail mendedahkan dirinya tidak bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.
Menyifatkan dunia lakonan sebagai proses pembelajaran, Azrel mahu terus memperbaiki kualiti lakonannya.
“Sejujurnya, saya tak memilih tawaran yang diberikan. Apa yang penting, saya kena ikhlas bekerja. Bagi saya, berlakon perlukan keikhlasan.
“Semuanya saya anggap sebagai satu proses pembelajaran dan ia tak akan berhenti. Kadang-kadang, karya yang kita anggap ‘biasa-biasa’ boleh jadi ‘luar biasa’ apabila ditayangkan,” katanya.
Azrel ditemui usai majlis tayangan filem Pulang yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengakui sukar untuk mengekalkan nama dalam bidang hiburan, Azrel terus berusaha kuat dan menjaga disiplin agar bakatnya diterima.
“Nak masuk sukar, nak kekalkan pun sukar. Apa yang saya lakukan ialah menjaga disiplin. Saya pentingkan ketepatan masa dan saya akan terus berusaha kuat. 
“Saya mahu mengelakkan diri dari kontroversi kerana perkara itu tidak memberikan impak positif dalam jangka masa panjang,” katanya.
Dalam filem Pulang, Azrel bergandingan bersama Remy Ishak, Puteri Aishah, Erwin Dawson dan ramai lagi.
Teks: Kamaruddin Razal
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#Hiburan #Akui #AllInOne #ArtisMalaysia #Azrel #AzrelIsmail #Berita #Bidang #Buddy #Dalam #HIBURAN #Hokaloh #HokalohNews #Ismail #Kekalkan #Nama #News #Pelakon #PocketNews #Selebriti #Sukar
https://hokaloh.news/hiburan/azrel-ismail-akui-sukar-kekalkan-nama-dalam-bidang-hiburan-hiburan-hokaloh-news/
0 notes