Text
SALAD BUAH-BUAHAN
Bahan:
1 biji mangga masak
1 biji buah oren
2 biji pisang
1 biji epal hijau
1 cawan tembikai1 cawan betik1 biji belimbing
1 sudu besar 聽jus limau kasturi Secubit garam Cara: Potong buah-buahan menjadi bentuk dadu. Campurkan buah-buahan tersebut bersama jus limau kasturi. Simpan di dalam peti sejuk kira-kira setengah jam sebelum berbuka puasa untuk tambah enak dan menyegarkan.
0 notes
Text
SAMBAL HITAM MAK ITI
Sambal hitam ini telah dikenali daripada zaman nenek moyang kita lagi. Sampai sekarang resepi nya menjadi ikutan daripada yang kecil sampai la yang besar. Tetapi, lain orang lain cara memasaknya. Ada yang masak dengan cara kering dan ada juga masak demgan ala basah basah sikit kannnn...
.
Untuk entry kali ini, saya nak promote sikit pasal sambal hitam mak iti. Actually, sambal ni turun temurun resepinya daripada mak saya. Kiteorang run balik business sambal hitam with my sis.
.
Alhamdulilah dapat sambutan. Rasanya memang sedap, saya sendiri pun kalau makan memang tak puas.
.
Kepada sesiapa nak rasa keenakkan Sambal Hitam Mak Iti ni, original from Pahang tau! Boleh order dengan saya.
Follow instagram
@cabinxco
.
Confirm lepas ni meningkat ningkat rasa nak makan nasi tu馃構馃構
0 notes
Photo
TELUR HANCUR SEDAP !
Bahan-bahan:
4 biji telur
1/4 cawan聽
(60ml) susu
Garam & lada hitam
Mentega 10g
CARA
Pukul telur dan susu bersama. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng dengan api yang sederhana kecil. Kacau telur sesekali, jangan terlalu hancur, biarkan selama 4-5 minit. Akhir sekali masukkan keju.
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
0 notes
Photo
BAHAN-BAHANNYA聽
10 biji telur | direbus dan dilecek
1 senduk mayones
1 sudu teh lada sulah ajishio
BAHAN SAMPINGAN聽
Tomato
Salad
CARA-CARA
Campur semua sekali dan gaul sebati.(Telur, mayonis, lada sulah)
Sapu roti dengan mentega
Ambik sekeping roti, letakkan tomato
Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi. Ratakan.
Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan akhir sekali letakkan roti.
Potong serong 2 atau 4. Siap.
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
0 notes
Photo
BAHAN-BAHANNYA
2 biji kentang saiz besar
1 sudu besar rempah kari daging
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit ikan bilis
Garam
Minyak untuk menumis.
BAHAN-BAHANNYA (DOH KARIPAP)
1 cawan air.聽
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin(DICAIRKAN)
secubit garamair.
Cara-cara membuat inti karipap kentang 1. Buang kulit kentang dan potong kentang saiz dadu.Kalau potong lebih kecil pun tak pe sebab mudah budak2 nak makan dan kentang pun cepat masak.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis.Kisar sampai hancur.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
4. Masuk kan rempah kari bersama secawan air.
5. Kemudian masuk kan kentang dan garam.
6. Biarkan kentang lembut dan kuahnya kering..angkat dan tunggu sejuk.聽
Cara-cara membuat doh karipap
1. Masuk kan secubit garam ke dalam tepung聽
2. Cairkan majerin dan masuk kan ke dalam tepung.
3. Gaul tepung guna hujung jari saja sampai tepung tak berketul dan jadi halus..
tuang air sikit-sikit sambil menguli.
4. Uli hingga tepung menjadi doh yang lembut.
Bila doh dah siap sekarang kita boleh la masuk kan intinya. CARA BUAT KARIPAP :聽
Ambil sedikit doh dan canai kan sehingga nipis. Pastikan sehingga nipis tau..baru la sedap . Kemudian angkat doh yang dah di canai kan tu dan letak atas acuan. Masuk kan 1/2 sudu kecil atau 1 sudu kecil inti nya. Tutup acuan sehingga rapat dan tekan2 sikit acuan tu supaya doh tak terbuka masa di goreng.
SELAMAT MENCUBA!聽
0 notes
Photo
SAMBAL UDANG PETAI LETOPS!
BAHAN-BAHANNYA聽
15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 papan petai, ambil isinya1 biji bawang besar, hiris kasar
1 camca teh pes asam jawa
3/4 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa聽
BAHAN KISAR HALUS聽
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas
1/2 inci halia
CARA MEMBUATNYA聽
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah 1 camca besar minyak jika perlu.Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman....
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
0 notes
Photo
Beauty is truth's smile when she beholds her own face in a perfect mirror.
0 notes
Photo
Kadang-kadang orang yang tulis status kat facebook atau any other social media ni, bukan nak tunjuk yang die tak elok or nak berlagak baik. just nak remind diri sendiri atau orang lain pasal kebaikan. Tak salah rasanya ingin berkongsi apa yang die ada. Cuma sesetengah manusia ni tak boleh tengok orang baik sikit dengan post something. Ingat lah kadang-kadang diri tu tak boleh sedar sebab ego terlampau tinggi ,so dengan cara tengok post orang lain yang pasal kebaikan ni la bole sedarkan diri sendiri tu.Jangan la nak berlagak dan selalu bersyukur dengan apa yang kite ade sekarang. Tak payah la nak kutuk-kutuk die. Masuk syurga atau neraka tu tak de sape boleh tentukan,kecuali Allah. Salam Jumaat. Assalamualaikum.
0 notes
Quote
Trust yourself. Create the kind of self that you will be happy to live with all your life. Make the most of yourself by fanning the tiny, inner sparks of possibility into flames of achievement
Golda Meir
0 notes
Photo
Tak semua yang kita nak kita dapat. Melainkan usaha doa tawakal. Jangan pernah bersangka buruk walaupon sekecil kuman . Rezeki , Allah da tetapkan pada semua insan. Mahu cepat atau pun lambat.
0 notes
Quote
Walking with a friend in the dark is better than walking alone in the light
Helen Keller
0 notes
Photo
The greatest gift of life is friendship, and I have received it.
0 notes
Text
Ramadhan Kareem
Alhamduliah, ramadhan coming again! Hopefully Allah bless all muslim 聽<3 Amin
0 notes