Tumgik
#agromakanan
andisuryady · 2 years
Photo
Tumblr media
3.2.2023 8.30am | Majlis Perjumpaan & Amanat sempena Lawatan Kerja Rasmi ke Daerah #tawau oleh YB Chan Poong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.l, Malaysia. Kawasan parlimen Kalabakan mempunyai keluasan 3,540 kmpersegi meliputi 4 dun dan aktiviti ekonomi utama ialah pertanian. Ini memberi kelebihan kepada kawasan parlimen Kalabakan utk menjadi hub pengeluaran agromakanan. Ada bbrp cdgn yg sy kemukakan utk mencapai misi tersebut. Antaranya 1. Pewujudan Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR) yg memfokus kepada ternakan ruminan spt lembu, kambing dan rusa 2. Memperuntukkan Mobile Food Kiosk (MFK) sbyk 50 unit kpd belia utk membantu golongan belia meningkatkan pendapatan. 3. Membuka pejabat semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di daerah Kalabakan. Dengan ini ia sekaligus mampu meningkatkan pembangunan dan dayasaing masyarakat sekaligus memajukan kawasan. #demikalabakanyanglebihbaik (at Pertubuhan Peladang Kawasan Kalabakan) https://www.instagram.com/p/CoNAh7MvPpK/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
1,214 hektar tanah berpotensi pertanian masih terbiar di Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR
: Sektor pertanian Negeri Sembilan akan terus menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit jika tanah berstatus ladang ragut dan ladang kekal seluas 1,214 hektar tidak diusahakan secara optimum.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani negeri, Bakri Sawir, berkata bagi mengatasi masalah itu pihaknya sedang mencari jalan terbaik untuk mengembalikan produktiviti ladang tersebut dalam tempoh terdekat.
“Ladang berpotensi yang diusahakan hanya sekitar 404.68 hektar dan selebihnya berada dalam keadaan terbiar atau diusahakan separuh jalan. Untuk itu, antara inisiatif pihak kita ialah mencari pengusaha dan peladang yang berminat untuk bersama-sama kami mengusahakan kembali ladang terbiar tersebut.
“Kita juga akan mendapatkan maklum balas dan bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berkenaan produk-produk yang sesuai ditanam dan diterima di pasaran,” katanya kepada myBerita Hokaloh News selepas melancarkan Program MyBestBuy – Pasar Waghih Kito Negeri Sembilan Day di ibu pejabat FAMA, di sini pada Jumaat.
Katanya, setelah dilaksanakan kelak, perjalanan projek akan dipantau bagi mengelakkan pertanian semusim selain memastikan pengusaha menanam tanaman mengikut permintaan pasaran dan tidak menumpukan kepada tanaman bermusim seperti durian.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga akan memastikan infrastruktur terutama jaringan jalan raya bagi mendekatkan kawasan-kawasan pertanian di Jelebu ke Broga disiapkan bagi memudahkan peladang memasarkan hasil pertanian mereka di Lembah Klang.
“Ini adalah antara inisiatif untuk menjadikan Negeri Sembilan terutama Jelebu sebagai hab pertanian bagi pasaran Lembah Klang. Tambahan pula daerah itu dan kawasan sekitar pesat dengan tanaman durian dan nanas yang semakin berkembang,” katanya.
Selain itu, Bakri berkata pihaknya akan mengambil pendekatan proaktif dalam memperkenalkan dan mempromosikan produk agromakanan iaitu hasil pertanian segar, produk hiliran serta kulinari tradisional yang berasal dari Negeri Sembilan di pasaran yang lebih luas.
Sementara itu, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata pihaknya akan menggerakkan semua pejabat FAMA di seluruh negeri dan daerah untuk memperhebat program MyBestBuy ini.
“Setakat ini, terdapat 150 lokasi bagi program ini dan sambutannya sangat menggalakkan kerana pengguna terutama di kawasan bandar berpuas hati kerana mendapat barangan segar pada harga berpatutan,” katanya.
Katanya program itu yang pada masa ini hanya diadakan pada Jumaat terakhir setiap bulan akan dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang. — myBerita Hokaloh News
0 notes
ikmalfahmirasmi · 4 years
Photo
Tumblr media
WEBINAR INSPIRE! KERJAYA AGRO 📣Terbuka kepada semua belia di luar sana!📣 Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia akan menganjurkan sesi Webinar Inspire! Kerjaya Agro: Peluang Belia dalam Industri Agromakanan. Tarikh: 31 Mac 2021 (Rabu) Masa: 10:00 pagi Penceramah: En. Hussin bin Mahmud Pengarah Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sinopsis Webinar: Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berfungsi sebagai badan yang membangun, merancang, menyelaras dan menilai latihan kemahiran bidang pertanian. Pelbagai peluang ditawarkan oleh BLKP, MAFI pada belia antaranya peluang belajar 👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓 & peluang pekerjaan belia dalam sektor agromakanan (🌱🐐🐄🦐🐟) Platfom: Zoom Link :https://zoom.us/webinar/register/WN_dphyonUrRJ2fGAlY9wEQhA Webinar ID :993 4628 6187 Faedah yang akan diperolehi oleh peserta: 👨🏻🎓👩🏻🎓 surat tamat kursus selama 2 jam ( 6 jam = 1 hari kursus) 🎁 peluang memenangi hadiah misteri dari soalan kuiz #TeamKBS #majlisbeliamalaysia #kbsmalaysia #blkp #mafi #agriculture #industrimakanan #foodindustry #agrofood #foodagro #agromakanan #Repost @blkpmafi • • • • • • (at Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Putrajaya) https://www.instagram.com/p/CNDBRvAB54c/?igshid=86y4qrl9rcm
0 notes
jdigital · 3 years
Text
Kerajaan sedia dana pinjaman RM200 juta, tambah RM62 juta insentif padi
Kerajaan sedia dana pinjaman RM200 juta, tambah RM62 juta insentif padi
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyediakan dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman agromakanan pada kadar faedah sifar peratus di samping moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Agrobank bagi manfaat pengusaha tanaman sayur-sayuran serta buah-buahan yang terkesan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,…
View On WordPress
0 notes
jdigital · 3 years
Text
Kementerian Pertanian peruntuk RM210 juta modenkan agromakanan
Kementerian Pertanian peruntuk RM210 juta modenkan agromakanan
PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, menyediakan sebanyak RM210 juta menerusi  program Modenisasi Rantaian Nilai, Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan bagi tujuan membangunkan usahawan dalam bidang pertankan dan penternakan di negara ini. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM150 juta…
View On WordPress
0 notes