#Tangan-Tangan Terer
Explore tagged Tumblr posts
Text
Sunlight Is Offering An Upskilling Opportunity Worth RM30,000 For All M’sian!
Be ready because Sunlight is about to sprinkle some serious sunshine on your lives. Sparkle your dreams with their Tangan-Tangan Terer program where you can WIN cash worth RM30,000 and participate in a thrilling event filled with fun activities and exclusive deals! Sunlight: A Trusted Ally In Making Chores A Breeze Ever since Sunlight graced the shelves of England in 1885, it has become a…
View On WordPress
0 notes
Text
Santai Janji Sampai
Kalau tak nak faham orang tua, duduk nursery sampai bila-bila.Kalau tak nak faham orang muda, duduk rumah orang-orang tua siap-siap
Kalau nak sangat ubah orang, berhentilah jadi orang;mintak jawatan jadi Tuhan.Nak jugak ubah orang, ubah diri saja.
Kalau tak tahan hidup, mati sahaja.
Kalau tak nak kahwin, mati sahaja.Nak jugak kahwin, kahwin saja dengan jiran sebelah atau sepupu atau member.
Kalau buat banyak tapi kejap sangat, itu buang tabiat.Kalau buat sikit-sikit tapi konsisten, itu buat tabiat.
Lelaki suka ambil kira keperluan dulu;perempuan suka ambil kira perhiasan dulu.
Fitrah cikgu ialah suka murid yang ikut bulat-bulat semua yang diorang cakap;fitrah murid ialah suka cikgu yang 'caring'.
Fitrah ibu bapa ialah suka anak yang ikut cakap;fitrah anak ialah nak ibu bapa yang selalu teman diorang main macam-macam.
Fitrah suami ialah suka dilayan macam bos dalam rumah;fitrah isteri ialah suka digomol zahir dan batin.Yang sama cuma wajib disokong bila kuciwa.
Fitrah majikan ialah suka pekerja yang ada disiplin;fitrah pekerja ialah suka majikan yang sapot duit sekolah anak-anak.
Sekufu ni terlalu kejantanan sebab jantan nyirap betul dengan betina yang dah terer macam-macam tapi ego besar Gunung Everest walhal jantan dah tunjuk habis etika baik;betina kurang pentingkan sekufu yang penting penuh unsur romantika.
Lelaki tak pe tidur dalam rumah kurang perabot, janji ada dinding, pintu, bumbung, tingkap, bilik air, dapur, bilik tidur, almari, kabinet dan meja untuk buat macam-macam.Perempuan suka sangat banyak perabot dalam rumah.Yang sama cuma tong sampah dan perkakas dapur.
Lelaki tak de dompet tak pe, janji ada duit.Perempuan wajib ada dompet sebab nak tunjuk diorang banyak duit.Yang sama cuma ada hari duit ciput.
Lelaki wajib jadi sado sebab sado tanda sihat wal'afiat.Perempuan wajib jadi slim-melim sebab slim-melim tanda sihat wal'afiat.
Jantan tak pe tukar baju seminggu sekali, janji bau sedap.Betina hari-hari tukar baju sebab diorang cepat bau masam.
Jantan memang suka awek cun tapi perangai kurang elok sebab diorang dah bahagia bila tengok awek cun, tambahan lagi memang fitrah diorang sebagai pemimpin suka muslehkan awek cun yang kurang elok perangai.Awek memang suka jantan yang kurang hensem tapi romantik sebab romantika asas kebahagiaan awek;memang fitrah diorang langsung tak nak romantikkan jantan tak kira hensem mana pun jantan itu.
Usaha yang sama mengharap hasil yang berbeza, itu tanda orang bodoh.
Bila dah rasa pandai semua, itulah mula jadi bodoh.
Bila dah rasa baik sungguh, itulah mula jadi jahat.
Belajar nak jadi bijak, mesti guna cara bijak.
Orang berjaya selalunya ada dua sesi pagi;suka bangun akhir malam dan subuh.
Orang biasa memang suka bangun bila matahari terbit.
Bila jantan merajuk, diorang suka masuk gua.Bila betina merajuk, diorang suka masuk belakang pintu kadangkala masuk rumah mak kandung.
Bagi jantan, kereta itu isteri sebenar sebab lelaki memang suka merayau dan nyirap dengar bebelan.Bagi betina, kereta itu tempat membuta semahu-mahunya.
Jantan boleh fikir macam-macam dalam satu masa, cuma benda gini gerenti rimas lalu merosak bagi diorang.Betina boleh fikir macam-macam dalam satu masa sebab diorang suka sangat nak habis kerja cepat, lepas tu nyembang menggila-gila tak pun lopong layan flix-flix, kadangkala tawaf shopping mall.
Duit yang sebenar:D=Doa, U=Usaha, I=Istiqamah & T=Tawakal.
Asas murid cemerlang:1.Jaga Ibadat, 2.Jaga mak ayah, 3.Hormat cikgu, 4.Suka study malam-malam, 5.Suka main macam-macam selepas solat Asar.
Hormat cikgu yang sebenar:Tak pe tak lalu salam cium tangan dan langsung tak nak sembang dengan cikgu, janji tak kacau barang diorang, tak naya diorang dan rajin doakan diorang.
Rahsia rumahtangga bahagia sebenar:1.Jaga ibadah, 2.Jaga nafkah, 3.Jaga sedekah, 4.Jaga maruah
Yang memang tak de kerja lain:Muslehkan diri sendiri.
Anak pertama memang suka memimpin, anak kedua lain sangat perangai sebab nak sangat jadi abang long, anak keempat boleh sesuaikan diri, anak ketujuh dah tak kesah apa pun janji beres mana yang patut.
Nak senang ingat mati:mikir pencen kubur.
Nak berjaya mesti gagal dulu, dari gagal baru faham intipati hakiki kejayaan.
Mengharap sangat orang ubah kita, memang sampai kiamat kita takkan berubah.Berubah mesti mula dari diri dulu.
Sampai kiamat kak long takkan boleh jadi abang long sebab abang long sentiasa berkuasa veto, boleh bereskan sedare perempuan yang banyak masalah dan boleh kahwinkan sedare perempuan termasuk kak long sendiri.Kak long tetap jugak nak orang pujuk die walaupun die ade kuasa veto.
Lagi senang muslehkan orang pakai baju dan seluar berbanding orang berjubah sebab taubat dan beria-ia nak jadi soleh suka duduk dengan orang pakai baju dan seluar.
Paling susah bertaubat:merasa diri tak de dosa.
Silakan ada rumah dan kenderaan lawa, janji tak berhutang langsung.
Cara sebenar pujuk suami:Ngaku saja suami dah jaga sungguh semua yang patut sambil pakai seksi dan wangi sungguh dan masak makanan selesa suami.Lepas tu, baru korek bende sebenar.Cara sebenar pujuk isteri:hulur duit dan balik kampung mak dan ayah mertua.Kat situ, korek habis bende sebenar.
Sweet bagi suami:hormat, sweet bagi isteri:caring.
Perempuan:Happy, happy sangat, haaaaappy sangat;Sweet, so sweet, sooo sweet.
Lelaki:Yaaah!, Hiyaaah!, Hiiiyaaahhh!;Woss, Wooss, Wooosss.Yosh, Yoshhh,Yoshaa.
Pickupline sebenarnya terlalu kerumahtanggaan, jadi takkan boleh sebut selagi belum kahwin;praktis dalam rumah je selagi belum kahwin.
Selagi kita di dunia, selagi itulah berkonflik.Jadi berkonfliklah dengan bijak dan fitrah.
Asas melayan isteri dah lama ada pada cara lelaki layan kakak dan adik perempuan die, mak die, mak cik die, nenek die dan sepupu perempuan die.Asas melayan suami dah lama ada pada cara perempuan layan abang kandung, adik lelaki kandung, ayah kandung, pak cik kandung, atuk kandung dan sepupu lelaki kandung.
Kuat mana pun semangat, tabah mana pun, perempuan tetap perempuan;nak juga orang pujuk die.Kuat mana pun semangat, tabah mana pun, lelaki tetap lelaki;nak juga duduk dengan tuan guru atau geng.
Asas sebenar kejayaan:Siapa Allah di hati, siapa Anbiya wal Mursalin di hati, siapa para Sahabat baginda S.A.W , siapa Salafussoleh di hati, siapa mak ayah di hati dan apa sebenarnya masjid dan surau di hati.
Memang patut sangat letak Allah, Anbiya wal mursalin, dan Salafussoleh dalam hati.Selain itu semua, letak dalam tangan saja:doakan je la.
Obsesi sebenar orang:Ketenangan hati.
Akhiratkan dunia, syurgakan dunia, amar makruf nahi munkar:Triniti sebenar dalam Islam
Stileto, bling-bling, baju seksi dan mekap:Ini sebenarnya terlalu keisterian, pakai dalam rumah untuk suami je.
Carutan bersandaran nabawi memang bagus, carutan bersandaran nafsi memang hapus.
Malas cara nabawi sentiasa berkat sihat wal'afiat, malas cara nafsi sentiasa bejat.
Dunia di tangan sentiasa bagus, dunia di hati sentiasa mampus.
Lagi senang khimarkan baju tradisi daripada khimarkan baju baharu, janji patuh syariah.
Usaha tangga kejayaan.Berusaha untuk berjaya cara 'cable' memang jahat sebab itu budaya Godfather.
Memang lagi senang islamkan watak anime daripada orang biasa.
Prinsip sebenar hidup:cinta Allah dan cinta Rasul
Cinta yang patut bawa ke mati:Cinta Allah dan Rasul, ni lah cinta sejati original.
Nikah berpaksi nabawi magnet sebenar sakinah, mawaddah dan rahmah.Nikah berpaksi nafsi magnet punah, gundah dan resah.
Sempit dada yang bagus sentiasa berkat, sempit dada yang tak bagus sentiasa bejat.
Betul cara bela anjing, retilah hadap lelaki sebab anjing jelmaan piskologi lelaki.Betul cara bela kucing, retilah hadap perempuan sebab kucing jelmaan psikologi perempuan.
Harapkan pegar, pegar makan padi:Sebenarnya pegar nak cakap rezeki yang ada bukan untuk anak bini je, ada bahagian untuk haiwan.Nak kata pegar lagi paham tafsir Quran, ye kot.
Kucing lagi reti bangun sahur, malulah langsung tak nak bangun sahur;bangun sahur ni pesen orang maju.
Memang patut sangat bandingkan diri sendiri;diri yang sekarang dengan diri yang semalam.Memang takkan boleh bandingkan diri dengan orang lain.
Anjing dan kucing lagi reti bangun subuh, malulah hari-hari subuh godzila lah, subuh gajah lah, subuh dinosaur lah.
Ayam je suka bangun subuh, burung lain suka bangun syuruq
Memang ye doa haiwan lagi mustajab berbanding doa orang sebab EQ haiwan lagi kuat berbanding orang.Haiwan lagi paham Quran dan rajin selawat serta kenang budi berbanding orang.
Haiwan dan tumbuhan sentiasa terikat dengan sistem permusuhan.Untuk lawan parasit, bela sahaja musuh mereka, gerenti jimat duit.
Nak tahu poliandri itu apa, Quran suruh kaji habis semut dan lebah.
A house with cups of salt soaked with water a day keeps Tok Mohs away.
Regular usage of bidara shampoo keeps Tok Mohs away.
An apple a day keeps doctors away
The best way is the Sunnah way
Memang lagi mudah kawal diri dan keadaan daripada kawal orang
2 notes
·
View notes
Text
'Kalau tak nak kawan, kenapa jawab bila akak panggil di car park?'
Seram sejuk baca pengalaman wanita ini 'diganggu' entiti yang tidak diundang. Apatah lagi jika ada yang sedang membaca kisah ini kebetulan pula tinggal di hotel. Tak tidur malam dibuatnya.
Menurut wanita ini, kejadian yang dialaminya bersama dengan rakannya itu berlaku di sebuah hotel di Johor Bahru. Sejak dari awal lagi dia sudah mulai rasa tidak sedap hati untuk tinggal di hotel tersebut. Oleh kerana rakannya yang begitu memaksa untuk terus tinggal di situ, maka dia akur dan bermulalah segala peristiwa yang tidak diingini berlaku.
AKU nak kongsi kisah terbaru. Stay di hotel S***a di area Johor Bahru. Pertama kali aku guna apps Trivago, katanya boleh dapatkan bilik hotel dengan harga murah kan? Siap buat perbandingan harga lagi. Jadi, aku book satu bilik hotel ini. Dah kawan aku beria-ria nak stay di hotel itu. Alang-lang dah dekat dengan rumah kawan dia yang ada kenduri.
Sampai saja di hotel itu, aku dah rasa tak sedap hati. Tetapi disebabkan dah bayar kan, so proceed sajalah. Semasa di reception counter, boleh pula staff itu kata booking kitorang tak ada dalam sistem. Memang agak angin jugalah sebab prepaid voucher aku dah print siap-siap dan tunjuk kepada dia.
Aku kata, takkanlah voucher ini keluar tetapi tiada dalam sistem? Lagipun sebelum datang ke hotel ini, aku ada call untuk buat confirmation dan diorang kata ada reservation.
Then dia tak nak cakap banyak dan minta tunggu sekejap sementara dia masuk ke dalam dan berjumpa dengan manager. Kitorang pun menunggu lebih kurang 45 minit dan masa itu waktu dah menunjukkan jam tujuh petang.
Masa itu juga aku dah rasa tak sedap hati. Angin sejuk giler bertiup. Aku cakap dengan kawan aku tu, "We better change hotel la, I don't feel I want to stay here. Alaa, biar jela. Bukannya mahal sangat pun bayar."
Tetapi kawan aku insist juga nak stay dan dia kata kawan dia yang rekemenkan hotel ini dan dia nak stay di sini. Kawan aku ni boleh tahan degil juga. Jadi aku pun kata okaylah sebab malas nak argue.
Selepas itu kitorang dapat bilik di level 7. Kitorang pun naik lif dan terus ke bilik, tengok keliling. Eh? Bilik ini tak ada tingkap ke? Agak-agaklah wei, ini penjara ke apa?
Pastu masuk bilik macam fresh sangat-sangat. Katil pun macam baru tukar cadar. Bilik air pun sama. Kawan aku happy, terus dia terjun landing atas katil. Tapi aku memang tak puas hati. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena, cuma aku tak dapat nak tengok.
Telefon berbunyi, front office call minta alihkan kereta ke parking lot. Haa, hotel ini yang paling mengarutnya. Parking di seberang jalan hotel okay dan tingkat tiga. Aduh!
Aku turun nak alihkan kereta sebab kawan aku tengah berjiwang-jiwang dengan boyfriend dia sambil bergolek-golek di atas katil. Sudahlah aku minta double bed, dia kata king bed saja yang ada. Memang aku takkan datang dah ke hotel ini walaupun dapat free stay.
Aku pergi park kereta. Pusing level 1, penuh, level 2 penuh, last sekali level tiga yang banyak kosong. Aku lock dan turun guna tangga. Hati memang sebal.
Tiba-tiba terdengar suara perempuan menjerit.
"Adik! Adik! Tunggu! Nak pergi hotel ke? Akak pun sama. Seramlah seorang diri ni," katanya.
Aku pusing dan nampaklah seorang minah terkedek-kedek membawa beg. Yela, kesian pula tengok dia seorang diri. Aku pun nak turun tangga kan, kalau ada kawan sembang tak adalah takut sangat.
So dia tanyalah aku dari Kuala Lumpur ke, dia dari area Johor juga. Dan-dan itulah lampu di tangga bunyi meletup dan gelap.
"Akak takut dik, gelap-gelap ni. Akak nak pegang tangan adik," katanya.
"Aku lemas orang pegang tangan, lagipun pegang je la tepi ni. Lampu level 2 masih menyala, bukannya gelap sangat," aku kata.
Dia? Dia gelak. "Oh lemas ye? Habis tu boyfriend tak pegang tangan ke?"
Aku cakap tak, sebab rimas dan jawapan aku membuatkan dia gelak lagi. Aku pula yang rasa bosan. Yelah, cakap sikit, gelak, cakap sikit, gelak. Dia kata dia cuti seorang saja, tengah sedih dan pilih hotel ini.
"Akak ini tak ramai kawan. Semua buat tak reti je dengan akak. Nasib baik adik sudi jadi kawan akak," katanya.
Aku tanya balik, "eh akak, bila pulak saya cakap nak jadi kawan ni? kita sembang-sembang je kot?"
"Alaa habis tu kita kan dah sembang. Aje giler la bukan kawan namanya," katanya.
Aku pun angguk sajalah. Sampai di ground floor semasa melintas gate, budak guard itu tenung dan mengusap-usap mukanya. Aku tegur saja, dia angguk sambil usap muka.
"Isk budak ni, tak hormat orang kan? Kita tegur, dia usap-usap muka," katanya si akak ini.
Aku diam sebab malas nak bersembang. Dalam hati aku, over giler minah ni. Dah tu, kau nak guard tu bagi tabik hormat bila kau lalu ke?
Aku masuk lif bersama-sama dengan dia. Aku tekan butang tingkat tujuh dan dia kata, "Eh sama level kita. Senanglah nak sembang.".
Aku kata aku nak tidur, penat. Kalau nak bersembang, pagi esok sajalah time breakfast. Dia kata okay. Aku keluar lif belok ke kanan, dia pun cakap "Eh sama lagi.". Aku cakap "Iye kak, duduk hotel kan, bilik pun dekat-dekat". Dia kata dia happy sebab ada kawan, tak sangka ada kawan dan sudah lama tak ada kawan.
Masa itu aku dah mula rasa pelik, aku tengok dia. "Dah lama tak ada kawan ke kak? Habis tu akak berkawan dengan siapa?"
Sekali lagi dia gelak manja-manja. Dalam hati aku, minah ni entah-entah lesb kot, manja semacam je.
Sampai di pintu bilik, aku kata "Okey kak, good night. Assalamualaikum. Sweet dreams."
Dia sekadar mengangguk saja. Jadi aku masuk bilik. Dari dalam bilik, aku dengar pintu di bilik depan ditutup juga. Tiba-tiba, bilik kitorang ada tingkap. Aku dah pelik.
"Eh? Sejak bila ada tingkap?"
"Kau ni kenapa? Memang ada tingkap dari tadi," kata kawan aku itu.
Memang aku confuse tetapi aku malas nak fikir, terus aku pergi mandi. Kawan aku nak tidur di tepi tingkap, aku okey sajalah, malas nak bising-bising. Sebaik saja aku keluar dari bilik air, astaga. Kawan aku tengah happy bersembang dengan akak tadi. Dia boleh ajak lepak bersembang-sembang dalam bilik. Sudahlah bilik itu sekangkang kera saja.
"Eh kak, malam-malam ni nak sembang ke? Saya nak tidur, esok sajalah sambung," aku tegur.
"Kau ni, tak baik tau layan orang macam tu," kata kawan aku dan mereka kembali bersembang dan sesekali kawan aku memuji muka akak itu lawa, bersih, kulit putih.
Barulah aku tengok muka dia masa itu, memang lawa dan tidak dinafikan. Cuma ada yang pelik pada muka dia. Masa tengok muka akak itu, tiba-tiba dia kata, "Eh, janganlah tengok. Malu aku, malu," sambil menutup mukanya dengan bantal. Tetapi aku malas nak rebut bantal tengok muka dia walaupun dia cun. Cuma memang ada yang tak kena.
Kemudian housekeeping ketuk pintu, hantar bantal. Siap cakap, "Amboi cik, nak buat pillow fight ke malam ni?" mukanya tersengih-sengih sambil menjeling ke dalam bilik kitorang.
"Eh, Cik tak nak minum-minum kat bawah ke? Ada fruit juice, ada hot drinks, elok nak minum sebelum tidur," katanya.
Aku kata aku malas, tetapi dia kata, "Cik dah dinner ke belum? Haa, better makan sebelum tidur. Cafe di bawah itu je," pelawanya lagi.
Betul juga, aku tak makan lagi, so aku kata nanti aku turun makan. Kawan aku pun nak turun juga. Si akak itu pula kata dia masih kenyang lagi dan nak berehat di bilik saja. Kemudian dia jeling aku dan masuk pintu sebelah bilik aku.
Aku dah pelik, sebab tadi rasanya dia kata stay depan bilik kitorang. Then aku dah start rasa semacam.
Kitorang turun ke bawah dan kawan aku ajak keluar. So we all drive out dan balik pun around 12 malam. Terus rasa seram sejuk di parking dan guard yang jaga mula-mula tadi tegur aku.
"Jangan tidur lewat kak, tidur je," katanya.
Aku dah boleh baca hint dia. Masa itu juga perut aku sakit dan boleh rasa period.
Sampai di tingkat tujuh, pintu lif buka saja nampak akak itu berdiri di depan dan senyum sindir menegur kitorang. Kawan aku ini beria borak dan aku sedar mata dan muka dia pucat. Dia kata dia baru saja naik dari lif sebelah dan tak sangka kitorang pun sampai.
Sambil berjalan ke arah bilik, kawan aku tegur, "Eh akak gempaklah, terer naik hoverboard. Macam terbang melayang-layang. Nak try, nak try!"
Memang aku lepuk kawan aku masa itu juga sebab biol sangat. Then akak itu pusing dan kata, "Kau dah tahu ye?". Dia gelak dan terus hilang.
Memang siot sangat malam tu. Kitorang nak patah balik ke lif memang dah jauh dan boleh pula dia berdiri di hallway itu. So apa lagi, berlari lintang pukanglah masuk ke dalam bilik. Buka yasin di phone, pastu senyap sebab bateri phone pula habis. Charger pula tertinggal dalam kereta. Nak pinjam charger kawan, dia pula guna iPhone.
Aku suruh dia buka yasin di YouTube, dia terkial-kial dan tahu-tahu saja akak itu dah duduk sebelah dia atas katil. Dok mengungkit tentang nak jadi kawan selama-lamanya. Yelah, dah dia beria cakap BFF awal-awal tadi.
Nak lari keluar pintu, pintu tak boleh buka. Jenuh aku harap boleh pengsankan diri tetapi tak boleh pengsan. Aku baca ayat kursi pun lintang pukang.
Akak itu membebel, dia nak kawan saja. Lagipun dia kesunyian. Selepas itu dia mula menangis, sumpah ngeri aku dengar. Kawan aku atas katil itu dah menangis-nangis memanggil aku duduk dengan dia sekali. Memang taklah!
Akak itu kata, kalau tak nak kawan dengan dia, kenapa jawab bila dia panggil di car park. Kalau ada orang panggil, memang aku ignore saja. Aku masih mampu tengok muka dia sebab dia tak bertukar wajah hodoh. Cuma pucat lesi saja.
Aku tengok jam dah jam 2 pagi dan tahu-tahu ada orang ketuk pintu bagi salam dan pintu terbuka. Ada suami isteri depan pintu muka baik-baik saja. Isteri dia kata nak masuk dan nak mula laungkan azan dan baca ayat Al-Quran. Aku rasa bilik itu memang bahang sangat-sangat dan tahu-tahu saja akak itu dah hilang.
Makcik yang melaungkan azan itu kata, dia tinggal di bilik depan dan terdengar bunyi. Itu yang dia datang ketuk pintu. Dia kata dia temankan kami tidur sampai hari cerah, nanti boleh check ou bersama-sama.
Memang aku terhutang budi betul dengan makcik itu. Masa dia tengah mengaji, sedar-sedar aku tertidur dan terjaga jam 9 pagi di atas lantai. Makcik itu dah tak ada. Aku assume dia balik ke bilik dia tanpa mengejutkan kitorang.
Selepas mandi dan kemas barang sekitar jam 12, aku ketuk pintu bilik depan tetapi tak dibuka. Aku assume diorang dah check out. Jadi aku dengan kawan aku cepat-cepat turun ke bawah dan tanya tentang bilik depan itu, manalah tahu boleh dapatkan nombor telefon penyewanya.
Tetapi, bila front office kata memang tiada sesiapa yang tinggal di bilik area bilik kitorang, cuma satu room saja yang booked, yang lain memang kosong, kitorang jadi speechless dan terus keluar.
Ini pengalaman aku yang terbaru. Kawan aku sampai sekarang tak habis-habis menyalahkan aku yang melayan minah itu di car park. Padahal dia tak sedar, dia lagi teruk. Baru kenal saja dah siap declare BFF.
Sumber: Si Montel
from The Reporter http://ift.tt/2DrSyJR via IFTTT from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2mJhORA via IFTTT
18 notes
·
View notes
Photo
G: Hiapp! Hepp! Yahh! Hiiaahh! Hepp hepp! Me: (dudok tepi sambil gosok mata) G: Terer sik I, yang? Me: Pahal you tetiba nglua pedang dari stor tok? G: (Tarik nafas panjang, pedang tepi, tang pasrah jak rupa). Sebenarnya... Me: (Berdebar. Tapi maintain bancuh Milo di tangan). G: I terpijak tikus masa I ke dapo suboh tek. Otomatik tangan I ambik kuali kak ya..(tetiba stop) Me: You paluk tikus ya dgn kuali ya kah? G: Sik. I terus lompat atas meja makan. Me: Kuali ya pa motif lah? G: (Muka pasrah) Entah yang. Terambik jak kuali ya. Me: Yang pedang tok, apa ceta you ling? G: I rasa tercabar oleh tikus ya. Jadi I start praktis balit. Me: Daebak...(speechless).
0 notes