Text
sepatutnta bulan puasa makin turun berat, tetapi kerana PKP...
Aduhai...
2 notes
·
View notes
Text
Salah
"Kesalahan pertama adalah pelajaran
Kesalahan kedua boleh dimaafkan
Kesalahan ketiga halalkan hukuman"
0 notes
Text
Perlukah semua rasa digumpal seketul
Lalu dijamah dengan lelah
Kenyang dengan sampah
Kita sering perlekeh yang megah
Walau kita kekal dibawah
Ironi
Kapitalis bukan sekadar di politik
Tetapi hati kemanusiaan itu sendiri
Sedang hati-hati itu yang memberontak
Hati itu juga yang durjana tak kenal budi
-Naluri Naufal-
Memanas sendi
0 notes
Text
Kerana cinta
Biar aku dianggap gila
Terbang dengan sayap illusi
Bertutur dalam bahasa hati
- Wings, Sayap Ilusi-
0 notes
Text
Tampak Pertama
Sepi sepandang pertama
Seperti kali mengalir sunyi
Deru air tak berbunyi
Arusnya ada
Suaranya bisu
Cuma kekadang batu tempik tempias
Menjentik manja di suci kesunyian
Seperti kamu pada awal kelihatan
Penuh isi di hati tanpa tampak emosi
Penuh luka di dada tanpa keluh suara
Sedihnya ada
Keluh sembunyi tanpa rupa
Cuma kekadang setitik air mata
Melaung rindu tanpa makna
Melaung cinta
Yang tak terbalas
N.Naufal
- Ditolak , merupakan alasan kukuh untuk tegak semula-
0 notes
Text
Lajunya nafas itu!
antara degup kocak naik dan turun
nafasnya berlagu berahi
mendendang lagu melepas rindu
menyanyi girang menurut nafsu
antara jari berkunci jari
antara tubuh bersalur kasih
antara hati mengikat janji
antara bibir bertukar kekata cinta
antara mata merenung mata
Seakan percaya tak percaya
Kasih, milik kita berdua
Cinta sukar ditafsir seadanya
Ianya abstrak bebas, tanpa perlu rupa dan alasan untuk bersuara
Kalau hati sudah berkata begitu, siapa kita untuk menolak rasa dan nafsu?
Aduhai kasih
Eratkan lagi genggammu
Kuatkan lagi pelukmu
Dengan pipi bertemu pipi
Bisikkan kata cinta di telinga
Biarpun sejam atau 5 minit
Di saat itu
Sesaat terhenti itu terasa selama-lamanya
"I Love u"
-Naluri Naufal-
- Mengenang Rindu-
0 notes
Text
Bebal hati
Tak terkata rindu
Setelah terbit hati mengadu
Sedang kata diburu cinta dituju
Kau kosong
Tinggal satu ruang penuh bohong
Perih tersia tanpa balasnya
Usai semua tawa sahaja
Diam dan ngiang
Semua kelu dalam sepi memalukan
Katakan cinta
Berapa kali perlu ditolak
Akan baru terasa kecap bahgianya
0 notes
Text
Ketarakah Kekosongan Itu?
Ketarakah kekosongan itu?
Sehingga lumpuh hati mengah bersuara
kau khabarkan satu sinonim
tentang gua dingin lohong beralas salji
sedang hati ku, telah jauh ku kambus segala macam emosi jauh ke sudut terpencil tanpa saksi
dan kau! Masih menegur berani!
Apa ketara sangat kekosongan itu?
Sedangkan kosongnya itu, akibat kau yang membawa lari separuh hatiku pergi...
9 notes
·
View notes
Text
Kau Hantar Gurindam Sedih
Apa benar gurindam diusik
derita gusar berkocak detik
merangkak-rangkak nazak
mencelah di ceruk kesibukan
menikam
mengingatkan diri
Aku manusia biasa
punya hati runsing
dengan alah yang tak bisa digaru
Sayang
ambillah semula gurindam sedihmu
jeliknya ketara membunuh nafsu
Aku cuma manusia biasa dengan cinta dunia enak diburu
3 notes
·
View notes
Text
Di Celah Sergam Malam
Dalam satu nafas padu udara pincang dan tenang kecamuk
bersatu dalam salur rongga tekak berkarat yang uzur
asap rokok bergelumang di jari daki di gigi menguning sepi
senafas sedut selangkah maut
masih berani, masih tak insaf lagi
Secawan kopi panas, kini sejuk digenggam tangan kiri
serdak tak ditapis berat berkeladak di dasar cawan di celah gigi bertambah daki
Posisi bersila dalam aksi di beranda berlantai simen sambil merenung ke dalam malam atau sebenarnya malam yang merenung aku?
seorang lelaki sunyi
sebatang rokok di jari
secawan kopi sejuk di sisi
duduk termenung seorang diri
meluah rasa hati
dicurah menjadi puisi ini
-Naluri Naufal-
- Bersalam dengan malam-
3 notes
·
View notes
Text
Puisi tak lengkap
Kelabu, kelam yang samar sama seperti hatinya kusam tanpa sinar seperti senyum palsunya gembira sekadar di muka sekadar topeng wajah menafikan rasa yang timbul memendam segala cinta
Di jelingnya jelas ada cemburu, ada mahu berdamping dengannya jika mampu sayang, hajatnya gagal sebelum dilepas hasratnya hancur sebelum ikthiar indah terkubur dalam pandang merestui Moga kau bahagia bersama dia
Kini, hatinya takkan lengkap sama seperti puisi ini
2 notes
·
View notes
Text
Peri
Tentang nasib, hati dan isi tertawa mencari sesuatu untuk ditangisi dan lantas berbisik angin kembung “Selaju mana jantung berdegup senada nafas bisumu, takkan fikirmu sendiri (dalam definisimu sendiri) masih tak mengerti?”
Peri
sentap-sentap kecil yang sering kita rasa di ujung dada seperti senak yang mengusik rohani setiap kali lagu sayang didendang dan terlonjak bayangnya dalam kenang
Walau masa berlalu lama kalender berganti kalender bunga mekar dan layu dan bayi kecil yang kini berlari antara semua legasi yang kau tinggal dalam hati ini hadirmu paling kurindui
Aku akukan aku rindu kamu
AL-fatihah
1 note
·
View note
Text
Nafsu Bermadah
Jangan tertunggu pada rindu
jangan terangsang pada sentuh lalu
jangan gersang cumbu syahdu
jangan pulang dengan nafsu membatu
Bebas apa terbuku
katakan terang dan lantang
apa yang kau mahu
semua di titip awan angin lalu
gugur ke bumi keras dan puas
Tinggikan hajatmu
biar bintang dicari bulan kau capai
biar tutup matamu terpadam mentari
biar kau tahu
apa itu berahi puas hati
apa itu berani tak takut mati!
9 notes
·
View notes
Text
Antara yang Terindah
Antara Mimpi dan Realiti antara songsang dan sangsi kita terhentak di benak duniawi Antara Kekata mengulit diri Biar berani! asal tak lari! biar tubuh dimamah durja dunia takkan kentar anak adam dan hawa Antara yang terindah tentu sekali bukan mimpi tetapi realiti biar pahit atau manis itu bukti kau pernah berdiri
0 notes
Text
Antara jiwa adanya jarak
Aku dan kau ada jarak yang tak terukur ada pemisah yang tak akur dengan kehendak kita selaku dua insan sedang bercinta aku pendam rindu pada sentuh dan suara pada rupa dan rasa namun jarak masih tak terukur Doaku harap agar kekata lebih lantang bergema agar cinta lebih jelas dijelma kalau mekar biarlah harumnya lebih dari tajam durinya
3 notes
·
View notes
Text
Rindu Semalam
Rindu semalam
adalah kenangan silam
pautan kisah saling bertaut
tentang kekata
tentang puisi
tentang hati yang hampir mati
0 notes
Photo
yeap, gonna go to sleep now, goodnite
Do it now. Sometimes “later” becomes ‘never’
1K notes
·
View notes