#30 teknik tepat tadabbur alQuran
Explore tagged Tumblr posts
mibeau · 1 year ago
Text
[Book Review] 30 Teknik Tepat Tadabbur Al-Quran
🧮 Skor: 4.4/5.0
Tumblr media
■ Bila kita mencintai Tuhan kita, pasti kita selalu mahu mendengar kata-kata Tuhan. Tadabbur amatlah penting dan bermanfaat bagi kita umat Islam. We get to work our brain muscles well -- otak yang sihat, panjang hayatnya dan waras. Melalui tadabbur juga, inshaAllah kita lebih mengerti maksud wahyu Allah swt. Kita dapat merasai kenapa alQuran itu suatu mukjizat. Kita akan mula berfikir dan melihat alam serta kehidupan dari pandangan yang berbeza dan lebih lagi menghargai kebesaran Allah SWT. . ■ Kurang lebih 150 muka surat, kandungannya sarat dan padat. Pengenalan adab tadabbur al-Quran yang komprehensif. Jujur, sewaktu saya pesan online buku ini, saya kira isinya bakal straightforward. Yakni, pengenalan ringkas mengenai apa itu tadabbur, seterusnya langsung dibincangkan teknik-teknik tadabbur. Saya silap, don’t judge a book by its thickness. Latar belakang sahaja memakan hampir separuh daripada halaman buku ini! Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian.
Tumblr media
● Bahagian pertama memperkenalkan apa itu AlQuran? Siapa itu AlQuran? Fakta lain berkaitan dengan Al-Quran? Pengenalan ringkas tapi mendalam ini amat penting supaya individu berasa dekat dan familiar dengan AlQuran.
● Bahagian kedua dibincangkan apa itu tadabbur? Apakah istilah-istilah yang sering dikaitkan dengan tadabbur Al-Quran? Apa beza Qiraah, Tilawah, Tadabbur dan Tafsir? Manners to be adopted for us to fully embrace this beneficial act, inshaAllah.
● Bahagian ketiga, 15 basic techniques were introduced, followed by 15 intermediate techniques to be implemented once we’ve comprehended and begun to embrace the basics.
The basics mainly emphasised on setting our intentions right, reaping its healing effects, and getting legitimate sources. A guide meant for anyone who seeks solace and truth. The intermediates are for those who have eye-wide-open moments. More tips to delve into.
May Allah ease our journey, Ameen. [I recommend and relate to Surah Taha Verse 25-28]
Tumblr media
■ Saya hargai penulisan buku agama yang menggunakan format umum buku rujukan moden. Teratur -- mudah untuk dihadam dan dirujuk semula. Gaya bahasa yang tidak berjela-jela dan perbahasan yang bersesuaian dengan pemahaman Nusantara.
Cuma, mungkin yang belum terbiasa, banyak juga istilah arab digunakan. Tapi tak mengapa, wajar untuk kita cari tahu makna istilah-istilah yang digunakan agar maksud tak lari, ye tak? Sesungguhnya, Bahasa Arab itu Bahasa (rasmi) AlQuran. . . Dari penerbit: Naskhah ringkas ini menjelaskan teknik-teknik sebenar untuk mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Ia membantu dalam usaha untuk pemahaman dan pengamalan al-Quran itu sendiri. Seterusnya dapat menghubungkan hati dengan kalam Tuhan dan berinteraksi dengannya. . ---- ● Buy a preloved copy here: https://carousell.app.link/emO6LfBy1Db . ● Beli online di Book Cafe . --- ■ Also, read on:
IG: https://www.instagram.com/p/CylKTfyP_PS/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA== . FB: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02xoTkPy71Wi9HQbutA99EVMXjcCpHPnRvvLVkEDT7ByjT8CdS8M5Fsrv8aNJ5fvaEl&id=100089458867376&mibextid=Nif5oz
1 note · View note