#Produk D&039;Bellezza
Explore tagged Tumblr posts
Text
Majlis Pelancaran Produk Kecantikkan D’Bellezza Beauty
Produk kecantikkan biasanya dikenali sebagai alat solek atau produk yang digunakan di wajah untuk mencantikkan diri seseorang. Kini terdapat banyak pilihan produk kecantikkan yang mudah di pasaran. Saya pun pening kepala juga bila bab-bab nak memilih produk kecantikkan ni…he~, tapi yang pasti pilihan saya mestilah produk yang berkualiti dan selamat digunakan untuk wajah saya.
Terbaru, satu lagi produk kecantikkan telah berada di pasaran dan baru sahaja di lancarkan atas jenama D’BELLEZZA BEAUTY.
Majlis Pelancaran Produk Kecantikkan D’Bellezza Beauty
Untuk pengetahuan anda semua, saya benar-benar kagum dengan pengasas D’Bellezza Beauty, AJ Azril atau nama sebenar Kamarul Azril serta rakan kongsi beliau Latik Aris atas keberanian menceburi bidang perniagaan kecantikkan yang di monopoli oleh kaum hawa.
Aj Azril bersama Latik Aris.
Tak ramai abang sado yang berani mengeluarkan produk kecantikkan dan bersaing dengan banyaknya produk yang berada dipasaran sekarang ini. Namun AJ Azril membuktikan yang orang lelaki juga mampu berjaya dalam bidang kecantikkan ini.
Atas usaha keras Aj Azril bersama team beliau, akhirnya pada 6hb Dec 2017 produk D’Bellezza Beauty telah dilancarkan dengan penuh gilang gemilang yang telah diadakan di Matrate.
Khabarnya pada awal percubaan untuk memperkenalkan produk D’Bellezza ini dan untuk mengetahui bagaimana sambutan dikalangan pengguna, AJ Azril telah cuba mengeluarkan terlebih dahulu lebih 1000 unit lipstik, tak sampai pun sebulan, lipstik tersebut habis walaupun belum di war-warkan lagi dan belum pun dilancarkan. Haa…betapa hebatnya penangan produk ini.
D’Bellezza turut mendapat sokongan daripada badan-badan koporat yang juga turut hadir dalam pelancaran yang diadakan, rakan kongsi serta tetamu VVIP antaranya adalah :
Dato Ahmad Nazim Abd Rahman – Group CEO Mara
Dato Seri Amir Hussein – Pemilik Rakan Niaga Hanan MediSpa
Datin Vivin Elisa Soeb – Pemilik Nyaman Suri Spa
En. Mohamad Sani Abd Rahman – Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita KL & Ptraya
En. Abu Bakar Yusof – Pengarah Seksyen Gaya Hidup Matrade
Pn. Puspawati Omar – Pengarah Kanan Unit MEEC Matrade
Pn. Nenny Ruthfalydia Rosli – Pegawai Penyelidik UTM (Cairo)
Anda tidak perlu merasa sangsi dan was-was untuk menggunakan produk-produk D’Bellezza Beauty ini kerana produk ini telah berdaftar dibawah Matrade, di bawah SAB dan juga MARA.
Mesti anda tertanya-tanya macam mana beliau berminat pulak dalam bidang kecantikkan atau kosmetik ini? Menurut kata AJ Azril :
Sebenarnya, saya mempunyai ramai kenalan di laman facebook dan ramai yang beri galakkan dan dorongan untuk saya mulakan perniagaan kosmetik, dari situlah datangnya minat saya menceburkan diri dalam bidang ini.
Permulaan produk yang pertama saya keluarkan adalah lipstik. Saya juga buat survey dan bertanya apa lipstik yang tranding sekarang serta bagi 10 warna untuk dipilih. Dari pemilihan tersebut saya mengambil warna yang terbanyak dipilih.
Dari situ saya dan rakan kongsi berbincang untuk pergi lebih jauh apabila lihat produk ini boleh pergi lebih jauh lagi.
Setelah memilih warna, barulah beliau lakukan segala kajian dan dapatkan pengesahan daripada badan-badan yang bertauliah. Setelah terbukti warna yang mana paling mendapat permintaan akhirnya beliau mulakan dengan mengeluarkan D’Bellezza lipmatte dengan 4 warna yang menarik. Info lanjut mengenai D’Bellezza Lipmatte, anda boleh [KLIK DI SINI].
Memang hebat sungguh abang sado AJ kita ni kan? Setelah berjaya mengeluarkan lipstik batch pertama, tidak lama kemudian beliau mengeluarkan lipstik batch ke dua iaitu color-color Nude yang mana beliau menggunakan cara yang sama iaitu bertanya dengan rakan-rakan di facebook.
Jangan tak tahu, saya juga antara mereka-mereka yang menjadi rakan facebook beliau dan juga merupakan pengguna produk-produk D’Bellezza. Sampai ke Jepun tau saya bawak produk ni. Bila dah suka, kemana pergi mestilah sentiasa bersama, mana boleh dipisahkan..hehehe.
Bersempana dengan pelancaran D’Bellezza, beliau turut tidak melepaskan peluang memperkenalkan lipstik terbaru dari D’Bellezza Beauty yang mempunyai 4 warna-warna nude.
“Cantik Untuk Yang Tersayang” Warna-warna NUDE terbaru dari Dbellezza :
Code: 1. DB01 – COOL (Nude) 2. DB03 – SWEET (Nude Pink) 3. DB05 – HOT (Nude Red) 4. DB07 – TEASE (Nude Brown)
3.5ml/Stick – Rm39.90 2ml/Set (4warna) – Rm100 *harga tidak termasuk postage*
Bukan itu sahaja, D’Bellezza Beauty juga turut mengeluarkan foundation dan juga Automated brush yang unik dan mudah digunakan.
Automated Rotating Brush
Automated Rotating Brush 3 in 1 by D’bellezza
Set of Brush – Foundation Brush – Blusher/Powder Brush – Cleansing/Primer Brush
– Mudah Meratakan Bahan Makeup – Menjimatkan Masa – Mengurut Wajah
Foundation
Foundation – Perfecting Blend SPF35 PA+++ (bole google apa itu grade ‘+’ ‘++’ ‘+++’)
– Full protect UV, Firming, Brightening, Lifting & Oil Control – Tidak berminyak dan bercapuk – Mudah diratakan – Bole apply direct ke wajah – Diamond Powder – Sangat ringan
Sesuai untuk semua kulit wajah Rm69.90 20ml (Harga Promosi) *tidak termasuk postage*
Kalau berminat nak dapatkan produk dari D’bellezza Beauty, boleh dapatkan melalui
Facebook : https://www.facebook.com/Dbellezzabeauty/
Ig : https://www.instagram.com/dbellezzabeauty/
Url Blog : www.dbellezzabeauty.com
Whatsapp : 011 1289 0009
Majlis Pelancaran Produk Kecantikkan D’Bellezza Beauty Produk kecantikkan biasanya dikenali sebagai alat solek atau produk yang digunakan di wajah untuk mencantikkan diri seseorang.
#Aj Azril Pengasas D&039;Bellezza#D&039;Bellezza Automated Rotating Brush#D&039;Bellezza Beauty#D&039;Bellezza Foundation#D&039;Bellezza Lipmatte#Lipstik#Majlis Pelancaran produk Kecantikkan#Produk D&039;Bellezza#Produk Kecantikkan
0 notes