#amar mohamad asfia awang nassar
Explore tagged Tumblr posts
ebisss-my · 6 years ago
Text
DAP Sarawak memberi amaran tindakan undang-undang ke atas perhimpunan Speaker Speaker | Malaysia
DAP Sarawak memberi amaran tindakan undang-undang ke atas perhimpunan Speaker Speaker | Malaysia
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata ia bukan untuk penceramah untuk merujuk mana-mana anggota dewan kepada Jawatankuasa Keistimewaan. – Gambar oleh Shafwan Zaidon
KUCHING, 22 Feb – DAP hari ini memberi amaran mengenai tindakan undang-undang jika Jawatankuasa Keistimewaan Dewan Undangan Negeri menggantung Ahli Dewan Undangan Padungan Wong King Wei dari rumah atas kenyataannya…
View On WordPress
0 notes
azlanrumadi · 5 years ago
Photo
Tumblr media
Alhamdulillah.Pemangku Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. Semoga Allah merahmati dan memberkati selalu. Amin. (at Masjid India Terapung, Kuching Sarawak) https://www.instagram.com/p/B6SH41SnRRj/?igshid=fp8aw95rmp6j
0 notes
izon9 · 6 years ago
Text
Sarawak Speaker bids to contest ruling in Pujut rep’s case
Sarawak Speaker bids to contest ruling in Pujut rep’s case
Tumblr media
Sarawak State Assembly Speaker, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (second right) with his lawyers at the Court of Appeal in Putrajaya. — Bernama pic
KUCHING, July 16 — Sarawak Speaker Datuk Amar Asfia Awang Nasar said he will apply for the Federal Court’s leave to contest the Court of Appeal decision’s on Pujut assemblyman Dr Ting Tiong Choon’s qualification to be a lawmaker.
He said the…
View On WordPress
0 notes
leobellicose · 7 years ago
Text
DUN Sarawak lulus usul perjanjian Malaysia 1963
DUN Sarawak lulus usul perjanjian Malaysia 1963
KUCHING, 21 Safar 1439H, Jumaat – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan usul kementerian mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban dan disokong oleh Tan Sri Dr James Masing, yang juga Timbalan Ketua Menteri.
Usul itu diluluskan selepas dibahaskan oleh enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk empat daripada pembangkang.
Empat anggota pembangkang ialah See Chee How (PKR-Batu Lintang), Wong King Wei (DAP-Padungan), Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) dan Baru Bian (PKR-Ba’kelalan) manakala dua ADUN Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Dr Sim Hui Kian (Batu Kawa) dan Datuk Penguang Manggil (Marudi).
Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar kemudian membenarkan usul itu diundi dan ia sebulat suara mendapat sokongan oleh semua anggota dewan.
Uggah dalam usulnya, memohon anggota dewan itu supaya memberi mandat kepada kerajaan negeri membentuk pasukan petugas khas peringkat tinggi untuk berunding dengan kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan semua isu tertunggak berkaitan pematuhan dan mendokong perlindungan perlembagaan dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada negeri Sarawak mengikut terma, niat dan semangat MA63.
Beliau berkata, penyelesaian isu-isu perundangan dan perlembagaan yang penting ini perlu dilakukan oleh pasukan petugas tertinggi di peringkat persekutuan dan negeri.
“Kelulusan usul ini tidak seharusnya disalahtafsirkan. Sarawak menghormati keputusan pemimpin terdahulu dan kami (Sarawak) akan terus kekal dalam Malaysia,” katanya.
Sempena sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 September lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan memberikan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63.
Pada 8 Disember 2015, DUN Sarawak meluluskan usul yang dibentangkan oleh Dr Masing agar kerajaan negeri diberi kuasa mengambil langkah dan tindakan melindungi Perkara VIII MA63 untuk pelaksanaan sepenuhnya semua syor dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan melindungi hak-hak istimewa negeri dan rakyatnya.
Sebuah pasukan diketuai ADUN Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, yang juga pembantu menteri Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek, dihantar ke London untuk melihat dan meneliti salinan asal dokumen-dokumen berkaitan MA63 yang diklasifikan semula oleh kerajaan Inggeris dan disimpan di Arkib Negara British.
Uggah berkata, pasukan peguam telah memperoleh salinan dokumen penting itu yang telah diperakui dan disahkan. – Bernama
The post DUN Sarawak lulus usul perjanjian Malaysia 1963 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di DUN Sarawak lulus usul perjanjian Malaysia 1963 via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/11/dun-sarawak-lulus-usul-perjanjian.html
0 notes
jeerie · 8 years ago
Text
BERITA PILIHAN HARI INI
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam 1Malaysia. ========================== 13 Mei 2017 - Sabtu 16 Syaaban 1438 Hijrah (Ramadhan 14 Hari Lagi) ➡ NASIONAL 1. ALIBABA Group akan menubuhkan Alibaba Cloud di Malaysia yang bakal menjadi pangkalan data besar kumpulan itu bagi rantau ASEAN. 2. LABUAN: Penjawat awam bertaraf kontrak yang sudah berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas layak diserap ke jawatan tetap selepas 31 Disember tahun ini. 3. KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membenarkan permohonan semula kerakyatan negara ini bagi individu yang melepaskan status itu. 4. PASIR GUDANG: Kementerian Pendidikan memandang serius isu kemurungan dalam kalangan murid sekolah dan akan mewujudkan garis panduan tambahan menangani perkara itu. 5. KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, mengenai status Dr Ting Tiong Choon. 6. KUALA NERANG: Kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di peringkat daerah membabitkan semua pihak berkepentingan harus diwujudkan bagi mengekang masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar secara menyeluruh. 7. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangkang tidak berani menghapuskan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana menyedari manfaatnya kepada negara. 8. KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat negeri sehingga pagi ini. ➡ POLITIK 1. JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan yakin dengan kemampuan pelapis UMNO di bahagiannya mengambil alih. 2. KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Harapan menegaskan ketiadaan PAS bersama mereka tidak menjejaskan persiapan menghadapi pilihan raya walaupun parti Islam itu selama ini dilihat sebagai penyumbang utama kekuatan jentera pembangkang. 3. SHAH ALAM: Keputusan PAS Selangor yang mengekalkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam barisan EXCO negeri dianggap dayus dan mengetepikan perjuangan parti itu. 4. PUTRAJAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menyusun strategi baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang susulan senario politik yang berubah selepas PAS dan PKR tidak lagi bekerjasama, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 5. PETRA JAYA: Wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon, dilucutkan keanggotaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, hari ini. 6. ALOR SETAR: Tindakan berani PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR adalah langkah politik matang yang memberi nafas baharu kepada agenda politik Melayu dan Islamdi negara ini. ➡ EKONOMI 1. KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), penanda aras rujukan pinjaman pada 3.0 peratus. 2. KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pengurusan dana sebanyak RM108 bilion telah disalurkan kepada pengurus portfolio luaran sehingga 31 Disember 2016. 3. BEIJING: Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) akan bekerjasama dengan Alibaba Group dan Kerajaan Tempatan Hangzhou, China, dalam usaha memudahkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai pasaran global. ➡ AGAMA 1. Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang berkata kepada saudaranya, ‘Hai Kafir!’ maka ucapan itu kembali kepada salah seorang antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan." ➡ LUAR NEGARA 1. LONDON: Hospital dan pakar pembedahan di seluruh England terpaksa menolak pesakit dan membatalkan janji temu hari ini selepas serangan siber 'ransomware' melumpuhkan sebahagian sistem komputer perkhidmatan kesihatan kendalian negara itu. 2. WASHINGTON: Gelombang serangan siber yang bergerak pantas melanda seluruh dunia dengan mengeksploitasi kelemahan yang terdedah dalam kebocoran dokumen Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat. 3. WASHINGTON: Gempa bumi dengan kekuatan 6.2 magnitud melanda pantai Amerika Tengah di Pasifik hari ini, kata Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). ➡ SUKAN 1. KUALA LUMPUR: Perubahan taktikal skuad negara di saingan Piala Sudirman yang berlangsung di Gold Coast, Australia dari 21 hingga 28 Mei ini menyaksikan pemain beregu campuran, Chan Peng Soon berkemungkinan digandingkan dengan Lai Pei Jing. 2. KUANTAN: Kapten Pahang, Matthew Davies mahu memastikan slot final menjadi milik skuad itu apabila bertemu Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini. 3. WEST BROM: Chelsea sebentar tadi merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris ((EPL) bagi musim 2016/2017 selepas jaringan pemain gantian, Michy Batshuayi pada minit ke-82, membolehkan pasukan bimbingan Antonio Conte mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas West Brom Albion. Cybit Media
0 notes
leobellicose · 8 years ago
Text
Mesyuarat mengenai urusan PRK DUN Pujut pada Jumaat ini
Mesyuarat mengenai urusan PRK DUN Pujut pada Jumaat ini
PUTRAJAYA, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkaitan urusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Jumaat ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan hari ini turut mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN itu hari ini.
Menurutnya, kekosongan kerusi DUN Pujut berlaku berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak.
Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting daripada DAP sebagai ADUN Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Woon Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Dr Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.
Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah.- Bernama
The post Mesyuarat mengenai urusan PRK DUN Pujut pada Jumaat ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mesyuarat mengenai urusan PRK DUN Pujut pada Jumaat ini via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/05/mesyuarat-mengenai-urusan-prk-dun-pujut.html
0 notes
leobellicose · 8 years ago
Text
Sarawak maklumkan kekosongan kerusi DUN Pujut kepada SPR
Sarawak maklumkan kekosongan kerusi DUN Pujut kepada SPR
KUCHING, 19 Syaaban 1438H, Selasa – Dewan Undangan Negeri Sarawak telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memaklumkan tentang pelucutan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, surat itu ditandatangani dan dihantar kepada SPR hari ini untuk memaklumkan bahawa kerusi DUN Pujut kini kosong mengikut Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri.
“Saya serahkan perkara ini kepada SPR untuk tindakan selanjutnya. Kini semuanya terserah kepada mereka memandangkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari,” katanya pada sidang akhbar di luar sesi persidangan DUN di sini.
Jumaat lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai wakil rakyat daripada DAP bagi kerusi Pujut, kerana didakwa turut mempunyai kewarganegaraan Australia.
Mohamad Asfia membuat keputusan itu, dipercayai kes pertama di Malaysia, selepas Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh membentangkan usul untuk melucutkan kelayakan Dr Ting.
Ketika memperjelaskan perkara itu, Mohamad Asfia berkata, keputusan dibuat dalam lingkungan dan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan serta Negeri.
Beliau berkata Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa seseorang hilang kelayakan untuk menjadi anggota DUN jika dia seorang bankrap belum lepas, atau telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain, menggunakan hak kewarganegaraan negara lain atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara lain.
Beliau seterusnya memetik Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.
Selain itu, Perkara 19 (1) Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan ” jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli telah hilang kelayakan untuk menjadi ADUN, maka Dewan itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad.”
Mohamad Asfia berkata, prinsip keadilan asasi telah dijunjung, memandangkan Dr Ting dan ketua pembangkang, Chong Chieng Jen diberi peluang secukupnya untuk membentangkan hak berdasarkan prinsip ‘audi alteram partem’, iaitu hak untuk didengari.
Sementara itu menjawab soalan media, Mohamad Asfia berkata terpulang kepada Dr Ting sekiranya beliau mahu membawa perkara itu ke mahkamah.
“Jika mereka memfailkan writ, respons kami adalah, kami akan membuat permohonan untuk membatalkan writ itu. Kedudukan kami jelas, kami bertindak dalam lingkungan dan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.- Bernama
The post Sarawak maklumkan kekosongan kerusi DUN Pujut kepada SPR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sarawak maklumkan kekosongan kerusi DUN Pujut kepada SPR via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/05/sarawak-maklumkan-kekosongan-kerusi-dun.html
0 notes
leobellicose · 8 years ago
Text
DUN Sarawak lucutkan kelayakan wakil rakyat DAP
DUN Sarawak lucutkan kelayakan wakil rakyat DAP
KUCHING, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini melucutkan kelayakan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut pada persidangan DUN, hari ini.
Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu, dipercayai kes pertama di Malaysia, selepas Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh membentangkan usul untuk melucutkan kelayakan Dr Ting.
Wong membuat usul itu atas dasar wakil rakyat DAP berkenaan mempunyai kerakyatan Australia yang dilepaskannya pada 4 April 2016, tiga minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.
Beliau juga berkata, Dr Ting telah diisytiharkan muflis dua kali di Australia di bawah Pihak Berkuasa Kewangan Sekuriti Australia pada 24 Jun 2012 dan 11 September 2012.
Wong berkata, Dr Ting sebagai warganegara Australia, juga merupakan pengundi berdaftar di Australia.-  Bernama
The post DUN Sarawak lucutkan kelayakan wakil rakyat DAP appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di DUN Sarawak lucutkan kelayakan wakil rakyat DAP via Blogger http://sayupgema.blogspot.com/2017/05/dun-sarawak-lucutkan-kelayakan-wakil.html
0 notes