rossegolde
rossegolde
Pelangi Selepas Hujan
362 posts
kerana hati juga kadang bicara, hanya tulisan bisa fahami, kerana lisannya tidak segagah tulisannya
Don't wanna be here? Send us removal request.
rossegolde · 5 years ago
Text
TENTANG RINDU
sungguh kau rindu.
tapi rindu itu milik ALLAH.
sungguh kau rindu.
tapi , kau sedar rindu itu bukan milikmu.
sungguh kau rindu.
tapi sayang, hanya kau.
belum tentu dia.
ajarkan hatimu, jika rindu berdoalah pada pemiliknya. mohon agar dia hantarkn.
ya tuhan. sungguh.
aku rindu salah seorang hambaMu.
rosegolde | gombak | 18june | adahatiyangrindu
6 notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
TETAPLAH KE LANGIT
tetaplah berdoa biar sampai ke langit.
ke tuhan pencipta mu.
jangan duduk dalam selesa kerana takdir milik ALLAH.
jangan berhenti berdoa kerana hati manusia itu berbolak balik.
jangan kau sangka tenang tiada hujan.
ternyata kau lupa Allah Maha Kuasa.
jangan berhenti berdoa wahai hati yang penuh pengharapan.
kerana jalan takdir kau dengan dia masih belum jelas.
rossegolde | sj28may | hati yang alpa.
0 notes
rossegolde · 5 years ago
Text
Mungkin ketika aku belajar menjadi Zulaikha yang ikhlas meninggalkan Nabi Yusuf hanya untuk lebih mengejar cinta-Mu, semoga saat itu pula Engkau gerakkan hatinya untuk membalas perasaanku.
Atau jika tidak dia, tak mengapa. Aku harap ada seseorang yang Engkau hadirkan untukku, bukan seseorang yang hanya mengetuk pintu lalu pergi, namun dia yang mengetuk, menetap dan tak akan pergi.
Untukmu, nama yang disandingkan denganku di Lauhul Mahfudz, tetaplah menjaga diri sampai saatnya tiba ❤
100 notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
LAMPU LAMPU BANDAR
wahai hati yang rapuh, belajarlah untuk bertahan. perjuangan ini bukan untuk dirinya, tapi kamu. untuk kamu wahai hati yang sedang belajar untuk redha.
seperti lampu lampu bandar yang tetap bertahan menerangi malam yang gelap, sentiasa tegar dalam usahanya, tetap utuh berdiri, bercahaya pabila malam tiba, seperti itu lah mahunya kamu.
tetap tegar tetap usaha, tetap mencuba tetap sedaya upaya untuk belajar redha, belajar bersabar. kamu pasti mampu untuk melakukannya. ingatlah bahawa perjuangan ini untuk diri mu untuk kamu bukan untuk dia.
yang penting adalah kamu. yang belajar dari semua ini adalah kamu. yang merasai susah payah untuk meneruskan perjalanan itu adalah kamu. yang di kemudian harinya menempuh bahagia setelah jatuh adalah kamu. segalanya untuk kamu dan diri kamu di masa depan.
maka. berusaha dan bertahan.
KERANA KAMU ADALAH LAMPULAMPU BANDAR.
rossegolde subangjaya 2.44ptg | hati yang pasrah
0 notes
rossegolde · 5 years ago
Text
RASA YANG TIADA KATA SINONIM
Aneh.
bila semalam tidur mu diselimuti tangisan akan kesan-kesan kenangan, tangisan tentang rindu pada dia yang pernah memenuhi ruang benak, tentang rasa yang masih tersisa, tentang rindu yang tidak pernah hilang juga sayang yang masih utuh, betapa kau mohon pada pemilik hati, hilangkan seketul rasa kesedihan yang masih ada di sudut hati, yang penuh dengan semua rasa-rasa tentang kenangan, tentang dia.
dan hari ini. kosong. rasa itu hilang. sedetik cuma.
wahai pemilik hati, yang maha kuasa, maha mendengar,maha memakbulkan doa, terima kasih untuk hadiah terindah ini.
rosegolde | hati yang terubat | 5.4.2020
0 notes
rossegolde · 5 years ago
Text
DI SATU RUANG HATI
seiring waktu berputar,
masih ada rindu yang berbaki,
masih ada sayang yang bersisa,
terpaku padat di satu ruang dalam hati.
yang menanggung rasa,
berat tidak tertanggung,
jatuh mengalir jadi air mata,
lalu dititip bersama doa,
biar terbang naik ke langit,
moga allah mendengar.
rosegolde | subangjaya | hati yang redha
4.4.2020
0 notes
rossegolde · 5 years ago
Text
Do not try to run away from trials & tribulations, but endure them with patience.
They cannot be avoided, & there is nothing for it but to endure them with patience.
How can you expect the whole of this world, & all that has been created therein, to undergo change and transformation just to suit your convenience?
229 notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
“Once you lose someone it is never exactly the same person who comes back.”
— Sharon Olds (via quotemadness)
7K notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Photo
Tumblr media
4K notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
“Kadang, Kita perlu ruang. Ruang untuk memberi peluang. Pada hati. Untuk beri penjelasannya sendiri.”
460 notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
“Bukannya aku tidak mau kamu kembali, cuma aku tidak bisa terluka lagi, tidak bisa tersakiti lagi.”
137 notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
semoga aku kau dia dan semua bertemu jodohnya
“Kahwin kerana jodoh. Bukan kerana cinta, bukan jua kerana sayang. Satu hari nanti cinta akan hilang, sayang akan pudar. Jodoh Allah SWT yang tentukan. Mohon dariNya pada jodoh yang ditentukan ada rahmat dan ketenangan agar bahagia hingga syurga.”
125 notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
JANGAN BIAR HATI BICARA
Terkadang ada ketika hati keliru.
rindu menyapa.
kenangan menerpa.
katanya kenangan bisa dilupa tapi tidak perasaan.
tertanya aku..adakah kau punya perasaan?
Ah.
Bila hati di biar bicara.
keliru selamanya kerana dalam hatinya sayang masih ada rindu sentiasa.
hakikatnya bagi kau?
ah.
wahai hati. berhentilah berharap. lupakan.
kerana.
HANYA ALLAH YG PEGANG HATI KITA.
usah mengejar yang bukan hak.
rosegolde | subangjaya | hati yang keliru | 26mac
0 notes
rossegolde · 5 years ago
Photo
Tumblr media
1K notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
“Senyum lah, walaupun dengan air mata berlinang. Moga diberi kekuatan bagi jiwa yang sedang lemah.”
215 notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
“Untuk rasa sedih atas kehilangan tu lumrah, kan? Untuk rasa keliru dengan apa yang dah jadi tu pun lumrah, kan? Untuk rasa yang segala benda macam tak make sense sangat, tu pun kira lumrah, kan? Rasa kehilangan tu bukannnya boleh hilang dalam masa sehari dua. Setahun dua pun belum pasti. Tempoh untuk rasa tu hilang dalam jangka masa seumur hayat pun tak boleh nak dijanji.”
60 notes · View notes
rossegolde · 5 years ago
Text
“Mungkin saja ALLAH masih suka melihatmu menadahkan kedua tangan untuk berdo’a ketika engkau meminta sesuatu yang sampai kini belum juga terkabulkan. Atau mungkin saja ALLAH sudah mengabulkan do’a itu dengan ganti yang lebih baik namun kita sendiri yang tak menyadarinya.”
420 notes · View notes