#Alumni Felo Perdana 2015
Explore tagged Tumblr posts
hokalohnews · 6 years ago
Text
Panas! ‘Barisan kabinet masih ada ciri-ciri pembangkang’ – Tun M
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tinggal kurang dari 24 jam pemerintahan 100 hari Pakatan Harapan, mengakui bahawa barisan kabinetnya masih memiliki ciri-ciri pembangkang dan mengambil masa menyesuaikan diri sebagai seorang pemerintah.
Katanya, sifat-sifat lama itu masih lagi muncul serta mempengaruhi pemikiran barisan kepimpinan berikutan peralihan kuasa selepas 61 tahun tidak dapat mendirikan kerajaan.
“Kita tahu bahawa baru-baru ini kita ada perubahan kerajaan, perubahan ini dilakukan selepas 61 tahun pihak pembangkang tidak dapat mendirikan kerajaan, dengan itu mereka mempunyai sifat-sifat pembangkang,
“Apabila mereka menjadi kerajaan, sifat-sifat lama itu masih muncul serta mempengaruhi fikiran mereka. Tetapi dalam masa pendek juga, mereka sudah membuat ‘adjustment’ (penyesuaian) dan sekarang ini sedar jadi pemerintah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Felo Perdana Tahun 2018 di Perdana Putra di sini hari ini.
Dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menasihati anak muda yang bakal menceburi barisan kabinet negara supaya membuat persediaan bagaimana mahu menjadi pembangkang dan pemerintah yang baik di masa hadapan.
“Bagi generasi yang muda, mereka perlu buat persediaan, kalau jadi pembangkang tahu apa nak dibangkang, kalau jadi pemerintah kena tahu bagaimana nak berlagak sebagai pemerintah,” tambahnya.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga merupakan Alumni Felo Perdana 2015, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
0 notes
hokalohnews · 6 years ago
Text
Am : Dr Mahathir akui barisan kabinet masih miliki sifat pembangkang
Tumblr media
PUTRAJAYA, 17 Ogos (myBerita Hokaloh News) —  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ke-100 pemerintahan Pakatan Harapan (PH) mengakui barisan kabinetnya masih memiliki sifat-sifat pembangkang dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri sebagai pemerintah.
Beliau berkata perkara itu berlaku berikutan peralihan kerajaan selepas 61 tahun pembangkang tidak dapat mendirikan kerajaan.
“Dan dengan itu, mereka mempunyai sifat pembangkang. 
“Apabila jadi kerajaan, dan sifat-sifat lama itu masih muncul serta mempengaruhi fikiran mereka. Tetapi dalam masa pendek juga, mereka sudah membuat ‘adjustment’ (penyesuaian) dan sekarang ini sedar jadi pemerintah,” katanya. 
Dr Mahathir, yang memimpin PH untuk membentuk kerajaan baharu berikutan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, berkata demikian pada Majlis Penyerahan Felo Perdana Tahun 2018 di Perdana Putra di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga merupakan alumni Felo Perdana 2015, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Seramai 60 peserta kumpulan keenam program Felo Perdana yang bermula sejak 2013, akan menempatkan diri dalam pelbagai kerjaya serta jawatan penting termasuk diambil bertugas di pejabat-pejabat menteri kabinet selama enam minggu hingga tiga bulan. 
— myBerita Hokaloh News 
0 notes