Photo
Baru update sistem phone. Update security patch je.. Size 688MB. Risau duk tunggu siap update tadi. Lama sangat. Takut tiba² problem. Nasib baik ok. Android version dah takda update untuk phone aku. Sampai Android 13 je. .
0 notes
Photo
Jimat RM27.06 bayar bil unifi melalui shopee. Tolak coin yang dikumpul dari rating, tengok shopee video, tengok live, main game.
0 notes
Photo
TNG dah naikkan simpanan maksimum akaun GO+ Sebelum ni max RM9,500. Sekarang dah boleh simpan sampai RM20,000 dengan pulangan 3.49% p.a. .
0 notes
Photo
Dah lama tak guna mesin slow juicer ni. Masa awal² beli dulu rajin buat jus epal, carrot, saderi, timun. Lama² jadi malas. Lepas tu simpan je dalam stor. Ada carrot kat rumah. Rasa nak minum air carrot pulak. Keluarkan balik slow juicer nak buat jus carrot. Sedapnyee.. .
0 notes
Photo
Beberapa hari ni duk mengejar tikus dalam rumah. Dia dah buat sarang kat bahagian dapur. Banyak sisa makanan dia kumpul kat rumah dia tu. Bila kemas dapur, dia lari sekejap je dah hilang tak tau pi mana. Laju betul.. Rupanya dia lari ke bilik aku kat tingkat atas. Wife aku sampai melompat-lompat nampak tikus keluar dari bawah almari baju. 🤣 Semalam letak perangkap kat tempat last aku nampak dia lari. Umpan kuih bahulu gebu. Tadi tengok dia dah terkurung dalam perangkap. Comel pulak tikus ni.. Tapi bengkeng macam nak terkam aku bila aku duduk dekat. Habiskan la kuih bahulu tu.. Lepas ni tak boleh makan dah. Rasa macam sekor ni je tikus yang selalu nampak berlari dan buat sepah kat dapur. Kena letak lagi perangkap ni kot² ada lagi tikus lain. .
0 notes
Photo
Tanya CIMB macam mana cara nak tutup akaun bank. Dia bagitau untuk tutup akaun kena pergi ke cawangan CIMB yang berdekatan dan bawa semua dokumen diperlukan. Aku nak pergi bank tu tak sempat + malas. So, biarkan akaun dormant jela. Dah tak nak guna akaun CIMB tu. .
0 notes
Photo
Beli stok kopi cap tabik untuk ngopi kat rumah. Kopi O kosong tanpa gula. Tak boleh minum manis manis. https://s.shopee.com.my/2ftvsOCoD7 .
0 notes
Photo
Ehh.. Duit STR masuk akaun semalam. Baru tengok. Alhamdulillah.. Boleh belikan perkakas dapur untuk puan bini.
0 notes
Photo
Dah sampai debit card Hong Leong Islamic Bank untuk akaun bisnes yang aku register online bulan lepas. QR code standee dah lama dapat. Hari ni baru dapat debit card pulak. Dia pos asing. Ingatkan pos sekali. SSM sole prop / milikan tunggal boleh buka akaun bisnes di HLB secara online guna aplikasi “Apply@HLB”. Sekejap je proses buka akaun. Tak kena pergi bank. Senang.. https://go.anarm.net/apply-hlb .
0 notes
Photo
Dalam akaun bank CIMB aku sebelum ni ada baki RM20. Tak boleh ambil RM20 tu, baki minimum kena ada dalam akaun. Tengok² tinggal RM5 je sekarang. Baru perasan RM15 dah kena tolak untuk fee kad debit. Mahal betul caj dia. Rasanya boleh tutup akaun CIMB aku ni. Takda keperluan dah nak guna. Dah la caj mahal. Apps pun tak best. Nak tutup akaun sotong ni boleh buat online atau melalui email tak? Malas pulak nak pergi bank.. Atau biarkan je akaun dormant? .
0 notes
Photo
Join training session kat zoom. Sambil dengar orang mengajar, sambil buat kerja. Update web browser dulu. Lama tak buat kerja kat laptop ni. Selalu guna pc je. .
0 notes
Photo
Speedtest guna internet telco ONEXOX.. 630Mbps.. Lagi laju dari unifi fibre rumah aku. Nak try speedtest Ookla pulak.
0 notes
Photo
Lama tak tengok akaun Luno. Kat sini aku simpan duit dalam bentuk crypto coin. Beli crypto lepas tu biarkan je.. Setakat ni profit +89% Tak rasa nak ambil lagi profit tu. Biar je dia lama² kat situ. Daftar akaun Luno: https://www.luno.com/invite/PJHHEY .
0 notes
Photo
Asyik dapat email daripada ‘mailer-daemon’ ni lepas email yang aku hantar ke customer tak berjaya dihantar. Sebab: "The recipient's inbox is out of storage space." Mesti dia ON auto backup Google Photos. Semua gambar dalam phone di-upload ke GDrive sampai storage penuh. Storage akaun google aku banyak lagi kosong sebab aku OFF auto backup Google Photos tu. Kadang² rasa geram juga bila buka Google Photos, keluar popup suruh ON auto backup. Padahal aku dah setting OFF. Tersalah tekan kat popup tu memang habis la storage penuh dengan gambar, video.
0 notes