pengemiscahaya
Pelajar Kehidupan
19 posts
manifestasi rasa dari jiwa
Don't wanna be here? Send us removal request.
pengemiscahaya · 4 years ago
Text
sebab dah terlalu kerap sangat orang melalak buat bising tengah malam bawak ke pagi buta, sampaikan aku yang dah lama bengang dalam hati ni tapi takda niat apa-apa pun nak tengking ke apa. dah lali dengan orang yang takda common sense ni. bengang takat dalam hati ja la. "alah bisa tegal biasa" orang tua-tua kata.
by the way, tahukah anda; alah dalam peribahasa tu maknanya kalah atau tewas. tegal dalam peribahasa tu pulak bermaksud kerana. tegal = kerana.
2 notes · View notes
pengemiscahaya · 4 years ago
Text
di jalanan, dia melangkah
derap demi derap
berpapasan di kiri kanannya kawan dan lawan
masing-masing dengan gelak tawa dan tangis resah sendiri
bergerak menyongsong arah
makin jauh bersama suasana yang masih riuh
sedang dia masih terus berjalan ke hadapan
bersama irama selari suasana
juga riuh...masih riuh
sesekali berhenti menoleh ke belakang
sesekali juga berhenti menghayati kanan kiri
demi mencari secebis erti
demi mendapatkan sebatang topang
agar terus kekal maju ke hadapan
merungkai simpulan takdir
sejarah demi sejarah yang bakal ditempuh
menuju suatu titik
dan menamat suatu henti.
-
ps: baru-baru ni aku ada tengok cerita little women (2019) adaptasi dari novel little women karya Louisa May Alcott. so, lepas ja aku tengok cerita tu, terus rasa nak menulis something. hasilnya, itulah yang kat atas tu. tapi, yang aku tulis ni bukan pasal cerita tu pun. saja ja tiba-tiba rasa nak menulis. tulis pi laaa.
Tumblr media Tumblr media
1 note · View note
pengemiscahaya · 5 years ago
Text
dalam dimensi hidup seorang insan
jalanan hidup ini tersangat lah rawak
terlalu jelasnya realiti jalanan yang rawak ini
sampaikan kaburnya hakikat susunan yang telah sempurna
terkedu aku dalam menanggapi kesempurnaan ini
moga tak tertipu aku dalam setiap peringkat kekeliruan
"allahumma arina alhaqqa haqqan warzuqna ittiba'ah. wa arina albaatila baatilan warzuqna ijtinaabah."
perjelaskanlah pandangan ku dalam melihat mu
wahai pemilik segala pandangan.
[ sebaik2cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 5 years ago
Text
tuhan...
dalam kekesatan dinding dan rongga-rongga
dalam ketertutupan pintu dan jendela
masih aku akui ada sekecil-kecil harap yang menyelinap
impian-impian lama yang tak dibaja
lemah aku mengendali diri sendiri
tenggelam aku dalam hasutan dan nafsu selautan
marah aku pada diriku sendiri
kecewa aku pada diriku sendiri
jika masih layak aku meminta dan menagih
dalam kesenduan dan bolak balik hati
peganglah jiwa ini
jangan biarkan aku lepas pada diri sendiri
lemah aku dalam mengendali diri
pandanglah aku
uruskanlah diriku
sentuhlah hatiku semula
aku merayu
aku merayu.
[ sebaik2cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 8 years ago
Text
a moment of illumination
kadang-kadang dia tersenyum
menyembunyi gundah menyata indah
bukan kerana apa-apa
hanya kerana sedar
they're enough with theirs
tak perlu ditambah apa-apa masalah
dan dia masih tetap tersenyum
seolah gundah tak pernah singgah
hanya kerana rasa berpunya...merasa dipunya
seolah menyedari ada nya di sisi
dan itu...dah lebih cukup dari indah ツ
[ Sebaik2Cahaya © ]
4 notes · View notes
pengemiscahaya · 8 years ago
Text
Cemburu si anak muda
cemburu
mereka dijemput kekasih hati
sedang diri diikat tali alasan sendiri
dipaut risau dijerat galau
terbeban hati memikir diri
hajat tak sampai disimpan sendiri
dapatkah ketemu penenang jiwa
andai sabar jadi pengikat masa?
oh seksanya cemburu!
bagai diguris hati dengan sembilu
dibelenggu penantian yang tak ketahuan
menunggu waktu jemputan
menjalin kasih dengan si kekasih idaman
moga diberi kekuatan buat bertahan
mohon percepat wahai kekasih...
dan maafkan aku yang tak sabar menunggu.
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 9 years ago
Text
K E S E M P U R N A A N
Bagaimana mungkin timbulnya kecacatan pada manusia
Sedangkan Dia menciptakan manusia sebagai ‘Sebaik-baik Kejadian’
Mana pula letaknya mereka yang buta mata nya bisu mulut nya tuli telinga nya
Di mana ‘Sebaik-baik Kejadian’ Nya ?
Ketahuilah hai Insan yang tenang
Manusia yang sempurna raga nya menganggap yang kurang itu kecacatan bukan kesempurnaan
Kerna kecacatan itu ketidaksempurnaan dan ketidaksempurnaan itu satu perbezaan
Sedangkan kau sendiri mampu menanggapi diri mu sebagai satu kesempurnaan dalam hal keadaan mu sendiri
Hanya kau yang mampu menerima diri mu sendiri
Terimalah seadaNya
Jika pun kau tak mampu
Cukuplah kau tahu
Hanya Dia lah Pemilik segala kesempurnaan
Diberikan kau buta mata sedangkan kau ada penglihatan hati
Diberikan kau bisu mulut sedangkan kau mudah berkata dengan Nya
Kau mampu membaca ayat-ayat Nya di dunia
Diberikan kau tuli telinga sedangkan kau mampu mendengar suara hati hambaNya yang lain
Bergembiralah dengan segala apa kesempurnaan mu
Bergembira dengan takdir Nya
Kerna Dia bergembira dengan siapa yang gembira denganNya !
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 9 years ago
Text
Layakkah aku Terima Cinta Mu ?
aku yang kadang pandang enteng kesukaan mu,
berbuat sesuka ku apa yang menjadi kebencian mu,
lalu layakkah aku untuk mu?
banyak dari yang kau pesan aku dengar tapi...
seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri,
terkapai-kapai aku mencari tinggalan mu,
yang kadang jumpa kadang tak,
yang terang benderang menyuluh jalan,
tapi mungkin kerna buta mata ku,
ditambah lagi buta hati ku,
hingga ku berpura bagai tak nampak,
yang ku guna sebagai penyuluh sepanjang jalan,
malah aku sendiri yang buangkan,
lalu mana buktinya kau aku cintai?
aku yang ingin kau cintai?
maafkan aku,
yang dapat aku usaha agar kebersamaan kita kekal,
hanya ingin ku kepada mu,
yang kadang tenggelam suram,
tapi tetap ada,
cinta ku yang kadang tak selari dengan perbuatan ku,
tapi tetap hati ini akui wujudnya cinta itu,
dan tujuan kita yang selalu sama,
menuju ke rasa cinta yang satu,
bersatu menuju yang satu,
cinta ku yang tenggelam dalam terangnya cintamu,
dan tenggelam lemas dalam cintanya kekasih mu,
kekasih mu tetap kekasih ku jua,
moga dapat dilestarikan cinta ini,
bersama aku, kamu dan Dia.
Huuu~
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 9 years ago
Text
Resah Pendosa Yang Alpa
aku yang gelisah...
mengapa asyik bermuram durja...
sepertinya ada yang tidak kena...
rasa terkongkong...
hidup terkurung...
hati kosong...
kerna hilangnya ibadah? bukan.
kerna hilangnya kekhusyukan? mungkin.
tapi bukan itu penyebabnya...
tiadalah jawapannya pada diriku...
tapi mungkin akulah jawapannya...
masih keliru...
ya Allah, berilah aku jalan keluar untuk mencari ketenangan...
mencapai ketenangan bersama denganMU...
aku terfikir ya Allah...
ingin keluar bersendirian...
mempelajari hikmahMu...
lewat alam yang menzahirkan kesan wujudMu...
tunjuki ya Allah...
rasa itu...
rasa merasaiMu...
tunjukkan aku...
yang aku tiada...
biar aku dengan cintaku...
lebur dalam cintaMu...
kenalkan aku...
pada Muhammad pesuruhMu...
biar Muhammad yang mengenalkan aku padaMu...
moga Engkau ingin denganku ya Allah...
hambaMu yang seribu satu dosa maksiat...
penuh melekat di tubuh...
ditanggung penuh di bahu...
yang beratnya tak dirasa...
tapi sentiasa selesa...
Allahu...
ampun.
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 9 years ago
Text
K E H I D U P A N...ku
hidupku hanya untuk menikmati hari ini.
bukan untuk menyesali hari yang berlalu...
dan bukan untuk meresahi hari yang mendatang...
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 9 years ago
Text
"KATA HATI YANG HAMPIR MATI"
tika suruhan syariat merayu supaya diperbuat,
kau angkuh memandang enteng,
dek kerana engkau tahu sedikit tentang hakikat,
engkau anggap tuhan hanya pandang pada hati dan dalaman,
tidak sesekali pada luaran,
engkau tahu bergantung pada asbab menjadikan seseorang syirik,
tapi kau tutup matamu, engkau tutup telingamu,
walau engkau juga tahu sesiapa yang meninggalkan asbab serupa meninggalkan sunnah,
mengapa wahai diri,
mengapa kau ingin tuhan mengikut segala keinginanmu,
apa kau sangka tuhan dicipta dari dirimu,
sedangkan kau lebih tahu bahawa engkau hanyalah tanda wujudnya dia,
tidak sesekali akan mampu mempengaruhinya,
dia berbuat apa sahaja sesukanya,
tanpa sedikit pun terkait dengan dirimu,
engkau hanyalah boneka yang tidak bermaya,
tidak berkuasa, tidak berkehendak, tidak berilmu, tidak mendengar, tidak melihat, tidak berkata-kata,
bahkan tidak sesekali hidup!
semua atas belas kasihnya dia,
sifat rahman dan rahimnya dia,
barulah engkau ada di dunia,
dicipta dari tanah yang gersang dan tandus,
maka mengapa engkau masih mahu berlagak sombong,
mendongak dada setinggi langit???
-15.06.15:16.27-
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 10 years ago
Text
Tolong aku ye...Allah.
Jiwa gelora nafsu membara...
mari mana?
tanda iman lemah di hati atau setan bawak senjata api?
hmmm...takpe lah,
aku pon manusia biasa...ada rasa...pernah rasa...dn selalu je rasa,
dan nafsu memang sentiasa ada,
duduk bersarang dalam diri...dalam hati,
so, nak buat macam mane?
aku rase...
slow2 cari punca, jalan dan penyelesaiannya,
tak laju takpe...janji ada usaha,
dn ni la apa yang aku rasa...sebab tu aku mintak,
Tolong aku ye...Allah.
[ Sebaik2Cahaya © ]
1 note · View note
pengemiscahaya · 10 years ago
Text
“Si Gila Dan Kapal Miliknya“
Kapal bukan sebarang kapal
Kapal berlayar merentas lautan
Lautan bukan sebarang lautan
Lautan takdir menuju pilihan
Pilihan bukan sebarang pilihan
Pilihan yang gelap ataupun terang
Terang bukan sebarang terang
Terang yang nyata tiada samar
Samar bukan sebarang samar
Samar yang buat semua sesat
Sesat bukan sebarang sesat
Sesat yang terjadi di dalam terang
Terang bukan sebarang terang
Terang yang buat mata berpinar
Berpinar bukan sebarang berpinar
Berpinar penyebab hilangnya selamat
Selamat bukan sebarang selamat
Selamat bila dipandu nahkoda
Nahkoda bukan sebarang nahkoda
Nahkoda yang diberi nama qalbu
Qalbu bukan sebarang qalbu
Qalbu yang memerintah seisi kapal
Kapal bukan sebarang kapal
Kapal diri juga semua isi
Isi bukan sebarang isi
Isi yang zahir dan juga batin
Batin bukan sebarang batin
Batin yang banyak mewakili diri
Diri bukan sebarang diri
Diri yang diusul menjadi rahsia
Rahsia bukan sebarang rahsia
Rahsia yang ditanggung kita semua
Semua bukan sebarang semua
Semua yang sedar hakikatnya sesuatu
Sesuatu bukan sebarang sesuatu
Sesuatu yang dilihat kepada satu
Satu bukan sebarang satu
Satu yang asal meliputi semua
Semua bukan sebarang semua
Semua yang dipandang kacamata cinta
Cinta bukan sebarang cinta
Cinta yang dimilik ahlinya sahaja
Sahaja bukan sebarang sahaja
Sahaja aku berhenti sampai di sini~
Sini bukan sebarang sini
Sini yang tak ketahuan adakah faham?
Faham bukan sebarang faham
Faham yang hakikatnya hanya miliknya....
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 10 years ago
Text
“Asalkan dapat ku menundukkan...amukan gelora jiwa yang menagih kasih” - M Nasir
Lautan itu...
Kedalamannya tak tersentuh dasar
Keluasannya tak ketemu sisi
Dalamnya menyimpan seribu khazanah dan ketenangan
Walau permukaannya gelora tak henti
Permata berharga sedia menanti
Di dasar lautan menunggu si penyelam
Yang kenal hakikat nilai dan kualiti buruannya.
Dan aku...
Ingin sekali menjadi penyelam itu
Mencari-cari permata asli buat diri
Merasai nikmat ketenangan yang hakiki
Kedamaian yang sejati
Sehingga tenggelam dalam rindu
Yang asyik bertamu walau dalam khayal dan mimpi.
Namun aku...
Realitinya tidak begitu
Berenang pun tidak pandai
Apalagi menyelam ke lautan dalam
Hanya mampu bermain di persisiran
Takut hanyut tenggelam dibuai pekatnya gelap lautan
Jangankan seribu ketenangan
Setitik pun belum tentu lagi
Yang mampu aku kecapi
Hanya cemburu
Mendengar indahnya khabar si penyelam.
Sekurang-kurangnya...
aku ada impian
Setidaknya aku sedar dan mampu cemburu
Sambil menanti masa ku sendiri
Biarkan aku
Biarlah!
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 10 years ago
Text
Pergi masjid nak cari ketenangan, Tapi Allah pun aku selalu lupa. haihh.
Hari tu aku berjalan gi masjid.
waktu maghrib pukul 7.15 petang, ambik masa 10-12 minit nak sampai.
jalan kaki sorang-sorang je.
tengok kat langit, nampak bulan yang terang benderang hampir sempurna bulatnya.
well, 12 jamadil awal kan.
dan terfikir, bulan tu nampak macam sentiasa ikut gerak aku dari blok sampai masjid.
sweet je, macam setia pulak menemani diri, hehe.
tapi.
tetibe rasa nak kutuk diri pulak lepas tu.
pasal ape?
yang confirm2 ada dan sentiasa mengawasi diri tak nak pulak fikir, tak nak pulak teruja.
tak pernah pulak nak nampak sweetnya, setianya.
haih.
penuh betul hati aku ni.
penuh dengan KELALAIAN.
"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui” (Q.S. Al-Baqarah 115)
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 10 years ago
Photo
Tumblr media
" Look through the eyes of bird "
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes
pengemiscahaya · 10 years ago
Text
Cerdik dalam Kebodohan
aku terfikir.
kadang berbaloi jugak jadi bodoh/gila/buang tabiat.
kalau imbalannya aku boleh dapatkan sebutir permata yang sangat berharga.
tapi itu pun kalau permata tu aku pandai dapatkan.
[ Sebaik2Cahaya © ]
0 notes