#Surah Yaa siin
Explore tagged Tumblr posts
islamictalkofficial · 1 month ago
Text
Ramzan Nigehban Program 2025
How to Apply for 8070 Ramzan Relief Package 2025 Step by Step Guide The 8070 Ramzan Relief Package 2025 is a special financial aid program launched by the Government of Pakistan to help low-income families during the month of Ramadan. This package will provide PKR 10,000 to eligible households so they can buy essential food and other necessities. The registration process is simple and quick, and…
0 notes
metramedicsposts · 4 years ago
Text
HEBATNYA QIAMULLAIL!
Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.
.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)
.
.
Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT;
وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٣٧
“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)
.
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
.
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu malam.
.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.
Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
Dapat muhasabah kekuatan diri
Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
.
.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:
“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya.” (HR; Bukhari;)
.
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”
.
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
.
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”
.
.
WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat.” (Al-Tibrani)
.
.
DOA QIAMULAIL
.
AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir
3. Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
.
.
FADILAT QIAMULAIL
Sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah SWT.
Memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.
Waktu mustajab doa dikabulkan Allah SWT.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”
.
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
Membawa kesan iman yang mendalam,
.
.
PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”
Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
.
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda SAW.
Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia-sia), tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.
.
والسلام
.
CREDIT By;
shafiqolbu
Fb: https://m.facebook.com/Metramedic
Untuk info2 dan tip2 berguna boleh klik link telegram ni..
https://t.me/metramedic
Tumblr media
0 notes
annur-1601 · 5 years ago
Video
SURAH 036 YAA SIIN ( YA SIN ) FRIENDS WORK, MAKING BETTER SLEEP, MAKIN...
0 notes
ariff · 7 years ago
Text
KAEDAH ASAS PENGHISABAN DI HARI AKHIRAT (Kuliah Subuh - 5.8.18)
Penceramah : Ustaz Ahmad Hasyimi Che Pa Nota Oleh : Sdr Zulfar Khairi Bismillah Di zaman yg begitu mencabar, manusia harini berada  dlm kecelaruan akidah. Sehingga ada yg mengaku muslim tp bila bicara pasal kiamat, dia kata itu adalah mitos / tidak benar. Mereka mempertikaikan keimanan kpd hari kiamat. Sekarang ramai anak muda yg jd aethis, free thinker. Sbb mereka dilalaikan dgn dunia, jauh dari agama. Sehingga fikiran mereka mencabar wahyu Allah. Kita adalah makhluk yg lemah, dilahirkan oleh ibu bapa tanpa kehendak kita. Surah an namlu : ‏��٦٠﴾ أَمَّنْ خَلَقَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَنۢبَتْنَا بِهِۦ حَدَآئِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَّا كَانَ لَكُمْ أَن تُنۢبِتُوا۟ شَجَرَهَآ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِ ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ ❬60❭Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran). (An Naml 27:60) Allah tanya, ada kah tuhan selain Allah? Allah yg cipta langit, bumi, dan semuanya. ‏﴿٦١﴾ أَمَّن جَعَلَ ٱلْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلٰلَهَآ أَنْهٰرًا وَجَعَلَ لَهَا رَوٰسِىَ وَجَعَلَ بَيْنَ ٱلْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ❬61❭Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengkokohkan)nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui. (An Naml 27:61) Allah jadikan bumi utk manusia tinggal, sungai2, gunung2, laut2.. Allah tanya lagi adakah tuhan lain selain Allah? ‏﴿٦٤﴾ أَمَّن يَبْدَؤُا۟ ٱلْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِ ۚ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ ❬64❭Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)?. Katakanlah: "Unjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar". (An Naml 27:64) Kita percaya langit dan bumi milik Allah, dan menurunkan wahyu melalui nabi2 dan rasul2. Nabi Muhammad adalah penutup segala nabi dan rasul dan risalah yg dibawa baginda adalah yg paling lengkap. Tapi manusia skrg ramai yg berada dlm kecelaruan akidah. Ini lebih bahaya dr kejatuhan ekonomi, ribut taufan, gempa bumi. Azab boleh mendatang dan musibah di akhirat sedang menanti. 1) Jika kita nak suruh manusia fikir pasal hari kiamat : ‏﴿٧٨﴾ وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِىَ خَلْقَهُۥ ۖ قَالَ مَن يُحْىِ ٱلْعِظٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ ❬78❭Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?" (Yaa Siin 36:78) ‏﴿٧٩﴾ قُلْ يُحْيِيهَا ��لَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ ❬79❭Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk. (Yaa Siin 36:79) Pernah kita tanya kenapa kita hidup harini? Siapa yg cipta kita? Manusia skrg rasa dirinya bijak, merasakan dunia ni dia yg punya. Kalau begitu, cubalah tahan dari mati. Xde sapa yg nak mati, sebolehnya nak hidup sampai bila2. 2) Bila dikata ada kuasa yg menetukan kehidupan manusia, yg berkuasa juga akan menentukan kebaikam dan keburukan. Kenapa org buat baik? Sbb nak balasan baik. Taknak buat jahat sbb tak mahu balasan yg jahat. Ada manusia yg buat baik xdpt balasan baik di dunia, dan yg buat jahat xdpt balasan di dunia. Bilakah akan berlakunya keadilan? Bila keadilan akan ditegakkan? Tidak ada jawapan yg baik melainkan mereka akan dpt balasan keadilan di akhirat kelak. Tanyalah agama mana sekalipun, mereka mesti percaya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Maka, didiklah hati kita, keluarga kita, utk kuatkan keimanan kpd Allah dan berusaha utk menjadi benteng agama. Jadi Org2 yg menyampaikan isi kandungan quran, sunnah, keindahan islam. ================ Dalam perhitungan hari akhirat, Allah ada bgtau kaedah / guideline mcmana Allah akan menghisab manusia. 1) Apa yg berlaku pd waktu itu adalah keadilan yg sempurna yg tiada sedikit pun kezaliman. ‏﴿٢٨١﴾ وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِ ۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ❬281❭Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan). (Al Baqarah 2:281) Ini adalah ayat al quran yg terakhir diturunkan. Disaat manusia kembali kpd Allah, semuanya akan diberi pembalasan yg seadilnya, sempurna, tidak dizalimi. Di dunia ni kiya bimbang hak2 kita tidak dilunaskan. Kita bimbang bolehkah hakim berlaku adil. ‏﴿٤٠﴾ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضٰعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا ❬40❭Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (An Nisaa 4:40) ‏﴿١٢٤﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِنَ ٱلصّٰلِحٰتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُو۟لٓئِكَ يَدْخُلُونَ ٱلْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا ❬124❭Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. (An Nisaa 4:124) Naqiira - senipis kulit biji kurma. Perumpamaan kpd manusia tidak akan dianiaya walau sedikit pun. ‏﴿٧﴾ فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ ❬7❭Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. (Az Zalzalah 99:7) ‏﴿٨﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ ❬8❭Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (Az Zalzalah 99:8) 2) Setiap org akan pikul dosa masing2 ‏﴿١٥﴾ مَّنِ ٱهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِى لِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا ❬15❭Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul. (Al Israa' 17:15) Org yg ambil harta perang sebelum ia diagih, org itu akan pikil harga yg diambil itu di akhirat kelak. Kalau dia ambil unta, untalah yg dia akan pikul kelak di hari akhirat. Kalau dia ajar org buat jahat, dia akan pikul dosa sbb ajar org buat jahat. Dosa memulakan dosa adalah sgt berat. Dgn sbb dia, org buat byk dosa, dosa jd berantai. Dosa2 itu akan dipikul oleh yg mula2 buat dosa itu 3) Manusia diperlihatkan dosa2nya, semua apa yg dibuatnya xkira baik atau buruk Bila berlakunya hisab, manusia sendiri akan lihat dosa2nya di hadapan Allah. Yg dia lihat, semua dosa xkira besar atau kecik. ‏﴿٤٩﴾ وَوُضِعَ ٱلْكِتٰبُ فَتَرَى ٱلْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يٰوَيْلَتَنَا مَالِ هٰذَا ٱلْكِتٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحْصَىٰهَا ۚ وَوَجَدُوا۟ مَا عَمِلُوا۟ حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا ❬49❭Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". (Al Kahfi 18:49) ‏﴿٧﴾ فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ ❬7❭Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. (Az Zalzalah 99:7) ‏﴿٨﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ ❬8❭Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (Az Zalzalah 99:8) 4) Kebaikan akan digandakan, manakala keburukan tidak digandakan Inilah rahmat Allah. ‏﴿١٦٠﴾ مَن جَآءَ بِٱلْحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰٓ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ❬160❭Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan). (Al An'am 6:160) Kita nak balik jumpa Allah, nak bawak apa? Kalau bawa balik kebaikan, Allah akan gandakan 10kali ganda. Kalau bawak keburukan, tidak akan diganda. Sedikit pun tidak dizalimi. Hadis sohih : sesungguhnya tuhanmu maha pengasih. Siapa yg berniat buat baik, tp xbuat kebaikan, akan ditulis 1 kebaikan. Bila dia buat baik, akan ditulis 10 kebaikan. Bila niat nak buat jahat tp xjadi buat, dpt 1 kebaikan. Bila dia buat jahat, ditulis 1 kejahatan. Allah mengganjari dgn kasih sayang, menghukum dgn keadilan. 5) Akan ditangkan sekalian saksi Siapa akan jd saksi pd hari akhirat? - para rasul, yg paling agung adalah nabi muhammad ‏﴿٤١﴾ فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍۭ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هٓؤُلَآءِ شَهِيدًا ❬41❭Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). (An Nisaa 4:41) Kita mengaku jd umat nabi, tp persoalannya adakah nabi nak mengaku kita ni umatnya? Ada yg dtg ke kolam nabi, mengaku umat nabi, tapi malaikat halau. Sbb perlakuannya tidak melambangkan umat nabi. Mereka mengubah syariat nabi. Akhirnya nabi halau mereka ini. Zaman skrg, ramai yg nak tafsir islam dgn penafsiran yg baru. Mereka rasa itulah penafsiran yg baik, tp kita bimbang nabi xnak mengaku umatnya kelak. Hiduplah atas jalan sunnah nabi. Terima apa yg nabi ajar, dan ikut, buat. Mcmana nak kata ikut nabi tapi dia bukan pewaris nabi? Bawa benda yg xpernah diajar nabi? Saksi yg seterusnya ialah : - bumi - malam dan siang - harta - malaikat - tubuh badan. Kulit pun jadi saksi Kerana pd waktu itu, mulut sudah dikunci. ‏﴿٦٥﴾ ٱلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰٓ أَفْوٰهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ❬65❭Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (Yaa Siin 36:65) Penutup: ‏﴿٤٢﴾ وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱللَّهَ غٰفِلًا عَمَّا يَعْمَلُ ٱلظّٰلِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ ٱلْأَبْصٰرُ ❬42❭Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak, (Ibrahim 14:42) ‏﴿٤٣﴾ مُهْطِعِينَ مُقْنِعِى رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ وَأَفْـِٔدَتُهُمْ هَوَآءٌ ❬43❭mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mangangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong. (Ibrahim 14:43) Allah tahu apa yg manusia buat, Allah tak lalai. Pembalasan itu akan ditangguh sehingga hari terbeliaknya biji mata. ‏﴿٤٤﴾ وَأَنذِرِ ٱلنَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ ٱلْعَذَابُ فَيَقُولُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رَبَّنَآ أَخِّرْنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ ٱلرُّسُلَ ۗ أَوَلَمْ تَكُونُوٓا۟ أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ ❬44❭Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: "Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul". (Kepada mereka dikatakan): "Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa? (Ibrahim 14:44) Wallahu a’lam via Blogger https://ift.tt/2AFFro5 https://ift.tt/eA8V8J
0 notes
talkingwithprincess · 7 years ago
Text
A'YUN
Lafaz أَعْيُن dalam bentuk jamak, mufradnya adalah 'ain. Menurut Ibn Asy Sukayt, 'ain bermakna "sesuatu yang dengannya seseorang dapat melihat dan memandang." Ibn Saydah berkata, "'Ain adalah orang yang dikirim untuk mencari berita dan ia dinamakan dzii al 'ainain" Sedangkan Ar Razi berkata, makna 'ain ialah indera penglihatan. Ia juga bermakna "kekuatan penglihatan. Makna lafaz ini juga berbeda-beda dari sudut penggunaannya. Apabila ia disandarkan kepada al-maa' atau 'ainul maa' artinya adalah "mata air." Apabila disandarkan kepada rumah maa bid daari 'ain artinya "tiada siapapun di rumah itu'" Apabila disandarkan pula kepada an nafis bermakna "yang amat berharga." Ia juga bermakna mata-mata, ilmu, matahari, kemuliaan dan sebagainya. Lafaz a'yun disebut 22 kali di dalam Al Qur'an yaitu dalam surah : -Al Maa'idah (5), ayat 83; -Al A'raaf (7), ayat 116, 179, 195; -Al­ Anfaal (8), ayat 44; -At Taubah (9), ayat 92, -Hud (11), ayat 31, 37; -Al Kahfi (18), ayat 101; -Al­ Anbiyaa (21), ayat 61; -Al Mu'minuun (23), ayat 27; -Al Furqaan (25), ayat 74; -As Sajadah (32), ayat 17; -Al Ahzab (33), ayat 19, 51; -Yaa Siin (36), ayat 66; -Al Mu'min (40), ayat 19; -Az Zukhruf (43), ayat 71; -Ath Thuur (52), ayat 48; -Al Qamar (54), ayat 37, 14. Dalam surah Al Furqaan, lafaz a'yun dikaitkan dengan dzurriyyatinaa qurrah. Ibn Katsir menafsirkannya dengan "anak-anak yang menyembah Engkau dan membaguskan ibadah mereka kepadamu serta tidak durhaka kepada kami" Beliau menukilkan pandangan 'Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam, yang berpendapat maksudnya ialah "memohon kepada Allah bagi isteri­ isteri dan anak-anak mereka supaya diberi petunjuk Islam." Dalam surah As Sajadah, beliau menafsirkannya dengan "kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata" sebagaimana yang dinukilkan dari Al Hasan Al Basri." Imam Asy Syawkani menafsirkan kata a'yun yang terdapat pada kisah Nabi Nuh (dalam surah Hud, ayat 37) yang dikaitkan dengan lafaz tajri dan wasna' al fulk dengan "mata-mata malaikat yang selalu melidungi mereka," karena kata a'yun bermakna alat penglihatan yang mayoritasnya digunakan untuk menjaga dan memperhatikan serta mengawasi sesuatu. A'yun yang dikaitkan dengan wasna' al jul itu bermakna "dengan pandangan kami dan kasih sayang kami kepadamu." Dalam surah Al Kahfi, ayat 101, lafaz a'yun dikaitkan dengan kata ghitaa', maksudnya ialah mereka yang di dunia ini buta akan dalil-dalil kekuasaan Allah dan keesaan Nya bahkan mereka tidak melihat dan memikirkannya. Lafaz ini juga dikaitkan dengan ad dam sebagaimana yang terdapat dalam surah At-Taubah, ayat 92 dan Al Maa'idah, ayat 83. At Tabari menafsirkan maksudnya "mata yang darinya keluar air mata" dan ayat ini diturunkan kepada Raja Najasyi dan para pengikutnya yang menangis karena melihat kebenaran Al Qur'an yang dibacakan kepada mereka. Sedangkan dalam surah At Taubah, yang dimaksudkan adalah Bani Muqarrin dari kabilah Muzaynah yang menangis karena sedih disebabkan tiada sesuatu yang mereka dapat nafkahkan dan sumbangkan untuk berjihad di jalan Allah. Kesimpulannya, makna dan maksud lafaz a'yun yang terdapat di dalam Al Qur'an dapat dilihat dari dua sisi. Pertama, sudut zahir di mana ia adalah alat penglihatan. Kedua, sudut maknawi yang tersirat, ia bermakna penjagaan, kasih sayang, diri yang mendapat petunjuk atau kesesatan dan sebagainya. Semua itu berdasarkan kepada konteks sandaran lafaz a'yun itu dan hubungannya dengan kalimat lain dalam suatu ayat. Sumber : Kamus Al Qur'an, PTS Islamika SDN. BHD.Hal:11
0 notes
malaysianmuslim-blog · 14 years ago
Quote
Saya tahu anda suka membaca Al-Qur'an tapi janganlah sehinggakan dianak tirikan surah-surah yang lain disebabkan hanya diutamakan surah Yaa Siin.
Ustaz Abu Syuaib
18 notes · View notes
islamictalkofficial · 1 month ago
Text
Surah Al Maidah Ayat 35 Urdu Translation
سُوۡرَةُ المَائدة آیت نمبر 35 ترجمہ کے ساتھ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣٥)  سُوۡرَةُ المَائدة آیت نمبر 35 ترجمہ اے ایمان والو! خدا سے ڈرتے رہو اور اس کا قرب حاصل کرنے کا ذریعہ تلاش کرتے رہو اور اس کے رستے میں جہاد کرو تاکہ رستگاری پاؤ (۳۵) 
0 notes
islamictalkofficial · 1 month ago
Text
Surah An Nisa Ayat 148 Urdu Translation
سُوۡرَةُ النِّسَاء آیت نمبر 148 ترجمہ کے ساتھ لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا (١٤٨) سُوۡرَةُ النِّسَاء آیت نمبر 148 ترجمہ خدا اس بات کو پسند نہیں کرتا کہ کوئی کسی کو علانیہ برا کہے مگر وہ جو مظلوم ہو۔ اور خدا (سب کچھ) سنتا (اور) جانتا ہے (۱۴۸)
0 notes
islamictalkofficial · 2 months ago
Text
Surah An Nisa Ayat 29 Urdu Translation
سُوۡرَةُ النِّسَاء آیت نمبر 29 ترجمہ کے ساتھ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَڪُم بِٱلۡبَـٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَـٰرَةً عَن تَرَاضٍ۬ مِّنكُمۡ‌ۚ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِيمً۬ا (٢٩)  سُوۡرَةُ النِّسَاء آیت نمبر 29 ترجمہ مومنو! ایک دوسرے کا مال ناحق نہ کھاؤ ہاں اگر آپس کی رضامندی سے تجارت کا لین دین ہو (اور اس…
0 notes
islamictalkofficial · 2 months ago
Text
Surah An Nisa Ayat 4 Urdu Translation
سُوۡرَةُ النِّسَاء آیت نمبر 4 ترجمہ کے ساتھ وَءَاتُواْ ٱلنِّسَآءَ صَدُقَـٰتِہِنَّ نِحۡلَةً۬‌ۚ فَإِن طِبۡنَ لَكُمۡ عَن شَىۡءٍ۬ مِّنۡهُ نَفۡسً۬ا فَكُلُوهُ هَنِيٓـًٔ۬ا مَّرِيٓـًٔ۬ا (٤)  سُوۡرَةُ النِّسَاء آیت نمبر 4 ترجمہ اور عورتوں کو ان کے مہر خوشی سے دے دیا کرو۔ ہاں اگر وہ اپنی خوشی سے اس میں سے کچھ تم کو چھوڑ دیں تو اسے ذوق شوق سے کھالو (۴)
0 notes
talkingwithprincess · 7 years ago
Text
KHOMIDUN
Lafaz خَٰمِدُون dalam bentuk jamak, selain khawaamid, mufradnya khaamid berasal dari kata khamada-yakhmudu yang berarti mati, pingsan dan hina. Khamada al mutakallum maknanya orang yang berbicara menjadi diam. Khamada an nafs artinya jiwa tenteram. Al khamiid bermakna yang mati, pingsan dan yang tenang. Disebut dua kali di dalam Al Qur'an yaitu dalam surah: -Al Anbiyaa' (21), ayat 15; -Yaa Siin (36), ayat 29. Allah berfirmann dalam surah Yaa Siin, إِن كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَٰحِدَةً فَإِذَا هُمْ خَٰمِدُونَ Qatadah berpendapat, makna khaamiduun adalah yang binasa. Ibnu Juraij mengatakan lafaz khaamiduun berasal dari kata khumud an naar yaitu apabila api itu padam. Ibn Qutaybah menerangkan, lafaz khaamiduun bermakna orang yang mati." Diriwayatkan dari Mujahid, beliau berkata, mereka mati dengan pedang yaitu penafsiran khaamidiin dalam surah Al Anbiyaa. Kesimpulannya, makna asal bagi lafaz khaamidiin atau khaamiduun adalah orang yang binasa dan mati. Sumber : Kamus Al Qur'an, PTS Islamika SDN. BHD.Hal:206
0 notes