limaumandarinkl
Limau Mandarin
256 posts
Limau Mandarin adalah laman web informasi mengenai Bahasa Mandarin dan ChinaPinterestOfficial Site
Don't wanna be here? Send us removal request.
limaumandarinkl · 5 years ago
Text
Coronavirus: Ini Yang Anda Perlu Tahu
Wabak Coronavirus merupakan salah satu wabak yang lebih teruk berbanding SARS menurut KMM.
Artikel ini ditulis untuk anda lebih tahu mengenainya.
Tiap maklumat dalam artikel ini merujuk kepada sumber yang sahih dan dipercayai melaporkan tentang Coronavirus ini.
Tumblr media
Bandar Wuhan
Kami pecahkan artikel ini kepada bahagian-bahagian yang mudah untuk difahami anda.
Jika anda mencari maklumat yang khusus, kami sediakan kotak kandungan khas untuk anda jump ke bahagian yang anda ingin baca.
Kandungan
Amaran
Garis Masa Coronavirus
Mengenali Coronavirus
Simptom Coronavirus
Adakah 2019-nCoV Berjangkit?
Punca Coronavirus
Pasar Makanan Laut Huanan
Langkah Berjaga-jaga
Makanan
Sentuhan
Travel
Adakah Parcel dari China Selamat?
Berita Palsu
KKM & Coronavirus
Kesan Coronavirus ke atas Ekonomi
#PrayForChina
Amaran
Ingin kami ingatkan anda, tiada toleransi kepada mereka yang menyebarkan berita palsu termasuklah teori konspirasi yang berbentuk fiksyen.
Kami sedaya upaya membawakan artikel ini menurut sumber yang sahih dan dipercayai.
Sekiranya artikel kami mempunyai kesalahan, sila hubungi kami melalui email di: [email protected]
Garis Masa Coronavirus
Di bawah adalah garis masa yang kami susun dan akan kemaskini mengikut laporan terbaru.
31 Dis 2019
Kes Dilaporkan
China melaporkan beberapa kes pneumonia di Wuhan
31 Dis 2019
01 Jan 2020
Pasar Huanan Ditutup
Kerajaan China tutup Pasar Huanan iaitu ground zero 2019-nCoV
01 Jan 2020
07 Jan 2020
Coronavirus Baru
China mengumumkan virus ini adalah novel Coronavirus
07 Jan 2020
11 Jan 2020
Kematian Pertama
Warga emas berusia 61 tahun mati, dijangkiti virus dari Pasar Huanan
11 Jan 2020
13 – 16 Jan 2020
Thailand & Jepun
Thailand & Jepun melaporkan kes
13 – 16 Jan 2020
20 – 23 Jan 2020
Negara Lain
Kes dilaporkan di Korea Selatan, Hong Kong, USA & Singapura
20 – 23 Jan 2020
23 Jan 2020
Wuhan
Bandar Wuhan ditutup dan diletakkan di bawah status kuarantin
23 Jan 2020
24 Jan 2020
Malaysia
Kes pertama dilaporkan di Malaysia, Vietnam, Nepal dan Perancis
24 Jan 2020
24 – 31 Jan 2020
Kes Pertama
Kes pertama banyak dilaporkan di negara-negara lain
24 – 31 Jan 2020
30 Jan 2020
Kecemasan Global
WHO isytihar kecemasan global
30 Jan 2020
06 Feb 2020
Jumlah Kes
24,324 kes dan 563 kematian dilaporkan di China
06 Feb 2020
07 Feb 2020
Doktor Li Wen Liang
Doktor Li Wen Liang meninggal dunia
07 Feb 2020
10 Feb 2020
Jumlah Kes
40,171 kes dan 908 kematian dilaporkan
10 Feb 2020
Mengenali Coronavirus
Coronavirus merupakan keluarga virus besar yang menyebabkan sakit biasa hingga sakit yang serius.
Terdapat 2 Coronavirus atau CoV yang sebelum ini sedang dan pernah dihadapi oleh dunia iaitu:
Middle East Respiratory Syndrom (MERS-CoV)
Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS-CoV)
Coronavirus yang sedang melanda dunia hari ini adalah novel Coronavirus yang mana novel itu bermaksud baru.
Iaitu ia adalah strain virus baru yang tidak pernah dikenalpasti oleh kita.
CoV bersifat zoonotic, iaitu boleh berjangkit antara binatang dan manusia.
youtube
Menurut siasatan, SARS-CoV adalah virus yang berjangkit daripada kucing civet kepada manusia manakala MERS-CoV adalah virus yang berjangkit dari unta kepada manusia.
Terdapat beberapa CoV yang merebak dalam kalangan binatang yang belum berjangkit kepada manusia.
Dan buat masa sekarang, CoV yang sedang melanda dunia dipanggil 2019-nCoV.
Masih banyak lagi maklumat mengenai coronavirus ini tidak diketahui dan sedang dikaji.
Simptom Coronavirus
Sama seperti penyakit pernafasan dan CoV lain, jangkitan 2019-nCoV mempunyai simptom biasa seperti hidung tersumbat, sakit tekak, batuk dan demam.
Ia boleh menjadi lebih serius yang menyebabkan pneumonia atau bahasa mudahnya kesukaran bernafas.
Dan ia boleh menyebabkan kematian.
Tumblr media
Warga emas dan sesiapa yang pernah mempunyai penyakit seperti diabetis dan lain-lain dilihat lebih terdedah untuk sakit teruk dengan virus ini.
Untuk diagnosis 2019-nCoV adalah melalui PCR.
Adakah 2019-nCoV Berjangkit?
Ya dan ia boleh berjangkit daripada pesakit 2019-nCoV.
Punca Coronavirus
Sehingga hari ini, punca binatang yang menyebarkan 2019-nCoV masih belum dikenalpasti.
Cuma hipotesis dibuat oleh WHO adalah kebarangkalian besar, puncanya adalah dari pasar binatang liar di China iaitu di Wuhan.
Di bawah adalah liputan mengenai pasar tersebut.
Pasar Makanan Laut Huanan
Nama Wuhan yang merupakan salah satu wilayah di China kini dikenali di serata dunia kerana menjadi tempat pertama penyebaran coronavirus. 
Beberapa wartawan yang menemu ramah pakar kesihatan dari Hospital Zhong Nanshan melaporkan bahawa virus ini kemungkinan dari haiwan liar dan ia mempunyai hubungan dengan aktiviti penjualan daging haiwan liar di Huanan Seafood Market , Wuhan.
Tumblr media
Pasar Huanan ditutup
Menurut pakar, ia boleh jadi berasal dari haiwan seperti tikus, ular, kelawar atau sejenis dengannya.
Huanan Seafood Market telah beroperasi selama lebih dari 15 tahun dan pada mulanya terdapat hanya lebih kurang 400 gerai, kemudian ia semakin berkembang dari tahun ke tahun.
Kawasan pasar ini sudah mencapai 50,000 meter persegi iaitu bersamaan dengan tujuh padang bola sepak.
Bilangan kedai telah meningkat kepada lebih daripada 1000 buah kedai dan menjadikan ia sebagai pasar borong hidupan laut terbesar di tengah China.
Wuhan adalah sebuah bandar yang terletak di bahagian tengah China dan sedikit jauh dari laut, oleh sebab itu makanan laut di Wuhan sangat terhad.
Tumblr media
Pemeriksaaan Pasar Huanan
Bos ataupun di China kita sebut è€æż (lǎo bǎn) bagi Huanan Seafood Market ini mendapat banyak keuntungan dengan memanfaatkan peluang daripada kesukaran masyarakat tempatan mendapatkan bekalan makanan laut di Wuhan.
Mengikut pandangan mata kasar, pasar ini kebanyakan menjual makanan laut serta daging lembu dan daging kambing.
Tetapi di satu sudut pasar ini, terdapat banyak aktiviti penjualan daging haiwan liar seperti ular, kelawar, koala, anjing dan lain-lain lagi.
Photo from Douban of a menu at #Wuhan Huanan Seafood Market. Don't know when it was taken, but they sell all kinds of wild animals incl. live wolf pups & palm civets. 2nd photo taken after outbreak discovered shows this storefront (3rd left) covering word “野 (wild)” in its name. pic.twitter.com/HiQlzX4XBX
— Muyi Xiao (@muyixiao) January 21, 2020
Untuk pengetahuan, Huanan Seafood Market ini terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Wuhan Hankou.
Hanya memakan masa beberapa minit jika berjalan kaki,dan sudah tentu sangat mudah untuk orang luar datang dan membeli.
Tetapi pada masa yang sama, ini juga menyebabkan virus ini lebih cepat tersebar.
Keadaan pasar yang kotor juga meningkatkan risiko penyebaran penyakit.
Di pasar ini, segala jenis haiwan yang tidak kita terfikir juga ada, dari 6000 yuan rusa hidup, 5 yuan seekor lipan hingga 500 yuan seekor bagi burung merak dan musang. 
Kini, Huanan Seafood Market ini sudah ditutup dan jualan binatang liar diharamkan di China.
Langkah Berjaga-jaga
Adalah penting dalam kita dilanda wabak ini, kita lindungi diri sendiri dan keluarga kita.
Cuma elakkan daripada panik kerana panik boleh membawa bencana lain.
Tumblr media
Jadi, apakah langkah-langkah berjaga-jaga?
Kuncinya adalah jaga kebersihan.
Makanan
Apabila ke pasar, elakkan daripada menyentuh binatang hidup
Elakkan daripada memakan daging mentah atau tidak masak
Pastikan hasil binatang seperti daging, susu dan organ diminum/dimakan bersih
Sentuhan
Sentiasa basuh tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer
Jarakkan diri anda dengan orang lain sekurangnya 1-3 meter terutama mereka yang batuk, selsema atau demam
Kurangkan sentuh mata, hidung dan mulut anda untuk mengelakkan kotoran dari tangan
Elakkan ke tempat yang ramai orang melainkan jika perlu
Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin
Travel
Elakkan ke China sekarang
Pastikan anda memakai topeng muka jika keluar ke tempat yang sibuk
Berhati-hati sekiranya berada di lapangan terbang, stesen bas dan hub pengangkutan yang sibuk
Adakah Parcel dari China Selamat?
Menurut WHO, ia selamat.
Sebarang parcel dari China tidak boleh menyebabkan jangkitan coronavirus.
Ini kerana virus ini tidak boleh hidup lama di atas permukaan objek.
Berita Palsu
Sejak kes di Wuhan dilaporkan Disember 2019, banyak berita-berita palsu di-viral-kan.
Ada yang viral kerana kepentingan politik.
Ada yang viral kerana tidak mengesahkannya terlebih dahulu.
Malah, ada yang viral kerana mahu jumlah share dan like yang tinggi.
Tumblr media
Ini membawa panik kepada kita semua dan ada risiko untuk bertindak dengan tidak rasional.
KKM & PDRM bekerjasama dalam membanteras berita palsu.
Sekiranya anda disabitkan kesalahan menyebarkannya, anda boleh didakwa.
Jadi berhati-hati dalam menyampaikan maklumat.
Pastikan ia sahih dan tunggulah sumber berita sahih menyampaikannya.
KKM & Coronavirus
Jadikan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sumber utama anda mengenai Coronavirus.
Mereka adalah pakar dalam negara yang bertungkus lumus memantau kes 2019-nCOV ini.
Follow twitter KKM untuk berita pantas daripada mereka.
Feb 10, 2020 – Information for 18 cases of #2019nCoV in Malaysia as 5pm today. Out of 18 cases, six are Malaysians and the rest are from China (including 3 cases have been cured & discharged). Malaysians are advised to go to health facilities ASAP if show any symptoms pic.twitter.com/R4i6nFSwDh
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 10, 2020
Kesan Coronavirus ke atas Ekonomi
Seperti yang kita tahu, ekonomi China adalah ekonomi kedua terbesar dunia.
Dan China juga merupakan pengeluar produk-produk dari berhaga rendah hingga berharga tinggi.
Dengan berhentinya operasi kebanyakan kilang dan syarikat, sekaligus memberi kesan kepada ekonomi China dan dunia.
Kilang Foxxcon iaitu pengeluar iPhone dilihat masih lagi belum beroperasi.
Dijangkakan pertumbuhan ekonomi China akan menguncup sehingga 6 peratus pada tahun ini.
Lihat bagaimana pasaran saham China menjunam di bawah.
Tumblr media
#PrayForChina
Hashtag untuk China agak sunyi.
Mereka sedang bertungkus lumus melawan virus yang sedang merebak.
Kes di Malaysia sudah mencecah 18 kes.
Pun begitu, ramai juga yang mengutuk China dengan “padan muka”, “ini balasan tuhan dan sebagainya.
Janganlah kita menjadi hakim dunia.
Ketika negara lain dilanda musibah, sama-sama kita doakan moga dipermudah urusan dan diberi pertolongan.
Sama ketika Malaysia dilanda virus nipah.
Bayangkan negara luar mengata Malaysia dan sebagainya.
Jadilah manusia yang punya hati perut dan sensitif dengan isu.
Sama-sama kita jadikan dunia ini lebih baik untuk generasi pada masa akan datang.
Tumblr media
Hospital Huoshenshan
.ugb-38a5c47-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-38a5c47-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-38a5c47-content-wrapper > h1,.ugb-38a5c47-content-wrapper > h2,.ugb-38a5c47-content-wrapper > h3,.ugb-38a5c47-content-wrapper > h4,.ugb-38a5c47-content-wrapper > h5,.ugb-38a5c47-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-38a5c47-content-wrapper > p,.ugb-38a5c47-content-wrapper > ol li,.ugb-38a5c47-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-89ed185-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-89ed185-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-89ed185-content-wrapper > h1,.ugb-89ed185-content-wrapper > h2,.ugb-89ed185-content-wrapper > h3,.ugb-89ed185-content-wrapper > h4,.ugb-89ed185-content-wrapper > h5,.ugb-89ed185-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-89ed185-content-wrapper > p,.ugb-89ed185-content-wrapper > ol li,.ugb-89ed185-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-e116e1b-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-e116e1b-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-e116e1b-content-wrapper > h1,.ugb-e116e1b-content-wrapper > h2,.ugb-e116e1b-content-wrapper > h3,.ugb-e116e1b-content-wrapper > h4,.ugb-e116e1b-content-wrapper > h5,.ugb-e116e1b-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-e116e1b-content-wrapper > p,.ugb-e116e1b-content-wrapper > ol li,.ugb-e116e1b-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-8bec741-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-8bec741-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-8bec741-content-wrapper > h1,.ugb-8bec741-content-wrapper > h2,.ugb-8bec741-content-wrapper > h3,.ugb-8bec741-content-wrapper > h4,.ugb-8bec741-content-wrapper > h5,.ugb-8bec741-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-8bec741-content-wrapper > p,.ugb-8bec741-content-wrapper > ol li,.ugb-8bec741-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-16985c4-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-16985c4-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-16985c4-content-wrapper > h1,.ugb-16985c4-content-wrapper > h2,.ugb-16985c4-content-wrapper > h3,.ugb-16985c4-content-wrapper > h4,.ugb-16985c4-content-wrapper > h5,.ugb-16985c4-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-16985c4-content-wrapper > p,.ugb-16985c4-content-wrapper > ol li,.ugb-16985c4-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-8c0e00a-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-8c0e00a-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-8c0e00a-content-wrapper > h1,.ugb-8c0e00a-content-wrapper > h2,.ugb-8c0e00a-content-wrapper > h3,.ugb-8c0e00a-content-wrapper > h4,.ugb-8c0e00a-content-wrapper > h5,.ugb-8c0e00a-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-8c0e00a-content-wrapper > p,.ugb-8c0e00a-content-wrapper > ol li,.ugb-8c0e00a-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-509ef49-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-509ef49-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-509ef49-content-wrapper > h1,.ugb-509ef49-content-wrapper > h2,.ugb-509ef49-content-wrapper > h3,.ugb-509ef49-content-wrapper > h4,.ugb-509ef49-content-wrapper > h5,.ugb-509ef49-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-509ef49-content-wrapper > p,.ugb-509ef49-content-wrapper > ol li,.ugb-509ef49-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-fb56187-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-fb56187-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-fb56187-content-wrapper > h1,.ugb-fb56187-content-wrapper > h2,.ugb-fb56187-content-wrapper > h3,.ugb-fb56187-content-wrapper > h4,.ugb-fb56187-content-wrapper > h5,.ugb-fb56187-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-fb56187-content-wrapper > p,.ugb-fb56187-content-wrapper > ol li,.ugb-fb56187-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-a61a200-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-a61a200-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-a61a200-content-wrapper > h1,.ugb-a61a200-content-wrapper > h2,.ugb-a61a200-content-wrapper > h3,.ugb-a61a200-content-wrapper > h4,.ugb-a61a200-content-wrapper > h5,.ugb-a61a200-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-a61a200-content-wrapper > p,.ugb-a61a200-content-wrapper > ol li,.ugb-a61a200-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-1e4b660-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-1e4b660-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-1e4b660-content-wrapper > h1,.ugb-1e4b660-content-wrapper > h2,.ugb-1e4b660-content-wrapper > h3,.ugb-1e4b660-content-wrapper > h4,.ugb-1e4b660-content-wrapper > h5,.ugb-1e4b660-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-1e4b660-content-wrapper > p,.ugb-1e4b660-content-wrapper > ol li,.ugb-1e4b660-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}.ugb-15d9379-wrapper.ugb-container__wrapper{background-color:#BF0000 !important}.ugb-15d9379-wrapper.ugb-container__wrapper:before{background-image:linear-gradient(90deg,#BF0000 0%,#171219 100%) !important}.ugb-15d9379-content-wrapper > h1,.ugb-15d9379-content-wrapper > h2,.ugb-15d9379-content-wrapper > h3,.ugb-15d9379-content-wrapper > h4,.ugb-15d9379-content-wrapper > h5,.ugb-15d9379-content-wrapper > h6{color:#ffffff}.ugb-15d9379-content-wrapper > p,.ugb-15d9379-content-wrapper > ol li,.ugb-15d9379-content-wrapper > ul li{color:#ffffff}
The post Coronavirus: Ini Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/coronavirus/
0 notes
limaumandarinkl · 5 years ago
Text
Belajar Bahasa Mandarin Mudah Dan Cepat
Ini merupakan panduan lengkap untuk anda yang mahu belajar Bahasa Mandarin atau Bahasa Cina.
Dalam panduan ini, anda akan belajar apakah asas bahasa Mandarin, cara menguasainya dan boleh dijadikan rujukan setiap hari.
Kami juga akan sentuh aspek-aspek penting seperti kenapa belajar Bahasa Mandarin, sejarah Bahasa Mandarin dan lain-lain lagi.
Jadi, anda boleh klik dalam kotak kandungan di bawah untuk terus ke bahagian yang anda mahu baca.
Kandungan
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Kenapa Belajar Bahasa Mandarin?
Bahasa Mandarin, Kantonis, Hokien dan Lain-lain
Siapa Kami?
Matlamat Belajar Bahasa Mandarin
Mula Belajar Bahasa Mandarin!
Pinyin
Kosa Kata & Frasa
Tatabahasa
Karakter Cina
Memilih Cara Belajar Bahasa Mandarin
Kesimpulan
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Sebelum anda mulakan perjalanan anda belajar bahasa ekonomi ini, jom berkenalan dengannya dulu.
Kami rangkumi persoalan kenapa, siapa, dan di mana penggunaan bahasa ini.
Terdapat juga pecahan kepada Mandarin & Kantonis sebagai pemahaman asas anda.
Kenapa Belajar Bahasa Mandarin?
Bercerita tentang kenapa, teringat saya tentang seorang kawan yang yang bekerja di sebuah syarikat solar di Pulau Pinang.
Beliau memohon kerja tersebut sementara sedang menantikan karier perguruannya sebagai guru Bahasa Cina.
Syarikat tersebut merupakan syarikat China yang beroperasi di Malaysia.
Jadi, permohonan beliau diterima dan beliau merupakan salah seorang Melayu yang berkhidmat di syarikat tersebut, dengan kelebihan berbahasa Mandarin.
Tumblr media
Apa yang menarik adalah, beliau dijemput untuk berada dalam mesyuarat bersama para pengurus dan mesyuarat itu dikendali dalam bahasa Cina.
Kita dapat lihat di situ bagaimana kepercayaan oleh pengurusan syarikat diberikan kepadanya.
Saya sentiasa menggalakkan pelajar saya untuk serius belajar bahasa tambahan kerana hari ini, mempunyai bahasa tambahan sangat membantu sama ada dalam karier mahupun keusahawanan.
Mungkin bahasa Jepun, mungkin bahasa Perancis.
Apa sahaja bahasa tambahan, meningkatkan daya persaingan seseorang.
Pun begitu, ini adalah panduan Bahasa Mandarin, jadi mari kita tengok kenapa kita kena belajar bahasa ini.
Karier
Sepertimana yang kita tahu, hampir kebanyakan syarikat sangat menitikberatkan penguasaan Bahasa Cina dalam syarikat mereka.
Ini kerana banyak syarikat yang berurusan dengan syarikat dari negara China.
i found it in insta story pic.twitter.com/NY5EfbXdi5
— gdebey (@AmrddnNt) December 22, 2019
Ada juga syarikat yang majoriti pekerjanya berbangsa Cina jadi pengurusan syarikat sepenuhnya dijalankan dalam Bahasa Cina.
Jadi, adalah sangat penting untuk kita terutama yang sedang mencari pekerjaan untuk cuba belajar dan menguasai Bahasa Cina.
Bisnes
Tengok di sekeliling anda, semua barang diimport dari China.
Malah iPhone, Samsung dan banyak lagi jenama telefon pintar yang anda sedang pegang sekarang mengandungi komponen yang dibuat di China.
Made in China hari ini bukanlah seperti dulu, mungkin dulu kita lihat MIC ini adalah produk yang tidak berkualiti.
Tumblr media
Tetapi hari ini, produk mereka adalah antara yang berkualiti tinggi, dan kapasiti pengeluaran dari negara China sangat tinggi daripada setiap jenis produk.
Sebagai seseorang yang mungkin menjalankan bisnes import dari China tidak kira melalui Taobao, AliExpress mahupun ke China untuk borong, anda perlu untuk belajar Bahasa Cina.
Secara asasnya, ia boleh membantu anda untuk menjalankan bisnes dengan lebih mudah.
Tumblr media
Sekurangnya apabila berhubungan dalam Wechat, tidaklah seperti ayam dan itik bercakap.
Nak negotiate harga pun jadi lebih senang.
Mungkin dapat lagi murah daripada menggunakan bahasa Inggeris untuk negotiate.
Perpaduan
Dalam Malaysia, rakan masyarakat berbangsa Cina adalah seramai 24.6% daripada rakyat Malaysia.
Kebanyakan daripada mereka boleh berbahasa Mandarin.
Sekiranya kita boleh berbahasa Mandarin, bolehlah kita rapatkan jurang antara kita dan mereka.
Tumblr media
Dalam perbualan seharian kita pun sudah banyak menggunakan kata pinjaman daripada Bahasa Cina.
Salah satu daripadanya adalah æ‰“ćŒ… disebut dǎbāo.
Tiap kali nak bungkus makanan di mamak, kita akan cakap tapau dan ia menjadi salah satu kata pinjaman yang digunakan secara meluas.
Jadi, perpaduan boleh dicapai dengan jambatan bahasa ini.
Travel
Sekiranya anda nak melancong ke China terutama ke Beijing, asas Bahasa Cina boleh membantu anda.
“Mana tandas?”
Ini adalah soalan yang wajib kita tanya orang di China ketika tengah cemas untuk buang air kecil atau air besar. Kan?
Atau mungkin anda nak tanya restoran halal dan lain-lain lagi.
Dengan asas Bahasa Mandarin untuk melancong, ia sangat-sangat membantu.
Tumblr media
HSK
Bagi kami di Limau Mandarin, sekiranya anda betul-betul serius belajar Bahasa Mandarin dan mahukan sijil untuk bahasa ini, kami cadangkan untuk anda ambil HSK.
Apa itu HSK?
HSK atau dalam Mandarin, æ±‰èŻ­æ°Žćčłè€ƒèŻ• (hĂ nyǔ shuǐpĂ­ng kǎoshĂŹ) adalah ujian tahap bahasa Mandarin.
Ia seperti MUET cuma ia adalah sijil kepada tahap bahasa Mandarin anda.
Tumblr media
Terdapat tahap 1 hingga tahap 6.
Tiap tahap mempunyai kesukaran berbeza daripada segi penguasaan kosa kata, karakter dan tatabahasa.
Di bawah adalah jadual jumlah kosa kata dan karakter bagi setiap tahap HSK.
Tahap HSKJumlah Kosa KataJumlah KarakterHSK I150174HSK II300347HSK III600617HSK IV12001064HSK V25001685HSK VI>50002663
Fakta Bahasa Mandarin
Jadi sebelum kita memulakan pembelajaran Bahasa Mandarin, mari kita berkenalan dulu dengan bahasa ini.
Penutur
Tahukah anda ia adalah bahasa yang mempunyai penutur paling ramai kedua selepas Bahasa Inggeris di dunia?
Menurut Ethnologue pada tahun 2019, terdapat 1.117 billion penutur Bahasa Mandarin berbanding penutur Bahasa Inggeris seramai 1.132 billion.
Tumblr media
Bezanya hanyalah sebanyak 15 juta.
Oh, salah seorang daripada penutur Bahasa Mandarin adalah pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg.
Asal Usul
Dari manakah Bahasa Mandarin datang?
Siapakah penutur asal Bahasa Mandarin?
Jadi, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang berasal dari utara China. 
Ia merupakan bahasa rasmi negara Republik Rakyat China atau kita panggil China.
Tumblr media
Warna biru dan titik biru mewakili penutur Bahasa Mandarin
Di China, ia dipanggil æ±‰èŻ­ (HĂ nyǔ) kerana ia membawa maksud bahasa kaum Han, yang merupakan kaum majoriti di sana dan mereka menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa seharian mereka terutama di bahagian Utara China.
Manakala di Malaysia, terma yang digunakan adalah ćŽèŻ­ (HuĂĄyǔ).
Hari ini ia merupakan bahasa rasmi China dan Taiwan.
Bahasa Mandarin juga diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi United Nations.
Ekonomi Dunia
Dijangka pada 2030, China akan mendahului Amerika Syarikat dalam menerajui ekonomi dunia.
Jadi
Bahasa Mandarin akan memainkan peranan penting sebagai bahasa global kerana semua negara akan bekerjasama dengan China dalam bidang ekonomi.
Rujuk gambar di bawah oleh VisualCapitalist untuk jangkaan perkembangan ekonomi pada tahun 2030.
Tumblr media
Belajar Bahasa Mandarin Merangsang IQ!
Ketahuilah bahawa bahasa kajian membuktikan bahawa penutur bahasa Mandarin menggunakan kedua-dua belah bahagian otak, kiri dan kanan sekaligus!
Daripada pemerhatian kami, sebagai rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu, untuk belajar bahasa Mandarin memang memerlukan kudrat kedua-dua belah otak untuk berjalan.
Ketika belajar menulis æ±‰ć­— (hĂ nzĂŹ) kami diajar untuk mengira berapa jumlah strok yang ada dalam sesuatu æ±‰ć­— (hĂ nzĂŹ), ketika belajar sastera, kami diajar untuk menggunakan kreativiti untuk memahami sajak Cina.
Daripada situ kami faham, kami menggunakan kedua-dua belah bahagian otak untuk menghadam bahasa!
Menakjubkan kan?
Bahasa Mandarin, Kantonis, Hokien dan Lain-lain
Adakah Mandarin sama dengan Hokien?
Atau Kantonis sama dengan Mandarin?
Secara asasnya, apa yang sama adalah penggunaan tulisan Cina atau dipanggil æ±‰ć­—.
Penutur Mandarin, Kantonis, Hokien dan lain-lain boleh membaca tulisan Cina tetapi cara bacaan adalah berbeza.
Tumblr media
Maksud sama tetapi sebutan berbeza
Kita ambil contoh perkataan 我 yang bermaksud saya.
Dalam bahasa Mandarin, ia disebut Wǒ.
Manakala dalam Kantonis, ia disebut ngo5.
Jadi adakah Kantonis adalah dialek?
Menurut The Economist, ia bukanlah dialek tetapi bahasa.
“2 orang bercakap tetapi tidak faham satu sama lain bermaksud mereka bertutur bahasa yang berbeza”.
Jika kita pergi lebih mendalam, sebenarnya terdapat beberapa cabang Bahasa Cina.
Di Malaysia, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang diajar di SJK(C) dan hari ini, terdapat beberapa sekolah bukan jenis kebangsaan yang juga mengandungi subjek bahasa Mandarin di sekolah.
Siapa Kami?
Jadi, panduan ini team Limau Mandarin hasilkan dengan sebaik mungkin khas kepada anda yang mahu memulakan perjalanan belajar bahasa ini.
Kami merupakan graduan Beijing dan hari ini kebanyakan daripada kami berkhidmat sebagai tenaga pengajar Bahasa Mandarin di sekolah dan kolej.
Jadi, panduan ini ditulis dengan penuh teliti dan kami harap dapat memenuhi keperluan anda terutama daripada segi asasnya.
Panduan ini juga akan ditambahbaik dari masa ke semasa dengan penyampaian yang relevan.
Matlamat Belajar Bahasa Mandarin
Sebelum kita bermula, satu perkara yang kami tekankan adalah tetapkan matlamat anda dengan jelas.
Kenapa anda nak belajar bahasa ni?
Mungkin kerana nak pergi temuduga kerja tahun depan?
Mungkin kerana nak tukar karier?
Atau mungkin tahun depan nak borong dari China dan buka bisnes?
Walau apa pun matlamat anda, pastikan anda tetapkan 1 matlamat besar dan jelas anda kenapa nak belajar Bahasa Mandarin.
Ini adalah untuk anda terus kekal bersemangat untuk mula belajar hingga boleh menguasainya.
Ayuh, tanpa buang masa lagi jom kita mula!
Mula Belajar Bahasa Mandarin!
Terdapat beberapa komponen penting asas Bahasa Mandarin.
Dalam panduan belajar Bahasa Mandarin ini kami bawakan konsep belajar dengan mudah.
Iaitu dengan memberikan contoh mudah, perbandingan antara bahasa Cina dan bahasa Melayu.
Dengan pengalaman lebih 5 tahun, banyak teknik yang dikongsikan kepada pelajar kami untuk belajar dengan mudah.
Di bawah merupakan senarai yang anda boleh jadikan sebagai panduan.
01
Pinyin
Pinyin adalah kunci kepada sebutan yang mengandungi initial, final & nada
02
Kosa Kata
Kosa kata atau vocab, penting untuk kita bina ayat
03
Tatabahasa
Dengan tatasabahasa anda boleh susun ayat dengan betul
04
Karakter Cina
Karakter Cina adalah tulisan Bahasa Mandarin
Kami sarankan anda untuk baca satu persatu untuk fahamkan asas Bahasa Mandarin sekukuhnya.
Pinyin
Kita mulakan dengan Pinyin.
Apa tu Pinyin?
Pinyin bahasa mudahnya ialah ‘rumi’ kepada tulisan Cina.
Sistem Pinyin adalah sistem yang diasaskan pada tahun 1950-an oleh pakar bahasa China, Zhou Youguang yang digelar sebagai Bapa Pinyin.
Tumblr media
Sumber: WooKong
Pada 1958 ia diterbitkan oleh kerajaan China.
Hari ini, sistem ‘rumi’ atau Pinyin ini memudahkan untuk bukan penutur asli belajar Bahasa Cina.
æ‹ŒéŸł (pÄ«nyÄ«n) jika kita terjemah, æ‹Œ (pÄ«n) bermaksud eja dan 音 (yÄ«n) bermaksud bunyi.
Jadi æ‹ŒéŸł (pÄ«nyÄ«n) bermaksud mengeja bunyi.
Sistem ini adalah sistem untuk mengeja tiap karakter Cina yang ada.
Ia bukanlah sistem yang sama seperti ABC tetapi ia adalah sistem yang wujud untuk mengeja macam mana sebutan kepada tiap perkataan itu dieja.
Dengan adanya Pinyin, sekaligus memudahkan anda untuk mula belajar Bahasa Mandarin tanpa rasa takut dengan karakter Cina.
Dan dengan menguasai Pinyin, anda akan menguasai percakapan dan pendengaran bahasa ini dengan baik.
3 Komponen Pinyin
Terdapat 3 komponen penting dalam Pinyin menjadikannya ejaan yang lengkap.
Sama seperti Bahasa Melayu, ejaan memerlukan konsonan dan vokal untuk dapatkan ejaan yang betul.
Tumblr media
3 Komponen tersebut adalah initial, final dan nada.
Jadi kita akan sentuh 3 komponen ini satu persatu.
Initial
Initial atau dalam bahasa Melayu bermaksud awalan.
Jadi initial adalah komponen yang berada di permulaan Pinyin.
Initial adalah konsonan yang digunakan sebagai sebutan hadapan bagi tiap suku kata dalam Pinyin.
Ada 23 semuanya.
Sama seperti huruf konsonan dalam bahasa Melayu, Initial juga menggunakan konsonan yang sama seperti b c d f dan lain-lain.
Yang beza adalah ada konsonan yang digabung seperti zh, sh dan ch.
Initial tidak boleh standalone seperti final.
Berikut adalah senarai initial yang ada dalam Bahasa Mandarin.
Tumblr media
Final
Final atau dalam bahasa Melayu bermaksud akhiran.
Ia adalah komponen selepas initial dan boleh standalone kerana sendirinya initial ada bunyi sama seperti kita sebut a e i o u.
Sama seperti huruf vokal dalam bahasa Melayu, Final menggunakan vokal yang sama seperti a e i o u dan ada satu tambahan huruf iaitu ĂŒ.
Sama seperti initial, final juga ada huruf vokal yang digabung seperti ao ei uo dan lain-lain.
Berikut adalah senarai final yang ada dalam Bahasa Mandarin.
Tumblr media
Initial & Final
Seperti dinyatakan di atas, initial tidak boleh sendirian manakala final boleh.
Dan tiap initial tidak semestinya boleh bertemu dengan semua final.
Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk senarai initial dan final penuh.
Nada
Kita bergerak ke komponen seterusnya iaitu nada.
Berbeza dengan bahasa Melayu, nada memainkan peranan penting dalam bahasa Mandarin.
Bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris tiada data.
Jadi apakah fungsi nada dalam bahasa ini?
Ia berfungsi untuk membezakan maksud.
Dalam Bahasa Mandarin ada perkataan yang bunyi sebutannya sama tetapi dengan nada yang berbeza, ia membawa maksud yang berbeza.
Tumblr media
Perbezaan ini dapat dibezakan dengan mudah sekiranya kita membaca karakter Cina.
Oleh kerana kita membaca Pinyin, kita perlu peka dengan tanda di atas huruf.
Kita ambil contoh 4 perkataan ini perkataan mā má mǎ mà.
Anda boleh lihat ada 4 tanda yang berbeza.
Tumblr media
Tiap pinyin di atas ada karakter masing-masing dan maksud yang berlainan.
Jadi pastikan anda sebut dengan nada betul untuk elakkan kekeliruan.
Jom kita lihat maksud tiap perkataan yang sebutnya sama dengan nada berbeza di bawah.
KarakterPinyinMaksud抈Mā Ibuéș»MĂĄJeramié©ŹMǎKudaéȘ‚MĂ Maki 搗 Ma Kah/Ke
Menarik kan?
Jadi kalau nak cakap ibu maki kuda, secara mudahnya adalah mā mĂ  mǎ (抈éȘ‚é©Ź) .
Di bawah adalah senarai 4 nada utama yang berada di atas tiap final.
Nada 1
Nada pertama adalah suara tinggi dan mendatar. Tanda nada pertama adalah seperti berikut (ā).
Dan di bawah adalah tanda nada pertama di atas tiap huruf final.
ā ē Ä« ƍ Ć« ǖ
Nada 2
Nada kedua pula adalah nada menaik seperti anda bertanya what? . Tanda nada kedua adalah seperti (ĂĄ).
Dan di bawah adalah tanda nada kedua di atas tiap huruf final.
ĂĄ Ă© Ă­ Ăł Ăș ǘ
Nada 3
Nada ketiga pula adalah nada yang dimulai dari atas, turun semula dan naik kembali.
Seperti anda melihat tanda nada ketiga begitu juga cara sebutannya (ǒ).
Dan di bawah adalah tanda nada ketiga di atas tiap huruf final.
ǎ ě ǐ ǒ ǔ ǚ
Nada 4
Nada keempat adalah nada yang dimulai dari nada tinggi dan turun dengan laju.
Nada ini seperti anda sedang marah.
Ianya juga seperti anda menyebut perkataan go!. Tanda nada keempat adalah (Ăč).
Dan di bawah adalah tanda nada keempat di atas tiap huruf final.
Ă  Ăš ĂŹ ĂČ Ăč ǜ
Nada Neutral
1 lagi nada iaitu nada kelima yang dipanggil nada neutral.
Bacaannya pendek seperti angin lalu.
Seperti bahasa Melayu, tiada tanda pada nada neutral.
a e i o u ĂŒ
Belajar bahasa mandarin memerlukan anda mahir kesemua nada.
Kepentingan Pinyin
Pinyin adalah permulaan kepada anda untuk belajar sebut dan dengar.
Jadi ia adalah kunci kepada lisan anda.
Untuk permulaan, ketepikan dahulu karakter Cina.
Ambil masa sekurangnya 1-2 bulan untuk menguasai Pinyin, selitkan bersama kosa kata dan frasa asas Bahasa Mandarin.
Kosa Kata & Frasa
Dalam anda sedang belajar Pinyin, kosa kata dan frasa datang sekali.
Ini kerana tiap Pinyin adalah 1 karakter Cina.
Dan tiap karakter Cina membawa maksud.
Kita ambil contoh gabungan inital w dan o. Nada pilihan adalah nada ketiga.
Pinyin wƏ, manakala karakternya adalah 我 membawa maksud saya.
Jadi dengan semudah itu, anda sudah belajar 1 perkataan baru!
Pernah dengar wƏ ài nĭ?
Mesti pernah kan?
Jadi kita tengok tiap 1 perkataan, apakah maksudnya.
KarakterPinyinMaksud我wƏSaya爱ài Cinta䜠nÄ­Awak
Pendek saja kan?
Kalau nak dibandingkan dengan bahasa Melayu, kita akan sebut saya cinta awak, 6 suku kata diperlukan untuk sampaikan cinta.
Dengan bahasa Mandarin, anda hanya perlukan 3 suku kata saja untuk ucapkan cinta anda pada kekasih anda!
Ok, jadi bagaimana nak belajar kosa kata dan frasa dalam bahasa Mandarin?
Kami sangat sarankan anda untuk pilih 1 tema mudah dan mulakan daripada situ.
Antara tema yang disarankan adalah:
Kata Ucapan
Perkenal Diri
Nombor
Hari Jadi
Hobi
Mulakan dengan 5 tema ini terutama kata-kata ucapan.
Secara asasnya kita mahu anda boleh ucapkan selamat pagi atau terima kasih dalam Bahasa Mandarin terlebih dahulu.
Kami senaraikan kosa kata dan frasa mengikut tema untuk anda pelajari.
Kata Ucapan
Kata ucapan adalah asas perbualan dalam mana-mana bahasa.
äœ ć„œ (nǐ hǎo) bermaksud salam sejahtera.
Manakala äœ ć„œć— (nǐ hǎo ma) bermaksud apa khabar.
Untuk tambah kata ucapan anda, kami senaraikan sekurangnya 6 di bawah untuk permulaan.
Selamat Pagi
Selamat Petang
Selamat Malam
KarakterPinyinæ—©ćź‰zǎo ān
KarakterPinyin捈漉wǔ ān
KarakterPinyinæ™šćź‰wǎn’ān
Terima Kasih
Sama-sama
Maaf
KarakterPinyinïżœïżœè°ąxiĂš xiĂš
KarakterPinyinäžćźąæ°”bĂč kĂš qĂŹ
KarakterPinyinćŻč䞍蔷duĂŹ bĂč qǐ
Cukup 6 kata ucapan anda boleh gunakan setiap hari.
Cuba campurkan dalam perbualan harian untuk biasakan diri.
Perkenal Diri
Untuk perkenal diri dalam Bahasa Mandarin, kita ambil 3 ayat penting terlebih dahulu.
Nama Saya
Untuk memperkenal nama, ayat paling mudah kita boleh gunakan æˆ‘ć« + nama.
Di bawah adalah maksudnya.
KarakterPinyinMaksud我wǒsayać«jiĂ o bernama
Perkataan ć« ( jiĂ o) membawa maksud bernama atau dipanggil.
Contoh: Saya dipanggil Abu.
Ayatnya: wǒ jiào Abu .
Mudah kan? Praktis dengan nama anda pula.
Saya Dari
Setelah memperkenal nama, biasanya kita akan beritahu kita berasal dari mana.
Ayatnya adalah 我杄è‡Ș + tempat.
Di bawah adalah maksudnya.
KarakterPinyinMaksud我wǒsaya杄è‡ȘlĂĄi zĂŹberasal
Perkataan ć« ( lĂĄi zĂŹ) membawa maksud berasal, bezanya dengan bahasa Melayu ia tidak perlukan dari.
Contoh: Saya dari Malaysia.
Ayatnya: wǒ lái zì Malaysia.
Mudah kan? Untuk nama tempat, ada senarainya.
Saya Ialah
Sekiranya mahu memberitahu siapakah diri anda, kita gunakan æˆ‘æ˜Ż + pekerjaan/status/dll.
Di bawah adalah maksudnya.
KarakterPinyinMaksud我wǒsayaæ˜ŻshĂŹialah
Perkataan æ˜Ż (shĂŹ) membawa maksud ialah sama dengan bahasa Melayu.
Contoh: Saya ialah cikgu.
Ayatnya: wǒ shì cikgu .
æ˜Ż (shĂŹ) juga boleh digunakan untuk memperkenal nama. Contohnya wǒ shĂŹ Abu bermaksud saya ialah Abu.
Selesai 3 ayat memperkenal diri yang mudah.
Boleh cuba praktis di tempat kerja tau di tempat belajar anda!
Tatabahasa
Setelah anda menguasai kosa kata yang banyak, pastinya anda ingin bertutur dengan lebih lancar bukan.
Penutur yang baru mula belajar adalah seperti bayi yang mula mahu bercakap.
Perhatikan bayi yang baru berusia 2 tahun bercakap.
Mereka hanya menggunakan satu perkataan untuk menerangkan sesuatu perkara.
Apabila bayi meningkat 4 hingga 5 tahun barulah mereka pandai menyusun perkataan menjadi satu ayat lengkap.
Begitu juga anda yang ingin belajar bahasa baru, anda harus mengalami proses yang sama untuk anda terus bertutur dengan lancar.
Tatabahasa dalam bahasa Cina sangat mudah.
Ia sangat berbeza dengan bahasa Inggeris dan juga bahasa arab.
Sebutan bagi sesuatu perkataan adalah tetap dan tidak berubah.
Contohnya apabila terdapat perbezaan bilangan, jantina atau perubahan masa, sebutan bagi satu perkataan tidak berubah tidak seperti bahasa Inggeris.
Tambahan, bahasa Cina tiada penggunaan tenses seperti past tense dan present tense.
Karakter Cina
Kami memilih untuk menyenaraikan karakter Cina terakhir.
Kenapa?
Kerana belajar karakter Cina memfokuskan untuk membaca dan menulis.
Ramai dalam kalangan orang Cina yang tidak belajar bahasa Cina secara formal tidak tahu menulis dan membaca.
Mereka hanya boleh tuturkan dan dengar sahaja.
Tumblr media
Jadi untuk permulaan, karakter Cina bukanlah prioriti anda.
Setelah anda faham konsep bahasa ini barulah anda boleh teruskan dengan belajar karakter Cina.
Cuma bergantung kepada matlamat anda, sekiranya anda mahu mengambil peperiksaan HSK, karakter Cina antara kunci untuk lulus dan dapatkan sijil.
Tetapi
Asas mula belajar Bahasa Mandarin masih lagi dengan menggunakan Pinyin bagi bukan native speaker.
Tulis Bukan Lukis
Karakter Cina adalah tulisan yang ditulis.
Ia dilukis beribu tahun dahulu.
Cuma dengan evolusi tulisan, ia menjadi tulisan yang ditulis.
Sejarah yang lama menjadikannya antara tulisan tertua di dunia.
Tumblr media
Sumber : allaboutchinese.tumblr.com
Komponen Karakter Cina
Untuk belajar menulis karakter Cina, jom kita kenalpasti dahulu komponen-komponen dalam karakter Cina.
Terdapat beberapa komponen penting yang anda perlu tahu.
Menulis karakter Cina ibarat mencantumkan Lego.
Cantuman yang betul, anda akan dapat tulisan yang betul dan cantik.
Tersilap cantum, ibarat Lego yang senget benget.
Terdapat 4 komponen penting dalam karakter Cina iaitu:
Strok
Urutan Strok
Susunan komponen
Radikal
Strok
Strok atau dalam Bahasa Mandarin dipanggil 珔画 (bǐ huĂ ) adalah komponen yang membina tiap karakter Cina.
Ia ibarat ceracak dan tiang kepada karakter Cina.
Terdapat lebih kurang 30 strok yang ada dalam Bahasa Cina untuk menulis karakter.
Tumblr media
Tiap strok ada nama sendiri
Tiap strok ditulis, ada arahnya.
Dan tiap strok ada namanya sendiri.
Dan tiap nama membawa gambaran kepada rupa strok itu.
Contohnya æšȘ (hĂ©ng) bermaksud melintang dan ia ditulis dari kanan ke kiri.
Manakala 竖 (shĂč) pula bermaksud menegak dan ia ditulis dari atas ke bawah.
Dalam tiap karakter, ada beberapa strok dan biasanya ia dikira.
Kenapa?
Untuk memudahkan penulisan karakter Cina.
Tumblr media
Urutan Strok
Tengok karakter di atas, ini adalah karakter paling susah dalam Mandarin.
Pun begitu ia ditulis satu persatu.
Itulah kecantikan urutan strok.
Urutan strok memainkan penting untuk menulis dengan betul dan cantik.
Tiap karakter Cina ada urutan dia untuk menulis strok.
Ia dipanggil 笔éĄș (bǐshĂčn) iaitu urutan strok.
Sama seperti strok, urutan strok mestilah mengikut peraturannya.
Ia memudahkan kita untuk menghafal bagaimana sesuatu karakter ditulis.
Tumblr media
Susunan Komponen
Tiap karakter yang lebih daripada 1 bahagian, akan ada susunannya.
Susunan sesuatu karakter Cina sangat penting untuk difahami.
Ini kerana anda boleh menulis karakter yang sangat rumit dengan mudah.
Antara peraturan susunan adalah seperti:
Tulis komponen kiri dulu baru komponen kanan
Tulis komponen atas dulu baru komponen bawah
Dan banyak lagi.
Radikal
Setelah strok, urutan strok dan susunan difahami, radikal datang membantu.
Terdapat 214 radikal dalam Bahasa Mandarin.
Tiap radikal adalah gabungan strok yang mempunyai elemennya sendiri.
Mana Nak Mula Tulis?
Jika anda mahu mula tulis karakter Cina, kami sangat sarankan untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai 2-3 strok terlebih dahulu.
Contohnya orang atau rĂ©n hanya ada 2 strok sahaja, cuba lihat karakternya, äșș.
Mudah saja kan?
1 kiri 1 kanan.
Jadi, mulakan dengan karakter mudah supaya anda tidak cepat mengalah.
Rumit dan Susah
Tak dinafikan untuk belajar menulis karakter Cina tidak mudah.
Pun begitu, itulah sebab jika anda mula dengan menulis karakter Cina, anda mudah untuk mengalah.
Tetapi jika anda dapat menguasainya, anda dah naik ke level yang seterusnya.
Memilih Cara Belajar Bahasa Mandarin
Belajar bahasa mandarin tidak lengkap sekiranya anda tidak berusaha untuk bertutur menggunakan bahasa mandarin.
Anda boleh belajar Bahasa Cina dengan pelbagai cara yang anda selesa.
Contohnya, anda boleh belajar Bahasa Cina di kelas Bahasa Mandarin, bahan bacaan, apikasi di telefon bimbit, filem ataupun dengan mencari rakan penutur Bahasa Cina.
Setiap cara ini mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.
Jadi, anda harus bijak memilih!
Bahan Bacaan Bahasa Mandarin
Belajar Bahasa Cina boleh dilakukan  dengan pembacaan melalui buku atau web yang menyediakan kursus Bahasa Mandarin secara percuma.
Kelebihan cara ini ialah anda dapat mencari sumber bacaan dengan mudah dan ia mampu dilakukan dimana sahaja dan pada bila bila masa.
Tumblr media
Kekurangan cara ini ialah anda tidak dapat memastikan yang mana benar dan yang mana salah.
Jika dari segi penulisan anda mungkin dapat mengusainya dengan mudah.
Namun untuk berkomunikasi anda memerlukan seseorang yang mampu berbahasa Mandarin untuk memastikan setiap perkataan yang anda tuturkan adalah betul atau salah.
Aplikasi telefon bimbit atau komputer
Pada zaman teknologi kini, anda boleh belajar menggunakan aplikasi percuma dari telefon bimbit mahupun komputer.
Antara kelebihan menggunakan cara ini adalah anda boleh belajar dengan cepat dan mudah untuk jangka masa pendek.
Akan tetapi untuk jangka masa panjang, kami rasakan cara ini tidak sesuai kerana belajar memerlukan anda tahu lebih mendalam tentangnya.
Tumblr media
Kami cadangkan anda guna Pleco dan Nciku sebagai kamus rujukan anda.
Kedua-dua app kamus ini terdapat dalam sistem Android dan iOS.
Menonton Filem atau Video Pendek
Menonton filem atau video pendek Mandarin adalah salah satu cara yang seronok.
Bayangkan anda boleh faham filem lakonan Jackie Chan. Best kan?
Selain itu, anda juga boleh belajar kata-kata sapaan atau loghat yang digunakan oleh mereka.
Anda boleh menonton kartun atau klip video pendek berbahasa Mandarin di website seperti Youtube.
Tumblr media
Sebagai permulaan, anda mungkin memerlukan sari kata (subtitle) ketika menonton rancangan tersebut, namun lama-kelamaan anda pasti akan dapat memahami dialong asas walau tanpa sari kata!
Anda boleh menjadi lebih proaktif dengan menjeda (pause) filem yang anda tonton tersebut ketika anda mendengar kata-kata atau frasa-frasa tertentu dan ikuti cara sebutannya.
Ini dapat membantu anda menyebut kata-kata atau frasa-frasa tersebut dalam sebutan yang lebih tepat seperti penutur asli!
Hari ini banyak juga Youtuber Cina yang sangat menarik untuk ditonton.
Dengar radio, lagu atau recording berbahasa Mandarin
Cara ini sungguh mudah dan dapat membuatkan anda semakin biasa dengan bahasa Mandarin.
Anda dapat melakukannya di mana saja anda berada. Jika anda tidak dapat menangkap setiap kata yang diucapkan, tidak mengapa.
Cuba untuk menjadi pendengar yang aktif dan tangkap kata-kata yang diucapkan.
Cara ini mungkin anda rasakan sedikit perlahan tetapi saya jamin pemahaman dan kemahiran mendengar bahasa Mandarin anda pasti akan meningkat.
Tumblr media
Jay Chou – çșąć°˜ćźąæ ˆ
Cara ini juga sesuai dilakukan oleh mereka yang seringkali berjalan-jalan.
Anda hanya perlu memasang mp3 atau memainkan lagu Mandarin di telefon pintar anda.
Spotify dan Apple Music kan dah ada, jadi lebih mudah nak cari lagu dan dengar.
Anda juga boleh mendengar podcast berbahasa Mandarin ketika berada di dalam kereta.
Selain itu, anda juga boleh mencuba mendengarkan lagu atau podcast tersebut sambil melakukan kerja rumah, seperti menyapu atau mencuci pinggan.
Cari èŻ­äŒŽ (yǔ bĂ n)
èŻ­äŒŽ (yǔ bĂ n) adalah rakan bahasa atau language partner.
Tujuan mencari rakan bahasa adalah supaya anda berdua boleh saling belajar bahasa yang anda mahir.
Katakan anda mahir berbahasa Inggeris dan anda memerlukan rakan yang boleh berbahasa Mandarin, anda boleh mencari rakan anda yang berbangsa Cina yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisnya.
Dengan ini, anda dan rakan anda boleh saling belajar dan meningkatkan kemahiran berbahasa asing.
Bahasa mandarin yang anda pelajari tidak akan berkembang jika anda tidak menggunakannya.
Tumblr media
Partner bahasa asing
Untuk membuatkan ianya terus berkembang, anda harus berlatih dengan berbual dengan rakan penutur bahasa mandarin khususnya orang berbangsa cina.
Kami pasti anda tidak mempunyai kesukaran mencari rakan penutur bahasa mandarin di Malaysia.
Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan hidup aman harmoni akan sentiasa membantu anda untuk terus berjaya.
Anda perlu berani mencuba dan terus mencuba.
Kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya memerlukan anda untuk menggolekkanya.
Kelas Bahasa Mandarin
Seperti yang kami nyatakan di atas, terdapat banyak pusat-pusat tuisyen yang menawarkan kelas bahasa mandarin.
Ini adalah cara terbaik kami sarankan.
Dengan bantuan guru Mandarin, anda boleh belajar Bahasa Cina dengan mudah dan cepat.
Terdapat banyak kelas bahasa Mandarin yang ada jadi tiada masalah untuk memilih yang mana satu.
Kesimpulan
Untuk belajar Bahasa Mandarin, apa yang diperlukan adalah komitmen yang berterusan.
Pada permulaan, mungkin anda rasa ia agak susah.
Tapi sama seperti seorang bayi, anda hanya perlu belajar meniarap dulu.
Lama-lama anda akan boleh berjalan dan berlari.
Yang penting, usaha berterusan anda dan teknik belajar yang betul.
Belajar Bahasa Mandarin, memang mencabar jika tidak belajar berguru.
Tumblr media
Tidak dinafikan ia merupakan salah satu bahasa yang susah untuk dipelajari kerana tidak menggunakan sistem alphabet (sistem ABC), sebaliknya menggunakan sistem Pinyin untuk menyebut karakter Cina.
Pun begitu, yang paling menyeronokkan dan mengagumkan adalah setiap karakter Cina ada kisah di sebaliknya dan setiap kisah itu berkait rapat dengan sejarah, budaya dan sastera orang Cina.
Sejarah dan budaya orang China adalah yang paling tertua dan terkaya di dunia.
China dikenali dengan hebat daripada segi falsafah, kesasteraan dan imaginasi mereka.
Kongsikan panduan belajar bahasa Mandarin ini dengan kawan anda yang nak mula belajar juga.
The post Belajar Bahasa Mandarin Mudah Dan Cepat appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/belajar-bahasa-mandarin-mudah-dan-cepat/
0 notes
limaumandarinkl · 6 years ago
Text
Wajib Curi Masa Sehari Ke Tianjin Dan Wuqing Jika Datang Ke Beijing
Jika anda ke bercuti ke Beijing wajib curi masa sehari untuk ke Tianjin dan Wuqing. Tianjin hanya terletak hanya lebih kurang 120 km dari Beijing manakala Wuqing pula terletak di tengah antara Beijing dan Tianjin.
Sehari Cukup Ke?
Cukup! Tapi jika anda lebih suka akan perjalanan yang lebih rilex dan santai boleh ambil masa 2 atau 3 hari.Kebiasaaannya pelancong akan menggunakan route Beijing-Wuqing-Tianjin- Beijing.
Bagaimana Ke Sana?
Ada beberapa pilihan pengangkutan dari Beijing ke Tianjin antaranya dengan menaiki bas dan kereta api laju. Bagi pelancong luar yang tidak boleh berbahasa mandarin saya lebih menggalakkan anda memlih kereta api laju(bullet train).
Tiket kereta api laju boleh dibeli di Beijing South Railway Station (line 4 dan 14). Anda tidak perlu membuat tempahan awal kerana train ke Tianjin sangat banyak dengan jarak masa satu jam setiap satu train.
Dengan menaiki bullet train yang berkelajuan 300 km sejam ataupun dalam bahasa mandarin kita panggil “高铁”(gaotie),Beijing ke Tianjin hanya mengambil masa selama 35 minit sahaja. Tetapi jika anda bercadang untuk singgah ke Wuqing terlebih dahulu, anda perlu membeli dua tiket berasingan iaitu Beijing- Wuqing kemudian Wuqing- Tianjin . Perjalanan Beijing ke Wuqing pula hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.
Tiket kereta api laju dari Wuqing ke Tianjin hanya 15.5 yuan
Harga tiket kereta api laju untuk keseluruhan perjalanan lebih kurang 110 yuan sahaja!
Wuqing: Venice versi China
Kredit: Business Insider
Tidak perlu ke Venice lagi kerana landskap seni bina disini tidak ubah seperti di Venice, Italy. Tarikan utama disini ialah Italia Florentia Village. Florentia Village ialah shopping mall pertama di China yang menerapkan konsep Itali.
Disini terdapat lebih daripada 200 outlet jenama-jenama mewah serata dunia seperti Nike, Michael Kors, Guess,Coach dan macam-macam lagi.Disini juga terdapat banyak coffee shop untuk anda berehat seketika setelah penat membeli-belah.
Waktu Operasi:
April – Oktober :10:00am – 9:00pm
November – Mac :10:00am – 8:00pm
Dibuka pada jam 9:00pagi pada hujung minggu dan cuti umum.
Kredit: GAW Capital
Tips: Keluar sahaja dari stesen kereta api Wuqing terus menaiki jejantas untuk ke seberang jalan. Florentia Village ini hanya terletak bertentangan dengan stesen kereta api,tidak perlu menaiki teksi mahupun bus. Sangat mudah!
Apa Boleh Buat Sehari Di Tianjin?
Tianjin ialah sebuah kota metropolitan yang sedang pesat membangun sama seperti Kota Beijing dan Shanghai. Menariknya Tianjin berbanding negeri mahupun provinsi lain di China ialah kebanyakan seni bina disini berkonsepkan Eropah. Jika anda berada disini seolah-olah anda sedang melancong ke kota-kota Eropah.
Kredit: China Daily
Jika anda berkunjung ke Tianjin jangan risau mengenai pengangkutan mahupun makanan. Pengankutan paling mudah untuk diakses ialah subway ataupun kereta api bawah tanah selain teksi juga ada dimana-mana. Makanan halal juga tidak sukar untuk didapati.
Five Great Avenues
Five Great Avenues juga dikenali sebagai Wudadao, terletak di selatan pusat bandar Tianjin, terdapat 5 jalan lurus yang dinamakan sempena lima kota di barat daya China, iaitu Chongqing, Chengde, Dali, Munan, dan Machang.
Kredit: Baidu
Terdapat lebih daripada 230 bangunan yang tersergam indah persis seni bina Britain, Perancis, Itali, Jerman, dan Sepanyol.Gaya seni bina berwarna-warni ini berkisar dari latar zaman Renaissance, Greek, Gothic, Romantik dan Eclectic.
Cara ke sana: Metro line 1 berhenti di Xiao Bailou Station, dari situ anda perlu berjalan ke arah barat menuju Chongqing Avenue.
Italian Street
Datang ke Tianjin wajib bersiar-siar disini.Lebih kurang dengan tempat sebelum ini yang banyak mempamerkan seni bina Eropah cumanya tempat ini lebih santai. Disini anda boleh membeli pelbagai cenderahati serta mencuba makanan barat.
Cara ke sana: Ambil bas no 27, 868atau 901dan berhenti di East Station.
Eye On Tianjin
Eye On Tianjin atau ć€©æŽ„äč‹çœŒ dibangunkan diatas Sungai Haihe, Tianjin.Eye On Tianjin yang berketingggian 120m ini merupakan landmark utama Kota Tianjin. Mempunyai 64 capsules dan 1 capsule kebiasaanya boleh membawa maksimum 8 orang dalam satu masa dan setiap putaran mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 minit.
Pada waktu malam Eye On Tianjin ini akan dihiasi dengan lampu berwarna-warni. Sangat seronok untuk bersiar-siar dikawasan ini terutamanya ketika waktu malam.
Waktu Operasi: 9:00pagi – 9:00malam (tutup pada Isnin pagi)
Pengangkutan :
Ambil bas No.1, 4, 12, 18, 34, 609, 610, 611, 619, 632, 641, 646, 659, 670, 671, 818, 878, 904,dan turun di Jingang Bridge Station.
Ambil bas No.5, 37, 161, 606, 635, 642, 653, 657, 658, 687, 801, 824, 836, 855, 906 dan turun di Beidaguan Station.
Tianjin Binhai Library
Perpustakaan lima tingkat yang merupakan sebahagian daripada Binhai Cultural Centre ini mempunyai ruang sebanyak 33,700 meter persegi.Ia mempunyai rak buku bertingkat yang mampu menampung 1.2 juta buku.
Pepustakaaan ini memiliki ruang yang besar dan bercahaya di tengah-tengah yang berfungsi sebagai sebuah auditorium dengan kapasiti 110 orang.
Pada minggu pertama selepas hari pembukaanya, sekitar 10,000 orang datang dan ia menyebabkan kesesakan dan barisan panjang di luar. Perpustakaan ini semakin lama semakin popular selepas ianya viral di media sosial.
Jangan tertipu!! Deretan buku yang anda lihat dari bawah hingga atas keseluruhan perpustakaan ini sebenarnya hanya illusi semata-mata. Ianya hanya gambar deretan buku sahaja,buku sebenar ada tetapi tidak banyak bilangannya.
Perpustakaan ini terletak sedikit jauh dari pusat bandar Tianjin,perjalanan dari pusat bandar mengambil masa lebih kurang satu jam, jadi rancang perjalanan anda sebaiknya!
Cara ke sini: ambil subway line 9 dari Tianjin Railway Station ke Shimin Guangchang Station, kemudian anda perlu berjalan kaki sejauh 1.7 km ke destinasi. Untuk lebih mudah naik sahaja teksi, tambang lebih kurang 20 yuan.
Ancient Culture Street Tianjin
Jika anda ingin merasai suasana China pada zaman dahulu maka anda wajib datang kesini .Ancient Culture Street Tianjin atau lebih dikenali sebagai ć€©æŽ„ć€æ–‡ćŒ–èĄ—Â merupakan kawasan yang kaya dengan nilai seni dan kebudayaan China purba.
Kredit: Baidu
Disini anda boleh dapatkan cenderahati dengan harga yang lebih rendah dan jangan lupa untuk tawar-menawar juga!
Cara ke sini:
Ambil bas no. 1, 605, 609, 610, 619, 632, 633, 641, 646, 670, 671, 804, 849, 904, 908, 954 atau sightseeing bus no. 2 dan berhenti di Dongbeijiao Station.
Ambil bas no. 4, 12, 333, 461, 600, 658, 659, 675, 681, 856, 861, 863, 878, 903, 907 or 913 dan berhenti di Dongmalu Station.
Tianjin Radio and Television Tower
Tianjin Radio and Television Tower atauć€©æŽ„ćčżæ’­ç””è§†ćĄ”Â merupakan menara radio dan televisyen tertinggi keempat di dunia selepas Toronto TV Tower.Tianjin Radio and Television Tower  merupakan TV Tower tertinggi keempat di dunia setelah Toronto TV Tower, Moscow TV Tower and the Shanghai Oriental Pearl TV Tower. TV Tower di Tianjin ini mempunyai ketinggian 1,362 feet (415 meter).
Waktu Operasi 08:00 – 20:00
Tiket masuk: CNY 50
Pengangkutan:
Subway: Ambil Subway Line 3 anddan turun di Tianta (Tianjin Radio and Televison Tower) Station.
Bas: Ambil bas no. 8, 12, 157, 161, 168, 377, 380, 612, 615, 628, 643, 658, 675, 686, 710, 712, 713, 832, 859, 866, 872,  atau sightseeing bus no. 2 dan berhenti di Tianta Station.
Tianjin Haihe River
Haihe River ialah nadi Kota Tianjin. Di sekitar Haihe River juga terdapat Haihe Park, Haihe Cultural Square, dan Haihe Fountain Amusement Park. Anda juga boleh menaiki bot menyelusuri sungai ini . Permandangan di sepanjang sungai ini sangat cantik terutamanya pada waktu malam.
Haihe River hanya terletak berhadapan dengan Tianjin Railway Station.
Cukup satu hari untuk mengembara kota Tianjin dan Wuqing. Jangan lepaskan peluang untuk datang kesini jika anda melancong ke Beijing. Selepas ini jangan lupa masukkan sekali Tianjin ke dalam itinerary anda. Selamat mengembara!
The post Wajib Curi Masa Sehari Ke Tianjin Dan Wuqing Jika Datang Ke Beijing appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/wajib-curi-masa-sehari-ke-tianjin-dan-wuqing-jika-anda-di-beijing/
0 notes
limaumandarinkl · 6 years ago
Text
Ini Punca Kenapa Kaum Uighur Ditindas
Tumblr media
“Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang”
Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China
Kaum Uighur jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han.
Tumblr media
Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin.
Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan.
Kedudukan Xinjiang Strategik
Kedudukan Xinjiang yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah.
Tumblr media
Wilayah Xinjiang bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan.
Kedudukan wilayah Xinjiang yang menjadi laluan sutera ini menyebabkan tersebarnya Agama Islam di seluruh pelosok bumi Xinjiang.
Kashgar Menjadi Pusat Penyebaran Islam
Tumblr media
Pada abad Ke 9, Kaum Uighur telah menerima Agama Islam semasa pemerintahan Raja Karahanidin. Pusat pemerintahan ketika itu ialah Kashgar.
Kashgar juga telah menjadi pusat penyebaran Islam, kesenian dan kebudayaan Islam. Di sini juga telah lahir ratusan ulama hebat serta karya karya agung cendiakawan Islam.
Kegemilangan Khilafah Islam ini diteruskan oleh Kerajaan Seyyid atau Yarkent namun, jatuh apabila Empayar Manchu telah menawan Timur Turkistan pada 1759 dan dijajah sehingga tahun 1862.
Setelah beberapa peperangan telah berlaku, Empayar Manchu telah mengundurkan diri dan sekali lagi khilafah Islam tertegak dengan kerajaan baru. Yang diberi nama Kerajaan Yetteshehar pada tahun 1864.
Namun, ianya tidak kekal lama apabila Empayar Manchu mencerobohnya semula pada tahun 1876 dan setelah beberapa kali peperangan berdarah tercetus.
Tumblr media
Nanshan Grassland Xinjiang
Timur Turkistan ditawan keseluruhannya dan ditukarkan namanya ke ‘’Xinjiang’’ yang bermaksud ‘’Wilayah Baru’’ pada 1884.
Kejatuhan Khalifah Islam dan Dinasti Qing
Selepas itu, peluang untuk khilafah Islam menyinar semula telah ditenggelamkan oleh Gerakkan Nasionalis China yang telah menjatuhkan Empayar Manchu pada tahun 1911.
Secara automatik Nasionalis China menguasai keseluruhan wilayah yang ditakhluk oleh Empayar Manchu yang di ketuai oleh Sun Yat Sen.
Empayar Manchu juga dikenali sebagai Dinasti Qing. Digelar sebagai Empayar Manchu kerana pemerintahan mereka berasal dari Kaum Manchu.
Pada ketika itu, kawalan China ke atas Xinjiang agak longgar dan kesempatan ini telah digunakan oleh Muslim Uighur untuk bebas dari cengkaman China.
Mereka menubuhkan Republik Timur Turkistan. Sebanyak dua kali penentangan telah berlaku pada tahun 1933 dan 1944.
China yang tidak berdiam diri, telah melancarkan pencerobohan tentera. People’s Liberation Army (PLA) telah merusuh di Timur Turkistan pada tahun 1949 hingga tertubuhnya Wilayah Autonomi Xinjiang.
Kedudukan Xinjiang yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah.
Kerajaan yang menakluk juga silih berganti seperti Dinasti Han, Mongol, Gaochang, Khotan, Turkic Khaganate, Dinasti Tang, Empayar Tibetan, Uyghur Khaganate, Kara-Khanid Khanate, Dinasti Yuan, Dinasti Qing, Dzungar Khanate, Chagatay, Yarkent Khanatay, Republik Turkistan Timur dan Kashgaria sebelum akhirnya di perintah China.
Sejak itu, pelbagai tragedi hitam telah berlaku di Xinjiang dengan diikuti kempen-kempen yang kejam ke atas Muslim Uighur.
Sejauh Mana Penindasan Terhadap Kaum Muslim Uighur
Tumblr media
Kaum Uighur di sana ditindas sejak berpuluh tahun lamanya. Kami akan kongsikan beberapa usaha kerajaan China yang menindas Kaum Uighur di Xinjiang. 
Kami sempat berbual dengan seorang warga China yang berbangsa Uighur. Dia menceritakan sendiri situasi yang berlaku di tempatnya. 
Tumblr media
Bersama orang Uygur yang ingin pulang ke kampung halaman
1. Kaum Uighur tidak dibenarkan menyimpan Al-quran atau membacanya. Jika ditangkap akan dimasukkan ke dalam penjara selama 10 hingga 15 tahun. 
2. Kaum Uighur tidak dibenarkan membela janggut bagi kaum lelaki, dan memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna bagi wanita. 
Tumblr media
solat berjemaah di Masjid Id Kah
3. Pada bulan Puasa, setiap pelajar dan guru tidak dibenarkan untuk berpuasa. Kerajaan China akan pastikan setiap orang makan ketika waktu rehat. 
4. Kaum Uighur mengalami kesukaran untuk mendapatkan passport untuk keluar negara. 
5. Kaum Uighur dinafikan hak untuk belajar dan menyambung pelajaran ke peringkat Universiti. Mereka mempunyai kuota di Universiti. 
6. Masjid ditutup dan dibuka pada waktu tertentu, perempuan tidak dibenarkan solat di masjid
7. Kaum Uighur dilayan seperti orang luar, layanan diterima sangat buruk. 
8. Nama anak mereka tidak boleh ada unsur nama islam seperti Hassan,Abdullah dll kerana nama spt itu tak dibenarkan untuk pendaftaran di sekolah
Tumblr media
Walau bagaimanapun, semangat mereka tidak pernah padam dan sentiasa mengingatkan generasi mereka akan perjuangan mereka dalam menentang kezaliman China.
Rujukan : 5PillarsUK & Dr. Hafidzi
The post Ini Punca Kenapa Kaum Uighur Ditindas appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/ini-punca-kenapa-kaum-uighur-ditindas/
0 notes
limaumandarinkl · 6 years ago
Text
Cara Daftar Lesen Dan Permit Basikal Eletrik di China
Basikal Elektrik Di Beijing Perlu Pohon Permit
Basikal eletrik di Beijing adalah salah satu keperluan masyarakat di sini. Xinhua News melaporkan Rabu lalu, Pihak berkuasa Beijing telah mengumumkan peraturan yang ketat yang memerlukan permit memandu dan plat lesen untuk menunggang basikal eletrik.
Peraturan yang diluluskan secara rasmi pada 29 September 2018, akan berkuatkuasa dari 1 November 2018. Sehingga tarikh itu, e-basikal di jalan raya tanpa plat lesen akan disita dan penunggangnya dikenakan denda RMB20.
Denda RMB1000
kredit: google
Bagi sesiapa yang ditangkap menunggang basikal eletrik dengan plat lesen yang palsu, basikal eletrik itu akan disita dan dikenakan dengan denda RMB 1,000. Sesiapa yang membeli basikal eletrik selepas pelaksanaan peraturan akan dipaksa untuk mendapatkan permit memandu dalam tempoh 15 hari dari pembelian.
Selain itu, Segways (rujuk gambar di bawah), basikal yang diubah suai, dan quadricycles akan dilarang memandu di mana-mana laluan utama kereta dan laluan basikal. Denda akan dikenakan sebanyak RMB 200 dan kenderaan tesebut akan dirampas.
Syarat Mendapatkan Lesen Basikal Eletrik
Pihak berkuasa pengurusan lalu lintas juga akan menyimpan semua maklumat kenderaan elektrik, merekodkan maklumat termasuk pengeluar, jenama, nombor model dan parameter teknikal, untuk memastikan semua kenderaan di pasaran memenuhi standard kualiti negara, yang merupakan prasyarat untuk mendapatkan plat lesen basikal eletrik.
Bagi basikal eletrik yang tidak memenuhi standard kualiti tetapi membelinya sebelum pelaksanaan peraturan boleh memohon permit sementara, tetapi ini hanya sah selama tiga tahun dan tidak boleh diperbaharui. Butiran lanjut tentang cara mendapatkan lesen sementara akan datang, menurut laporan itu.
Terdapat 4 Juta kenderaan Eletrik Di Beijing
Kini terdapat lebih dari 4 juta kenderaan elektrik di Beijing, termasuk ramai yang gagal memenuhi piawaian kebangsaan, menimbulkan ancaman keselamatan yang besar kepada orang ramai.
Statistik mendedahkan bahawa lebih 300,000 kemalangan melibatkan kenderaan elektrik dari 2013 hingga Ogos 2018, di mana 60 peratus disebabkan oleh basikal elektrik.
Cara untuk memohon permit memandu dan plat lesen untuk basikal eletrik.
Daftar secara atas talian ( online )
1. Download aplikasi 挗äșŹäș€é€š di App Store
2. Klik pada lambang basikal eletrik di bawah.
3. Klik pada pendaftaran.
4. Langkah seterusya.
5. Isi maklumat peribadi.
Anda perlu muatnaik gambar passport, no siri motor dan gambar motor sebagai bukti.
6. Untuk no siri motor. Sila rujuk pada motor anda seperti gambar di bawah.
no siri basikal eletrik / motor eletrik
No siri
7. Lepas berjaya nanti, kita perlu pilih tarikh dan tempat. Sila rujuk gambar di bawah.
8. Pilih tarikh dan tempat untuk mengambil lesen anda.
Jika anda belajar di Beijing Language And Culture University anda boleh pilih di Wudaokou
9. Siap! Pendaftaran lesen adalah percuma.
Tunggu beberapa hari, lesen basikal eletrik / motor eletrik anda siap. Dapatkan lesen di Pejabat Pengakutan .
Anda juga boleh dapatkan lesen basikal eletrik anda secara manual.
Checklist barang yang perlu ada.
* Borang permohonan * ID kad (untuk rakyat China ) atau passport * Invois atau bukti pembelian basikal eletrik
Anda boleh dapatkan borang permohonan permit memandu dan plat lesen untuk basikal eletrik anda di sini http://www.bjjtgl.gov.cn/jgj/fjdcgl/120252/index.html
Bagaimana untuk mendapatkan permit dan lesen basikal eletrik?
Pastikan dokumen yang anda sediakan lengkap dan pergi ke pejabat Biro Pengangkutan tempatan yang berdekatan. Permit dan lesen basikal eletrik anda akan siapkan sekurang-kurangnya 1 hari.
Berikut merupakan senarai Biro Pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran di sekitar Beijing.
1. Daerah Changping Biro Pengangkutan Changping (Machikou Village, Machikou) 昌ćčł äș€é€š æ”Żé˜Ÿéž æœșćŠšèœŠç™»èź°(é©Źæ±  ćŁé•‡é©Źæ±  揣 村 äș€é€š 队)
2. Daerah Daxing Biro Pengangkutan Daxing (Haizijiao, kampung Huangcun) 性慎äș€é€š æ”Żé˜Ÿéž æœșćŠšèœŠç™»èź°(é»„æ‘é•‡æ”·ć­ 角 挗 揣 è·Ż 捗)
3. Daerah Dongcheng Biro Pengangkutan Dongcheng Subdistrict Selatan (26 Mingzhu Beijie, Yongding Menwai) 侜柎 äș€é€š æ”Żé˜Ÿć— ćŒș 非 æœșćŠšèœŠç™»èź°(æ°žćźšé—šć€– æ°‘äž» ćŒ—èĄ—26 ć·)
Biro Pengangkutan Dongcheng (1-4 Douban Hutong, Chaonei Beixiaojie) 侜柎 äș€é€š æ”Żé˜ŸćŒ—ćŒș 非 æœșćŠšèœŠç™»èź°(ïżœïżœïżœ 憅 挗 ć°èĄ— è±†ç“Ł èƒĄćŒ1-4 ć·)
4. Daerah Fangshan Biro Pengangkutan Fangshan (32 Huabei Dajie, Jalan Gongchen) æˆżć±± äș€é€š æ”Żé˜Ÿéž æœșćŠšèœŠç™»èź°(拱蟰 èĄ—é“ 月 捎挗 ć€§èĄ—32 ć·)
5. Daerah Fengtai Biro Pengangkutan Fengtai Biro Lugouqiao (Bangunan Pentadbiran Lugouqiao, Xiaotun Xilu)侰揰 äș€é€š æ”ŻéšŠ 捱æČŸæĄ„éž æœșćŠšèœŠç™»èź°(ć°ć±Ż è„żè·Żć— 揣 抠æČč站 ćŒ—äŸ§ćąæČŸæĄ„äčĄç»Œćˆ ćŠžć…Źć€§æ„Œ)
Biro Pengangkutan Fengtai Biro Dahongmen (137 Dahongmen Xiqianjie) 侰揰 äș€é€š æ”Żé˜Ÿć€§çșąé—šéž æœșćŠšèœŠç™»èź°(性çșąé—šè„ż ć‰èĄ—137 ć·)
kredit: google
6. Daerah Haidian Biro Pengangkutan Haidian (99 Houchangcun Lu, Xibeiwang) æ”·æ·€ äș€é€š æ”Żé˜Ÿéž æœșćŠšèœŠç™»èź°(è„żćŒ—æ—ș 搎 掂 村 è·Ż99 ć·)
7. Daerah Huairou Biro Pengangkutan Huairou (88 Qingchun Lu) 怀柔 äș€é€š æ”Żé˜Ÿéž æœșćŠšèœŠç™»èź°(青昄 è·Ż88 ć·)
8. Daerah Mengtougou Biro Pengangkutan Mentougou (72 Binhe Lu) 闚怎æȟ äș€é€š æ”Żé˜Ÿéž æœșćŠšèœŠç™»èź°(滚æČł è·Ż72 ć·)
9. Daerah Miyun Biro Pengaliran Miyun (Baishiling, bandar Miyun) 毆äș‘ äș€é€š ć€§é˜Ÿéž æœșćŠšèœŠç™»èź°ç«™(毆äș‘ 镇癜 石ćČ­æ‘ 毆äș‘ æœșćŠšèœŠæŁ€æ”‹ćœș挗)
10. Daerah Pingu  Biro Pengangkutan Pinggu (29 Pinggu Beijie, Kecamatan Pembangunan Xinggu) ćčłè°· äș€é€š æ”Żé˜Ÿéž æœșćŠšèœŠç™»èź°(ć…Žè°· ćŒ€ć‘ćŒș ćčłè°· ćŒ—èĄ—29 ć·)
kredit: google
11. Daerah Xicheng Biro Pengangkutan Xicheng (303 Zhaodengyu Lu) è„żćŸŽ äș€é€š æ”Żé˜ŸćŒ—ćŒș 非 æœșćŠšèœŠç™»èź°(蔔登çŠč è·Ż303 ć·)
Xicheng Transportation South Subdistrict (33 Honglian Nanlu) è„żćŸŽ äș€é€š æ”Żé˜Ÿć— ćŒș 非 æœșćŠšèœŠç™»èź°ç«™(çșąèŽČć—è·Ż33 ć·)
12. Daerah Chaoyang Biro Pengangkutan Chaoyang Biro Yayuncun (9 A Fulin Lu) æœé˜ł äș€é€š æ”Żé˜Ÿäșšèżæ‘ 非 æœșćŠšèœŠç™»èź°(æœé˜ł ćŒș 拂 林 è·Żç”Č9 ć·)
Biro Pengangkutan Chaoyang Biro Hujialou (sebelah utara Jingguang Bridge) æœé˜ł äș€é€š æ”Żé˜Ÿć‘Œćź¶æ„Œ 非 æœșćŠšèœŠç™»èź°(侜侉环äșŹćčż æĄ„äž‹ ćŒ—äŸ§ć‘Œćź¶æ„Œ äș€é€š ć€§é˜Ÿæ‰§æł• 站 憅)
kredit kepada Faizal Ramli dan Amir Syafiq
The post Cara Daftar Lesen Dan Permit Basikal Eletrik di China appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/cara-daftar-lesen-dan-permit-basikal-eletrik-di-china/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
Masjid Niujie : Warisan Tinggalan Islam di China
Warisan Tinggalan Islam Tertua Di Beijing
Masjid Niujie adalah antara masjid tertua dan terbesar di Beijing. Masjid Niujie juga merupakan sebuah pusat kerohanian untuk kota yang dianggarkan 200 000 umat islam. Pertama kali Masjid Niujie ini di bina adalah pada tahun 996 masihi oleh dua orang arab semasa Dinasti Liao.
Masjid Niujie Di Beijing
Masyarakat islam tempatan dilarang daripada membina masjid dengan gaya dan reka bentuk lain selain tradisonal China dengan pengecualian hanya penggunaan kaligrafi arab sahaja dibenarkan. Oleh sebab itu, kebanyakkan masjid di China di bina mengikut gaya dan reka bentuk tradisional China.
Ketika pemerintahan Dinasti Ming, Masjid Niujie dibina semula pada tahun 1442 dan diperluaskan lagi pada tahun 1696 di bawah Dinasti Qing. Ketika kini, Masjid Niujie merupakan salah satu masjid yang terbesar di Utara China. Masjid Niujie telah mengalami 3 renovasi sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, iaitu pada tahun 1955, 1979 dan 1996.
Dato Dr Awang Sariyan bersama pelajar Malaysia di Masjid niujie
Masjid Niujie membawa kita kembali kepada sejarah masyarakat islam di China terutama sekali pada Dinasti Ming dan Qing. Masyarakat islam terus berkembang di China sepanjang pemerintahan Dinasti Ming. Ibu kotanya pada ketika itu terletak di Nanjing yang juga merupakan pusat pembelajaran islam pada ketika itu.
Penutupan Pelabuhan Perdagangan
Akibat penutupan kesemua pelabuhan perdagangan dengan dunia luar, populasi masyarakat islam menurun dengan dasyat. Namun tentera umum islam telah dilantik dan mereka telah berkempen di Yunnan dan Shandong yang menjadi pusat pembelajaran islam yang terkemuka.
Pelajar Malaysia Berbuka Puasa dengan Masyarakat Islam Di China
Namun masyarakat islam di China menjadi semakin tersisih dari masyarakat islam di tempat lain, lama kelamaan mereka menggunakan bahasa dan budaya china dalam kehidupan seharian mereka. Selama tempoh ini umat islam juga mula menggunakan nama keluarga China seperti Ma untuk Muhammad, Ha untuk hassan, Hu untuk Hussain. Oleh sebab itu, masyarakat islam tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan rakyat china bukan islam yang lain.
Kebangkitan Dinasti Qing menyebabkan hubungan antara masyarakat islam dan china lebih sukar. Islam mengalami penurunan status dan disebabkan tercetusnya beberapa pemberontakan dari kaum hui muncul sepanjang pemerintahan Dinasti Qing. Banyak sekatan telah dilakukan oleh mereka terhadap orang islam. Mereka melarang melakukan penyembelihan haiwan, pembinaan masjid baru dan larangan ke Mekah untuk menunaikan haji.
Pemerintahan Dinasti Qing pada ketika itu adalah Kaum Manchu dan bukan dari kalangan kaum Han. Kaum Manchu adalah salah satu kaum minoriti di China. Mereka menggunakan taktik pecah belah untuk menawan umat islam, kaum han, Tibet dan Monggolia dengan menimbulkan konflik antara satu sama lain.
Kebangkitan Semula Islam Di China
Umat islam di China tetap mempunyai banyak masjid di Bandar Bandar besar di China seperti Beijing, Guangzhou, Xi’an, Tianjin dan tempat-tempat lain. Mereka membina masjid dengan gaya dan reka bentuk tradisional China. Ramai orang islam memegang jawatan kerajaan termasuk kedudukan penting terutama dalam tentera. Semakin hari terdapat banyak pertukaran antara Negara China dan dunia luar.
Salah sebuah Masjid Di Tian Jin, China
Dibawah kepimpinan China ketika ini islam mengalami kebangkitan yang sederhana dan terdapat banyak masjid di China sekarang. Banyak badan islam di seluruh dunia telah ditubuhkan untuk menyatukan antara masyarakat islam di luar negara dengan masyarakat islam di China.
Sehingga kini, Masjid Niujie berdiri tegak di Niujie Street atau lebih dikenali sebagai Jalan Lembu oleh masyarakat tempatan. Ini kerana terdapat banyak kedai di kawasan tersebut yang menjual daging lembu halal. Selain itu, terdapat banyak kemudahan yang disediakan di Niujie untuk masyarakat islam. Antaranya pusat membeli belah yang menjual semua barangan halal dan restoran- halal yang banyak di Niujie Muslim Mart.
Dengan adanya kemudahan seperti ini, masyarakat islam di sekitar Masjid Niujie dapat menjalani kehidupan yang baik sekali. Masjid Niujie juga merupakan tempat beribadah untuk umat islam di Niujie. Keadaan sekeliling Masjid Niujie ini akan membuatkan kita berasa aman kerana dihiasai dengan taman-taman kecil yang indah.
Masjid Niujie Mampu Memuatkan 1000 Jemaah
Mereka yang beragama islam hadir ke Masjid Niujie untuk mendirikan solat secara berjemaah. Masjid Niujie ini boleh memuatkan 1000 orang jemaah untuk menunaikan solat dalam satu masa. Ramai juga di antara umat islam dari pelbagai Negara datang ke Masjid Niujie untuk menunaikan ibadah solat antaranya dari Pakistan, Indonesia, Mesir, Malaysia dan banyak lagi.
Sukar bagi kita untuk membezakan masyarakat islam dengan rakyat china yang lain kerana mereka mempunyai warna kulit yang sama dan menggunakan bahasa yang sama. Di Masjid Niujie ini juga kita dapat melihat perbezaan kehidupan masyarakat islam di china dan masyarakat islam di Malaysia. banyak perkara yang berlaku menyebabkan perkara ini terjadi. Walaubagaimana pun masyarakat islam di China masih kukuh dan wujud.
Dianggarkan terdapat lebih 80 buah masjid yang terdapat di sekitar Beijing. Bagi Negara yang bukan berstatus Negara Islam, jumlah tersebut boleh dianggap banyak berbanding Negara Negara lain.
Masjid-Masjid Di Beijing 枅真ćŻș (QÄ«ngzhēnsĂŹ)
1. Masjid Fayuan
Masjid Fayuan
Masjid Fayuan  Alamat: No. 200, Dewai Street, Xicheng District, Beijing Tel: 010-62016131 kapasiti: 300 Nama lain: Beijing Dewai Mosque, Dewai Guanxiang Mosque
2. Masjid Nan Dou Ya 
Masjid Nandouya
Alamat : No.4, Douban Hutong, Dongcheng District, Beijing
Tel: 010-84066979
Kapasiti: 200
Nama lain: Beijing Douban Hutong Mosque
3. Masjid Hou He Yan
Alamat: No.23, Lane 1 Shunhehe, Guang’anmen, Xicheng District, Beijing
4. Masjid Huashi Alamat: No. 80, Xihuashi Street, Dongcheng Street, Beijing Tel: 010-65130828 Kapasiti: 100 Nama lain: Beijing Huashi Mosque
5. Masjid Dongzhimenwai Alamat: No.6, Waichaci, Dongzhimenwai, Dongcheng District, Beijing Tel: 010-64685890 Kapasiti: 300
6. Masjid Dongsi Alamat: No. 13, South Street of Dongsi, Dongcheng District, Beijing Tel: 010-65257824 Kapasiti: 300
7. Masjid Haidian Alamat: Zhalan Road, Haidian Town, Haidian District, Beijing Tel: 010-62558296 Kapasiti: 200
8.Masjid Nanxiapo Alamat: No. 63, Jinshifang Street, Xicheng District, Beijing Tel: 010-66036165 Kapasiti: 100
Kredit foto: Nudinmi 
The post Masjid Niujie : Warisan Tinggalan Islam di China appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/masjid-niujie-warisan-tinggalan-islam-di-china/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
4 Musim Di China: Perkara Yang Ramai Tidak Tahu
Kejadian Empat Musim Di China
Musim luruh di Beijing
Musim di China mempunyai empat musim yang berbeza iaitu musim panas, musim bunga, musim luruh dan musim sejuk. China merupakan sebuah Negara yang sangat besar. Pastinya cuaca dan suhu di setiap kawasan berbeza mengikut iklim kawasan di China.
Iklim di China tidak sama mengikut kawasannya. Kawasan utara seperti Beijing, Inner Mongolia mempunyai iklim musim sejuk Artik. Manakala kawasan tengah China seperti Shanghai mempunyai iklim sederhana. Zon selatan pula seperti Guangzhou mempunyai iklim lebih panas kerana kawasannya yang berada berdekatan dengan garisan khatulistiwa.
Bagaimana Kejadian Empat Musim Di China Boleh Berlaku
Bentuk bumi adalah sfera dan mempunyai dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan. Bulatan bayangan di permukaan bumi yang membahagikan hemisfera utara dan hemisfera selatan dipanggil garisan Khatulistiwa. Paksi bumi pula adalah satu garisan bayangan merentas bumi dari kutub Utara ke kutub selatan.
Bumi berputar di atas paksinya mengikut arah lawan jam. Bumi berputar dari arah barat ke timur. Putaran bumi akan menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam. Putaran bumi di atas paksinya juga mengakibatkan hanya sebahagian bumi yang menerima cahaya matahari dan sebahagian lagi menjadi gelap pada waktu-waktu tertentu.
Sebagai contoh, kita menonton perlawanan bola sepak di antara Manchester United menentang Liverpool secara langsung di rumah. Ketika perlawanan berlangsung, mereka bermain ketika waktu petang. Akan tetapi, kita menonton perlawanan secara langsung di Malaysia pada waktu malam.
Peredaran Bumi Dan Kecondongan Paksi
Peredaran Bumi dan juga kecondongan paksi mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan kejadian 4 musim di China. Semasa bumi berputar di atas paksinya, bumi juga beredar mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam dalam orbit bujur. Disebabkan orbit bumi berbentuk bujur, bumi tidak sentiasa berada pada jarak yang sama dari matahari. Satu edaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa selama 365 hari.
Peredaran bumi dan kecondongan paksinya mengakibatkan berlakunya perubahan ketinggian matahari tengah hari di langit. Jika anda seorang yang suka memerhatikan langit, pasti anda akan perasan perubahan saiz matahari dan bulan tidak sama mengikut bulan-bulan tertentu.
Ekuinoks Musim Bunga Dan Musim Luruh
Kedudukan Matahari apabila Ekuinoks Musim Luruh dan Bunga
Pada 21 Mac matahari akan berada tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa pada waktu tengah hari. Fenomena ini dinamakan sebagai Ekuinoks musim bunga di Hemisfera Utara.
Solstis Musim Panas Di Hemisfera Utara
Pada 21 Jun matahari berada di garisan sartan pada waktu tengah hari. Jadi, kawasan-kawasan yang berada di garisan sartan di sebelah hemisfera utara akan berada dalam musim panas. Manakala kawasan yang berada di garisan jadi pula akan mengalami musim sejuk. Kawasan di utara Garisan Artik mengalami 24 jam siang, manakala kawasan di Selatan Garisan Antartik mengalami 24 jam malam.
Kedudukan Matahari Apabila berlaku Solstis Musim Panas Di Hemisfera Utara
Musim panas di China bermula pada awal Jun sehingga pertengahan September. Cuacanya hampir sama dengan Malaysia, namun siangnya lebih panjang daripada malam. Fenomena ini dikenali sebagai Solstis musim panas di Hemisfera Utara.
Pada 23 September matahari sekali lagi berada tegak di atas kepala di Garisan khatulistiwa pada waktu tengah hari. Fenomena ini dikenali sebagai Ekuinoks musim luruh di hemsifera Utara.
Solstis Musim Sejuk Di Hemisfera Utara
  Kedudukan Matahari Apabila berlaku Solstis musim Sejuk Di Hemisfera Utara
Pada 22 Disember, matahari akan berada tegak di atas kepala di Garisan Jadi pada waktu tengah hari. Maka akan berlaku Soltis musim sejuk di Hemisfera Utara. Pada masa yang sama juga akan berlaku musim panas di hemisfera Selatan. Apabila musim sejuk berlaku di China, waktu siangnya lebih pendek dan waktu malamnya lebih panjang.
Apakah Maksud Ekuinoks Dan Solstis?
Ekuinoks bermaksud seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam sehari.  Pada waku ini, matahari berada di garisan khatulistiwa. Bila fenomena ini berlaku? Ya tepat sekali, 21 Mac ekuinoks musim bunga dan 23 September ekuinoks musim luruh.
Solstis pula bermaksud penerimaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di permukaan bumi. Fenomena ini berlaku pada 21 Jun solstis musim panas dan 22 Disember solstis musim sejuk.
Semasa solstis musim panas, matahari tengah hari berada tegak di atas garisan sartan di hemisfera utara. Keadaan ini menyebabkan hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat.
Di sebabkan fenomena ini masyarakat muslim di China berpuasa selama 16 jam pada musim panas. Akan tetapi sebaliknya bagi hemisfera selatan yang mengalami waktu malam yang lebih panjang berbanding waktu siang.
Musim Sejuk Di Beijing
Ketika solstis musim sejuk pula, matahari tengah hari berada tegak di atas Garisan Jadi di hemisfera selatan. Keadaan ini menyebabkan hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu malam. Sebaliknya yang berlaku di hemisfera utara, malamnya lebih panjang berbanding waktu siang.
Apabila kita memahami tentang peredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya, kita akan mudah memahami tentang perubahan 4 musim. Negara-negara yang mengalami kejadian 4 musim yang nyata ialah Negara-negara Eropah, Kanada, China, Jepun dan banyak lagi.
Musim Bunga Paling Dinantikan Oleh Ramai Orang
æ˜„ć€©chĆ«n tiān atau musim bunga adalah musim yang sangat dinantikan oleh ramai orang. Musim bunga di Beijing berlaku sangat pendek iaitu pada awal April sehingga penghujung Mei.
Pada waktu siang, suhu persekitaran sederhana panas, tetapi berangin dan kering. Akan tetapi menjelang waktu malam, suhunya menurun sedikit tetapi tidaklah terlalu sejuk. Suhu sebegini sangat sesuai dan selesa jika anda ingin berjalan-jalan ketika musim bunga.
Bila waktu yang sesuai untuk travel di China? Anda boleh baca artikel di sini.
Pada musim ini banyak bunga-bunga yang mula berkembang mekar di tepi-tepi jalan. Antara bunga yang dihiasi di tepi jalan termasuklah bunga mawar, bunga tulip dan banyak lagi.
Anda juga boleh pergi ke taman-taman bunga yang terdapat di sekitar Beijing untuk melihat pelbagai jenis bunga. Jika anda berkesempatan anda boleh ke taman çŽ‰æžŠæœ­ć…Źć›­ (yuyuantan) yang terdapat di Bandar Beijing.
Kredit foto : Muhaimin pelajar di Beijing language and Culture University yang menghayati musim di China dengan mendalam
The post 4 Musim Di China: Perkara Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/kejadian-4-musim-di-china/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
7 Tips Kurangkan Rasa Jetlag Ketika Anda Travel
7 Tips Kurangkan Rasa Jetlag Ketika Travel Ke Luar Negara
Jetlag tidak asing lagi bagi anda kaki travel. Pasti anda pernah mengalami ‘jetlag’ bukan? Jetlag terjadi apabila anda melakukan penerbangan jarak jauh yang melintasi zon waktu yang berbeza. Tubuh badan kita mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan waktu yang baru.
Jetlag atau Desynchronosis adalah salah satu keadaan apabila anda mengalami rasa penat, insomnia, kehilangan nafsu makan, hati gelisah dan berasa pening. Bagi wanita pula, jetlag juga akan menganggu kitaran haid wanita.
Kira-kira 90% dari mereka yang travel ke luar dari zon masa mengalami masalah ini.
Artikel ini sangat berguna apabila anda ingin melancong ke luar Negara. Tambahan pula, kita semua akan menunaikan Haji dan Umrah satu ketika nanti. Jika anda mengalami jetlag pastinya segala rancangan anda apabila sampai ke destinasi terganggu.
Kami Senaraikan 7 Tips Untuk Kurangkan Rasa Jetlag Ketika Travel
kredit: Google
#1 Rehat Secukupnya Sebelum Berangkat
Cuba rehatkan badan dengan secukupnya agar tidak terkena jetlag ketika sampai nanti. Rehatkan badan sekurang-kurangnya seminggu sebelum berangkat. Kurangkan melakukan aktiviti berat dan tenangkan fikiran.
#2 Pilih Penerbangan Malam
kredit: Google
Perjalanan jauh menaiki kapal terbang adalah sangat baik jika waktu malam. Anda akan cepat merasa bosan dan akan terus tidur selama perjalanan. Badan anda juga akan mendapat rehat yang sangat cukup di atas kapal terbang.
#3 Kurangkan Pengambilan Kopi / kafein
Minuman yang mengandungi kafein akan merosakkan jam tidur anda. Anda akan terus berjaga dan mengalami kesulitan ketika waktu harus tidur. Minum kopi setelah sampai ke destinasi adalah lebih baik untuk tenangkan fikiran.
#4 Banyak Minum Air Kosong
kredit : Google
Ketika melakukan perjalanan jauh, badan kita mungkin mengalami masalah dehidrasi. Ini disebabkan suhu penghawa dingin dalam kapal terbang sangat tinggi. Seseorang yang mengalami dehidrasi akan mudah mengalami tekana atau stress dan akan mudah terkena jetlag.
Jangan takut untuk minum lebih air kerana tandas dalam kapal terbang sangat selesa dan bersih. Bila lagi nak guna tandas kapal terbang? Kita bayar untuk tandas sekali tau.
#5 Banyak Lakukan Aktiviti Luar
Setelah sampai di tempat yang dituju, anda di nasihatkan agar terus melakukan aktiviti dan jangan baring untuk berehat ‘sekejap’. Berjalan dan ambil angin di luar. Pastikan badan anda terkena cahaya matahari. Ini dapat membantu otak dan badan anda mendapat signal untuk menyesuaikan diri dengan tempat yang baru. Sekaligus mengurangkan rasa jetlag.
#6 Lakukan Regangan Dalam Pesawat
kredit : Google
Jika anda menaiki pesawat lebih dari 4 jam, cubalah berjalan ke tandas dan melakukan sedikit regangan otot. Ini membantu anda mengurangkan masalah jetlag ketika sampai ke destinasi.
Lakukan regangan bermula dari kepala hingga kaki.
#7 Makan Dengan Baik
Bila tiba waktu makan pastikan anda makan dengan selera. Jangan layan perasan rindu rumah, rindu cucu dan sebagainya. Cuba nikmati makanan yang sedap di atas kapal terbang. Bukan selalu kita dapat makan di atas kapal terbang tengan ketinggian beribu-ribu meter.
Sebaiknya, kurangkan makanan pedas untuk mengelakkan masalah keluar masuk tandas.
Kesimpulan
Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika travel nanti. Jika anda ada sebarang tips dan cadangan boleh maklumkan di page facebook limaumandarin.com.
The post 7 Tips Kurangkan Rasa Jetlag Ketika Anda Travel appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/7-tips-kurangkan-rasa-jetlag-ketika-travel/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
Travel Ke Tianjin, Bandar Yang Dilupakan
Kalau sebelum ini ramai yang sempat untuk travel ke Tianjin kerana sebelum AirAsia mendarat di Beijing, semua penerbangan AirAsia dari KLIA turun di Tianjin.
Dan dari Tianjin, pengunjung dari Malaysia akan ke Beijing dengan menaiki kereta api laju selama 30 minit.
Travel ke Tianjin merupakan salah satu trip ke bandar yang tidak sesak dengan orang dan boleh menghayati suasana harian orang China.
Di Tianjin juga terdapat tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati sekiranya anda travel ke Tianjin.
Pemandangan Tianjin
Travel Ke Tianjin, Bandar Yang Dilupakan
Tianjin merupakan bandar dengan hanya 40 juta orang dan merupakan bandar keempat terbesar di China.
Sebenarnya Tianjin merupakan salah satu pusat ekonomi negara China dan di sini letaknya pelabuhan paling dekat dengan Beijing.
Sungai Hai
Melawat Tianjin
Jika anda dari Beijing, anda boleh naik kereta api laju dari stesen kereta api Beijing Nan Zhan.
Sebelum anda tiba di bandar Tianjin anda boleh lihat sawah padi di antara Beijing dan Tianjin. Petani sedang mengangkat kotak, tidur di tepi sawah padi dan kanak-kanak yang berkerjaran adalah pemandangan sebelum anda tiba di Tianjin.
Setibanya anda di Beijing, anda akan melihat sebuah bandar yang jauh beza binaan bangunannya dengan Beijing. Di dataran Tianjin, adanya jam besar dan jambatan moden di sungai Hai.
Bersiar-siar di tepi sungai
Berjalan di tepi sungai anda boleh melihat bangunan-bangunan ala Eropah dan Tianjin merupakan bandar yang lebih tenang berbanding Beijing.
Dari sini anda boleh ke Bandar Lama Tianjian.
Bandar Lama Tianjin
Di bandar lama, kebanyakan bangunan berbentuk binaan lama orang China dan ditukar menjadi kedai kepada para pengunjung.
Di sini anda boleh beli cenderahati dan makanan ringan. Selain daripada itu anda boleh terus keÂ ć—ćž‚éŁŸć“èĄ— (NĂĄn shĂŹ shĂ­pǐn jiē) untuk menikmati makanan tradisional Tianjin.
Nán shì shípǐn jiē
Jangan risau dengan makanan, Tianjin juga sangat terkenal dengan restoran makanan laut sahaja kerana Tianjin terletak di tepi laut dan makanan laut mereka sangat segar.
Jika anda ke sana, jangan risau jika tidak makan makanan laut, ada juga kedai makanan halal yang mudah untuk dicari malah diÂ ć—ćž‚éŁŸć“èĄ— (NĂĄn shĂŹ shĂ­pǐn jiē) juga ada restoran halal.
Bandar Itali
Terdapat satu kawasan yang dibina ala Eropah dan di sini anda boleh menikmati kopi dan pizza kerana tempat ini diambil inspirasi Itali.
Tempat ini dipanggil Marco Polo Square.
Perpustakaan Tianjian
Anda boleh berkunjung ke Perpustakaan Tianjin yang baru siap dibina dengan seni bina yang sangat unik.
Perpustakaan Tianjin
Waktu Malam
Pada waktu malam anda boleh menaiki bot di sungai Hai untuk menikmati pemandangan malam Tianjian.
Atau anda boleh ke Tianjin Eye dan naik Ferris Wheel denga ketinggian 120 meter.
Semasa penulis di Tianjin, saya berjalan di tepi sungai sambil bermain permainan di tepi sungai yang dicaj sebanyak 5 Yuan.
Tianjin eye
Jika anda travel ke Tianjin, kami sangat sarankan anda bermalam di sana sekurangnya semalaman dan tidak lebih 2 malam kerana semua tarikan boleh dihabiskan dalam masa 2 hari sahaja.
Jika anda lama di Beijing, pastikan anda ambil masa untuk travel ke Tianjin. Bagi kami, Tianjin merupakan salah satu tempat untuk escape daripada kesibukan Beijing.
The post Travel Ke Tianjin, Bandar Yang Dilupakan appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/travel-ke-tianjin-bandar-yang-dilupakan/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
Travel ke Yunnan : Ini Panduan Anda Perlukan
Artikel ini ditulis sebagai panduan Travel ke Yunnan yang terletak di barat daya China. Panduan Travel ke Yunnan ini ditulis untuk anda yang mahu travel ke Yunnan dengan rujukan yang betul.
Bergantung kepada gaya travel dan budget travel anda, panduan ini boleh dijadikan bacaan asas untuk mengenali Yunnan serta pengetahuan asas tentang Yunnan.
Kedudukan Yunnan di barat daya China. Yunnan bersempadan dengan Vietnam, Laos dan Burma.
Panduan Travel ke Yunnan
Panduan Travel ke Yunnan ini ditulis mengikut :
Perkara asas Travel ke Yunnan
Contoh itinerari
Shilin berhampiran Kunming
Bandar lama Dali
Bandar Lama Lijiang
Shangri-La
Tasik Lugu
Padi Bukit Yuanyang
Yunnan sangat terkenal dengan kepelbagaian pemandangan dan merupakan rumah buat 3 kaum minoriti China. Yunnan pasti akan buat anda teruja!
Pemandangan Puzheihei
Perkara asas Travel ke Yunnan
Tempoh untuk travel ke Yunnan yang disarankan sekurang-kurangnya seminggu. Namun jika anda mahu ke semua tempat-tempat di Yunnan, kami sarankan lebih 12 hari.
Travel ke Yunnan adalah satu pengalaman yang mengujakan dengan pemandangan yang cantik dan budaya masyarakat tempatan yang unik.
Anda boleh lihat matahari terbit dan terbenam di sawah padi bukit Yunyuang atau lari daripada kesibukan orang ramai dan lepak do Tasik Lugu. Atau anda juga boleh get lost dalam kalangan masyarakat minoriti ditemani binaan bandar lama di Lijiang atau di Dali.
Iklim Yunnan berbeza-beza di setiap tempat kerana bentuk muka bumi yang berbeza-beza. Contohnya di Dali, tempat ini ibarat musim bunga sepanjang tahun dengan suhu yang ideal untuk para pelancong.
Manakala di Shangri-La yang berdekatan dengan dataran Tibet pula sangat sejuk semasa musim sejuk.
Waktu terbaik untuk travel ke Yunnan adalah pada bulan April hingga Oktober. Pada bulan-bulan ini, cuaca sangat baik dengan bunga dan sayuran yang sedang mekar dan segar.
Yunnan sangat mudah untuk diakses melalui udara dan darat dengan kemudahan lapangan terbang, stesen bas dan stesen kereta api di Yunnan.
Kunming, ibu negeri Yunnan mempunyai lapangan terbang yang pada tiap hari ada penerbangan domestik ke sana dari mana-mana lapangan terbang.
Jika anda dari Kuala Lumpur, Air Asia ada penerbangan ke Kunming dari KLIA. Tiket kapal terbang KLIA – KMG lebih kurang RM600 dan ke atas bergantung kepada masa dan musim.
Jika anda suka travel dengan kapal terbang maka dari lapangan terbang Kunming anda boleh terus ke Lijiang, Dali dan Shangri-La.
Jika masa bukan halangan, anda boleh pilih untuk menaiki kereta api atau bas untuk ke semua tempat ini.
Peta Yunnan
Itinerari Yunnan
Di bawah merupakan beberapa contoh Itinerari yang anda boleh ambil untuk dijadikan itinerari asas anda.
Kunming – Shilin – Dali – Lijiang – Shangli-La – Kunming
Kunming – Shilin – Dali – Lijiang – Tasik Lugu – Lijiang
Kunming – Yuan Yang – Kunming
Shilin
Shilin – Rimba Batu
Shilin merupakan taman yang sangat cantik dan dipanggil rimba batu kerana ia dipenuhi dengan batu kapur yang tumbuhnya pokok di atasnya.
Anda boleh ke sana dengan menaiki teksi atau bas dari Kunming yang bertolak setiap satu jam. Perjalanan ke sana dari Kunming memakan masa satu jam setengah.
Pada jam 9 pagi sudah ramai pelancong yang ke sana jadi, pastikan anda susun jadual anda semasa ke sana. Ramai yang tidak suka ke Shilin kerana terlalu ramai orang.
Sangat digalakkan untuk bersama travel agency ke sana kerana mereka akan bawa anda seawal pagi.
Atau anda boleh bermalam di bandar Lunan dan awal pagi anda boleh bertolak dari bandar itu dengan bas yang akan tiba paling awal.
Pintu Masuk Dali
Bandar Lama Dali
Dali adalah salah satu daripada tempat yang ramai dengan backpacker China. Ada daripada mereka suka duduk di kaki lima dan memetik gitar serta bercerita tentang perjalanan backpacking mereka.
Dengan sejarah lebih 2,000 tahun, Dali merupakan ibu negara kerajaan Nanzhao dengan entiti yang berbeza daripada China.
Dali terletak berdekatan dengan Tasik Erhai dengan altitud 1,900 meter dan di situ anda boleh lihat Chang Shan atau Jade Green Mountain.
Anda boleh mendaki dengan tangga namun perlu berhati-hati. Biasanya Chang Shan tidak ramai pendaki dan jika anda seorang pendaki, ia merupakan salah satu gunung yang wajib anda daki.
Untuk ke Dali, anda boleh menaiki kapal terbang atau kereta api.
Three Pagodas
Dari Dali anda boleh kunjungi Three Pagodas. Ia dibina pada abad kesembilan dengan ketinggian 72 meter.
Jika anda ke kuil Zhonghe, anda boleh lihat pemandangan Tasik Erhai dari tingkat paling atas.
Anda boleh berbasikal ke Tasik Erhai atau menaiki feri yang ke sana.
24 kilometer utara Dali, anda boleh pergi ke kota lama Xizhou.
Tasik Erhai
Bandar Lama Lijiang
Di datarang Qinghai – Tibet anda boleh ke Lijing, sebuah bandar lama yang menjadi rumah kepada kaum Naxi.
Dipenuhi dengan bangunan lama, dan jalan berbatu, ia menjadikan salah satu lokasi yang seakan dalam filem Kung Fu.
Di sini anda boleh lihat Jade Dragon Snow Mountain yang menjadi latar belakang Lijiang.
Jade Dragon Snow Mountain
Lijiang boleh diakses dengan kapal terbang, bas atau kereta api dari Kunmin atau dari bandar-bandar lain di China.
Anda memerlukan masa sekurangnya 2 hari untuk merayau di Lijiang dan ke tempat-tempat yang wajib pergi jika ke Lijiang.
Tempat-tempat yang wajib pergi jika ke Lijiang adalah  :
Black Dragon Pool
Muzium Budaya Dongba
Jade Dragon Snow Mountain
Tiger Leaping Gorde
Suasana malam
Shangri-La
Shangri-La
Jika anda ke sebelah Utara Yunnan, Shangri-La adalah hentian wajib pelancong. Di sini anda boleh lihat kuil tinggalan, pemandangan cantik dan suasana Tibet.
Nama asal Shangri-La adalah Zhongdian dan dengan pemandangan yang sangat cantik, seorang penulis buku British menulis novel berdasarkan tempat ini.
Jika anda tidak ke Tibet, Shangri-La sudah cukup untuk anda merasai budaya Tibet.
Di sini anda boleh ke :
Gyelthang
Ganden Sumtseling Gompa
Istana ala Potala
Bita Hai
Tasik Shudu
Anda boleh menunggang kuda atau merayu di sekeliling sambil menghayati keindahan alam sekitar.
Anda juga memerlukan kereta sewa dengan pemandu jika anda mahu ke sana sini di Shangri-La kerana di sini kurang pengangkutan awam.
Tasik Lugu
Tasik Lugu
Di kawasan sini, ramai orang Tibet tinggal di sini. Pemandangan yang cantik serta budaya kaum minoriti menjadi tarikan pelancongan.
Untuk ke Tasik Lugu, anda boleh mulakan perjalanan anda dari Luoshui.
Tasik ini dikelilingi bukit dengan air yang sangat jernih hingga boleh lihat ikan berenang-renang.
Tasik ini dan sekeliling antara tempat yang tidak dijadikan pembangunan ekonomi dan tiada pencemaran alam sekitar.
Jadi Luoshui anda boleh ke Pulau Liwubi, Pulau Nixi dan Pulau Heiwawu.
Untuk ke Tasik Lugu anda boleh ke sana dengan bas selama 7 jam perjalanan.
Waktu terbaik untuk ke Tasik Lugu adalah pada bulan April – Mei dan September – Oktober semasa suhunya sederhana dengan udara yang tidak terlalu kering.
Yuan Yang
Sawah Padi Yuan Yang
Yuan Yang terletak di selatan Yunnan adalah salah satu tempat bagi pencinta alam sekitar yang menghargai pemandangan yang cantik.
Sawah padi ini wujud sejak beratus tahun oleh orang Hani dan keluasannya adalah 125 kilometer persegi.
Ramai daripada fotografe ke sini untuk matahari terbit dan terbenam di atas sawah padi.
Digalakkan untuk ke sini pada Januari – Mac dan iklim di sini tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Jika anda ke Yunnan, kongsikan pengalaman anda di sana bersama kami!
The post Travel ke Yunnan : Ini Panduan Anda Perlukan appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/travel-ke-yunnan-ini-panduan-anda-perlukan/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
10 Fakta Menarik Yunnan Yang Anda Tidak Tahu
Kami bawakan 10 fakta menarik Yunnan yang kami yakin anda tidak tahu dan inilah senarai fakta menarik Yunnan yang anda perlukan sebelum melancong ke Yunnan.
Yunnan sangat terkenal dengan pemandangan yang sangat cantik dan itulah tarikan pelancong ke sana.
Kedudukan Yunnan di barat daya China. Yunnan bersempadan dengan Vietnam, Laos dan Burma.
10 Fakta Menarik Yunnan Yang Anda Tidak Tahu
#1 – Yunnan lebih besar daripada Jerman
Keluasan Yunnan adalah 390,000 kilometer persegi. Dengan keluasan ini, datangnya pelbagai tarikan pelancongan dan banyak yang anda boleh lakukan di sana.
Anda perlukan sekurangnya seminggu untuk menghayati Yunnan.
Minoriti di Yunnan
#2 – Yunnan rumah kepada 25 kaum minoriti
Yunnan sangat terkenal dengan kepelbagaian etnik. Secara rasminya mengikut statistik terdapat 25 kaum minoriti yang tinggal di Yunnan.
Ia merupakan tempat paling ramai penduduk China dengan pelbagai kaum. Selain daripada itu terdapat 16 bahasa dituturkan di situ.
Shangri La
#3 – Barat Yunnan paling tinggi
Yunnan merupakan tempat berbukit bakau, bergunung ganang. Utara Yunnan adalah dataran Yunnan – Guizhou. Ketinggian dataran tersebut adalah 1,980 meter dari laut.
Manakala Shangri-La, daerah di sebelah barat laut Yunnan 3,200 meter dari laut manakala Gunung Meili adalah 6,740 meter dari laut.
Jika ke sana, anda perlukan beberapa hari untuk sesuaikan diri dengan altitud yang tinggi.
Dali
#4 – Iklim yang selesa
Kawasan Yunnan terletak di kawasan tropikal menjadikannya tempat yang beriklim yang sederhana dan selesa.
Waktu sesuai travel ke Yunnan adalah sepanjang tahun. Oleh kerana tiap kawasan mempunyai rupa bumi berbeza, lain tempat lain iklimnya.
Kunming yang terletak di Timur Yunnan mempunyai iklim musim bunga sepanjang tahun. Pada Januari hingga Jun suhu dianggarkan 2 hingga 15 darjah celcius, manakala pada Julai dan bulan seterusnya adalah 17 hingga 24 darjah celcius.
Suhu di Dali pula tidak pernah di bawah 4 darjah pada musim sejuk dan pada musim panas sentiada di paras 25 darjah celcius ke atas.
Shangri-La pula paling sejuk adalah serendah -10 darjah celcius kerana ketinggiannya.
Lijiang
#5 – Tempat wajib pergi China
Biasanya pelancong akan ke Beijing, Xi’an atau Shanghai. Jika ketiga-tiga tempat itu sudah dikunjungi, Yunnan adalah destinasi di China seterusnya yang kami sarankan.
Dengan keindahan alam sekitar (gunung ganang, tasik) hinggalah budaya yang berbagai menjadikan Yunnan permata negara China yang jarang dikunjungi.
#6 – Budaya Tibet
Jika anda tidak pernah ke Tibet dan mahu merasai kebudayaan Tibet, anda juga boleh lakukannya di Yunnan.
Tibet antara lokasi susah akses untuk kita, jadi Yunnan antara yang paling mudah untuk diakses dan merasai kebudayaan orang Tibet kerana persamaan mereka.
Tasik Erhai
#7 – Syurga Backpacker
Rupa bentuk bumi Yunnan menjadikannya sebagai salah satu lokasi yang sangat terkenal buat pendaki dan backpacker.
Dali dan Lijiang antara 2 tempat yang terkenal dalam kalangan backpacker yang ke Yunnan.
#8 – 13 Lapangan Terbang
Di Yunnan terdapat 13 lapangan terbang yang sedia ada dan 3 lagi masih dalam pembinaan.
Yunnan merupakan wilayah kedua paling banyak lapangan terbangnya selepas Xinjiang.
Ini menjadikan Yunnan sangat mudah diakses melalui kapal terbang berbanding kereta api.
#9 – Pengeluar Teh
Yunnan sangat terkenal dengan produk teh. Mengikut sejarah Yunnan merupakan laluan pedagang selatan terutama yang berkaitan dengan teh.
#10 – Pintu Masuk Asia Tenggara
Yunnan berkongsi sempadan sejauh 4,060 kilometer dengan Myanmar di bahagian barat.
Manakala di bahagian selatan pula, Yunnan bersempadan dengan Laos dan di bahagian Tenggara pula Yunnan bersempadan dengan Vietnam.
Jika anda merancang untuk ke Yunnan melalui darat, amat digalakkan jika anda seorang backpacker.
Di Kunming, terdapat 7 pejabat konsulat termasuklah Konlusat Malaysia, Kemboja, Bangladesh, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
The post 10 Fakta Menarik Yunnan Yang Anda Tidak Tahu appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/10-fakta-menarik-yunnan-yang-anda-tidak-tahu/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
8 Fakta Menarik Xi’an Yang Mengagumkan!
Kami senaraikan 8 fakta menarik Xi’an yang mengagumkan. Jika anda sedang merancang untuk ke China pada tahun ini, jangan lupa masukkan Xi’an dalam senarai tempat wajib pergi anda.
Xi’an merupakan salah satu kota lama yang sangat penting dalam sejarah China dan pernah menjadi ibu negara untuk beberapa dinasti.
Dinasti yang dimaksudkan adalah Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui, Tang dan lain-lain. Sebelum Dinasti Ming, Xi’an dikenali dengan nama Chang’an.
Dengan sejarah selama 3,100 tahun, travel ke Xi’an boleh membuatkan anda kagum dengan sejarah negara China dan tamadan mereka.
8 Fakta Menarik Xi’an Untuk Anda
Fakta Menarik Xi’an #1 – Kelahiran Tamadun China
Xi’an dianggap sebagai tempat kelahiran Tamadun China dengan sejarah yang sangat lama. Ia merupakan ibu negeri wilayah Shaanxi dan merupakan hujung jalan timur Laluan Sutera.
Sejarah Xi’an dicatat daripada awal tamadun hingga kepada era Maharaja dan seterusnya pemodenan.
Maharaja pertama yang menyatukan China buat pertama kali berpangkalan di Xi’an dan meninggalkan legasinya sehingga hari ini.
Terracotta Warriors
Fakta Menarik Xi’an #2 – Legasi Maharaja Pertama
Xi’an disenaraikan sebagai salah satu bandar yang wajib dilawati di China.
Xi’an sangat terkenal dengan Terracotta Warriors yang menjadi simbol antarabangsa kepada sejarah China. Lawatan ke muzium Xi’an adalah wajib jika anda ke sana.
Terracotta Warriors merupakan tinggalan Maharaja Qin Shi Huang yang dibina, dipercayai akan bersamanya dalam kehidupan seterusnya setelah dia meninggal dunia.
Hui Min Jie
Fakta Menarik Xi’an #3 – Makanan Sedap & Halal
Pergi Xi’an, makanan halal tidak menjadi masalah malah anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan China yang sedap.
Tidak perlu ragu-ragu, tidak perlu risau, anda perlu ke Hui Min Jie untuk menikmati makanan halal dan sedap.
Jangan lupa untuk makan kambing panggang, mee tarik, kebab kambing dan tofu busuk.
Ini masanya untuk anda melantak makanan dan mencuba semua makanan China di sana.
Fakta Menarik Xi’an #4 – Cenderahati Unik
Cenderahati di Xi’an sangat unik kerana semua berdasarkan Terracotta Warriors.
Ada yang menjual lukisan, patung kecil, barang antik dan sebagainya. Semua boleh dibeli dengan harga murah (kena runding) untuk ahli keluarga atau kawan di rumah.
Fakta Menarik Xi’an #5 – Sejarah Xi’an, Sejarah China
Untuk anda faham tamadun China lama, anda boleh kaji dan baca sejarah Xi’an.
Bermula dengan Maharaja Pertama hinggalah Laluan Sutera, anda akan faham kenapa Xi’an merupakan salah satu tempat penting di China.
Bell Tower Xi’an
Fakta Menarik Xi’an #6 – Waktu Sesuai ke Xi’an
Iklim Xi’an agak sederhana. Pada musim sejuk tidak terlalu sejuk dan pada musim panas tidak terlalu panas.
Cuma pada musim bunga dan awal musim panas, akan adanya ribut pasir. Musim hujan pula adalah pada Julai hingga September tetapi tidaklah sekerap Malaysia turun hujannya jika dibandingkan.
Waktu paling sesuai untuk pergi ke Xi’an adalah pada musim bunga dan musim luruh dengan cuaca yang sangat selesa dan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
Fakta Menarik Xi’an #7 – Tembok Kota
Banda Xi’an dijaga baik oleh kerajaan China terutama dalam sektor pelancongan. Tembok Kota adalah antara contoh binaan yang diselenggara baik.
Apa yang seronok dibuat di Tembok Kota?
Mestilah berbasikal. Bayangkan dahulu tentera China berkuda di atas Tembok tersebut, sekarang kita berbasikal di atas Tembok itu. Cool kan?
Tembok tersebut dibina semasa pemerintahan Dinasti Ming untuk melindungi bandar.
Masjid Xi’an
Fakta Menarik Xi’an #8 – Masjid Tertua China
Di Xi’an anda boleh ke masjid tertua di China yang terletak di bandar Xi’an.
Masjid tersebut sudah berusia 1250 tahun dan seni binanya sangat cantik dan dalamnya pada dinding diukur ayat Al-Quran.
Kesimpulan
Xi’an menjadi tumpuan pelancong dengan jumlah pelancong yang tinggi. Mereka ke sana untuk melihat tinggalan tamadun China yang hebat seperti Terracotta Warriors dan Tembok Kota Xi’an.
Jika anda berminat mahu melancong ke Xi’an bersama kami, klik di bawah untuk terus Whatsapp kami pakej Xi’an yang pasti buat anda berpuas hati.
Atau Klik Sini Untuk Whatsapp
The post 8 Fakta Menarik Xi’an Yang Mengagumkan! appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/8-fakta-menarik-xian-yang-mengagumkan/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
20 Fakta Menarik Beijing Yang Sangat Wow!
Kami senaraikan 20 fakta menarik Beijing yang boleh membuatkan anda rasa Beijing merupakan sebuah bandar yang sangat hebat!
Beijing bagi kami alumni pelajar di sana cukup sebati dan ia umpama rumah kedua kami. Dengan keunikan bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya menjadikan kami pelajar yang celik dengan dunia luar.
Jika anda telusur kembali sejarah dan peristiwa 30,000 tahun lalu yang pernah berlaku di Beijing, anda tahu ia merupakan sebuah tempat yang sangat menarik.
Jadi masukkan Beijing sebagai salah satu tempat yang wajib anda lawati dalam hidup anda.
20 Fakta Menarik Beijing Yang Mengagumkan
Pemandangan Malam Beijing
Fakta Menarik Beijing #1 – Nama Beijing
Beijing pada asalnya tidak dinamakan Beijing. Dengan sejarah yang dicatat, dengan orang yang berbeza-beza memerintah, ia mendapat 15 nama sebelum nama Beijing.
Antara nama-nama yang diberikan kepada Beijing termasuklah Beiping, Yanjing, Dadu, Zhongdu dan lain-lain.
Fakta Menarik Beijing #2 – Bandar Kedua Terbesar
Walaupun Beijing merupakan ibu negara China, bandar Beijing lebih kecil daripada Shanghai. Shanghai merupakan bandar terbesar di China dengan populasi paling tinggi di dunia.
Populasi Beijing adalah seramai 22 juta orang pada tahun 2015.
Fakta Menarik Beijing #3 – Beijing Bandar Basikal
Seperti Amsterdam, Beijing merupakan bandar yang rata-rata orang awam menggunakan basikal sebagai pengangkutan harian.
Hampir semua bangunan di Beijing mempunya tempat letak basikal dan bike-sharing sangat terkenal di Beijing.
Karakter WĂĄng
Fakta Menarik Beijing #4 – Wang Nama Terkenal
Menurut rekod pendaftaran, nama keluarga Wang adalah nama yang paling terkenal di Beijing.
Sebanyak 11% daripada orang Beijing memiliki nama Wang. Ia sama seperti Smith di London dan Suzuki di Jepun.
Jika di Malaysia, biasanya Wang adalah Wong kerana mengikut slang yang berbeza.
Tulisan Mandarin
Fakta Menarik Beijing #5 – Bahasa Rasmi China
Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi China. Ia juga merupakan dialek Beijing.
Jika anda mahu belajar bahasa Mandarin yang betul-betul pure, anda boleh ke Beijing dan belajar di BFSU atau BLCU.
Forbidden City
Fakta Menarik Beijing #6 – Istana Terbesar Dunia
Forbidden City adalah istana terbesar di dunia. Ia juga merupakan istana Mahara yang paling dijaga.
Pada tahun 1987 Forbidden City diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Forbidden City merupakan rumah kepada 24 orang Maharaja semasa Dinasti Ming dengan pembinaan selama 14 tahun antara 1406 hingga 1420.
Peking Duck
Fakta Menarik Beijing #7 – Itik Panggang
Peking Duck, makanan yang wajib anda makan jika ke Beijing. Dimakan bersama kulit popiah, sayur dan sos tiram.
Ia sebenarnya merupakan makanan diraja dan hari ini ia menjadi tarikan yang wajib anda makan di sana.
Fakta Menarik Beijing #8 – Bandar Terpenting Dalam Sejarah
Beijing merupakan ibu negara buat 6 Dinasti pada 21 kurun yang lalu. Sejarah Beijing adalah seperti di bawah :
221 SM : Ibu negara Yan
1271 : Ibu negara pertama Dinasti Yuan
1368 – 1644 : Ibu negara Dinasti Ming
1644 : Ibu negara Dinasti Qing
1912 : Ibu negara Republik China
1 Oktober 1949 – sekarang : Ibu negara Republik Rakyat China
Olimpik 2008
Fakta Menarik Beijing #9 – Hos Olimpik Musim Panas & Musim Sejuk
Beijing membina Taman Olimpik, dibina untuk Sukan Olimpik pada tahun 2008. Bird Nest merupakan stadium terbesar dunia yang pernah dibina.
Pada tahun 2022 Beijing sekali lagi bakal menjadi tuan rumah untuk Olimpik Musim Sejuk.
Ini menjadikannya satu-satunya lokasi yang menjadi hos kepada kedua-dua Sukan Olimpik.
Fakta Menarik Beijing #10 – 20 juta penduduk
Beijing mempunyai populasi sebanyak 20 juta orang dengan keluasan 16,800 kilometer persegi.
Di bandar sahaja terdapat 12 juta orang rakyat tidak termasuk warga asing.
Fakta Menarik Beijing #11 – Pencemaran Udara
Pencemaran udara di Beijing sangat teruk dan kerajaan China sedang bertungkus lumus menyelesaikan masalah ini.
tembok besar china
Fakta Menarik Beijing #12 – Waktu Terbaik Melawat
Bercerita tentang iklim Beijing, ia memiliki iklim yang ekstrim. Pada musim panas, suhu tertinggi pernah dicapai adalah 42°C manakala pada musim sejuk pernah dicatatkan serendah -27°C.
Jadi, pergilah semasa musim luruh atau musim bungan jika anda tidak tahan sejuk atau panas.
Bulan April, Mei, September dan Oktober merupakan bulan-bulan terbaik untuk anda melawat Beijing.
Cuma pastikan anda elakkan daripada berkunjung semasa cuti umum China bagi mengelakkan kesesakan pelancong-pelancong China di tarikan pelancong.
Lapangan Terbang Beijing
Fakta Menarik Beijing #13 – Lapangan Terbang Sibuk
Beijing Capital International Airport adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia selepas Hartsfield-Jackson Atlantan International Airport.
Jika di Asia, Lapangan Terbang paling sibuk .
Kesimpulan
Banyak lagi fakta-fakta menarik Beijing yang boleh kami senaraikan. Cuma sebelum itu, kami sangat syorkan anda ke Beijing untuk menghayati senibina klasik, seperti berada dalam filem Kung Fu.
Jika anda sedang mencari pakej Beijing, klik saja di bawah untuk Whatsapp terus kami. Anda pasti akan berpuas hati dengan pakej Beijing kami!
Atau Klik Sini Untuk Whatsapp
The post 20 Fakta Menarik Beijing Yang Sangat Wow! appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/20-fakta-menarik-beijing-yang-sangat-wow/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
14 Fakta Menarik Shanghai Wajib Anda Tahu
Kami senaraikan 15 fakta menarik Shanghai yang wajib anda tahu jika anda berminat untuk melancong ke Shanghai atau hanya untuk pengetahuan umum anda.
Shanghai merupakan salah satu metropolitan yang wajib anda lawati untuk melihat gabungan bangunan klasik dan bangunan moden.
Menjadikannya sebuah bandar yang sangat unik dan pemandangan yang mengujakan!
侊(ShĂ ng) bermaksud di atas manakala æ”· (hăi) bermaksud laut. Jadi nama Shanghai bermaksud di atas laut sesuai dengan kedudukan Shanghai yang terletak di delta sungai Yangtze yang bersambung ke Laut China Timur.
Fakta Menarik Shanghai #1 Kampung dan Negara
Pada awalnya dalam sejarah, Shanghai hanyalah merupakan perkampungan nelayan dengan nama Hudu.
Pada 1292 selepas Masihi, Dinasti Yuan menjadikannya sebuah negara.
Hari ini Shanghai merupakan bandar terbesar di China.
Fakta Menarik Shanghai #2 Yahudi di Shanghai
Antara tahun 1937 dan 1939 dianggarkan 20,000 orang Yahudi berhijrah ke Shanghai melarikan diri daripada kekejaman Nazi.
Masjid Fuyou Lu
Fakta Menarik Shanghai #3 Masjid di Shanghai
Masjid tertua di Shanghai dibina pada tahun 1868 dan diberi nama Masjid Fu You Lu.
Fakta Menarik Shanghai #4 Marathon di Shanghai
Shanghai International Marathon diadakan pada setiap tahun pada musim luruh.
Mempunyai peserta paling ramai di China, marathon ini dipenuhi dengan 38,000 orang pelari dan sistem cabutan terpaksa dibuat untuk memilih peserta.
Fakta Menarik Shanghai #5 Bandar paling ramai orangnya
Populasi Shanghai semakin meningkat dan hari ini mencecah 24 juta orang.
Dengan penduduk yang ramai, sistem kereta api ringan mereka adalah antara yang terpanjang di dunia.
Fakta Menarik Shanghai #6 Manisan Shanghai
Masakan dan makanan Shanghai biasanya menggunakan gula berbanding tempat lain di China.
Manisan Shanghai juga sangat terkenal.
Fakta Menarik Shanghai #7 Waktu paling sesuai ke Shanghai
Waktu yang paling sesuai untuk melancong ke Shanghai adalah pada musim bunga dan musim luruh.
Oleh kerana iklim Shanghai sama seperti Malaysia dengan kelembapan yang agak tinggi, pada musim panas, cuacanya sangat panas.
Manakala pada musim sejuk, cuacanya akan menjadi sangat sejuk.
Sangatlah digalakkan untuk ke Shanghai pada musim luruh dan musim bunga.
Bunga Magnolia
Fakta Menarik Shanghai #8 Bunga Shanghai
Pada tahun 1986, Jawatankuasa Perbandaran Shanghai menetapkan bunga Magnolia sebagai bunga perbandaran.
Ia merupakan bunga yang sentiasa mekar pada musim bunga di Shanghai.
Fakta Menarik Shanghai #9 Bandar paling happening
Pada tahun 2004, Shanghai menjadi tuan rumah buat A1GP World Cup of Motorsport dan pada tahun tersebut majalah Time mengiktiraf Shanghai sebagai banda paling happening.
Fakta Menarik Shanghai #10 Shanghai pusat kewangan dan ekonomi
2 dekad ini kita menyaksikan Shanghai muncul sebagai pusat kewangan dan ekonomi yang gilang gemilang.
Terima kasih pada kerajaan China, hari ini Shanghai menjadi salah satu hub ekonomi duna dengan pasaran yang makin besar dan menjadi tumpuan pelaburan asing.
Peningkatan yang berlaku adalah sangat stabil.
Lapangan Terbang Pudong
Fakta Menarik Shanghai #11 Hub Pengangkutan
Sistem kereta api laju Shanghai merupakan sistem terpanjang di dunia sejauh 588 kilometer.
Ia mempunyai 364 stesen yang berada di bawah bandar Shanghai dan menyambung antara stesen memudahkan orang awam.
Lapangan terbang antarabangsa Pudong dan Hongqiao juga menjadi hub pengangkutan antarabangsa yang sangat hebat dengan jumlah 70 juta setahun.
Fakta Menarik Shanghai #12 Bahasa Inggeris di Shanghai
Bahasa Inggeris adalah matapelajaran wajib di sekolah awam di Shanghai. Ini menjadikan bandar Shanghai mempunyai penutur Bahasa Inggeris yang tinggi berbanding di wilayah China yang lain.
Fakta Menarik Shanghai #13 Dumpling Shanghai
Shanghai sangat terkenal dengan dumpling mereka yang sangat sedap. Oleh kerana ia berada di tepi laut, jadi dumpling udang adalah antara yang menjadi kesukaan orang ramai.
Fakta Menarik Shanghai #14 Menara Tinggi Shanghai
Burj Khalifi di Dubai merupakan menara tertinggi di dunia menjadikan Shanghai Tower menara kedua tertinggi di dunia.
Shanghai Tower jelas dilihat dari The Bund
The post 14 Fakta Menarik Shanghai Wajib Anda Tahu appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/14-fakta-menarik-shanghai-wajib-anda-tahu/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
Panduan Tembok Besar China Untuk Anda
Anda sedang mencari panduan Tembok Besar China? Inilah panduan Tembok Besar China yang anda perlukan. Terus membaca.
Panduan Tembok Besar China untuk Anda
Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban dunia yang wujud sejak kurun ke-7 sebelum Masihi di China.
Ia menjadi kebanggaan orang China dan diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan UNESCO.
Tembok Besar China diibaratkan seperti seekor naga yang sangat besar sepanjang 8,850 kilometer. Kepalanya di Beijing dan ekornya di padang pasir di wilayah Gansu berdekatan dengan Laluan Sutera.
Walaupun kita boleh ke semua bahagian Tembok Besar China, harus kita tahu bahawa tiap bahagian Tembok Besar China mempunyai keistimewaannya sendiri.
Biasanya ramai ke bahagian Badaling, Mutianyu atau Juyongguan. Ini kerana itulah antara bahagian yang mudah untuk pergi dan dekat dengan Beijing.
Artikel ini memberi informasi kepada anda mengenai bahagian-bahagian Tembok Besar China untuk menambah pengetahuan anda dan memilih untuk ke Tembok Besar China yang mana satu.
Panduan Tembok Besar ini juga membantu anda bagaimana mahu ke tiap bahagian dengan harga tiket masuk dan sebagainya.
youtube
Kepala Tembok Besar China : Di Beijing
Tembok Besar China Badaling (ć…«èŸŸćČ­)
Tembok Besar Badaling terletak di 80 kilometer barat laut bandar Beijing. Ia merupakan bahagian Tembok Besar yang paling dijaga dan paling ramai pengunjungnya.
Musim panas merupakan musim puncak bagi pengunjung ke sana. Jika anda tidak mahu melihat lautan manusia di atas Tembok Besar China, maka elakkan daripada pergi pada musim panas dan cuti umum China.
youtube
Cara pergi ke Badaling :
Pergi ke stesen subway line 2, turun di stesen Jishuitan
Berjalan ke stesen bas Deshengmen
Ambil bas nombor 919 ke Badaling
Atau anda boleh menaiki kereta api dari Stesen Kereta Api Utara terus ke Badaling.
Tiket masuk pada November – Mac adalah sebanyak 40 Yuan dan 45 Yuan semasa April – Oktober.
Tembok Besar Juyongguan
Tembok Besar Juyongguan (ć±…ćșžć…ł) merupakan bahagian yang terletak 50 kilometer dari Beijing. Bahagian ini juga mempunyai ramai pengunjung.
Cara pergi ke Juyongguan :
Pergi ke stesen subway line 2, turun di stesen Jishuitan
Berjalan ke stesen bas Deshengmen
Ambil bas nombor 919 ke Nankou
Turun di stesen Nankou Donjie
Ambil bas nombor 68 ke Juyongguan
Tiket masuk pada November – Mac adalah sebanyak 40 Yuan dan 45 Yuan semasa April – Oktober.
youtube
Tembok Besar Mutianyu
Tembok Besar Mutianyu (慕田ćłȘ) terletak 70 kilometer dari Beijing dan bahagian ini bersambung dengan Tembok Besar Jiankou. Anda boleh mendaki dengan tangga atau kereta kabel dan turun dengan toboggan.
Walaupun pada musim panas Mutianyu sangat ramai pengunjung, jika anda ke sana semasa musim sejuk, kemungkinan pengunjung sangatlah sikit.
Mutianyu dikelilingi gunung ganang yang pada musim sejuk akan menjadi sangat sejuk tetapi jika turunnya salji, anda akan melihat pemandangan yang sangat-sangat cantik!
Mutianyu mempunyai pemandangan yang sangat cantik terutama jika anda tidak mahu ke bahagian lain terutama pada musim sejuk.
Cara pergi ke Mutianyu (15 Mac – 15 November) :
Dari stesen bas Zongzhimen naik bas 867
Naik bas terus ke Mutianyu
Cara pergi ke Mutianyu (musim sejuk) :
Dari stesen bas Zongzhimen naik bas 936 atau 916
Turun di Huairou
Naik teksi ke Mutianyu
Kos Mutianyu :
Tiket masuk sahaja – 45 Yuan dewasa, 25 Yuan kanak-kanak bawak 12 tahun
Tiket masuk & kereta kabel sehala : 80 Yuan dewasa, 45 Yuan kanak-kanak bawah 12 tahun
Tiket masuk & kereta kabel 2 hala : 100 Yuan dewasa, 60 Yuan kanak-kanak bawah 12 tahun
Tiket masuk, lif & toboggan (turun) : 100 Yuan dewasa, 60 Yuan kanak-kanak bawah 12 tahun
Tiket masuk & toboggan (turun) : 80 Yuan dewasa, 60 Yuan kanak-kanak bawah 12 tahun
Tembok Besar Simatai
Tembok Besar Simatai
Tembok Besar Simatai (ćžé©Źć°) terletak 120 kilometer dari Beijing. Ia bersambung dengan bahagian Jianshanling dan Gubeikou. Tembok Besar Simatai sesuai untuk orang yang mahu pergi mendaki Tembok Besar China.
Ramai memilih untuk bermalam di atas Tembok Besar China setelah pendakian kerana ia mengambil masa yang panjang untuk naik dan turun.
Cara pergi ke Simatai :
Di Beijing naik bas 980 dari stesen bas Dongzhimen
Turun di Miyun
Naik teksi ke Simatai
Tiket masuk Simatai adalah sebanyak 40 Yuan.
Tembok Besar Jianshanling
Tembok Besar Jianshanling
Tembok Besar Jianshanling (金汱ćČ­) terletak 125 kilometer dari Beijing dan bersambung dengan Tembok Besar China Simatai.
Anda juga boleh naik kereta kabel untuk sampai ke puncak Tembok Besar Jianshanling.
Cara pergi ke Jianshanling :
Di Beijing naik bas 980 dari stesen bas Dongzhimen
Turun di Miyun
Naik teksi ke Jianshanling
Tiket masuk pada November – Mac adalah sebanyak 55 Yuan dan 65 Yuan semasa April – Oktober.
Kereta kabel berharga 40 Yuan.
youtube
Tembok Besar Gubeikou
Gubeikou (ć€ćŒ—ćŁ) merupakan salah satu kampung lama yang berada 120 kilometer dari Beijing. Ia terletak di antara Tembok Besar Wohushan dan Panlongshan.
Bahagian-bahagian ini tidak dibaiki dan sangat sesuai untuk pendakian yang lebih mencabar.
Cara pergi ke Gubeikou :
Di Beijing naik bas 980 dari stesen bas Dongzhimen
Turun di Miyun
Naik teksi ke terus ke Gubeikou (120 Yuan)
Atau dari Miyun naik bas di stesen 毆25 terus ke Gubeikou dengan kos 7 Yuan.
Tembok Besar Jiankou
Tembok Besar Jiankou (çź­æ‰Ł) dekat dengan bahagian Mutianyu. Jiankou mempunyai pemandangan yang sangat cantik
Cara pergi ke Jiankou :
Di Beijing naik bas 916 dari stesen bas Dongzhimen
Turun di Huairou Fangshan
Naik bas ke Jiankou
Tiada tiket masuk tetapi ada daripada penduduk tempatan akan minta bayaran 10-15 Yuan.
Tembok Besar Huanghuacheng
Tembok Besar Huang Hua Cheng (é»„èŠ±ćŸŽ) berada 60 kilometer dari Beijing dan bersambung dengan Tembok Besar Mutianyu.
Di sini terdapat takungan air yag cantik dan salah satu bahagian yang terkenal untuk pendaki.
Cara pergi ke Huang Hua Cheng :
Di Beijing naik bas 980 dari stesen bas Dongzhimen
Turun di Huairou Dishui
Naik bas ke Shuichangcheng
Tiket masuk berharga 45 Yuan.
Tembok Besar Huangyaguan
Tembok Besar Huang Ya Guan (黄掖慳) berada 120 kilometer dari Tianjin. Bahagian ini dibina berhampiran dengan gunung.
Cara pergi ke Huang Ya Guan :
Dari Beijing naik bas dari stesen bas Sihui
Turun di Jixian
Naik teksi terus ke Huang Ya Guan
Tiket masuk berharga 50 Yuan.
Tembok Besar Shanhaiguan
Tembok Besar Shanhaiguan
Tembok Besar Shan Hai Guan (ć±±æ”·ć…ł) adalah penghujung Tembok Besar China di sebelah timur. Ia juga sangat terkenal kerana ia merupakan Tembok Besar yang berakhir di tepi pantai.
Ia terletak di wilayah Hebei.
Cara pergi ke Shan Hai Guan :
Naik kereta api dari Beijing ke stesen kereta api Shan Hai Guan
Untuk paling pantas naik kereta api kelas D
Tiket masuk berharga 15 Yuan pada November – April dan 40 Yuan pada Mei – Oktober.
Tembok Besar Jiayuguan
Ekor Naga : Wilayah Gansu
Tembok Besar Jiayuguan
Tembok besar Jiayuguan (昉ćłȘ慳) terletak di 6 kilometer dari bandar Jia Yu Guan di wilayah Gansu. Bahagian ini terletak di tengah-tengah padang pasir dan menjadi pintu masuk Laluan Sutera berkurun lamanya.
Jia Yu Guan adalah simbol kepada Tembok Besar Dinasti Ming.
Cara pergi ke Tembok Besar Jia Yu Guan :
Naik teksi dari bandar Jiayuguan
Tiket masuk adalah 102 Yuan pada November – April dan 122 Yuan pada Mei – Oktober.
Kesimpulan
Panduan Tembok Besar China adalah salah satu pengenalan kepada anda bahawa Tembok Besar China ada banyak bahagian.
Dan tiap Tembok Besar China ada keistimewaan masing-masing seperti lokasi setiap satu. Ada yang di tepi laut, ada juga yang di dalam hutan.
Ada Tembok Besar China yang diselenggara secara berkala dan ada juga yang tidak diselenggara.
Bergantung kepada trip anda, mungkin anda mahukan Tembok Besar untuk dijadikan pendakian, boleh pilih Gubeikou. Jika anda hanya melancong ke Beijing dan mahu ke Tembok Besar China, Badaling dan Mutianyu menjadi pilihan.
Kongsikan Panduan Tembok Besar China ini jika ia berguna untuk anda dan rakan travel anda.
Jika anda mahu ke Beijing melalui pakej Limau Mandarin, klik saja gambar di bawah untuk terus Whatsapp kami.
Moga panduan Tembok Besar China ini membantu anda jika anda seorang backpacker atau pendaki yang pergi ke sana sendiri.
Atau Klik Sini Untuk Whatsapp
The post Panduan Tembok Besar China Untuk Anda appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/panduan-tembok-besar-china-untuk-anda/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
10 Destinasi China untuk Fotografer
Anda seorang fotografer dan sedang mencari destinasi atau lokasi seterusnya untuk portfolio anda?
China Untuk Fotografer Tegar
Kami cadangkan anda ke 10 destinasi China untuk fotografer untuk sesi fotografi anda yang seterusnya!
China, nama negara yang tidak asing lagi buat kita, dan jika anda merupakan seorang fotografer, jangan lepaskan peluang untuk ke China dan ambil gambar yang cantik dan unik untuk portfolio anda.
China kaya dengan binaan lama seperti Tembok Besar China, kaya dengan bandar metropolitan seperti Shanghai dan taman negara yang sangat cantik seperti Jiuzhaigou.
Di semua lokasi di China, anda boleh merakam timelapse atau mengambil foto yang bagi kami betul-betul mengujakan.
Bayangkan timelapse di Tembok Besar China, dengan keindahan alam, ditemani matahari terbit kemudian pada waktu malam dengan bintang begermalapan. Waw kan?
Mungkin anda mahu letakkan dalam portfolio anda atau mungkin anda mahu jual gambar-gambar yang diambil di Shutterstock dan sebagainya.
China mempunyai banyak tempat yang sangat mengujakan dan boleh dijadikan lapangan fotografi anda. Cuma, hati-hati untuk tidak mengambil gambar atau merekod video perkara terlarang seperti bangunan-bangunan rasmi kerajaan China di Beijing.
Jadi, apakah 10 lokasi di China untuk fotografer beraksi dengan skil fotografi? Teruskan dengan senarai-senarai di bawah.
Guilin
#1Bukit & Padi Teres di Guilin
Permata di selatan China, Guilin sangat terkenal dengan pemandangan yang dijadikan lukisan klasik orang Cina.
Jika anda pernah ke China dan pernah lihat wang kertas 20 Yuan, di belakang not itu ada 1 pemandangan dan pemandangan itu merupakan pemandangan bukit-bukit di Guilin.
Guilin
Di Guilin, selain daripada pemandangan bukit dan sungai yang cantik, anda juga boleh ke sana untuk mengambil gambar padi teres yang sangat tersusun.
Guilin juga mempunyai suasana yang sangat menenangkan.
Waktu terbaik untuk pergi ke Guilin adalah pada bulan Mac – Mei dan September – Oktober.
Tembok Besar China
#2 Tembok Besar China
Tarikan nombor 1 China juga merupakan lokasi di China untuk fotografi tegar melepaskan geram.
Tembok Besar China mempunyai banyak bahagian yang boleh pergi, bergantung kepada anda mahu melihat Tembok Besar yang macam mana.
Ada yang dijaga baik, ada juga yang sudah tidak dapat dibaiki lagi. Antara bahagian yang paling terkenal untuk anda lawati adalah Badaling, Mutianyu dan Simatai.
Tambah lagi ketiga-tiga bahagian ini mudah untuk pergi dari Beijing.
Tips : Pergi awal pagi atau lewat petang bagi mengelakkan orang ramai dan elakkan hujung minggu atau cuti umum China.
Huangshan
#3 Huangshan di Anhui
Terletak di wilayah Anhui, Huangshan bermaksud Gunung Kuning merupakan salah satu tapak warisan UNESCO dan dianggap gunung paling romantik di China.
Pemandangan pagi cantik dengan matahari terbit dan kabus dan apabila musim sejuk, jika salji turun, cantiknya tak dapat digambarkan dengan perkataan.
Ia juga menjadi lukisan klasik orang Cina Pastikan anda naik ke puncak gunung untuk pemandangan paling cantik dan bermalam di atas sana.
Waktu terbaik untuk pergi adalah pada musim luruh iaitu pada bulan September  – November.
The Bund
#4 The Bund di Shanghai
Jika anda lebih suka mengambil fotografi bandar metropolitan dengan bangunan tinggi, Shanghai adalah tempat di China untuk fotografer paling sesuai.
Oh, jika ke Shanghai jangan lepaskan peluang ke The Bund. Di sana anda berpeluang untuk mengambil gambar pemodenan negara China dengan bangunan-bangunan tinggi.
Tidak dilupakan Oriental Pearl Tower, Shanghai World Financial Centre dan semua tempat ini berhampiran dengan The Bund!
Anda boleh mengambil gambar seluruh bandar Shanghai di The Bund.
Terracotta Xi’an
#5 Terracotta Warriors di Xi’an
Sejarah China bermula lama sebelum masihi lagi dan Xi’an antara saksi kepada tamadun China.
Terracotta Warrior adalah tinggalan Maharaja Qin Shi Huang iaitu tentera buatan dengan 6,000 tentera dan kuda.
Tips : Jangan gunakan flash untuk mengambil gambar kerana ia dilarang sama sekali.
Jiuzhaigou
#6 Taman Negara Jiuzhaigou di Sichuan
Alam sekitar yang dijaga rapi di wilayah Sichuan, Jiuzhaigou juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Tasik yang sangat bersih airnya dan hutan yang merimbun sangat sempurna buat fotografi.
Lijiang
#7 Bandar Lijiang di Yunnan
Jika ke Lijiang di wilayah Yunnan, anda seperti mengembara ke masa lalu semasa pemerintahan Dinasti Cina.
Bangunan yang masih terjaga rapi dengan binaan klasik Cina, di luar bandar adanya Jade Dragon Snow Mountain & Black Dragon Pool menjadikan Lijiang juga tempat di China untuk fotografer.
Panda
#8 Panda di Chengdu
Panda yang berasal dari Chengdu mempunyai pusat kajiannya sendiri. Di sana anda boleh mengambil binatang terpelihara, Panda.
Jika anda ke sana pada Mac – Mei, anda boleh lihat bayi Panda yang baru lahir. Kami galakkan anda pergi pada awal pagi iaitu pada waktu paling mereka aktif.
Xi Hu Hangzhou
#9 Xi Hu di Hangzhou
Orang China memanggil Hangzhou syurga dunia. Hangzhou merupakan bandar bersejarah juga dengan tasik yang cantik dan binaan yang mengagumkan.
CNN menyenaraikan Xi Hu salah satu tempat untuk melihat matahari terbenam di dunia.
Waktu terbaik untuk pergi adalah semasa musim bunga iaitu pada bulan Mac – Mei.
Zhangjiajie
#9 Zhangjiajie di Hunan
Zhangjiajie merupakan Taman Negara yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Jika anda pernah tonton filem Avatar arahan James Cameron maka anda boleh lihat persamaan lokasi.
Pergi pada waktu pagi dan anda boleh lihat kabus di sebalik bukit-bukit yang sangat cantik.
Waktu terbaik untuk pergi adalah pada bulan Mac – Mei dan September – November.
Jika anda mahu ke Beijing menggunakan pakej Limau Mandarin, sila klik di bawah untuk terus Whatsapp.
Atau Klik Sini Untuk Whatsapp
The post 10 Destinasi China untuk Fotografer appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/10-destinasi-china-untuk-fotografer/
0 notes
limaumandarinkl · 7 years ago
Text
4 Sebab Kenapa Belajar Bahasa Mandarin Penting
Sebenarnya kenapa belajar Bahasa Mandarin sangat penting?
Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
Saya masih ingat lagi semasa memulakan pembelajaran bahasa Inggeris pada waktu kecil.
Saya tertanya-tanya, apa yang penting sangat bahasa Inggeris sampai kita kena belajar selain daripada Bahasa Melayu?
Sehingga sekolah menengah, bahasa Inggeris saya tidaklah begitu baik kerana tidak dipraktik dan mungkin hari ini jika saya berbahasa Inggeris, loghat bahasa Melayu akan kedengaran.
Sehinggalah saya tanpa menjangkakan langsung bahawa saya akan melanjutkan pelajaran dalam bahasa lain, bahasa yang lebih susah daripada bahasa Inggeris!
Beijing Foreign Studies University
Bahasa Mandarin Juga Sebagai Bahasa Kedua
Umur 18 tahun saya melanjutkan pelajaran di Beijing Foreign Studies University dalam bidang Bahasa Mandarin. Tak pernah masuk dek akal saya akan beralih daripada jurusan sains ke jurusan bahasa!
Antara bahasa yang paling susah pula dan mahu belajar sehingga boleh dijadikan bahasa kedua saya!
Setahun berada di Bejing, bahasa Mandarin saya di peringkat boleh berkomunikasi untuk penggunaan harian. Pun begitu, pada tahun tersebut saya masih lagi tidak percaya kenapa saya ke China untuk belajar Bahasa Mandarin.
Tahun demi tahun, banyak urusan saya melibatkan penduduk China. Dari urusan jual beli hingga urusan mengambil stok yang dikirim oleh orang Malaysia semua menggunakan bahasa Mandarin.
Jika pada tahun pertama saya tertanya-tanya kenapa belajar Bahasa Mandarin sangat penting, dan anda mungkin berada di artikel ini juga tertanya-tanya benda yang sama, saya ada jawapannya.
Dengan pengalaman belajar bahasa baru, pengalaman berurusan dengan orang Cina menggunakan Bahasa Mandarin sama ada urusan profesional atau tidak rasmi, saya ada 4 jawapan kenapa belajar Bahasa Mandarin penting untuk semua.
Hari ini mungkin ramai ibu bapa sudah nampak kepentingan kenapa belajar Bahasa Mandarin dengan menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan ia merupakan salah satu inisiatif yang sangat baik bagi saya.
Sebelum saya senaraikan 4 sebab kenapa belajar bahasa Mandarin penting, ingin saya sampaikan satu pesanan ringkas.
Sehingga hari ini, masih ramai yang sekiranya tahu saya boleh berbahasa Mandarin, akan mengutarakan “Baguslah, nanti orang Cina tidak dapat tipu kau dah”.
Ayat sebegini benar berbaur perkauman dan streotaip. Ingin saya tegaskan, tidak semua orang Cina penipu sama seperti tidak semua orang Melayu pemalas.
Jadi, buang rasa nak belajar bahasa Mandarin kerana tidak mahu ditipu dan buang prejudis dalam diri terhadap kaum lain, kita kan 1 Malaysia. Negara berbilang kaum yang hidup aman damai bersama.
4 sebab kenapa belajar Bahasa Mandarin penting
Bagi saya, belajar mana-mana bahasa lain ada kelebihan. Lebih banyak bahasa yang anda belajar, lebih banyak manfaat yang anda boleh dapat.
Cuma jika anda berhasrat untuk belajar bahasa lain, saya sarankan untuk belajar Bahasa Mandarin. Kenapa?
Jom baca 4 sebab kenapa belajar bahasa Mandarin sangat penting di bawah.
Sebab #1 – Penutur Paling Ramai Di Dunia
Statistik ini buat saya tersedak sebelum ini! Bayangkan seramai 1,197,000,000 orang berbahasa Cina dan 873,000 juta orang berbahasa Mandarin. Jika dibuat kira-kira, sebanyak 14% daripada populasi dunia berbahasa Mandarin!
Jadi, jika anda boleh berbahasa Mandarin, anda boleh berkomunikasi dengan 873,000 juta orang! Bayangkan berapa banyak pintu-pintu peluang yang adan boleh buka.
Pintu perniagaan anda, pintu kerjaya anda dan banyak lagi pintu yang anda boleh buka. Oh, jika anda pergi travel, anda juga boleh menggunakan Bahasa Mandarin anda di mana-mana kerana orang Cina juga berada di hampir semua negara di dunia.
Anda juga boleh belajar budaya orang Cina dan faham mereka lebih mendalam
Sebab #2 – Boleh Bekerja di China
China merupakan  sebuah negara yang sedang membangun pesat dan dijangka akan mengambil alih peranan Amerika Syarikat sebagai negara ekonomi nombor 1 dunia pada tahun 2030.
Sebutlah apa saja industri, dengan bahasa Mandarin dan kepakaran anda, anda boleh bekerja dan membuka perniagaan di China dengan lebih mudah berbanding mereka yang tidak berbahasa Mandarin.
Peluang kerjaya dan perniagaan sangat luas di China, jadi rebut peluang dan tempatkan diri anda di hadapan dengan fasih berbahasa Mandarin.
Sebab #3 – Banyak Negara Berbahasa Mandarin
Jika anda tidak ke China, tetapi mungkin ke Singapura atau Taiwan, mahupun Thailan dan Indonesia, ramai dari sana juga berbahasa Mandarin.
Oh, Malaysia juga ramai penutur Bahasa Mandarin tidak perlu kami sebut. Jika dilihat hari ini, banyak syarikat yang mengambil kira jika anda boleh berbahasa Mandarin maka ia merupakan salah satu bonus untuk skor temuduga anda!
Contoh Iklan Pekerjaan Perlukan Bahasa Mandarin
Sebab #4 – Peluang Pekerjaan Luas
Belajarlah Bahasa Mandarin. Jika bukan bahasa Mandarin, bahasa lain pun tak ada masalah. Kerana dengan bahasa lain, anda ada bonus untuk skil diri anda.
Ya, satu lagi China sedang meluaskan kuasa ekonomi mereka melalui projek mega OBOR yang memakan kos beberapa trillion Dollar dan peluang pekerjaan sangat banyak.
Jadi, belajarlah bahasa Mandarin ya.
Bila mahu mula belajar Bahasa Mandarin?
Masih mahu tanya lagi bila? Mula sekarang! Banyak sumber anda boleh dapati daripada online.
Nak lebih mudah, anda hubungi saja kami, jika dalam kawasan anda ada alumni Beijing (rakan Limau Mandarin) yang adakan kelas bahasa Mandarin, maka kami akan sarankan kepada anda.
Cara hubungi kami? Anda boleh klik sini untuk terus whatsapp kami!
Artikel ini ditulis oleh salah seorang daripada Alumni Beijing Foreign Studies University yang sekarang berkhidmat sebagai tenaga pengajar Bahasa Mandarin di Malaysia
The post 4 Sebab Kenapa Belajar Bahasa Mandarin Penting appeared first on Limau Mandarin.
from Limau Mandarin https://limaumandarin.com/4-sebab-kenapa-belajar-bahasa-mandarin-penting/
0 notes