Tumgik
bmsk3-blog · 6 years
Text
Tugasan Minggu Ketiga: Perihal Kata Majmuk
LB-1406 STANDARD MALAY LANGUAGE KUMPULAN 3
Tujuan:
Untuk mengenal pasti apa itu Kata Majmuk dan memperluaskan pengetahuan tentang Kata Majmuk.
Objektif:
·       Mengenal pasti perbezaan antara kata majmuk ditulis terpisah dengan kata majmuk ditulis bergabung.
·       Bentuk kesalahan dalam penulisan kata majmuk Bahasa Melayu.
·       Sebab masyarakat Melayu lazimnya melakukan kesilapan dalam penulisan ejaan kata majmuk sedangkan hal tersebut sedangkan ia mula diajarkan di sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam.
·       Huraian mengenai proses penggandaan kata majmuk dan contoh-contohnya
1. Nyatakan perbezaan antara kata majmuk ditulis terpisah dengan kata majmuk ditulis bergabung.
Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2016), kata majmuk adalah didefinasikan sebagai perkataan yang terdiri daripada dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud dan erti yang tertentu.
Pada dasarnya, setiap kata majmuk mestilah dieja atau ditulis secara terpisah dan tidak bercantum (Pelita Bahasa, 2017). Sebagai contoh, terdapat kata majmuk yang ditulis terpisah yang terdiri daripada rangkai kata bebas; seperti tengah hari, Perdana Menteri dan jam tangan, dan terdapat juga kata majmuk yang ditulis terpisah yang terdiri daripada istilah khusus seperti kertas kerja, batu kapur dan reka bentuk. Contoh yang lain ialah kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa seperti kaki ayam, anak emas dan makan angin.
Akan tetapi, terdapat pengecualian bagi prinsip kata majmuk (Tatabahasa Dewan, 2008) dan perbezaan ini dapat dikenali sebagai kata majmuk yang ditulis bergabung; seperti antarabangsa, bumiputera dan sukarela.
2. Apakah bentuk kesalahan dalam penulisan kata majmuk Bahasa Melayu.
Sering kali apabila menatap buku-buku program yang diedarkan dalam majlis-majlis yang diadakan pasti akan didapati kesalahan dalam menggunakan kata majmuk seperti ibubapa sepatunya ibu bapa, kadang kala sepatunya kadangkala, sampah-sarap sepatutnya sampah sarap. Dibawah akan meluaskan lagi ilmu untuk mengeja kata-kata majmuk dengan betul.
Menurut buku Tatabahasa Dewan (2004), terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh walaupun bentuk kata-kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Diantaranya ialah antarabangsa, setiausaha, beritahu, sukarela, bumiputera, suruhanjaya, jawatankuasa, tandatangan, kakitangan dan selebihnya.
Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
(a)  kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
     Contoh :  gambara rajah, alat tulis, biru laut, bandara raya, air hujan, tengah hari, jalan raya, jam tangan, nasi minyak
(b) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
     Contoh : model linear, hak milik, garis pusat, mata pelajaran, pita suara, lesung sendi, darah panas, kanta tangan
(c)  kata majmuk yang mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)
     Contoh : kaki ayam, anak emas, buah hati, bulan madu, makan angin, berat tangan
3. Mengapakah masyarakat Melayu lazimnya melakukan kesilapan dalam penulisan ejaan kata majmuk sedangkan hal tersebut sedangkan ia mula diajarkan di sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam.
Banyak persoalan berhubung kait terutama dalam konteks negara bangsa yang pelbagai latar belakang, kebudayaan, bahasa dan agama. Usaha untuk memupuk perpaduan diterapkan terutamanya dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama. Namun di sebalik usaha yang dijalankan, wujud isu lain yang perlu diambil perhatian iaitu masalah berbahasa dalam kalangan Masyarakat Brunei.
Ada pelbagai faktor-faktor yang telah menyebabkan perkara tersebut timbul antaranya ialah:
i.                 Faktor dialek
ii.                Faktor pengaruh media
iii.              Faktor pengaruh bahasa lain
iv.              Faktor pencemuhan
v.               Faktor bahasa slanga
vi.              Faktor keanekaan latar belakang
vii.            Faktor kurang pemahaman tatabahasa
viii.           Faktor pengaruh bahasa iklan
4. Selain diberikan imbuhan, kata majmuk juga melalui proses penggandaan. Sila huraikan mengenai proses tersebut dan berikan contoh-contohnya.
Menurut Tatabahasa Dewan (2008), proses penggandaan bagi kata majmuk hanya melibatkan unsur pertama kata. Contohnya:
Tunggal = Jamak; dan dontoh ayat:
Alat tulis = Alat-alat tulis
Contoh ayat: Alat-alat tulis tersebut dijual dengan harga yang berpatutan.
Kapal terbang = Kapal-kapal terbang
Contoh ayat: Syarikat penerbangan Qantas Air telah membeli kapal-kapal  terbang yang baru.
Menteri besar = Menteri-menteri  besar
Contoh ayat: Menteri-menteri besar mestilah tegas ketika mengarahkan setiap orang  bawahan mereka.
Akan tetapi terdapat juga pengecualian bagi penggandaan kata majmuk. Ini adalah kerana penggandaan kata majmuk tersebut melibatkan keseluruhan unsur kata. Contohnya:
Tunggal = Jamak; dan contoh ayat:
Pesuruhjaya = Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Contoh ayat: Ahmad berkenan berangkat ke Persidangan Khas Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan.
Setiausaha = Setiausaha-setiausaha
Contoh ayat: Setiausaha-setiausaha haruslah bertanggungjawab ketika melakukan semua  tugasan mereka.
Warganegara = Warganegara-warganegara.
Contoh ayat: Warganegara-warganegara negara Jepun bersifat sopan santun.
Rujukan:
Abdul Hamid Mahmood, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Nik Safiah Karim. (2004). Tatabahasa Dewan. Selangor : Dewama Sdn. Bhd, Malaysia.
Abdul Hamid Mahmood, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Nik Safiah Karim. (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Azam (2009, 27 Julai). Mari Belajar Bahasa Melayu: Kelasahan Tatabahasa Dalam Penulisan. Diakses dari http://azam09.blogspot.com/2009/07/kesalahan-tatabahasa-dalam-penulisan.html
Aziah Tajudin & Mohammad Fazli Tajuid (2016). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (Edisi kedua.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Munsyi A.B Rahim (2016, Oktober 13). Kesalahan Penggunaan Bahasa. Diakses dari https://munsyiabrahim.blogspot.com/2016/10/kata-majmuk.html
Nathesan, S. (2017, Mac 2). Pelita Bahasa. Diakses dari http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=1568
Rozali Rajab (2012, Mei 30). Kesalahan Bahasa Dalam Kalangan Masyarakat Majmuk. Diakses dari http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/kesalahan-bahasa-dalam-kalangan.html
0 notes
bmsk3-blog · 6 years
Text
Slanga dan Jargon
Perihal Slanga dan Jargon
1/ Nyatakan perbezaan antara slanga dan jargon.
Slanga dan Jargon mempunyai makna yang hampir sama tetapi ada padanya perbezaan yang tertentu. Slanga atau disebut sebagai “Slang” adalah perkataan yang terdapat di perbualan atau percakapan orang ramai dan mempunyai sifat yang tidak formal. Jargon pula adalah perkataan yang dicipta oleh suatu kumpulan untuk digunakan oleh mereka sahaja, orang biasa tidak akan paham jargon orang lain. Menurut Fischer (1996) slanga adalah variasi bahasa yang berasal dari perkataan “sling” dikaitkan dengan bahasa pengemis dan anak jalanan. Jargon selalunya termasuk dalam perkataan teknikal yang dipahami oleh sesuatu profesion sahaja.
2/ Apa kaitan kedua-dua bahasa ini dengan bahasa melayu standard
Bahasa melayu standard atau dikenali juga sebagai bahasa melayu baku adalah bahasa yang umum dianggap betul dan sah, serta dapat dijadikan asas perbandingan. Slanga ialah kata-kata yang tidak termasuk di dalam bahasa baku, golongan yang paling banyak menggunakan slanga ialah dari kalangan remaja yang dicipta dari bahasa melayu baku dengan mengambil  sebahagian dari perkataannya. Manakala jargon pula kata-kata teknis yang digunakan sebagai kod rahsia di kalangan bidang ilmuan seperti ekonomi, geologi dan sebagai. Yang juga diambil dari bahasa melayu standard yang diubahsuai.
3/ Bagaimanakah keadaan bahasa slanga dan jargon ini dalam konteks Negara Brunei Darussalam
Slanga dalam konteks negara Brunei Darussalam ada bermacam ragam, pada kebiasaannya slanga yang digunakan di negara ini berbentuk akronim yang sudah diketahui oleh ramai masyarakat contohnya MPK yang bermaksud majilis perundingan kampong. Selain dari itu ada juga slanga yang diambil dari bahasa inggeris pada kebiasaannya digunakan di kalangan remaja seperti RIP yang bermaksud “rest in peace”. RIP di negara Brunei Darussalam digunakan apabila Sesuatu benda itu mendapat kecacatan yang tidak disengajakan contoh seluar jeans yang koyak, pemiliknya akan berkata “RIP jeans”. Manakala jargon di dalam konteks negara Brunei Darussalam digunakan di dalam Bidang Tertentu contohnya di Universiti Brunei Darussalam ahli - ahli fizik menggunakan K ertinya kelvin bagi simbol menandakan suhu.  
4/ Berikan contoh-contoh bahasa slanga dan jargon yang digunakan di negara ini
Contoh slanga
Boss – yang biasa digunakan untuk bapa
Bossku – yang digunakan untuk perkataan anda, awak dan kau.
Bro – memanggil seseorang tanpa menyebut namanya
Curhat – curahan hati
Maskuah – malas ku ah
Saklikoeh – sasak kali ko eh
Taiko – ketua
Ngam – betul
Cun – cantik
contoh jargon
Jargon ahli-ahli ‘gamer’
Afk (away from keyboard) – lari dari papan kekunci
Nt (nice try) – percobaan bagus
Wp (well-played) – mainan yang cantik.
Jargon pengguna media social
FYI (For your information) – Untuk pengetahuan anda
IMHO (In my humble ophinion) – dalam pendapat saya yang rendah hati
DM (Direct message) – mesej langsung
Jargon  pada ahli-ahli lain
Jargon orang tertentu
jun – sama seperti “bossku” bermaksud untuk memanggil seseorang tanpa menyebut namanya atau menggunakan kata ganti nama seperti “anda”
Jargon ahli fizik
k(Kelvin)  -  simbol kiraan suhu.
t (time) - simbol perkiraan masa
Rujukan:
Belajar, (2008, 15 oktober). Bahasa melayu tertinggi. Diambil dari http://ilmu-osmaismail.blogspot.com/2008/10/bahasa-melayu-tertinggi.html?m=1
Fischer, (1996). Definisi istilah. Diambil dari https://www.google.com/amp/s/asyikinrazak.wordpress.com/2012/04/01/bahasa-slanga/amp/
Kamus Bahasa Melayu, (n.d.). Dewan bahasa dan pustaka diambil dari http://prpm.dpb.gov.my/Cari1?keybord=slanga&d=158212&#LIHATSINI   
NorAsyikin, (n.d.). Definisi istilah. Slanga dalam bab 5 novel rooftop rant Diambil dari https://www.google.com/amp/s/asyikinrazak.wordpress.com/2012/04/01/bahasa-slanga/amp/
Uyul Rosli,(2017, 4 march). Jargon! Sila guna istilah yang betul. Phtotography|beauty|lifestyle blogger Diambil dari http://www.uyulrosli.com/2017/03/jargon-sila-guna-istilah-yang-betul.html?m=1
1 note · View note