justastudentdoingtheirstuff-blog
SUMBANGAN TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA
8 posts
DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
Don't wanna be here? Send us removal request.
Text
AHLI KUMPULAN :
1. Haziqah Murni
2. Jaroindra Balan James
3. Cassidy Juing Anak Carnnell
4. Lucyiana Gading Anak Burong
5. Kana Anak Gera
6. Ullia Ulanda Anak Rumpang
7. Noraisya Tasha Binti Nazri
8. Dayang Kiasatina Azzyati Binti Abang Abdul Amit
0 notes
Text
PENGENALAN
      Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melali suatu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus - ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat. Kempen - kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.
0 notes
Photo
Tumblr media
SUMBANGAN:
      Abdul Razak bin Hussein merupakan satu-satunya anak lelaki Dato’ Hussein Mohd Taib, Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang daripada isteri pertama Dato’ Hussein, Teh Fatimah binti Daud. Beliau dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang dan dibesarkan oleh datuknya yang sangat mementingkan nilai tradisi dan agama. Sungguhpun beliau berasal daripada golongan yang berada, sikap rendah diri dan sopan jelas nampak pada zaman persekolahannya. Beliau berkaki ayam di sekolah kerana tidak mahu terasing daripada sebahagian rakannya yang tidak mampu membeli kasut getah. Disebabkan  keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Dua tahun kemudian,  pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang  sewaktu berumur 33 tahun. Selepas memenangani  pilihan  raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga menyertai misi         Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak  British . 
      Sumbangan dalam pendidikan sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato, Hussein telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan . Pada  tahun 1955 kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapat sekolah-  sekolah Melayu  serta sekolah-sekolah  vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu.
     Tun Abdul Razak juga amat menitikberatkan kemajuan luar Bandar. Beliau menganggap apa yang penting dalam sistem demokrasi ialah keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan Negara. Oleh itu, beliau banyak menyumbang pembangunan didalam sektor ini. Sejajar itu, beliau digelarkan Bapa Pembangunan Malaysia. Antara sumbangannya ialah Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 20 Disember 1974. Rancangan Buku Hijau ini menumpukan perhatian kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya, tanaman jangkapendek (selingan dan bukan selingan), perkebunan cara berkelompok, rancangan ternakan, rancangan pelihara ikan air tawar, pemasaran yang baik dan projek-projek kecil. Matlamat rancangan ini ialah menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara, menambahkan pendapatan rakyat luarbandar sebagai usaha mengurangkan tekanan inflasi dan kerjasama rakyat, wakil rakyat dan pegawai kerajaan supaya lebih cergas melibatkan diri dalam usaha- usaha pembangunan. Justeru bagi memastikan matlamat pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan, Tun Abdul Razak telah melancarkan Rancangan  Buku Hijau pada 20 Disember 1974.                                                
     Tujuan utama rancangan tersebut ialah untuk menambahkan hasil makanan Rancangan ini menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih cergas dalam sektor ekonomi pertanian . Antara program yang diatur  ialah menggalakan tanaman jangka pendek iaitu tanaman selingan dan bukan tanaman seperti kacang  tanah, sekoi, jagung, ikan air tawar, memelihara kerbau, lembu dan sebagainya. Sumbangan dalam   perpaduan masyarakat Tun Abdul Razak Dato Hussein adalah seorang pemimpin yang  berjiwa rakyat. Beliau gemar melawat ke kampung - kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Di bawah kepimpinan beliau Tun Abdul Razak berjaya menghidupkan semangat bergotong royong dan mengurangkan budaya kelunial di kalangan   pentadbir Melayu. Dalam mumupuk perpaduan antara kaum. Tun Abdul Razak telah melancarkan  Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 . Rukun negara merupakan ideologi  kebangsaan yang mengandungi hasrat murni  ke arah membentuk sebuah masyarakat dan Negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif .
     Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap Agama, Bangsa dan Negara beliau tetap setia memberi yang terbaik demi kesenangan generasi yang akan datang. Tiada siapa mengetahui bahawa tahun-tahun akhir kehidupannya, Tun Abdul Razak tetap mengerah keringat menyumbang buah fikiran serta perubahan sekalipun kondisi kesihatan beliau kerap terganggu.  Tun Abdul Razak tetap menjalankan tugas hingga ke saat akhir.
0 notes
Photo
Tumblr media
LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN :
    Ismail bin Dato’ Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915. Bapanya Abdul Rahman bin Mohammed Yassin adalah bekas Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan Johor pernah menyandang jawatan Presiden Pertama Dewan Negeri iaitu jawatan tertinggi dalam kerajaan Johor.Ibunya Zaharah bin Abu Bakar meninggal dunia sewaktu Tun Dr. Ismail berumur sembilan tahun. Beliau mempunyai lapan orang adik beradik. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norasyikin binti Dato’ Mohd Seth dan mempunyai enam orang anak, empat lelaki dan dua perempuan. Tun Dr. Ismail adalah peminat sukan. Di antara sukan yang digemari ialah golf, ragbi, tenis, badminton, tinju, dan bola sepak. Tun juga mempunyai minat dalam bidang fotografi, penggemar lagu - lagu Melayu asli, suka mengumpul barang - barang antik seperti paip dan pemetik api serta bercucuk tanam pelbagai jenis pokok bunga dan buah - buahan di persekitaran rumahnya.
    Tun Dr. Ismail telah belajar di sekolah English College, Johor Bahru dan kemudiannya menyambung pelajaran di maktab perubatan, King Edward VII College of Medicine, Singapura pada tahun 1935 hingga 1937 dan selepas itu melanjutkan pelajarannya ke Australia.Beliau telah mendapat Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne, Australia dalam tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari Universiti tersebut.Setelah kembali ke Tanah Air beliau telah membuka klinik perubatan sendiri yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru.     Pada tahun 1953, beliau mula melibatkan diri sepenuh masa dalm memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air melalui UMNO yang dipimpim oleh T.T.M Tunku Abdul Rahman Putra.Sebelum itu, Dr. Ismail pernah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan ahli Mahjlis Mesyuarat Kerajaan dalam tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau telah menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi hingga tahun 1955. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Perundangan dan Perindustrian yang pertama. Beliau juga menyertai rombongan ketua Menteri, Y,T.M Tunku Abdul Rahman Putra ke London pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956 kerana rundingan mengenai kemerdekaan.Setelah mencapai kemerdekaan, Dr. Ismail dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Washington di Persidangan Bangsa - Bangsa Bersatu setelah Malaya diterima sebagai anggota pertubuhan itu. Memandangkan pengalaman beliau di arena antarabangsa, pada tahun 1959 beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pada tahun 1960 pula, beliau dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas itu ditugaskan menjalankan kerja - kerja sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
    Pada tahun 1967, Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung. Walau bagaimanapun beliau telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969. Beliau telah dilantik menjadi Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya memulihkan keamanan dalam negara pada masa tragedi 13 Mei 1969.Setelah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra bersara tahun 1970, Allahyarham Tun Razak telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Tun Razak telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya disamping menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.Tun Dr. Ismail terkenal dikalangan pemimpin kerajaan dan antarabangsa kerana kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea - idea yang membuna dan bernas. Beliau adalah orang yang mula - mula menganjurkan Dasar Berkecuali Asia Tenggara. Ketika menyandang jawatan Menteri Kehakiman beliau telah menghadiri Persidangan Menteri - Menteri Kehakiman Komanwel di Australia dan Persidangan Keamanan Dunia melalui undang - undang di Washington pada tahun 1965. Beliau juga telah mewakili malaysia di upacara perlantikan Presiden Filipina dalam bulan Disember 1965. 
    Dalam tahun 1964, berikutan tindakan indonesia melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia Tun Dr. Ismail telah diutus ke New York sebagai ketua rombongan untuk membentangkan perkara Malaysia / Indonesia dalam Majlis Keselamatan pada 5 November 1964.
    Tun Dr. Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara. Kali terakhir memangku ketika Allahyarham Tun Abdul Razak berada di Kanada bagi menyertai Persidangan Ketua-Ketua Negara - Negara Komanwel. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 2 Ogos 1973 dalam usia 57 tahun di rumahnya. Beliau telah menerima pelbagai anugerah sama ada dari dalam atau luar negara kerana kecemerlangan menjalankan tugas dan tanggungjawab. Antaranya Darjah Panglima Mangku Negara oleh Yang di - Pertuan Agung pada 31 Ogos 1959. Majlis Senat Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai jasa beliau dengan mengurniakan beliau Ijzah Kehormat Doktor Undang - Undang pada 13 Jun 1964. Seterusnya pada bulan Oktober 1965, beliau menerima Darjah Kebesaran Vietnam iaitu Vietnam National Order Grand Officer dan dalam bulan yang sama dikurniakan anugerah Seri Paduka Mahkota Johor ( SPMJ ) daripada Sultan Johor.
    Pada bulan April 1966 beliau telah di anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota ( SSM ) yang membawa gelaran Tun. Ketokohan Tun juga mendapat penghagaan kerajaan Indonesia apabila dikurniakan Bintang Republik Indonesia Kelas Dua. Penghargaan ini diperolehi ketika Residen Soharto melawat Malaysia pada tahun 1970. Dalam Konvensyen Pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun Dr. Ismail telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang - Undang. Sebagai menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail terhadap negara dan bangsa jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul Razak. Beliau merupakan pemimpin pertama yang disemadikan di makam tersebut. Tugas rasmi yang terakhir dilakukan adalah merasmikan Perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajar - Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) pada 2 Ogos 1973.
0 notes
Photo
Tumblr media
SUMBANGAN :
    Dato’ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.
    Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato’ Onn ialah anak kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. 
    Dato’ Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato’ Onn menjadi ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato’ Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar - dasar jajahan.
    Pada 1-4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang melayu dan kedudukan sultan - sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato’ Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
    Dato’ Onn bin Jaafar mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik. Sumbangan pertama Dato’ Onn bin Jaafar dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh beliau ialah menubuhkan parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946 dan beliau juga dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.
    Pada 1 Oktober 1946 , Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun kemudian , beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di bawah kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa orang Melayu. Dato’ Onn kemudiannya berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar - dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukar menjadi ‘Pertubuhan Kebangsaan’. Penduduk Tanah Melayu Bersatu. 
       Oleh sebab cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agong Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951. Malangnya parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang melayu.Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang - orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
     Penubuhan UMNO juga menekankan aspek pembangunan ekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan dan usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna sehingga kini kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi semakin meningkat. Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima Tahun yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang berlandaskan objektif UMNO  iaitu menambah pendapatan dan modal, menggalakkan penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan sekolah teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.
    Semasa Dato’ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Melayu menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampong supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan produk tersebut dipasaran domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil alih perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat Melayu mendapat pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa hadapan mereka akan datang.
"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar
0 notes
Text
IKTIBAR YANG DAPAT DIAMBIL DARI KESEMUA TOKOH
Kita seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu, bertolak ansur, hormat menghormati, dan saling menyanyangi antara satu sama lain.
    Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang - pejuang tanah air, sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing - masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut.
    Perjuangan tokoh - tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah. Dalam penentangan ini, jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil.
    Sewajarnya, kesedaran ini merupakan aspek penting yang perlu deterapkan dalam diri kita. Nilai ini amat diperlukan dalam memelihara keharmonian seterusnya melahirkan rasa kecintaan terhadap bumi bertuah ini. Sikap bersederhana dan tolak ansur juga adalah faktor penting dalam pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.
0 notes
Text
KESIMPULAN
Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air, sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Elemen kesedaran ini bakal mendorong kita untuk mengenang kembali perjuangan wira - wira bangsa ini,  demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Perjuangan tokoh - tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah.Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil. Iktibar yang boleh dipelajari daripada perjuangan tokoh - tokoh kemerdekaan negara kita ialah kewibawaan pemimpin. Kita perlu mencontohi kewibawaan para pemimpin terdahulu supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disegani dan dikasihi oleh rakyat negara Malaysia.
0 notes
Text
BAHAN RUJUKAN
1. https://www.slideshare.net/syikinnorham/tokoh-kemerdekaan-negara 2. http://tokohkemerdekaannegaramalaysia.blogspot.my/ 3. http://mariamrabbits.blogspot.my/2015/03/sumbangan-6-tokoh-perdana-menteri.html 4. http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.my/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-tokoh.html 5. Buku Rujukan Pengajian Malaysia  6. Buku Teks Tingkatan 5
0 notes