Tumgik
#assalammuailaikum
bekamunlimited-blog ยท 7 years
Photo
Tumblr media
#assalammuailaikum #peaceuponyou . . JOM BEKAM . . ๐Ÿ“ : Jitra, Alor Setar, Kedah ๐Ÿท : @bekam.unlimited โ˜Ž๏ธ : 0194492144 - Firdaus #bekamunlimited #bekam #hijama #cupping #cuppingtherapy #bekamsunnah #bekammurah #bekamdarah #bekamangin #bekambadan #bekamkepala #bekammuka #tens #sehat #health #jitra #alorsetar #kedah (at Jitra)
0 notes
sitikhadijah18 ยท 5 years
Text
181219
0914hrs
Assalammuailaikum.
Bismilah.
Life is unpredictable kan?
You can be sad then happy in one minute and the next minute you can be crying your heart out..
You can sacrifice all your heart out. But donโ€™t ever, ever expect people will appreciate your efforts. Be it family what more friends & strangers.
Let just Allah knows. Hasbunallah wanikmal wakil. Cukuplah bagiku..
No matter how pain it is, no matter how hurts your heart is, sabr.. redha. Ikhlas. Move on..
Coz Allah is the most knowing. HE is never asleep..
I love you Allah.. please Iโ€™m begging YOU never leave me alone even in a blink of eye.. ameen
#adiktunang #along
0 notes
mistolsexfree69 ยท 7 years
Video
instagram
โ”๐Ÿƒ๐ŸŒน๐ŸŒน๐Ÿƒโ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”“ โ€ขโ€ขโœฟ๐ŸŒธโ๐Ÿ”ฎโ๐ŸŒธโœฟโ€ขโ€ข โœจ Assalammuailaikum. . Good morning๐Ÿ’ Two things define you: 1.Your patience when you have nothing 2.Your attitude when you have everything โœจ โ€ขโ€ขโœฟ๐ŸŒธโ๐Ÿ”ฎโ๐ŸŒธโœฟโ€ขโ€ข โ”—โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”๐Ÿƒ๐ŸŒน๐ŸŒน๐Ÿƒโ”› #misrozie #instagram #instaquotz #instame #instatags4likes #instafollow #hashtag #believeinyourself #picoftheday #igdaily #likeforlike #like4like #beautiful #instamood #mysimplereminders #instalove #followme #followmeback #followcommentlike #follow #instadaily #followforfollow #follow4follow #followback #love #beautifulmemorysmade #friendshipadvice #friendshipquotes #quotesonfriendship #friendshipquotesandsayings (at Nasi Kandar D'tas Maju)
0 notes
kemungkinan-blog ยท 7 years
Text
Dah layan dengan baik, tapi kenapa isteri masih moody? Sebab suami terlupa jaga 'hati wanita'
Dari Kisah Rumah Tanggaย 
Assalammuailaikum admin dan pembaca. Semalam aku kongsikan kisah mak aku vs mak long. Hari ni aku nak kongsikan kisah adik perempuan aku vs bini aku.
Aku teringat satu hal di mana cara mak melayan adik perempuan yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Mak layan adik perempuan macam anak tiri. Masa itu, kami kan otak cetek. Semualah nampak buruk di mata.ย 
Adik cuti sekolah nak bangun jam 8 pagi. Nak pecah pintu mak gegarkan. Mak membebel masa masak dengan adik. Ayat dia yang aku tak boleh lupa.
"Mak cakap apa pun, esok lusa kamu tak ingat. Tapi kalau mak orang lain perli kamu nanti, kamu terasa sampai ke tulang. Mak tegur umpama lalang, mak mertua tegur umpama pedang."
Jadi lama kelamaan, adik aku membesar dan berkahwin. Aku nampak dah apa yang mak cakap dan ajar benar-benar menjadi. Adik aku jaga anak dia cukup sempurna. Berbanding dengan isteri aku. Awal perkahwinan, masak atau kemas rumah ke, aku kena tolong dan dia belajar bersama-sama dengan aku. Sebab aku mencari isteri bukan orang gaji.ย 
Kadang-kadang itu, aku tengok adik aku penat, moody. Aku tak berapa faham. Adik ipar aku baik, seorang suami yang jaga agama dan seorang bapa penyayang. Bagi aku, itu semua dah cukup. Tetapi bila aku punggah balik, aku dengan adik ipar aku lupa satu perkara.
"Hati wanita"
Aku terfikir, kenapa aku dengan adik ipar dah baik, isteri kadang-kadang moody? Aku cuba cari kesalahan aku, tapi tak nampak. Adik ipar pun sama bila aku tanya. Semua dah buat ikut tanggungjawab.ย 
Baru aku teringat pada mak. Dulu mana ada handphone. Telefon rumah pun untuk orang yang mampu saja. Bila abah tak ada di rumah, teringat mak pernah cakap cakap.ย 
"Apalah yang abah kamu tengah buat, dah makan ke belum dia di sana. Sihat ke tidak?"
Mak aku walau sibuk macam mana pun, dia sentiasa romantik cakap senyum dengan abah. Aku teringat, bila nasi dah hidang dan ayat pertama abah.
"Oiii, sedap lauk kita ini maknye. Pandai awak masak, patut saya dengan anak-anak sayang."ย 
Dan selepas makan, mesti abah kata,ย 
"Syukur, terima kasih maknye. Kenyang laki awak ini. Buntal dah perut."
Kalau kami tengok tv, nampak mak ceria saja sembang dengan abah. Paling kerap dengar mak cerita drama yang dia tengok. Punya teliti dia cerita balik kisah tu kat abah.ย 
Dari situ aku teringat, salah aku ada. Aku beritahu pada adik ipar. Kami test sama-sama. Pergi kerja, kami cakap "Sayang awak dengan anak-anak". Bila jauh, kami mesej tanya, "okey tak awak di sana? Petang nanti abang balik nak awak wangi" bila dia nampak serabut. Jangan tanya kami tengok mana kerja dia belum siap. Selepas itu ucap terima kasih sebab uruskan rumah dengan baik. Masa makan, puji walaupun lauk sekadar telur dadar.ย 
Nampak jauh beza sebelum ini. Muka adik aku dengan isteri aku, berisi dan ceria. Korang tahu tak, isteri kita tak ada kawan. Dia gelak entah bila, jadi urat muka dia tak bersenam. Jadi, aku tengok cerita apa yang dia suka. Sewaktu drama dia mula, aku main dengan anak-anak. Dah habis saja aku buat ajat.ย 
"La baba tak sempat tengok drama sekali dengan mama. Layan anak-anak. Ma cerita sikit apa jadi tadi."
Korang cuba buat perkara yang sama pada isteri korang. Tengok mata dan mulut dia, emosi dia bercerita dengan penuh penghayatan. Isteri kita best friend kita. Jangan anggap kuasa veto kita ada, anggap diri itu ketua keluarga, jadi nak serius setiap masa.ย 
Balik kerja, cuba ayat seperti ini.ย 
"Ma nak tahu tak? Hari ini kan, abang... bla bla bla."
Ajak dia bercerita, automatik dia tahu hal kerja kita, dan hati kita. Mereka ini pendengar yang baik. Kalau mereka salahkan kita atas cerita yang kita sampaikan, bermakna betullah itu. Sebab mereka lebih berterus terang. Lelaki saja ego dan kadang-kadang tak dapat terima.ย 
Test kami berjaya. Adik aku ceria, isteri aku ceria. Jawapan kepada suami pening isteri asyik moody, merajuk tak tentu pasal, boleh cuba cara ini. Kau tak percaya, baca di ruangan komen, tengok betul atau tidak bahawa itu yang mereka mahukan.ย 
Bagilah seutas rantai emas besar rantai basikal pun, kalau kau tak hargai hati dan pengorbanan isteri, mereka tak hairan. Kalau kau ikut cara aku, kaulah suami yang paling sweet. Cukup tak payah bayar pun buat semua ini. Yang penting hati kena ikhlas.ย 
from The Reporter http://ift.tt/2nZOAfE via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2p3FTmo via IFTTT
0 notes
kemungkinan-blog ยท 7 years
Text
Seburuk-buruk perangai gangster mak aku dulu, rupanya bersebab
Dari Kisah Rumah Tangga
Assalammuailaikum admin dan pembaca. Ini kisah mak aku vs mak long aku.
Mak aku, ciri-ciri dia agak gangster sikit. Mak long aku pula, lembut seakan Elly Mazlin. Sekarang, aku nak ceritakan bagaimana aku membesar dan apa aku rasa dan teringat di saat aku dah besar.
Aku dengan sepupu aku dua-dua anak jantan pertama. Tapi aku selalu cemburu pada dia. Mana kan tidak, kaki dia terluka jatuh masa berlari main polis-polis, laju mak dia bawa pergi klinik. Aku pula, mak dari dapur je bercakap. Pandangnya tidak.ย 
"Along, pergi mandi. Letak ubat luka atas meja itu. Padan muka. Sedap? Esok jangan lupa lari lagi sampai jatuh."ย 
Sejak dari kecil lagi, macam itulah peelnya. Lagi aku cemburu kalau kawan sekolah datang ke rumah. Mak long layan kawan anak dia dengan baik dan siap jamu apa yang ada. Tak dihalau pun. Tetapi mak aku, ย dia ada juga jamu kawan aku tapi bila jam dah dekat jam 7, ย dengan laju ย dia berkata,
"Tak reti lagi nak balik ke?"
Aku rasa segan dah nak bawa kawan ke rumah sejak peristiwa itu. Baik aku lepak dengan kawan di rumah mak long. Sebelah rumah kami saja pun.ย 
Sampailah usia dewasa, aku dengan sepupu dapat masuk kolej. Tapi masa sampai saja, kami buat perjanjian, tak ikut campur hal peribadi. Aku okay saja, stail aku biasa, pakai apa yang ada. Tapi aku peramah. Berbeza dengan dia yang tampan, kemas dan pemalu.ย 
Masuk saja kolej, aku dah ramai kawan. Dia? Aku tak pasti. Dah berjanji (tak campur hal peribadi, kan?). Orentasi masa itu, aku penat tapi happy. Kenangan masuk kolej kononnya. Berbeza dengan dia yang mengalami tekanan sehingga mak long datang kolej untuk melihat keadaan anaknya. Katanya menjadi mangsa buli, lalu dia pindah kolej. Manakala aku tetap enjoy dengan kehidupan pelajar kolej.ย 
Habis study, masing-masing dah ada kerja. Aku kerja kerajaan sebab mak aku nak aku kerja dalam sektor kerajaan. Selamat katanya. Sepupu aku pula, kerja swasta. Katanya gaji dia lebih besar dari kerajaan. Tetapi bila aku balik cuti, mak cerita yang sepupu aku itu paling tama tahan kerja dua tiga tahun, mesti berhenti. Aku tak komen apa-apa.ย 
Sampai masa, aku kahwin dulu, baru dia. Mak layan menantu tak macam layan aku dengan adik beradik dulu. Katanya, menantu special. Datang dah besar, lahirkan zuriat kena hargai. Berbeza dengan sepupu aku pula, kerana sayangkan anak, dia macam kawal menantu. Itu tak boleh, sana tak boleh. Tapi lembutlah dia tegur. Sepupu pula jenis anak mak, ikut sajalah sampai tahap isteri dia lari tuntut fasakh.ย 
Lama aku berfikir, seburuk-buruk perangai gangster mak aku dulu, rupanya bersebab. Dia nak anak dia tabah mengharungi kehidupan. Kental hati bila berhadapan dengan cabaran. Sekarang, aku sebagai seorang suami aku pula ikut perangai bapa aku. Bila isteri membebel marah anak, aku tengok televisyen, jangan masuk campur. Itu cara dia asuh anak selagi tak mendera.ย 
Mak pula suka sakat anak aku bila kena marah. Dia tunjuk thumbs up pada cucu dia selepas kena rotan di punggung dengan isteri aku. Kadang-kadang aku ikut juga bagi thumbs up pada anak. Dia meraung menangis, kami tengok saja. Mak kata, jangan pujuk, nanti dia tak tahu salah dia.ย 
Ibu bapa sekalian, mendidik anak ini kadang-kadang kena ikut petua ibu bapa kita. Kita jadi manusia berguna sebab mereka.
from The Reporter http://ift.tt/2oQq6dC via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ohxFaj via IFTTT
0 notes