Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
Post-Mortem
Masalah yang kami hadapi sepanjang projek santai kopi ialah kami tidak menyediakan bahan mentah yang mencukupi seperti serbuk kopi, susu, ais dan gula kerana sokongan kuat daripada pelanggan. Hal ini menyebabkan kami terpaksa memberhentikan tempahan sementara. Selain itu, kami hanya mempunyai satu blender yang menyebabkan kami tidak sempat menyiapkan minuman dalam masa tertentu. Hal ini demikian kerana satu blender hanya mampu menyediakan dua minuman dalam satu masa. Hal ini menyebabkan banyak pelanggan terpaksa beratur menunggu lama.
Bagi menyelesaikan masalah ini, kami terpaksa membeli bahan yang tidak mencukupi dari K Shop, kafeteria kolej kediaman. Akan tetapi, bahan yang dibeli di kolej kediaman dengan mahal harganya meningkatkan bajet projek ini. Seterusnya,ramai pelanggan yang beratur tidak dapat menunggu lama, kami membuat keputusan untuk membuat penghantaran ke bilik.
Cadangan bagi projek ini ialah kami perlu membuat kaji selidik minuman yang digemari oleh pelanggan terlebih dahulu supaya dapat membuat anggaran bahan mentah yang diperlukan. Selain itu, kami juga perlu menyediakan lebih banyak blender bagi memenuhi permintaan yang terlalu banyak dan mengelakkan pelanggan menunggu lama.
0 notes
Text
Tibanya Waktu KEMUNCAK jualan PROJEK SANTAI KOPI !
Projek Santai Kopi ini dianggar mula dari pukul 6.30 pm . Kami semua berkumpul untuk “briefing” pada pukul 5.55pm.Selepas bersedia dengan semua, “sticky notes”, “quotes” yang memberi makna positif, bahan-bahan yang diperlukan untuk membancuh frappucino, kami semua pun bermula. Kami telah berjaya menjual frappucino pertama pada pukul 6.45pm! Ini memberi impak positif kepada kami semua.Tempahan kami bertambah ramai tetapi pelanggan terpaksa menunggu kerana kami hanya mempunyai sebuah “blender” sahaja. Oleh itu, kami bermula dengan hantaran ke bilik. Kami juga membuat “live update” di Facebook dalam group “ Voices of UKM KL”. Ini telah membantu dalam mempromosi minuman kami.Kami berhenti menerima tempahan pada pukul 8pm kerana mendapat tempahan yang terlalu banyak. Namun, kami terus membuat minuman . Projek ini tamat pada pukul 10.30 pm. Selepas itu, kita berkemas bersama-sama dan turut mengira keuntungan bersama-sama.
0 notes
Text
Penyediaan Hari Jualan, Projek Santai Kopi.
Kami menganggar projek santai kopi ini akan bermula pada pukul 6.30 pm. Oleh itu, kami berkumpul untuk menyediakan bahan, mendekorasi gerai jualan dan membahagikan tugas. Tugasan yang dibahagikan termasuk menerima tempahan, menerima wang, menulis nama pada cawan plastik, membancuh minuman, memberi “quotes”, menulis dan memberi “sticky notes”, membuat “topping”, menyusun bahan-bahan.
0 notes
Text
Publisiti GEGARKAN penghuni KTSN**
Kami membuat hebahan mengenai jualan kopi ini kepada penghuni Kolej Tun Syed Nasir di media sosial iaitu di Facebook Voices Of UKMKL. Kami mengaplikasikan teknik-teknik publisiti yang efektif seperti penggunaan ayat promosi yang menarik dan memuatnaik poster menu yang direka sendiri sebagai bahan visual. Proses promosi berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kami berjaya menarik perhatian ramai orang kepada projek jualan ini.
0 notes
Text
Tester- INISIATIF kami!
Kami juga telah membuat ‘tester’ dengan mengedarkan minuman kopi kami ini di setiap bilik di satu aras. Hal ini adalah dengan tujuan sebagai strategi awal pemasaran kami untuk memastikan kopi kami menepati cita rasa orang ramai dan juga untuk menarik perhatian mereka kepada projek santai kopi ini. Hasil daripada ‘tester’ kopi caramel frappucino dan mocha frappucino, kami bejaya menarik perhatian orang ramai untuk membeli dan menghadirkan diri semasa projek santai kopi ini dijalankan.
0 notes
Text
Belanjawan peralatan dan Bahan-bahan jualan.
Bahan-bahan yang digunakan semasa hari jualan telah dibeli semasa 2/5/2016. Duit yang telah digunakan bagi membeli bahan dan peralatan tersebut hasil kutipan bagi setiap ahli kumpulan.
0 notes
Text
KEBENARAN JUALAN DI TEPI DTSN :)
Kami telah mendapat kebenaran untuk menjual di tepi DTSN (Dewan Tun Syed Nasir) daripada Majlis Ehwal Pelajar(MEP), Cik Syahirah Bt Mohd Ariffudin. Kami mula jualan pada hari Khamis bertarikh 4/5/2016.
0 notes
Text
PROJEK SANTAI KEDAI KOPI
1.0 PENGENALAN
1.1 Projek Santai Kopi merupakan suatu hasil cetusan idea Kumpulan Aqua dalam melaksanakan tugasan Kursus Pembangunan Diri 2 sesi 2015/2016 di bawah tema “We Care, We Share”.
1.2 Projek ini secara amnya merupakan suatu bentuk servis jualan minuman-minuman berasaskan kopi. Aspirasi utama projek ini adalah untuk membolehkan para pelajar di Kolej Tun Syed Nasir untuk menikmati minuman berasaskan kopi yang setaraf kafe-kafe ternama dengan harga yang jauh lebih murah dengan mudah. Selain mengadakan jualan, terdapat juga pengagihan penanda buku yang mengandungi kata-kata motivasi kepada para pelanggan dan aktiviti menulis nota layang. Kami juga mendapat kolaborasi daripada Projek Bu-Kool yang merupakan inisiatif beberapa pelajar Kolej Tun Syed Nasir untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar.
1.3 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang jualan berlangsung adalah untuk mewujudkan suasana santai dalam menyebarkan nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Para pelajar di Kolej Tun Syed Nasir tidak mendapat akses yang mudah kepada minuman berasaskan kopi seperti yang terdapat di kafe-kafe ternama.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menjual minuman berasaskan kopi setanding dengan kedai-kedai kopi ternama dengan harga yang jauh lebih murah di KTSN.
3.2 Mewujudkan suasana santai buat para pelajar untuk membaca sambil menikmati minuman yang dijual.
3.3 Mendidik para pelajar untuk membina semangat positif dalam diri dan menyebarkan kepada orang sekeliling.
3.4 Mengasah kemahiran insaniah dalam kalangan ahli kumpulan.
4.0 METODOLOGI
4.1 Kami menjalankan pemerhatian dan mengenalpasti beberapa minuman yang digemari majoriti pelajar. Rentetan itu, kami merangka senarai minuman yang akan dijual.
Nama Harga
Caramel Frappucino RM5.00
Mocha Frappucino RM5.00
4.2 Jualan dijangka akan dilakukan pada 5 Mei 2016
Kronologi jualan adalah seperti berikut:
5.30 petang-6.00 petang : Penyediaan tempat jualan
6.00 petang-9.30 malam : Tempoh jualan dilangsungkan
9.30 malam- 10.00 malam: Berkemas
4.3 Melakukan hebahan melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram serta merangka poster digital.
5.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Bil Perkara Kuantiti Harga (RM) Jumlah
1 Serbuk Kopi I (250g) 1 unit RM 9.90 RM 9.90
2 Serbuk Kopi II (250g) 1 unit RM 10.90 RM 10.90
3 Delfi Chocolate Syrup 2 unit RM 10.50 RM 21.00
4 Susu Segar (2L) 2 unit RM 14.15 RM 28.40
5 Susu Dutch Lady (250ml) 6 unit RM 1.80 RM 10.80
6 Caramel syrup 2 unit RM 16.85 RM33.70
7 Cawan dan penutup cawan (22oz) 100 unit RM 25.00 RM 25.00
8 Tisu 1 unit RM 2.00 RM 2.00
9 Whipped Cream 3 unit RM 12.60 RM 37.80
10 Straw 1 unit RM 3.00 RM 3.00
11 Ais 1 unit RM3.00 RM 3.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 186.40
6.0 LITERATUR
Apakah rasionalisasi Projek Santai Kopi memfokuskan kopi sebagai subjek fokus projek ini kepada komuniti KTSN?
1)Komuniti KTSN yang majoritinya merupakan pelajar memerlukan kopi bagi meningkatkan kemampuan kognitif.Hal ini dikatakan kafein didalam kopi membantu mengelak pembentukan plak beta-amyloid dalam otak sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik dan seterusnya penyakit seperti Alzheimer dan dementia dapat dielakkan.
2)Aktiviti pelajar KTSN yang bermula seawal pagi dan berakhir pada tengah malam telah memberi kesan kekurangan tenaga yang maksimum pada tubuh mereka.Maka,dengan meminum kopi dapat membantu mereka memulihkan tenaga bagi melakukan aktiviti seterusnya meningkatkan daya penumpuan terhadap sesuatu kerana mengandungi stimulan yang bernama kafein.
3)Tugasan kerja yang menimbun dapat memberi kesan yang negatif kepada psikologi para pelajar.Ia membuatkan mereka menjadi lebih tertekan dan tidak berminat untuk menyiapkan tugasan secara sempurna.Dengan secawan kopi ia membantu meningkatkan daya mental para pelajar dan seterusnya menyiapkan tugasan dengan lebih teratur dan sempurna.
Apakah kepentingan mempraktis penyebaran aura positif dalam kehidupan?
1)Dapat meningkatkan semangat para pelajar yang berada dalam kemurungan atau stress yang melampau akibat tugasan dan aktiviti yang tidak berkesudahan.
2)Penyebaran aura positif ini juga secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan silaturahim antara para pelajar.Kata-kata yang baik dan sekuntum senyuman mampu membina ikatan persahabatan yang lebih erat.
3)Penyebaran aura positif ini juga adalah bertujuan untuk membinamasyarakat yang penyayang seterusnya bertimbang rasa terhadap satu sama lain.
7.0 PENUTUP
Diharapkan Projek Santai Kopi ini dapat dijalankan seperti yang telah dirancang dan mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan. Kami juga berharap agar projek ini membolehkan kami untuk mengaplikasikan pengetahuan yang kami perajari daripada kursus Pembangunan Diri 1 pada semester yang lepas.
0 notes
Photo
Projek Santai Kopi merupakan suatu hasil cetusan idea Kumpulan Aqua dalam melaksanakan tugasan Kursus Pembangunan Diri 2 sesi 2015/2016 di bawah tema “We Care, We Share”
0 notes