Video
tumblr
Piloting the drone. Short time briefing on how to operate. Piloting drone to take picture of site progress.
0 notes
Photo
Experience teaches you a precious lesson. Into the 30s you will tend to keep looking forward and forget the past. Look for something to improve your life before you are aged. Its time to leave current job and let go all the burden that bulging from time to time, waiting to explode.
1 note
·
View note
Photo
Happy Eid Mubarak. Baju Melayu 2017 = 2020
0 notes
Photo
Baju pinjam padini jap. Nak interview akreditasi CIDB
0 notes
Photo
0 notes
Text
Umrah 2018 - #06 : Hari2 di Madinah Part 2
Naik bas untuk Ziarah Luaran Madinah
Perkuburan Baqi
Masjid Quba
Pasar Kurma
0 notes
Text
Umrah 2018 - #05 : Hari2 di Madinah Part 1
1st time sampai Masjid Nabawi. Dalam pukul 1am.
Masjid Nabawi
Mutawwif den. Tgh beri taklimat untuk masuk ke Raudhah.
Suasana masuk ke Raudhah.
1 note
·
View note
Text
Umrah 2018 - #03 : Selamat Beramal!
Jadi itu sahaja tips persediaan bagi mereka yg nk mengerjakan umrah. Bagi mereka yg akan ke sana, den doakan selamat pergi dan balik semoga mendapat umrah yg mabrur. Segala amalan ibadah di sana moga2 diterima dan mendapat ganjaran pahala drp Allah swt. Amin...
Ni den share sikit gambar2 semasa nak berlepas:
1 note
·
View note
Text
Umrah 2018 - #02 : Edisi Bonus
Ni rekemen untuk pemakaian seharian apabila berada di sana.
Den beli baju parka yg nipis drp Uniqlo. Baju ni sesuai dipakai dan xpanas.
Sepanjang berada di sana, den pakai baju T-shirt collar di dalam dan luar pakai parka. Sebabnya boleh tahan kulit drp sunburn. Bagi mereka yg rasa was2 bersentuhan dengan wanita terutamanya bila bersesak2, pakaian ni sesuai sebab lengan panjang. Tapi di sana jika bersentuhan dgn wanita, wuduk tidak batal selagi sentuhan kita tu tidak menimbulkan syahwat.
Selain perkara di atas, parka ni ada inside pocket dan side zip pocket. Jadi kita boleh simpan barang2 kecil atau buku nota. Inside pocket boleh diletakkan wang kerana lebih selamat drp pickpocket Insyallah.
Dari segi kebersihan, di sana agak bersih dan Insyallah terpelihara drp najis2. Jadi parka ni sesuai dipakai. Baju yg dipakai di dalam juga bebas drp kotoran (melainkan peluh). Walaupun panas, kita sukar berpeluh, berbeza dgn keadaan di Malaysia. Parka ni senang di basuh dan cepat kering. Dekat sana den basuh sekali jah tu pn sebab kena kuah ayam masak merah haha...
Parka ni pakai untuk hari biasa2 saja. Jgn pakai masa buat umrah pula nanti. Kalau dah pergi kursus umrah dan baca buku nota umrah tu, mesti tahu kenapa xboleh pakai parka ni masa mengerjakan ibadah umrah.
Nasihat: Walaupun berada di tanah suci, kita dinasihatkan berhati2 kerana akan ada juga org yg mengambil kesempatan/melakukan kecurian. Dinasihatkan tidak menunjukkn wang kepada org ramai dan jika boleh, bawa nilai yg sedikit bagi mengelakkn kecurian/kehilangan.
0 notes
Text
Umrah 2018 - #02 : Persediaan Jasmani & Rohani
Selepas pendaftaran, sedikit kajian dibuat terutamanya persediaan barang2 keperluan dan atur cara semasa berada di sana.
Aktiviti perjalanan/Aturcara
Atur cara seperti gambar di bawah 👇.
Pergi ke Madinah dahulu. Kemudian baru ke Mekkah. Ada juga pakej yg turun di Mekkah dulu.
Kursus Umrah
Bagi 1st timer, kiranya wajib untuk pergi kerana masa kursus ni macam2 ilmu boleh didapati drp ustaz/ustazah atau penceramah. Mereka akan memberi penerangan berkenaan proses perjalanan, hukum-hakam, amalan2, adab2 dan pantang larang semasa mengerjakan umrah. Den pergi 2 kali di Masjid Besi Putrajaya. Siapa2 boleh datang dan dibuka untuk semua. Boleh semak di laman web THTS tentang jadual kursus ini. Selalunya dibuat setiap hari Sabtu pukul 8am.
Keperluan Peribadi/Asas
Yg terpenting ni sebab kita akan berada di sana selama 11-12 hari (ikut pakej yg kita ambil). Den pn ada buat kajian dekat internet. Dan ini adalah barangan yg dibawa berdasarkan kajian:
Pakaian dalam - sebanyak yg boleh 😅
Baju T-shirt collar - 4 pasang
Baju biasa - 2 pasang
Baju melayu (baju shj) - 2 pasang
Kurta - 1 pasang
Pocketable Parka (uniqlo) - 1 pasang
Seluar track/sukan - 2 pasang
Seluar jeans - 3 pasang
Kain pelikat - 2 pasang
Sanitary (sabun, berus & ubat gigi, tuala mandi, shaver).
Gunting (berguna untuk tahallul)
Ketip kuku
Perubatan (ubt batuk, selsema, strepsils, minyak angin, yoko-yoko).
Perfume (den pakai dexandra)
Selipar - 1 pasang
Stokin - 1 pasang
Kopiah - 1 jah
Tuala kecil - 1 jah
Keperluan Umrah (Umrah Gear)
Ihram (wajib) - 2 pasang
Tali pinggang ihram (optional) - 1 unit
Botol spray kecil (optional) - 1 unit
Buku nota umrah (pemberian agensi) - untuk refer amalan2 doa semasa umrah
Senarai diatas adalah barang yg den bawa untuk mengerjakan umrah. Tetapi setelah berada di sana selama 11 hari, berikut adalah rekemen den barang yg perlu dibawa sekiranya anda adalah lelaki bujang yg gayanya bersahaja 😂:
Pakaian dalam - 12 pasang
Poketable Parka - 1 pasang (ini sngt berguna)
Baju T-shirt collar - 8 pasang (lebih pn xpe)
Baju biasa - 2 pasang (utk tidur/jalan2 di kawasan penginapan)
Baju melayu - 1 pasang (boleh dipakai waktu mlm shj untuk ke masjid)
Seluar jeans - 4 pasang
Seluar track/sukan - 2 pasang (utk tidur/jalan2 di kawasan penginapan)
Sanitary (seperti list di atas)
Kain pelikat - 1 pasang (den pakai kat dlm hotel jah)
Gunting
Ketip kuku
Perubatan (seperti list di atas)
Alat pelembab (lip balm/vaselin). Ini disyorkan sebab den dekat sana kulit pedih dekat bibir dan hidung kerana cuaca yg sngt kering. Tapi sana ada dijual juga.
Stokin - 1 pasang (den xpakai pn tapi stendby je)
Kopiah
Tuala kecil
Selipar yg xtutup jari kaki dan buku lali/tumit - 1 pasang
Keperluan umrah seperti list di atas
Terpulang ikut kemahuan barang yg perlu dibawa. Dinasihatkan bawa sedikit yg boleh sebab nanti nak balik kurang barang, boleh muatkan barang2 yg kita dah beli dekat sana. Disebabkan den han solo, terhad juga barang yg den boleh bawa balik.
Selain itu, ada yg terpenting lagi iaitu wang perbelanjaan. Disebabkan den nak pergi untuk buat ibadah, den hanya fokus tukar wang untuk perbelanjaan dan beli barang2 yg perlu shj. Tukar RM1000 kepada Saudi Riyal (SR) sudah memadai.
Boleh tukar di Malaysia atau dekat sana (Madinah/Mekah). Xperlu kira mana yg murah/mahal. Den rekemen tukar RM500 di Malaysia dulu dan RM500 di sana. Kalau tukar RM1000 di Malaysia, sini xde duit kecil. Makanya dapat SR500 dua helai. Nanti sana susah nak beli barang kalau duit besar2. Den tukar kat Malaysia RM1000. Dekat sana kena pergi money changer tukar duit kecil semula. Tu pn susah nak cari kedai yg terima untuk tukar.
Kalau duduk area Putrajaya sini, boleh tukar dekat iOi Putrajaya. Situ agak murah tukaran nilai wang SR.
(Nota kaki: masa den tukar tu, nilai jualan adalah 105.00)
Kadar wang mereka sama saja macam Malaysia. Kalau beli air botol tu, harga dia SR2 kiranya macam RM2 kita. Sana barang murah sebab dorg xde GST kah kah. Mungkin ada SST kot. Dgr kata sana pn nk laksanakan hukum GST juga (kenyataan ini tiada unsur2 politik. Hanya seloroh semata2. Sekian).
(sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/01/bn-saudi-uae-laksana-cukai-seperti-gst-untuk-perkasa-ekonomi/)
Suntikan
Suntikan ni wajib diambil bagi jemaah haji/umrah kerana requirement drp kerajaan Arab sana. Lupa pula nama sunyikan ni tapi kalau oergi ke klinik cuma inform hendak ambil suntikan pergi haji/umrah. Nanti lepas suntik dapat kad kesihatan dan simpan kad tu. Bawa juga semasa nak ke sana. Suntikan ni juga boleh didapati di tempat kursus umrah dekat Masjid Besi Putrajaya.
Jadi, sudah bersedia untuk bertolak ke sana? Belum lagi. Seeloknya tambahkan ilmu kita dlm ibadah umrah ni. Yg terpenting baca buku nota yg agen kasi tu. Den ada beli buku ilmiah sedikit dan membuat ulang kaji. Kalau boleh bawa 1 buku kecil yaasin dan tahlil. Dekat sana boleh dibaca sekiranya ada masa lapang. Insyallah.
0 notes
Text
Umrah 2018 - #01 : Permulaan yg Diredhai
Nak share pengalaman mengerjakan umrah bersama Tabung Haji Tavel & Services (THTS).
1st time pergi ni. Sorang pulak tu haha.
Alhamdullilah dibuka hati untuk mengerjakan umrah dan diberi kemudahan sebelum, semasa dan selepas.
Buat survey agensi yg menawarkan pakej umrah. Masa tu memang mencari dalaam bulan Mei. Alhamdullilah dapat tawaran drp THTS, tarikh dibawah ni 👇.
Pergi umrah pada 14/5/18 - 24/5/18.
Bila dah confirm, pergi ke cawangan THTS di Putrajaya. Buat bayaran dan urusan pendaftaran. Taklimat ringkas drp agen dan langkah2 seterusnya yg perlu dibuat.
Lepas tu, kena buat persediaan pula. Ada lagi 2 minggu sebelum tarikh bertolak.
0 notes
Photo
me feeling when want to overtake on the road...
0 notes