#Buatan Tempatan
Explore tagged Tumblr posts
ainudin · 1 year ago
Text
Pencuci Serbaguna Tempatan, Disinfaksi Dan Sanitasi
Sabun Pencuci Serbaguna Buatan Malaysia. Ada bermacam-macam jenis Sabun Pencuci Serbaguna yang terdapat dalam pasaran dan dijual dengan harga yang berbeza-beza. Ianya bergantung kepada bahan yang digunakan untuk pembuatan sabun pencuci itu dan juga lokasi pengeluar sabun pencuci tersebut. Sudah semestinya Sabun Pencuci Serbaguna yang diimport dari luar negara akan dijual dengan harga yang lebih…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
tananansad · 2 years ago
Text
Berbahasa Melayu atas Intelek Kendiri, Jangan Jadi Cerminan Kolonialisme
Saya jelaskan dahulu pendirian saya mengenai bahasa Melayu; bahasa Melayu bahasa dagang, bukan bahasa kebangsaan.
Konsep negara bangsa ini bak tali yang dipegang erat sejak zaman penjajahan oleh para nasionalis hinggakan boleh disalah guna pada hari ini untuk menyelubungkan segala masalah sosiopolitik di negara kita. "Wahai dunia luar, negara Malaysia aman damai, kami bersatu di bawah naungan bangsa Malaysia!" Dan semestinya wadah untuk muslihat segala muslihat di negara kita ialah isu bahasa. Konsep "bahasa Melayu" sebagai bahasa pemersatu ini buatan semata-mata untuk kononnya "menyatukan" semua suku kaum yang ada di negara ini. Padahal, sudah lama bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa "pemersatu" di sini, cuma bukan bahasa Melayu yang diinginkan atau cara pemersatuan yang diimpikan.
Bahasa pasar yang digunakan sehari-hari oleh rakyat hari ini ialah hasil ubah ansur bahasa yang murni dan tidak dicampurtangani para preskriptivis. Ini realiti yang ditolak para ulama sekular tempatan, yang menggelarkannya sebagai bahasa "basahan" yang "tidak patut digunakan dalam urusan rasmi." Walhal, negara lain menjadikan pijin dan kreol sebagai bahasa kebangsaan! Timor Leste berani merasmikan Tetun Dili di samping penggunaan bahasa Portugis dalam pendidikan. "Persatuan" penduduknya melalui kebiasaan menggunakan bahasa Tetun dalam hubungan antar-etnik, bukan untuk membentuk sebuah bangsa Timor Lorosa'e.
Perumpamaan J. M. Gibbon yang langsung menolak konsep melting pot di Amerika melainkan menghuraikan keadaan sosial di Canada sebagai mozek budaya sering ternginang-ngiang dalam fikiran saya. Bangsa lain tidak patut dipaksa untuk berasimilasi melainkan mendukung lanskap kepelbagaian negara. Realitinya, sejarah tidak boleh diubah melainkan dihargai.
Menyambung dari kata realiti itu sendiri, pola petempatan di Malaysia (terutamanya di Semenanjung) ialah hasil dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris terdahulu. Dari situ, tidak dampak kenapa harus kita paksa mereka yang beretnik untuk berbahasa baku sejak kecil. Adakah tidak cukup mereka boleh berbahasa Melayu secara perbualan?
Saya terfikir akan era 70-an, ketika dasar pemelayuan di Malaysia Timur semakin rancak. Di sekolah berbahasa Melayu, di pejabat berbahasa Melayu, hidup sehari-hari dimelayukan sehingga bahasa etnik tempatan hanya terbiar dan mereput di rumah. Kesannya jelas hingga kini, ketika pemuda tidak tahu berbahasa etnik kerana ibu bapa mereka mahu agar mereka dapat berasimilasi dengan baik. Berasimilasi di tanah sendiri! Fikir-fikirkanlah ironi hal itu.
Pada hari ini pula, didapati bahawa orang Melayu malu bertutur dalam dialek sendiri. "Ini hanyalah dialek atau telor dan bukanya bahasa Melayu yang lengkap sifatnya." Dalam kertas kajian bahasa, dialek sering dibandingkan dengan bahasa piawai, sepertinya dialek itu adalah keturunan bahasa standard, padahal bahasa piawai yang kita kenal pada hari ini pula asalnya dari sebuah dialek Johor-Riau juga. Alahai.
Takkah ketara bahawa konsep "bahasa kebangsaan" yang asing ini bukan mengayakan adat benua kita, melainkan memiskinkan dan menarik kepelbagaian yang telah wujud sejak beribu tahun daripada rakyat kita? Zalimnya kamu untuk mengenakan polisi bawaan orang asing dengan gelaran ideologi tempatan!
11 notes · View notes
rawdenimhouse · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Barangan buatan tangan menggambarkan nilai dan pengaruh yang difahami oleh masyarakat tempatan. #madeinbesut #manmade #proudlymadeinmalaysia🇲🇾 #rawdenimhouse #bungatelipot https://www.instagram.com/p/CKixdVoBPC8/?igshid=1phqd4npz4u4k
1 note · View note
cormisme · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Ini adalah gambar koleksi peribadi kami yang merakamkan majlis pelancaran air minuman berjenama SUDI oleh seniman tersohor Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Pelancaran produk terbaharu sempena sambutan kemerdekaan 1989 di Dataran Taman Muhibah, Jasin ini begitu menggalakkan berikutan promosi ‘turun padang’ oleh duta produk merangkap pemiliknya itu. Setelah kurang lebih 30 tahun menyaksikan banyak industri produk lokal muncul, bersinar malah tak kurang juga ada yang hilang; ini bukan sekadar gambaran kesungguhan pengusaha produk lokal, ia juga seakan indikator tentang aras keyakinan kita pada produk buatan tempatan. Selamat merdeka. Merdeka kita, merdekakan produk kita. Lokal selalu. (at Taman Muhibah Jasin) https://www.instagram.com/p/CEX-MAQhut8/?igshid=h8c9sjat8gq
1 note · View note
wanman82 · 2 years ago
Photo
Tumblr media
Sempena hari #Merdeka #Malaysia #🇲🇾 tahun ke-65 berkesempatan menonton #PASKALTheMovie di #Netflix sambil makan nuget ikan buatan tempatan jenama terkenal #Ramly. Seterusnya insyaallah ada ruang kelapangan menonton filem #AirForceTheMovie #SelagiBernyawa. (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/Ch7Tjo-v9lM/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
danial1 · 3 years ago
Text
Tempat Menarik Shopping di Johor Bahru-B5 Johor Street Market
Tempat Menarik Shopping di Johor Bahru-B5 Johor Street Market
Tempat Menarik Shopping di Johor Bahru-B5 Johor Street Market Korang nak cari tempat shopping menarik kat Johor Bahru? Meh datang ke Johor Street Market atau nama panjangnya B5 Johor Street Market. Kalu korang minat produk-produk tempatan  macam baju-baju dan aneka jenis fesyen pakaian buatan local, moh ler datang  datang ke sini. 😀 Tempat membeli-belah ni sebenarnya menggantikan Kilang Bateri…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
theberita · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Sejak tahun 2019 dan 2020 lalu, model kereta buatan tempatan Proton Wira berada di tempat paling teratas dalam senarai 10 kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia dengan sebanyak 353 unit dilaporkan dicuri. Terbaharu, seorang pemilik Proton Wira ‘berputih mata’ apabila keretanya yang hilang di PPR Batu Muda , Jalan Ipoh semalam, telah ditemui semula dalam keadaan komponen-komponen kereta sudah terlerai di hadapan sebuah rumah di Kampung Tandak, berhampiran Hospital Besut, Terengganu pada hari ini. https://instagr.am/p/Ca-41cAv6tS/
0 notes
ebisss-my · 4 years ago
Text
Kaukus Dewan Negara mencadangkan peta jalan pembangunan vaksin nasional
Kaukus Dewan Negara mencadangkan peta jalan pembangunan vaksin nasional
KUALA LUMPUR (BK): Kaukus Dewan Negara mengenai Kesejahteraan Rakyat mengusulkan agar pemerintah menyusun Peta Jalan Pembangunan Vaksin Nasional sebagai rancangan bagi negara untuk menghasilkan vaksin buatan tempatan yang mematuhi garis panduan antarabangsa. Pengerusi Kaukus Senator Datuk Razali Idris berkata langkah itu dilihat perlu sebagai rancangan jangka panjang. Pada waktu yang sama, kaukus…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
alfarisy354 · 4 years ago
Photo
Tumblr media
MILDEF Hasilkan Kenderaan Perisai Pertama Buatan Tempatan https://bit.ly/2MZ499R
0 notes
1suara · 4 years ago
Text
Siapa Suka Bikin Kereta Tayar K4ngkang Boleh Diden.da Dan Dipnjara – P.DRM – D Bongkar
Siapa Suka Bikin Kereta Tayar K4ngkang Boleh Diden.da Dan Dipnjara – P.DRM – D Bongkar
Posted By: editor February 8, 2021 Trend m0difikasi ‘tayar kngkang’ bukanlah sesuatu yang baru sehingga ramai yang mengikut sama ada pemilik kereta tempatan mahupun buatan luar negara. Nampaknya, mungkin selepas ini trend tersebut tldak akan dilihat lagi di jalan raya apabila PoIis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan satu kenyataan tlndakan akan dikenakan kepada pemilik kenderaan menggunakan…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
rawdenimhouse · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Dari meja kreatif direktor Raw Denim House, Terlebih dahulu saya safuan,mengucapkan ribuan terima kasih kepada mr Andrew tan sebagai the founding father of @klfashionweek kerana memberi kepercayaan kepada keluarga raw denim house untuk beraksi buat pertama kali di pentas kuala lumpur fashion week. Dalam keterujaan keluarga besar kami menghadapi perkara baru mungkin ada salah silap atau terkasar bahasa sungguh kami memohon kemaafan. Namun apa yang lebih penting bagi kami sedalamnya adalah nilai dan kesungguhan rakan pelanggan , kawan dan keluarga yang tidak pernah berputus asa dalam memberikan semangat dan dorongan selama kami berada dalam industri kreatif ini.Jutaan terima kasih kami ucapkan. Semoga semangat kita semua untuk terus menerus menyokong barangan buatan tempatan disemai dan dibaja dengan baik untuk kesinambungan generasi masa hadapan.tanpa gerakan yang konsisten dan bersungguh sungguh adalah mustahil untuk industri kreatif terus kekal relevan selari dengan peredaran masa. Kata plato, “Never discourage anyone who continually makes progress, no matter how slow “ Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dalam menjadikan siapa kami hari ini.TERIMA KASIH 😘. #rawdenimhouse #proudlymadeinmalaysia🇲🇾 #frombesutwithlove #KLFW21 https://www.instagram.com/p/CV4-hBshtl1/?utm_medium=tumblr
0 notes
buzznewskl · 4 years ago
Text
Pihak Berkuasa China Dapati Ada Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19, Dipercayai Libatkan Hampir 5,000 Kotak Aiskrim
Pihak Berkuasa China Dapati Ada Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19, Dipercayai Libatkan Hampir 5,000 Kotak Aiskrim
Tiga sampel aiskrim buatan tempatan di wilayah Tianjin di China didakwa tercemar dengan virus dalam satu ujian yang dijalankan baru-baru ini. Menerusi laporan China Daily, ujian COVID-19 dibuat ke atas produk aiskrim tersebut dan hasil mendapati ketiga-tiga sampel itu positif. Difahamkan, kira-kira 4,836 kotak aiskrim telah dihasilkan syarikat berkenaan sebelum itu, di mana 2,089 telah dipekkan…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
thetokwannizam · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Mencari secangkir Kopi buatan tempatan @kafekk92 #coffeeaddict #coffeebreak #coffeegram #latte #kk92 #carakami #tempatan (at KAFE KK92) https://www.instagram.com/p/CI3DSHxpFux/?igshid=v4wfv6oqhsk0
0 notes
ebisss-my · 4 years ago
Text
India memulakan kempen vaksinasi 'terbesar' di dunia
India memulakan kempen vaksinasi ‘terbesar’ di dunia
NEW DELHI (Reuters) – Perdana Menteri India Narendra Modi akan melancarkan kempen vaksinasi “terbesar di dunia” pada hari Sabtu ketika negara berpenduduk ramai berusaha mengendalikan pandemi COVID-19 bermula dengan dua tembakan buatan tempatan. Modi akan menangani pekerja kesihatan melalui sidang video tetapi tidak akan segera mengambil vaksin itu sendiri kerana India pada mulanya mengutamakan…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
leborkan · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Rilisan sulung dua trek lofi ‘Let Go’ (2019) nampaknya telah berjaya disempurnakan dengan penyusulan material terkini kugiran Powerviolence three-piece asal Melaka; Break Bad. Sarat dengan riffing yang sludgy; ‘Mess Around With Clown’ (2020) yang rilis hanya beberapa minggu lepas ternyata memperlihatkan betapa tekunnya mereka mengerjakan hasilan terbaharu tanpa mengenepikan susur galur bawaan hero-hero Powerviolence seperti Infest dan Iron Lung. Rakaman sehari secara langsung di @penviastudio ini juga bakal diikuti dengan rilisan demo 8 trek di penghujung tahun ini. Picit pautan https://breakbad.bandcamp.com/album/mess-around-with-clown-demo untuk Powerviolence yang muda, segar dan bertenaga buatan tempatan. https://www.instagram.com/p/CFhxDCchb_h/?igshid=tix35nfddm0g
0 notes
rayluca73 · 4 years ago
Photo
Tumblr media
Buatan tempatan, halal, bersih, sedap dan berkualiti...... RASA TRUFFLE CHOCODAP'S =============== Rasa Truffle dan yogurt 😘 Truffle Mango 🍫Rasa serbuk koko yang pekat diiringi oleh rasa mango yang masam manis Truffle Hazelnut 🍫Serbuk koko yang pahit..tapi dihujungnya terasa hazelnut yang paling superbb dan seperti makan kek tiramisu Chocoflakes 🍫Bagi penggemar conflakes rangup memang wajib try chocoflakes. Rasa conflakes meriah dengan rasa coklat yang pekat Yogurt Original 🍫Sebijikk rasa seperti makan Yogurt perisa natural yang masam manis dan boleh hilangkan loya tekak & mengidam Yogurt Strawberry 🍫Hilang sudah teringin nak pergi Cameron Highlands sebab yogurt strawberry yang sebijik rasa buah strawberry campur manis susu Yogurt Mango 🍫Buah mangga madu campur dengan yogurt dijadikan sebiji coklat. Mesej saya untuk order Rosedi 0194657645 (at Ipoh, Perak) https://www.instagram.com/p/CFCgLTkns9h/?igshid=1l4ljtdpaps5g
0 notes