#HijauPutihTakkanPadam
Explore tagged Tumblr posts
Photo
Limpahan rahmatNya mengatasi segalanya.. #Islam #HijauPutihTakkanPadam
0 notes
Photo
Kata-kata pedoman Saidina Umar al-Khattab.. #Islam #HijauPutihTakkanPadam
0 notes
Photo
This is why we must love the Ulamak aka the scholars~
And you must know the Ulamak are the inheritors of Rasulullah s.a.w...
Assalamualaikum...
0 notes
Photo
You make mistakes and then you will learn something..
But don't forget to ask for forgiveness~
0 notes
Photo
Kita merancang tapi Allah yang tentukan~
0 notes
Photo
Morning reminder from the Quran..
3 notes
·
View notes
Photo
Tazkirah pagi..
Semoga rezeki kita dipermudahkan.. :D
0 notes
Photo
Let's get united into a very strong ummah...
Come on, brothers and sisters..
0 notes
Photo
Everybody deserves peace..
The simplest thing that we all can do is to forgive the other people...
"For every minute you remain angry, you give up sixty seconds of peace of mind.." - Ralph Waldo Emerson.
One of my favorite quotes~ Hehe
Lagipown, amalan memaafkan orang lain nie termasuk dalam amalan-amalan ahli syurga.. Peace~
2 notes
·
View notes
Photo
Assalamualaikum.. Good morning...
Let's take shower..
Self hygiene is really important..
Kebersihan itu sebahagian daripada iman~
Peace...
:D
0 notes
Photo
Have you had your 'crown' or are you going to have your 'crown'?
Islam protects the women more than other religions in this world...
Peace~
3 notes
·
View notes
Text
30 Pesanan Imam Syafie Rahimahullah
30 pesanan ini dikutip dalam buku Imam Syafie Pejuang Kebenaran yang baru aku habis baca..
Buku ni sangat best. Actually it's a novel and I guess this was the first novel that almost made me cry.
So, inilah pesanan-pesanan Imam Syafie Rahimahullah iaitu imam mazhab fiqh bagi negara kita, Malaysia:
1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukan adanya perhatian dan kasih saying Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
5. Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu meringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.
10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai oleh lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “A’uzubillahi minasy-syaitanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16. Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umaar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam sirah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud, “��� dan menjadi tanggungjawab kami untuk menolong orang yang beriman”.
27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaiman pernyataan dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman…”.
28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud; “Allah (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman…”.
29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan diberikan petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud; “…Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”
30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud; “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa sebabkan apa yang mereka telah usahakan”.
Harapnya kita mengambil iktibar daripada pesanan-pesanan ini yang datangnya daripada seorang ulamak terbilang.
0 notes