#Datuk Ahmad Dasilah
Explore tagged Tumblr posts
Text
Gabungan suara YB dalam ‘Setia’
KUALA LUMPUR
: Mereka cukup hebat dalam lapangan politik. Reputasi dan kredibiliti masing-masing juga telah terbukti.
Tetapi bagaimana agaknya apabila mereka menyumbangkan suara dalam lagu?
Tentunya ia sesuatu yang berbeza daripada profil kebiasaan mereka. Namun, percubaan mereka tidak mengecewakan.
Seramai 12 ahli politik, termasuk yang bergelar Yang Berhormat, dijemput untuk menyertai projek istimewa kendalian Astro AWANI, sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61.
Pelbagai gaya dapat dilihat, ada yang gementar, ada yang yakin, malah ada juga yang ragu-ragu pada mulanya.
Namun, misi projek khas ini bukanlah untuk mencari pemilik suara paling merdu, sebaliknya gabungan suara yang melambangkan semangat cintakan negara menerusi lagu berstatus legenda, Setia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Shefura Othman, yang merupakan antara yang paling awal merakamkan suara, mengakui Setia sebuah lagu yang ringkas seni katanya, namun mempunyai nilai patriotisma yang tinggi.
“Paling mengesankan adalah frasa ‘khidmat diberi penuh taat’. Ia merujuk bukan sahaja kepada kami sebagai wakil rakyat tetapi ia membawa maksud lebih mendalam iaitu bakti rakyat kepada negara,” katanya.
BACA: Mahfuz Omar ‘saingan’ Jamal Abdillah?
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dira Abu Zahar pula, mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya sewaktu kali pertama mendengar lagu ini.
“Seingat saya, saya masih di sekolah rendah ketika itu. Lagu ini akan dipasang setiap kali sebelum siaran berita waktu perdana.
“Waktu itu, saya hanya tahu hafal liriknya sahaja kerana masih kecil. Tetapi lirik itu mula memberi makna tersendiri apabila saya semakin dewasa, terutama sekali selepas terbabit dalam politik,” cerita Dira.
Lagu Setia, nyanyian asal Francissca Peter, dicipta oleh Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, digubah semula oleh Dania Zainuddin, wartawan Astro AWANI yang berkelulusan muzik dari Berklee College of Music, Amerika Syarikat.
“Cabaran utama kerana saya perlu menggubah lagu yang sememangnya sangat bagus dan popular. Kerana itu, saya memilih untuk tidak menukar essence lagu itu kerana itulah keistimewaannya,” kata Dania.
Video penuh Setia versi 2018 ini boleh disaksikan di laman web Astro AWANI bermula 15 Ogos 2018.
#Datuk Ahmad Dasilah#Dira Abu Zahar#info hari ini#info harian#info penting#info semasa#Informasi#lagu patriotik#Merdeka#Projek Merdeka Awani#setia#Tan Sri Mohamad Rahmat#Young Shefura
0 notes