Text
Kadang, seperti hari ini, bila bilah-bilah sunyi terasa begitu tajam menikam, aku akan persoalkan sama ada aku ni orang yang patut atau tak untuk ada dalam satu kisah percintaan.
Aku tau dia nak bagitau ape dia rasa, tapi entahlah, bisanya masih ada dalam diri aku. Jadi terlalu takut untuk bagitau semua benda yang aku rasa. Dan aku sedapkan diri aku dengan kata, tak apalah, hari ni dia dah penat, kalau aku mesej pun, dia takkan layan sangat. Tak apalah. Dan beritahu diri sendiri yang aku mungkin sedang peduli tentang dia.
Padahal aku takut. Sungguh.
Macam mana kalau aku mengadu yang aku penat dari minggu lepas dan dia kata yang aku lemah. Baru kena macam ini dah mengadu.
Macam mana kalau aku mengadu yang budak-budak aku taknak dengar aku mengajar. Masa aku ajar dia orang main. Apa aku ajar diorang tak faham. Macam mana kalau dia kata aku ni tak pandai mengajar. Dan kata yang aku tak minat langsung jadi cikgu. Macam mana kalau dia persoal balik, macam mana aku nak jadi ketua dia.
Aku takut benda-benda tu. Yang akan buat aku nampak tak kompeten, nampak lemah.
Jadi mungkin aku kena simpan sendiri. Mungkin aku tak boleh cerita apa-apa ke dia. Walau sebenarnya aku tak nak macam itu. Aku takut aku buat silap macam sebelum ni. Tapi satu suara dalam diri aku bagitau, inilah yang betul. Aku laki, laki tak bercerita tentang penat dan lemahnya. Laki sepatutnya kuat dan hadap semua benda sendiri. Its me against the world. Mungkin macam itulah. Aku kena belajar jadi lelaki sekarang supaya nanti tak ada hal yang sama jadi lagi.
Dan satu lagi, inilah caranya untuk aku tutup semua pintu yang boleh bawak kepada perbalahan.
1 note
·
View note
Text
Aku ingin mencintai dan dicintainya dengan perkara-perkara sederhana. Seperti ucapan selamat pagi dan senyuman pada pagi hari jadi. Cerita-cerita kecil pada hari-hari biasa. Diam yang tak disangka amarah. Amarah yang tidak hadir dengan diam.
Aku bukan pandai bercinta pun, tidak dengan kata-kata yang perempuan ingin dengar. Madah-madah rindu setiap hari. Kata-kata janji yang mungkin dimungkiri. Nasihat-nasihat bererti. Kebanyakannya aku tak pandai.
Dan kalau aku paksakan untuk buat pun, mungkin akan terlihat kaku dan palsu. Apalah...
Aku cuma ingin mencintainya dengan perkara-perkara biasa yang jadi setiap hari. Dan begitu juga dicintainya. Mungkin dengan kopi tumpah di atas meja. Halaman buku yang tercabik sedikit. Atau kicau burung yang terdengar lain pada pagi hari bekerja.
Apa boleh aku buat, kalau dia kata yang dia tak apa-apa. Tapi teruskan untuk berdiam dan seolah berjauhan...
Kadang ada bisik kecil beritahu, '2 can play this game' tapi apa, untuk apa aku buat macam itu. Aku sendiri tahu aku cintakannya sungguh-sungguh.
0 notes
Text


Sepotong puisi di Berita Harian dan Senaskhah cerita di Suara Sarawak. Alhamdulillah berjaya tembus akhbar.
0 notes
Text

https://www.eksentrika.com/cerpen-jalan-tengah-zulzafry-zulkifly/
Di eksentrika.
0 notes
Text


Sayembara sajak pertama saya. Hasil daripada MPR. Banyak lagi akan mendatang selepas ini. Insyaallah.
0 notes
Text
Learn something zafry from the past. Jangan percaya seratus peratus. Ready for all possibilities.
0 notes
Text




Dan sayembara tahun ini diteruskan jayanya walaupun dengan saguhati. Mungkin sayembara perpisahan saya dengan dunia pembelajaran dan juga wilayah timur. Lepas ni tak boleh masuk sebab bukan warga dan sudah habis belajar. Ada juga kemungkinan yang ini sayembara terakhir saya. Lepas ni, mungkin semaki kurang sayembara dan semakin susah untuk tembus. Dan target saya mungkin berubah kepada hadiah sastera pula. Apa pun, saya harapkan yang terbaik untuk kerjaya penulisan saya. Dan mungkin selepas ini akan cuba untuk jadi penyair.
0 notes
Text





Larian ditamatkan dengan 17.5km trail run, 14.5km kayak dan 5km road run dalam masa 6 jam.
0 notes
Text

It's my 9 year anniversary on Tumblr 🥳
0 notes