Public Gold Active Authorized Dealer for Malaysia, Indonesia & Singapore ๐ฒ๐พ๐ฎ๐ฉ๐ธ๐ฌ #PGG100Network
Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
TIGA TEMPAT MELABUR
Kita selalu tertanya-tanya, apa tempat yang paling best untuk melabur kan? Sudah tentulah pelbagai tempat kita boleh melabur. Untuk memudahkan ringkasan, saya pecahkan kepada tiga (3):
1) Melabur di dalam ilmu
Ini adalah cabang pelaburan yang terbaik. Dengan adanya ilmu dapat memberi, kita dapat memastikan pemilikan pulangan yang infiniti. Dengan adanya ilmu boleh mencipta kekayaan dan mengembangkan kekayaan. Harta boleh habis tanpa ilmu. Tetapi dengan ilmu, wang seringgit boleh menjadi berganda ringgit.
2) Melabur dalam perniagaan sendiri
Orang ingin menjadi kaya akan mencari peluang membina perniagaannya sendiri. Ini kerana perniagaan sendiri adalah jalan terpantas membina kekayaan duit dan mendapat financial freedom. Carilah perniagaan yang betul-betul anda paling banyak ilmu tentangnya untuk melabur di dalamnya. Nak mudah? Jadi je dealer Public Gold dalam team saya. Perniagaan dapat! Emas pun dapat!
3) Melabur dalam asset
Aset adalah apa-apa saja instrument yang meningkat harganya pada masa hadapan seperti emas, perak, hartanah, saham, ASB, Tabung haji, Unit Trust dan lain-lain. Setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri. Kalau nak melabur dan untung besar tapi tak nak tanggung risiko, itu adalah tidak logik. Oh ya! Jangan bimbang. Nak melabur dalam cabang emas, saya sebagai dealer aktif PG akan membimbing anda supaya dapat memastikan anda jauh daripada risiko yang besar di dalam cabang emas.
Sebagai tambahan, untuk menabung di cabang emas pastikan berada di dalam circle yang betul, Bacalah 10 buku tentang pelaburan yang ingin diceburi sebelum melabur dalam mana-mana platform.
Begitulah...
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://wasap.my/60108450419/ilmuEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
0 notes
Text
NAK JADI PENYIMPAN EMAS BERJAYA?
Untuk menjadi pelabur yang berjaya ada beberapa tindakan perlu dititikberatkan. Tindakan yang pertama adalah menjadi seorang pelabur yang berilmu. Bacalah minima sepuluh buah buku kewangan untuk mencari kesuaian pengalaman pelabur dalam menabung yang kena dengan jiwa kita.
Kedua adalah menabunglah sedikit demi sedikit untuk menambahkan simpanan dari semasa ke semasa. Elak melakukan pelaburan jumlah yang besar sebelum membuat apa-apa rujukan. Mulakan dengan modal yang sedikit terlebih dahulu untuk mencari corak pelaburan ini. Bagi simpanan emas di akaun GAP, untuk melihat hasilnya kita cuma perlu kekal memastikan gram bertambah dari bulan ke bulan.
Konsisten adalah kunci utama dalam menjadikan pelabur seorang yang sangat berjaya. Walaupun dengan pelaburan yang kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi besar. Sikit-sikit lama kelamaan menjadi bukit.
Jadilah seperti kura-kura walaupun lambat tetap mencapai matlamatnya berbanding dengan arnab laju tetapi terkandas di tengah jalan. Nak menabung emas Public Gold? Tak susah punโฆ Yang penting adalah mulakan Langkah pertama.
Begitulahโฆ
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi kami di https://wasap.my/60108450419/ilmuEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
0 notes
Text
Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan? Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas, tanpa asas ilmu emas. Ini amatlah merugikan. Apabila sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa. Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya. Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:
1. Harga per gram lebih mahal
Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan 999. Ini adalah biasa kerana adanya kos upah design emas perhiasan itu sendiri.
2. Kadar spread sangat tinggi
Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25 hingga 40% berbanding emas pelaburan 999 kurang dari 10%.
3. Kos upah yang dimanipulasi
Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya , lagi mahal kos upah yang dikenakan. Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakal jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini. Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang mahal.
4. Semakan harga sangat lambat
Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik! Tetapi jika harga emas turun, biasanya kedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.
Solusinya? Anda boleh mula menabung emas pelaburan 999 yang memiliki spread tiga kali lebih rendah, malah ada jaminan belian balik bagi emas jenama Public Gold. Pastikan pilih jenama yang diakui kukuh di dalam pasaran ya.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://wasap.my/60108450419/ilmuEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
0 notes
Text
STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS
Pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh memberikan kita keuntung segera. Namun, secara puratanya, kenaikan emas tahunan adalah sekitar 10% hingga 11% bergantung kepada pergerakan sebenar harga emas.
Dalam urusan simpanan, ada tiga strategi paling asas jana keuntungan dengan emas.
1) Beli dan Simpan (Gold Saver)
Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas secara amnya sekitar 3 tahun.
Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ah Rahnu. Sementara dapat keuntungan perniagaan, segera tebus emas bagi menjimatkan kos upah simpan.
2) Beli, Jual, Beli, Jual (Gold Investor)
Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisi Teknikal Harga Emas.
3) Berniaga Emas (Gold Dealer)
Strategi ini paling senang bagi yang ada modal dan serius mahu membina kerjaya. Jadi ejen syarikat emas. Kemudian beri kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan bimbing mereka tentang pelaburan emas yang betul. Setiap orang yang membeli melalui kita, syarikat emas akan bayar insentif sebagai komisyen atau margin jualan.
Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji , kita akan dapat dividen setiap hujung tahun. Melabur dalam simpanan emas , tidak ada dividen namun keuntungannya adalah pada waktu kita selamatkan kekayaan kita melalui emas.
Konflik terjadi sebab kita tidak tahu dimanakah posisi kita sebenarnya dalam pelaburan emas. Golongan pelabur minset fokus kepada kenaikan RM bukannya gram emas. Fokus sebenar kita ialah keuntungan yang dapat dijana dengan peningkatan harga emas berbanding modal yang kita keluarkan itu.
Golongan pelabur membeli emas pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi. Untuk mengenalpasti harga ini, perlu hadiri kelas Analis Teknikal Harga Emas . Didalam kelas ini, kita diajar membaca dan menganalisis graf pergerakan harga emas dunia berdasarkan perkembangan ekonomi dunia pada satu satu masa.
Tanpa ilmu ini, pelabur akan keliru bilakah sepatutnya membeli emas dan bila sepatutnya menjual emas? Pelabur emas bukan hendak simpan emas tetapi kita hanya mahu buat duit dengan nauk turun harga emas.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://wasap.my/60108450419/ilmuEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
0 notes
Text
AKAUN GAP (Gold Accumulation Program)
Gais, tahu tak apa tu akaun GAP? Bukan nama serangga atau bukit bukau tau!
GAP adalah Gold Accumulation Program dimana boleh menabung sedikit demi sedikit serendah RM100. GAP adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan kita menabung secara sedikit demi sedikit mengikut bajet serendah RM100. Bahasa mudahnya? GAP adalah akaun simpanan emas.
Konsepnya lebih kurang sama dengan akaun bank. Bank merekod dan menyimpan digit wang, manakala akaun GAP merekod dan menyimpan gram emas setiap kali kita menabung emas. Menabunglah banyak mana pun dan penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti jongkong dan dinar. Best ke best?
Jom! Kita tengok kelebihan memiliki akaun emas GAP :
โข Membolehkan penyimpan menabung emas serendah RM100
โข Penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti dinar dan jongkong emas
โข Akaun GAP dah lama dah disahkan patuh Syariah
โข Transaksi GAP 24 jam, 365 hari macam KFC!
โข Menabung di GAP adalah tanpa caj simpanan
โข Tiada SST bagi emas simpanan di GAP
โข Jual beli dan ar-rahnu boleh dilakukan secara online
โข Mudah cepat dan jimat kos
โข Penyimpan dapat beli harga on the spot
Jelas? Semudah ABC kan? Sangat berbaloi menyimpan di akaun GAP. Kalau kita tak menabung untuk diri sendiri, tak kan nak tunggu orang lain buatkan ye tak?
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://wasap.my/60108450419/ilmuEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
0 notes
Text
PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH KE?
โPublic Gold ada sijil patuh Syariah tak ?โ
โ Risaulah, tak patuh Syariah masuk neraka nantiโ
Ini yang selalu kita dengar mengenai pelaburan emas. Sebelum menyimpan di mana-mana platform sila pastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah oleh mana-mana syarikat syariah yang telah diiktiraf. Sebagai umat islam kepatuhan Syariah sangat penting dalam kehidupan. Islam sangat menitik beratkan kepatuhan Syariah dalam apa-apa pelaburan yang ingin diceburi. Kita mahu membawa hart akita ke akhirat juga bukan?
Syarikat Public Gold telah sekian lama menerima pemberian sijil patuh syariah ini oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar iaitu Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Berikut adalah perjalanan dan perjuangan Public Gold (PG) dalam usaha memastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah.
1. 16 Januari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).
2. 8 Februari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.
3. 11 November 2017 : PG mendapat pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.
Makaโฆ Donโt worry, keep saving ya! Tak perlu risau dan perlu ragu-ragu lagi. Sebagai lampiran, saya share gambar sijil patuh syariah Public Gold ya!
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://wasap.my/60108450419/ilmuEmas
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
0 notes
Text
Hi Uolls,
Secara rasminya kami nak umumkan bahawa saya telah bergelar Authorised Dealer di sebuah syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, Public Gold. Kami merupakan dealer aktif di bawah dalam rangkaian G100 Network. Sebagai dealer aktif, kami mahu konsisten menyebarkan manfaat ilmu emas dan kewangan kepada semua golongan masyarakat.
Dari sudut pengalaman kami berguru dengan ramai mentor di dalam G100 Network dan keluarga kami memiliki ratusan ribu penyimpan emas diseluruh Malaysia dari pelbagai latar.
Emas dapat membantu mereka menyelesaikan masalah kewangan, antaranya:
1. Kerja bertahun-tahun tapi masih tiada wang simpanan yang cukup.
2. Penyelesai masalah wang simpanan sentiasa bocor dan mengurangkan masalah boros berbelanja.
3. Simpan duit nak naik haji bertahun-tahun tapi masih tak cukup, dengan emas segalanya tidak mustahil
Jangan risauโฆ Bimbingan kami adalah PERCUMA. Anda tidak perlu membayar satu sen pun kepada saya kerana syarikat Public Gold yang memberi royalti (insentif) kepada saya.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di https://wasap.my/60108450419/ilmuEmas
โSave Gold Today, It Will Save You Tomorrowโ
Yang sentiasa memberi manfaat,
Maryam & Md Rasydan ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ ๐๐จ๐ฅ๐ ๐๐๐ญ๐ข๏ฟฝ๏ฟฝ๐ ๐๐ฎ๐ญ๐ก๐จ๐ซ๐ข๐ณ๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ซ
www.publicgoldofficial.weebly.com (ENG)
www.maryam-publicgold.weebly.com (BM)
Bagi teman, kerabat, dan kenalan dari Indonesia, silakan kunjungi website Public Gold Bahasa Indonesia saya di www.publicgoldindonesia.com/maryamrahman/
1 note
ยท
View note