hampircukuptidur-blog
Hampir Cukup Tidur
493 posts
Bermusuh dengan masa, berkelahi dengan situasi.
Don't wanna be here? Send us removal request.
hampircukuptidur-blog · 9 years ago
Text
Kau Adalah Post-Rock Kegemaran Aku
Angin sejuk And a warm dose of post-rock Without you there's nothing Tak ada apa yang boleh lawan perasaan Bila bersama dengan kau Not even a cup of coffee can entertain me But these whole lot of poems Yang aku tulis dan pernah ditulis Adalah result dari ketenangan yang kau beri Maafkan aku Bila puisi bukan lagi kegemaran aku Kerana kau adalah post-rock kegemaran aku.
0 notes
hampircukuptidur-blog · 9 years ago
Text
Desire
Jangan gantungkan apa-apa Nanti your heart akan binasa Destroyed by the hopeless desire Biarkan saja that flow Keep it coming Keep it
In your heart.
0 notes
hampircukuptidur-blog · 9 years ago
Text
Cinta Melawan Norma
Pada malam Di mana mimpi-mimpimu Menggigit tidur lenamu Biar aku ceritakan yang indah-indah Tentang dua orang yang punya cita-cita Melawan norma dan eksistensi dunia Yang selalu bercerita tentang hal-hal kemanusian Dan berjanji untuk bersama-sama Menuntut pembebasan hamba-hamba. Biar aku ceritakan Bila mimpimu mula menggigit Biar aku ceritakan tentang dua orang Yang selalu persoalkan bagaimana Untuk menuntut bela di atas dosa-dosa yang telah dilakukan Ke atas yang teraniaya Bila mimpimu datang menggigit Biar aku ceritakan tentang mimpi Dan cita-cita kita berdua.
0 notes
hampircukuptidur-blog · 9 years ago
Text
Se
Seorang bapa yang melawan sakit Sebuah fikiran yang melawan norma Seminit lagi ke jam-jam yang seterusnya Sepatah dua kata lagi sebelum semuanya tamat
Cuma perlu se (satu) untuk mengubah segala-galanya Dan cuma se (satu) yang menghalang
Setan.
1 note · View note
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
Teruska(N) Mimpi Indahmu Sayang
Teruskan mimpi indahmu sayang Jangan biarkan mimpi buruk itu bertebaran Tidakkah engkau tahu bahwa aku sentiasa ada di sisimu? Mahukah engkau terus berada di sisiku? Teruskan mimpi indahmu sayang Biarpun tiada lagi aku yang menemani Bahagia itu pasti Begitu juga mati Teruskan mimpi indahmu sayang Walaupun jasad kita terpisah Kenangan-kenangan kita masih hidup Atas rasa cinta dan percaya Yang kita bina Sayang, teruskan mimpi-mimpi indahmu itu Kerana aku akan ada selalu Sebagai pencetus mimpi indahmu.
2 notes · View notes
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Jemari ini yang tak akan pernah aku lepaskan walau untuk seketika cuma. Dalam kuat genggamannya aku dapat rasakan segala emosi yang ingin kamu sampaikan. Dalam lembut sentuhannya aku dapat rasakan kasih dan sayang yang ingin kamu luahkan.
4 notes · View notes
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
Ci(N)ta
Cinta pada manusia hanyalah sebuah perasaan yang mampir ketika terlihat seseorang yang cantik pada paras dan sedap mata melihat. Namun pada kita cinta itu adalah sebuah perasaan yang datang pada satu detik kita sedar bahwa kita punya rasa senang untuk bersama sesama kita. Rasa senang itu bukan dipengaruhi oleh apa-apa pun subjek atau material lain. Perasaan itu cuma hadir apabila kita sedar bahwa kita adalah untuk sesama kita. Dan perasaan yang seperti ini mampir pada saat yang tak terduga dan pada situasi sama ada ia baik atau buruk. Apabila ia hadir, bersiap siagalah. Ia hadir membawa pelbagai cabaran bersama.
2 notes · View notes
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
Mungkin di sini saja setan-setan itu bisa terkumpul Di satu ruang kosong Kosong dan gelap Gelap dan kotor Kotor dan busuk Di sini ia berhasil menghasut Lalu kita pun terikut-ikut Di sini ia berhasil memujuk Dan manusia pun menunjuk-nunjuk Mungkin di sini saja setan-setan itu bisa berkumpul Di dalam badan, seketul daging digelar hati.
0 notes
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
Sudah lama Kesakitan tidak mengunjungku Dan sudah terbiasa Dengan kesenangan itu Puisi-puisi yang tidak berlagu Simpulan perkataan yang sudah tepu Akhirnya menjadi makanan pada ruang lompong Jauh di dalam hati nurani Jasad kita jauh Jantung kita tersauh Di antara dua titik jarak Yang bukan lagi hak Ya, sengaja aku teraburkan Biar maknanya tidak kelihatan.
1 note · View note
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Senyuman yang pertama kali buat organ-organ dalamanku tak tentu arah dan buat yang terakhir kali membuatkan aku kaku seketika. Senyuman yang seringkali buat hati aku rasa tenang dan senang. Juga yang selalu buat hari-hariku yang mendung bertukar cerah. Buat kamu, jangan pernah berhenti memberi senyuma biarpun tiada aku lagi sebagai peneman. Buat si pemilik senyuma(n) yang mampu buat aku gemuruh biarpun 155km jauh.
2 notes · View notes
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
Keindaha(N)
Keindahannya bukan pada foto-foto kita yang dirakam mahupun pada sulaman jari jemari kita tapi pada setiap senyuman yang pernah dan masih kau beri dan juga pada nota-nota kecil yang kau selitkan pada buku kegemaran kita berdua. Bagiku itu yang terindah dan bagimu, adalah apa yang pernah kau beritahu padaku. Bedanya tiada. Kedua-duanya hanya bahagia. Terima kasih, sayang. 155km jauh, tapi tetap melihat bintang dan awan yang serupa.
1 note · View note
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Photo
Tumblr media
Dalam setiap air mata yang jatuh ada rindu yang gugur bersama. Satu per satu. Bertakung hingga menjadi sebuah kolam perasaan berempangkan dua jasad. 
Dan di antara dua jasad itu, kolam perasaan tadi akan terus penuh dengan perasaan yang tak akan dapat memisahkan mereka melainkan dengan kuasa Tuhan.
1 note · View note
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
Malam Yang Pa(N)jang
mata aku kelat sayang malam ini terasa panjang burung hantu sudah tidur lena aku masih menanti
aku mahu berjaga ketika kau terjaga mungkin sebab mimpi ngeri atau mungkin kerana kau tersentak
dan ketika kau dalam ketakutan aku ingin menyelubungi ia dengan kegembiraan
mata aku kelat sayang malam ini akan menjadi malam yang panjang.
1 note · View note
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
jika satu hari urat-urat kepalaku pecah organ-organ dalamanku terpisah dan kulit-kulitku ini dimamah aku harap engkau sentiasa baik-baik sahaja.
teruskan berjalan  lukiskan masa depan dengan seindah yang mungkin.
1 note · View note
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
Senyuma(N)
Aku temukan bahagia aku pada tiap lekuk di wajahmu apabila kamu mengukir senyum. Senyum yang tidak mungkin jadi yang paling indah namun ia perkara terakhir yang aku mahu tatap sebelum mata aku terpejam.
Seperti dadah yang merosakkan, bedanya senyum kamu menyenangkan dan persamaannya, ia membuatkan aku ketagih. Aku ingin lagi, lagi, lagi dan lagi.
Tidur lena, sayangku. Jangan biar senyumanmu hilang magisnya.
3 notes · View notes
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
N
pada kuatnya genggaman ada ketakutan menyelubungi meresapi dalam diri
pada lembutnya pegangan ada rasa kesenangan sayang yang berpanjangan takut kehilangan
dan di antara kedua-duanya ada aku yang menghentikannya
aku tak ke mana-mana, sayang.
1 note · View note
hampircukuptidur-blog · 10 years ago
Text
Sebuah Rindu Pada Jarak
Apakah jarak ini akan mengubah segala-galanya? Pada ruang antara dua jarak ini, aku akan taburkan setitis demi setitis rindu pada kenangan agar ia akan terus mekar dalam ingatan kita, biar kita tidak saling melupakan sesama kita.
Tiada apa-apa pada sesebuah kenangan itu. Hanya yang biasa-biasa. Bedanya ia apabila ada kamu dalam kenangan itu.
Sejauh mana jarak di antara kita berdua, rindu akan terus berputar dalam ruang itu demi semua kenangan yang pernah dan bakal kita ada. Kita akan rindu pada tiap kenangan yang ada tapi ini bukan menjadi penyebab untuk kita bersedih kerana kenangan-kenangan ini yang akan terus menghidupkan kita. 
Dan pada ruang antara dua jarak ini juga, akan tetap ada kita bersama kenangan-kenangan dan juga rindu.
1 note · View note